Psu N

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK,

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) DUSUN TUA,


KM.25, HULU LANGAT 43100 SELANGOR.
03-90217100

PAPAN SUIS UTAMA (PSU)


VOLTAN RENDAH

.com/kursus.chargeman.wireman.ikbndt
01.PENGENALAN

Papan Suis Utama merupakan satu rangkuman perkakas elektrik yang


digunakan untuk pensuisan, perlindungan dan pengukuran untuk
keseluruhan beban agihan, dipasang pada punca masuk bekalan
utama. Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah dan jenis beban
di bawah kawalannya.
02. KESELAMATAN
2.1 Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan
kedudukan beban-beban elektrik yang akan disempurnakan kepadanya.

2.2 Saiz-saiz papan suis dan kabel-kabel adalah mencukupi untuk membawa beban-beban
elektrik yang dirancang dan juga jangka-jangka berkaitan disediakan untuk menunjukkan
beban, voltan dan lain-lain.

2.3 Alat-alat perlindungan disediakan untuk keselamatan pepasangan dan juga


keselamatan pengendali pepasangan semasa kerosakkan berlaku.

2.4 Litar-litar perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya bahagian yang
rosak atau yang memerlukan senggaraan boleh diasingkan daripada sistem elektrik dengan
mudah.

2.5 Alat-alat elektrik yang digunakan adalah jenis yang bermutu dan telah diluluskan
kegunaannya oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Penempatan pepasangan-
pepasangan elektrik perlu dirancang dari segi keselamatan pepasangan dan penggunaan
dengan mengambil perhatian tentang kelegaan tempat kerja untuk menjalankan kerja-
kerja senggaraan dengan selamat.
03. JENIS PAPAN SUIS UTAMA
1-MELEKAT DI DINDING (WALL MOUNTED)
2-PEDESTAL
3-CUBICLE
04. LOKASI DAN KEPERLUAN PSU
04.1 Lokasi PSU

a) Diletakkan di mana terdapat penempatan beban yang tinggi, bagi mengurangkan


perbelanjaan ‘submains’ dan kabel.

b) Bilik suis hendaklah diletakkkan di suatu tempat yang terhindar daripada banjir.

c) Saluran-saluran yang mencukupi bagi kemasukan dan juga keluaran kabel.

d) Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

e) Panjang, lebar dan tinggi papan suis juga diambilkira sebelum merekabentuk
ruangan untuk papan suis utama.
04.2 Keperluan di dalam bilik PSU

a) Ruang kosong berukuran 2 ½’ di bahagian belakang dan 4 ½’ hingga 5' di bahagian


hadapan papan suis bagi kemudahan membuat kerja-kerja senggaraan (jenis cubicle).

b) Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

c) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti-vermin proof nettings.
d) Tersedia lampu dan soket alir keluar yang mencukupi.

e) Tersedia dengan Alat Pemadam Api (CO2) mudah-alih


(dan jika terpasang bersama dengan sistem pencegahan
kebakaran adalah baik), Carta Pertolongan Cemas (CPR),
Kotak Perubatan dan Tikar Getah di sepanjang PSU.

f) Rajah Skematik (satu garis) lengkap hendaklah


dipaparkan dalam bilik PSU.

You might also like