Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017 [ 28.12.

2016]

MINIT MESYUARAT KOKORIKULUM BIL.1 TAHUN 2017


SJK TAMIL NILAI

TARIKH : 28 DISEMBER 2016

MASA : 3.30 Tengahari - 5.15 petang

TEMPAT : BILIK GERAKAN SEKOLAH

HADIR

1 ANTHONY MARY A/P ABEL 19 SHARMILA A/P DANAPAL


Guru Besar Guru Kelas 6S
2 VIJIA KUMARI A/P THANJA GOUNDAN 20 KANAK SUMATHY A/P RAMAN
Pengerusi ( GPK Kokurikulum) Guru Sains
3 SELVY A/P RAMASAMY 21 YOGESWARY A/P SITARAMAN
GPK Pentadbiran Guru Sains
4 PUSPAH A/P KANDASAMY 22 DURGA DEVI A/P KUPUSAMY
GPK Hem Guru BM
5 MOHANA A/P MACHAP 23 LALITHA A/P VELU
Guru Kelas 3M Guru Kelas 4M
6 MURTHY A/L MUNUSAMY 24 SUBASINI A/P PUNIRSELVAM
Guru Kelas 3T Guru Kelas 2S
7 THANGAVELU A/L RAMASAMY 25 KOMALAVAANI A/P SUKUMAR
Guru Kelas 6T Guru PSS
8 ARULMOLI A/P JOHN 26 BALAMURALI A/L VANNIMUTHU
Guru BI Guru Kelas 5T
9 SHAMINI A/P PURUSHOTHAMAN 27 ANNIE EDWINA A/P KRISHNAN
Guru Kelas 2M Guru Kelas 1M
10 UMA WATHY A/P DANAPALAR 28 KALAIWANI S/P RAMASAMY
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Kelas 6M
11 HJH.RAHIMAH BINTI ARSHAD 29 RENNUGA DEVI A/P RAMASAMY
Guru BM Guru Kelas 4T
12 SANTHI A/P SANASI 30 SIVAGAMI A/P SETHU
Guru Kelas 6R Guru Pemulihan
13 NEELA A/P KANDAN 31 EASUWARY A/P SIVAGURU
Guru Kelas 5M Guru Presekolah
14 KEVINDRAN A/L CHANDRA SEKARAN 32 MALA A/P THANGAVELU
Guru BM Guru Kelas 5S
15 THENMALAR A/P MURUGAN 33 GOWRI A/P CHINNIAH
Guru Kelas 4R Guru BI
16 RANJINI THEVI A/P SHANMUGAM 34 ABDUL KHALIK BIN NORDIN
Guru Kelas 4S Guru Agama Islam
17 KASTURI A/P MASILLAMANI 35 VIJIYA LETCHUMY A/P ARUMUGAM
Guru Kelas 2T Guru Kelas 1S
18 MAKASVARI DAS A/P SARDANANDAM 36 KARTHIK RAJ A/L ARUMUGUM
Guru Kelas 3S Guru PJ ( Setiausaha Kokurikulum)
MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017 [ 28.12.2016]

1.0 UCAPAN GURU BESAR

1.1 Puan Guru Besar mengalu – alukan kehadiran semua guru .

1.2 Puan Anthony Mary Abel menyatakan bidang kokurikulum sekolah perlu
dimantapkan lagi bagi meningkatkan pencapaiannya.Antara perkara yang diberi fokus
pada kali ini adalah permainan catur di mana pencapaian murid dalam permainan ini
semakin meningkat sehingga peringkat negeri dan kebangsaan. Sehubungan itu,
murid-murid yang berpotensi dalam permainan catur diserap masuk ke dalam kelab
catur dalam aktiviti kokurikulum supaya kemahiran mereka dapat digilap ke arah
kecemerlangan dalam permainan tersebut.

1.3 Selain itu, puan Guru Besar turut menambah bahawa permainan bola tampar dan
ping pong digugurkan pada tahun ini dengan mengambil kira beberapa faktor seperti
ketiadaan tenaga mahir dan ketiadaan tempat.

1.4 Puan Guru besar juga meminta membuat persediaan awal untuk pertandingan dan
menyediakan pasukan pelapis supaya setiap murid yang berbakat diberi peluang
untuk menyertai pertandingan dan bukannya murid yang sama sahaja yang setiap
kali menyertai pertandingan. Beliau juga mengatakan bahawa harapan sekolah
terhadap pasukan ‘Science Fair’ kali adalah ke peringkat antarabangsa.

1.5 Beliau menyatakan bahawa antara KPI PPD adalah penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum adalah 100%. Akhir sekali,Puan Guru besar mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru atas pencapaian dan kecemerlangan bidang kokurikulum
sekolah dan berharap ia berterusan untuk tahun berikutnya.

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Puan pengerusi mengalu – alukan kehadiran semua guru .

2.2 UCAPAN Penghargaan dan Terima kasih

2.2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas pencapaian
dan kecemerlangan kokurikulum pada tahun lepas.

2.3 Puan pengerusi memberi penerangan mengenai senarai tugas guru yang terdapat di
dalam takwim sekolah dan surat pelantikan guru penyelaras perlu didapatkan
sendiri daripadanya serta satu salinan perlu diserahkan kepada ketua unit
masing-masing.
MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017 [ 28.12.2016]

2.4 Beliau juga menambah surat kebenaran untuk menyertai aktiviti kokurikulum perlu
diberi kepada murid sebelum aktiviti bermula dan bagi murid-murid yang
mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan surat daripada doktor serta
diserahkan kepada guru penyelaras unit.

2.5 Disamping itu,Puan pengerusi juga memberi peringatan bahawa kertas kerja bagi
sesuatu program haruslah diserahkan sebulan awal sebelum program dan laporan
program diserahkan selepas 1 minggu program berkenaan dijalankan.Beliau juga
menambah guru perlu memohon alatan untuk program melalui nota minta.

2.6 Pengerusi meminta ketua unit duduk bersama-sama dengan ahli unit
membincangkan perancangan strategik dan aktiviti unit serta mengemaskinikan fail
sebelum aktiviti kokurikulum dimulakan. Beliau turut meminta supaya praktikal
dilebihkan berbanding dengan teori semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

2.7 Puan Vijiakumari Thanja Goundan menegaskan bahawa kehadiran guru dalam
aktiviti kokurikulum adalah wajib dan jika guru yang tidak hadir perlu memaklumkan
kepada GPK Koku dan guru besar.

2.8 Puan pengerusi menyatakan bahawa antara KPI PPD adalah meningkatkan
pemakaian pakaian seragam yang lengkap di kalangan murid-murid.

Makluman: Semua ahli mesyuarat, ketua-ketua penyelaras dan ketua unit.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 2 TAHUN 2016


BERTARIKH 14 JULAI 2016

3.1 Minit Mesyuarat bil 2 /2016 telah disahkan seperti berikut :

Cadangan : En.Thanga Velu a/l Ramasamy

Sokong ; sebulat suara

4.0 Perkara berbangkit

4.1 En.Karthik Raj a/l Arumugum menanyakan mengenai keselamatan murid dan guru
apabila guru terpaksa membawa keluar murid dengan pengangkutan sendiri. Pihak
pentadbir menyatakan surat kebenaran tersebut akan diuruskan oleh pihak sekolah.

5.0 Lain – lain

5.1 Sukan
5.1.1 Sukan akan diadakan pada 12 Februari 2017 di stadium USIM.

5.2 Pertandingan
MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017 [ 28.12.2016]

5.2.1 Guru perlu menyediakan sijil penyertaan untuk setiap peserta dalam
pertandingan peringkat sekolah.

5.3 Lawatan
5.3.1 Lawatan tahap 1 adalah ke Kuala Lumpur manakala lawatan tahap 2 ke
Pulau Pinang.

5.3.2 Guru lawatan perlu menghantar kertas kerja 5 minggu sebelum lawatan
diadakan.

5.4 Unit beruniform


5.4.1 Unit beuniform digalakkan menjalankan sebarang kursus untuk murid-murid
dan peruntukkannya boleh didapatkan daripada unit kokurikulum.

5.5 Bil dan resit


5.5.1 Bil dan resit daripada sebarang perbelanjaan program sekolah perlu
diserahkan kepada Pembantu Tadbir sekolah, Pn.Rohayu bt Ishak selepas 1
minggu program dijalankan bagi tujuan tuntutan.

5.6 Potensi murid


5.6.1 Guru kelas diminta mengenalpasti murid-murid yang berpotensi dalam
pertandingan selain daripada permainan 1M1S dan membantu mereka
menyertai pertandingan tersebut.

5.7 Laporan
5.7.1 Laporan buku log aktiviti kokurikulum perlu disiapkan sebelum perjumpaan
seterusnya.
5.7.2 Fail pencapaian murid disediakan dan guru-guru berkenaan perlu
menyediakan gambar pencapaian murid bersama-sama dengan salinan sijil
serta dilampirkan dalam fail tersebut.

5.8 Kebersihan dan keselamatan bilik sukan


5.8.1 Guru-guru diminta menjaga kebersihan dan keselamatan bilik sukan
bersama-sama serta mereka juga perlu mengiringi murid-murid untuk sama
ada untuk meminjam atau memulangkan alatan serta merekodkan
peminjaman mereka.

Makluman: Guru-guru berkenaan.

6.0 PENUTUP
MESYUARAT KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017 [ 28.12.2016]

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang. Tarikh dan masa Mesyuarat Kokurikulum
Bilangan 2/ 2017 adalah seperti di Takwim sekolah.

Pengerusi berharap selepas ini akan berlaku penambahbaikan.

Disediakan oleh :

Karthik Raj a/l Arumugum


Setiausaha Kokurikulum
SJK Tamil NIlai
Tarikh : 30 Disember 2016

You might also like