Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

1.0 KONSEP SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang
terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna
yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

PERISTILAHAN merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru,


terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu
atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks penggunaan
bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang khusus. Istilah boleh dibentuk melalui
proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa


kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam
pelbagai bidang. Dalam melaksanakan kerja penyusunan istilah, DBP dengan kerjasama
pakar bidang dalam Jawatankuasa Istilah tertentu telah bersidang dan meneliti setiap
butiran dalam senarai bahasa sumber iaitu, bahasa Inggeris sebelum membincangkannya
dan seterusnya memberikan padanan bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu berdasarkan
langkah-langkah proses pembentukan istilah yang telah ditetapkan dalam Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Mereka
mengabstrakkan konsep daripada bahasa sumber, biasanya bahasa Inggeris. Apa yang
terbentang di hadapan mereka merupakan entiti yang bermakna kepada mereka. Tugas
mereka adalah untuk mengambil konsep daripada entiti tersebut dan menempatkannya
dalam leksikon asli bahasa Melayu melalui proses pinjam terjemah atau menggunakan
istilah kata pinjaman.
2.0 LANGKAH-LANGKAH SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA

MELAYU

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan


suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, rasmi dan ilmu. Namun pembinaan istilah masa masa dahulu merupakan
proses yang tidak kukuh di mana tidak terdapat sebarang pedoman yang boleh dijadikan
rujukan sehingga diterbitkan buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa
Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya
untuk mendukung makna istilahnya.

Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan.

Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim


digunakan.

Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim
digunakan.

Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris.

Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain.

Rajah 1: Langkah-langkah Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu


Langkah-langkah tersebut ialah :

I. Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan


maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :

gaya

garis pusat

tapak

hasil keluaran

defisit

kuasa

II. Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya :

peka

cerakin

mendap

hablur

jisim

ketuhar
III. Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan.
Contohnya :

gambut (Banjar)

nyeri (Sunda)

engkabang (Iban)

awet (Jawa)

dermaga (Jawa)

labur (N.Sembilan)

IV. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan.
Contohnya :

dening (Kelantan)

riam (Johor)

engkabang (Iban)

nyeri (Sunda)

V. Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya :

atom - atom

electron- elektron

professional - profesional

psychology - psikologi

structure - struktur
VI. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan)
tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam
bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide

esprit de corps

fait accompli

weltanschauung

VII. Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam
pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang
perlu dipatuhi iaitu :

a. Ungkapan yang paling singkat

b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang

c. Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk

d. Ungkapan yang sedap di dengar.


3.0 SYARAT-SYARAT SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA
MELAYU

1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah mestilah tepat untuk mengungkap konsep yang
dimaksudkan dan stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.

2. Kata atau frasa hendaklah paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan
yang sama

3.Kata atau frasa mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh
membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara
bangsa.

4. Dari aspek bunyi pula : 1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap didengar
iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni.

Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan


dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima
masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.
PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul, membentuk dan memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai


bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat


penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama
dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.

Hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa
Melayu moden,

Hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,

Diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

Memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem
struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia Memperlihat bentuk yang jelas dengan
istilah asal atau istilah antarabangsa

You might also like