Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MULTIMEDIA

INTERAKTIF DALAM MENARIK MINAT MURID

BELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN

SEJARAH.

OLEH :

MOHD IZZAT BIN NORAZAM

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG

0
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

1.0 PEDAHULUAN

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Keprihatinan

2.2 Tinjauan masalah

3.0 TINJAUAN LITERATUR


4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KUMPULAN SASARAN

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Perancangan Langkah Tindakan


6.2 Pemerhatian
6.3 Borang Soal Selidik
6.4 Temu Bual
6.5 Refleksi
7.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA

8.0 PENUTUP

9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


9.1 Jadual Pelaksanaan
9.2 Kos Bahan Dan Anggaran

10.0 SENARAI RUJUKAN

1
Keberkesanan Penggunaan Kaedah Multimedia Interaktif Dalam Menarik

Minat Murid Belajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah.

oleh

Mohd Izzat Bin Norazam

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan

penggunaan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid terhadap

beberapa tajuk dalam mata pelajaran Sejarah yang berkaitan dengan fakta.

Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah

di daerah Limbang, Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada

borang pemerhatian, skedul temu bual, borang soal selidik dan catatan jurnal.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih berminat terhadap pelajaran

apabila kaedah multimedia interaktif digunakan berbanding dengan kaedah

tradisional. Peningkatan dalam minat dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu

keseronokan murid, tumpuan murid dan penglibatan murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

2
1.0 PENDAHULUAN

Menurut Y. Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia yang dipetik dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 menyatakan bahawa pendidikan merupakan perkara utama

yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan

pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan. Pendidikan juga

mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran

tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial, budaya

dan ekonomi sesebuah negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , [PPPM],

2012).

Menurut John Dewey (n.d seperti dinyatakan dalam Choong, 2008)

pendidikan adalah suatu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi

kedudukan manusia. Oleh itu, tidak hairanlah bidang pendidikan merupakan bidang

yang menjadi keutamaan oleh kerajaan bagi melahirkan generasi muda yang

berinovasi dan celik minda seiring dengan hasrat negara menjadikan Malaysia

sebuah negara maju menjelang 2020.

Dalam mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

mewujudkan satu misi utama iaitu membangun sistem pendidikan yang berkualiti

dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya

dan memenuhi aspirasi negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Selaras

dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan Pendidikan

di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

3
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Bagi mencapai aspirasi negara ini, komitmen dan usaha padu diperlukan

daripada seluruh lapisan masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia telah

beriltizam meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuhkan

amalan terbaik sedia ada. Diakui umum, sekolah merupakan medan utama guru

menyampaikan pengajaran kepada murid. Peranan guru sebagai tenaga pengajar

utama di sekolah menuntut guru untuk menyampaikan pengajaran yang lebih

berkualiti dengan menekankan pembelajaran di bilik darjah.

Shahabuddin & Rohizani (2004), menyatakan pembelajaran ialah proses di

mana aktiviti dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka bagi berkembang

secara berterusan dan kekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang

diperoleh bagi kemajuan diri sendiri, dan masyarakat atau negara. Hal ini turut

disokong oleh Woofolk (2001, seperti dinyatakan dalam Noraini & Shuki, 2009)

pembelajaran ialah suatu proses di mana pengalaman yang dilalui membawa

kepada perubahan yang tekal kepada pengetahuan atau tingkah laku.

Oleh itu, guru seharusnya berupaya memahami gaya pembelajaran setiap

murid dalam bilik darjah bagi mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna

serta meningkatkan keberkesanan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza-beza. Dunn dan

Dunn (1981, seperti dinyatakan dalam Noriati, Boon & Sharifah, 2009) berpendapat

4
bahawa gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula memberikan tumpuan,

memproses atau menyimpan maklumat baharu dan maklumat yang sukar. Hal ini

turut disokong oleh Woolfolk (1998, seperti dinyatakan dalam Noriati et al., 2009)

bahawa gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada

pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.

Jika guru berupaya memahami gaya pembelajaran setiap murid, keberkesanan

pengajaran guru akan dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, suatu kaedah pengajaran yang baru harus diterokai oleh guru bagi

menghasilkan murid yang mampu berfikir dengan kritis dan menggunakan

kecerdasan minda mereka secara optimum. Murid akan belajar dengan lebih baik

sekiranya murid mengerti makna di sebalik aktiviti pembelajaran yang mereka

jalani. Menurut Shahabuddin & Rohizani (2004), yang turut berpendapat bahawa

manusia belajar dengan lebih baik jika pembelajaran itu lebih bermakna.

Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan

kepada peranan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran harus digunakan.

Kaedah pembelajaran yang sesuai dan boleh diketengahkan ialah kaedah

berfokuskan murid.

Melihat dari sudut psikologi, kanak-kanak harus mendapat kepuasan daripada

apa yang dipelajari. Pembelajaran harus dapat dirasakan sebagai sesuatu yang

bermakna dan menghiburkan (Kamarudin, 1997). Bagi membina pembelajaran

yang bermakna, pembelajaran di bilik darjah yang hanya bertumpu kepada guru

juga harus dikurangkan seperti pengajaran tradisional. Mengikut Ee (1997),

5
pengajaran tradisional bertunjangkan kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian

maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara langsung atau tidak langsung

oleh guru kepada murid. Ianya sering kali membosankan malah dikatakan lebih

bersifat sehala telah menyebabkan pembelajaran menjadi kaku kerana guru hanya

menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid yang hanya menerima segalanya

(Rahil, Habibah & Kamariah, 2008).

Dalam hal ini, guru merupakan individu yang aktif manakala murid

menerima secara pasif apa yang disampaikan oleh guru. Kecanggihan media massa

kini menyebabkan murid lebih gemar pembelajaran yang bersifat nyata, teratur dan

melibatkan mereka. Oleh yang demikian, guru perlu mendalami pedagogi

pendidikan supaya peranan guru dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu keperihatinan

Saya merupakan seorang guru baharu yang telah ditempatkan untuk

mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Limbang, Sarawak. Saya telah

dikehendaki mengajar sebanyak tiga kelas tahun lima bagi mata pelajaran sejarah

tahun 4. Pada permulaan pengajaran saya berasa agak kekok untuk menyampaikan

pengajaran. Ini kerana saya perlu memudahkan aras pengajaran saya dengan tahap

kebolehan murid. Selain itu, murid kurang memberikan fokus kepada pengajaran

saya. Hal Ini mendorong saya untuk menjalankan pelbagai kaedah dan strategi

pengajaran supaya murid memahami tajuk yang diajar.

6
Antara kelemahan saya yang telah saya kenal pasti ialah kelemahan dalam

menerangkan sesuatu perkara berkaitan fakta. Apabila saya berada di hadapan

murid, saya mula berasa seperti terawang-awangan semasa menerangkan sesuatu

fakta. Ini mengakibatkan penerangan saya menjadi tersasar daripada topik yang

hendak dibincangkan.

Pada pengajaran saya kali ini, saya menlaksanakan pengajaran dengan


teruk; ini kerana saya telah menjalankan pengajaran yang terkeluar
daripada topik yang sepatutnya. Selain itu, saya merasakan diri saya
kurang keyakinan dalam menyampaikan sesuatu penerangan yang
berbentuk fakta serta huraiannya.
(Catatan Jurnal No.15, 28 Feb 2014)

Rentetan daripada masalah ini, ia mengakibatkan murid saya sukar

memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selain itu, saya juga merupakan

guru yang kurang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Perkara ini

diperhatikan dalam pengajaran saya, saya banyak menggunakan cara pembahagian

kumpulan dan pembentangan oleh murid pada kertas sebak. Kaedah ini telah

mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara apabila dilaksanakan dalam kelas yang

melibatkan bilangan murid yang melebihi 20 orang dalam satu kelas. Perkara ini

menjadi lebih sukar apabila kelengkapan yang hendak digunakan tidak mencukupi

atau murid tidak membawa peralatan menulis ke kelas pada hari pengajaran saya.

Dalam mata pelajaran Sejarah, banyak fakta yang perlu dihafal oleh murid.

Ini merupakan cabaran bagi murid saya kerana mereka tidak dapat menghafal

dengan berkesan fakta yang diajar. Setelah bermuhasabah, saya berfikir salah satu

7
cara untuk mengatasi masalah ini ialah melalui kepelbagaian kaedah mengajar dan

penghasilan bahan batu mengajar yang pelbagai.

Contohnya bahan bantu mengajar yang melibatkan paparan visual berkaitan

tajuk yang dipelajari sangat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran saya. Ini kerana

murid bukan sahaja menerima fakta melalui deria pendengaran tetapi juga melalui

deria penglihatan. Mengikut Siow (2005) penggunaan deria yang pelbagai (multiple

modality) dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta

membantu pengamatan individu melalui organ deria tertentu. Namun penghasilan

bahan bantu mengajar yang pelbagai dan banyak telah menimbulkan dua masalah

kepada saya.

Pertama, jarak perjalanan saya ke sekolah mengambil masa selama

setengah jam sekurang-sekurangnya untuk tiba ke sekolah. Ini menimbulkan

masalah kepada saya dan rakan, apabila jarak perjalanan kami ke sekolah tersebut

menjadi salah satu faktor kami tidak mampu menghasilkan alat bantu mengajar

yang banyak kerana ianya sukar dibawa ke sekolah; tambahan pula kami hanya

menaiki satu motosikal yang sama untuk ke sekolah.

Kedua, penghasilan alat bantu mengajar yang pelbagai telah melibatkan kos

yang agak besar kepada saya. Ini merupakan cabaran kepada saya apabila saya

terpaksa membahagikan wang saku harian untuk membeli barang seperti kertas

sebak, pensil warna dan sebagainya.

Bagi mencari jalan penyelesaian, saya telah cuba menggunakan kaedah

multimedia interaktif kerana satu kelebihan yang ada pada diri saya ialah saya

8
mempunyai sedikit pengetahuan tentang perisian yang membolehkan diri saya

mencipta bahan pengajaran berbentuk multimedia interaktif. Langkah ini

membantu saya menjimatkan perbelanjaan harian saya. Penggunaan multimedia

interaktif juga mudah disediakan sekiranya kita sudah mempunyai kemahiran

dalam bidang tersebut. Jadi, ini memberikan saya suatu kelebihan yang baik kerana

kemahiran tersebut telah saya pelajari semasa berada di Instititut Pendidikan Guru,

Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) iaitu dalam mata pelajaran Teknologi

Maklumat Komunikasi (TMK). Ternyata kemahiran yang dipelajari tersebut dapat

membantu saya semasa saya mengajar di dalam kelas. Malangnya, saya hanya

tertfikir untuk menggunakan cara penyelesaian ini dihujung praktikum kedua saya.

Selain masalah di atas, sepanjang saya berpraktikum khususnya praktikum

fasa kedua, saya telah menghadapi masalah utama yang sama iaitu murid kurang

berminat dengan pelajaran Sejarah khususnya bagi tajuk yang melibatkan fakta. Isu

ini dibincangkan oleh bahagian yang berikutnya.

2.2 Tinjauan Masalah

Mengimbau kembali pengalaman semasa saya berpraktikum selama tiga

bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Selangor saya telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 5.

Saya telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengajar tiga kelas iaitu dua kelas

bagi tahun 5 UM dan UITM dan satu lagi kelas bagi tahun 4. Perkara yang memberi

cabaran kepada saya di sini ialah semasa saya mengajar murid tahun 5 UITM.

9
Semasa pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid kurang

memberikan tumpuan dan seolah tidak berminat dengan pengajaran yang

disampaikan oleh saya. Murid kelihatan lesu dan mengantuk lebih-lebih lagi apabila

saya mengajar bahagian melibatkan Sejarah; sebagai contoh tajuk yang berkait

dengan pengasasan Melaka dan Kuasa Luar yang pernah menjajah negara kita.

Murid kelihatan kurang berminat dengan pengajaran saya. Apabila saya meminta

mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan, mereka kelihatan berdalih dan

cuba untuk mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti dijalankan. Ada juga

yang tertidur. Ini mengakibatkan proses pembelajaran dalam kumpulan tidak

berkesan.

Pada pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya berasa kurang berpuas
hati dengan kerja kumpulan yang dilaksanakan. Ini kerana murid kurang
memberikan tumpuan, tidak melibatkan diri dan ada yang tertidur.
(Catatan Jurnal No.20, 6 Mac 2014)

Selain itu, semasa penutup, murid tidak dapat menjawab soalan yang

diajukan oleh saya. Ini menunjukkan bahawa objektif pelajaran yang hendak

disampaikan tidak tercapai, khususnya bagi pembelajaran yang berkaitan dengan

sejarah. Peristiwa ini dipastikan waktu saya mengajar topik topik yang melibatkan

penceritaan sejarah negara kita. Ini menyebabkan saya berasa agak kecewa dengan

diri sendiri kerana berasa gagal dalam menyampaikan ilmu kepada murid.

Pada pengajaran hari ini, saya telah mendapati murid gagal menjawab
soalan yang diajukan berkaitan topik yang diajar pada hari ini. Perkara ini
mengundang kekecewaan saya kepada murid.

(Catatan Jurnal No.24, 9 Mac 2014)

10
Seterusnya, masalah lain yang dihadapi oleh saya ialah murid tidak begitu

aktif menyoal tentang pelajaran yang diajar. Murid bersikap pasif dan mendiamkan

diri sewaktu pengajaran dijalankan. Ini menjadikan pengajaran saya satu hala sahaja

iaitu guru kepada murid. Walaupun begitu, saya berpendapat punca masalah ini

terjadi adalah kerana murid tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh

saya.

Pada pengajaran kali ini, saya mendapati murid kurang mengajukan


soalan mengenai topik yang diajar. Saya berpendapat bahawa murid
memahami topik yang diajar pada hari ini. Namun, apabila saya
mengajukan semula soalan pada murid di akhir sesi pengajaran hanya dua
daripada enam orang yang mampu menjawab dengan tepat.
( Catatan Jurnal No. 25, 10 Mac 2014 )

Selain itu, semasa aktiviti berkumpulan, ada kumpulan murid yang perlu

diberi bimbingan oleh saya. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak

menyelesaikan tugasan yang diberi; sebagai contoh saya meminta mereka membuat

satu carta kronologi mengenai kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu dan

huraikan peristiwa yang telah berlaku. Namun begitu, murid gagal berbuat

demikian dan saya terpaksa membimbing satu persatu kumpulan ketika

melaksanakan aktiviti ini. Ini telah mengakibatkan masa yang diperuntukan dalam

menjalankan sesuatu aktiviti dipanjangkan sehingga mengganggu perancangan

aktiviti lain. Pada pendapat saya, situasi ini terjadi kerana murid kurang memberi

perhatian semasa saya menerangkan kepada kelas keseluruhanya.

Pada pengajaran kali ini, murid tidak berjaya melaksanakan tugasan yang
diberi. Tugasan pada hari ini adalah menghuraikan peritistiwa yang
berlaku semasa kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu.

11
(Catatan Jurnal No. 22, 8 Mac 2014)

Disebabkan pelajaran saya kurang menarik, saya juga telah menghadapi

masalah kawalan kelas. Pada langkah pertama murid masih lagi memberikan

tumpuan kepada pengajaran saya. Namun, apabila sudah memasuki ke langkah

berikutnya murid sudah mula hilang tumpuan lebih-lebih lagi aktiviti yang

dilaksanakan adalah berkaitan dengan aktiviti berkumpulan. Ini menyebabkan

situasi dalam kelas menjadi sedikit huru-hara dan memaksa saya meninggikan suara

saya.

Pada hemat saya, semua masalah di atas berpunca daripada kegagalan saya

untuk mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Mengikut

Kounin, jika pengajaran kurang menarik banyak masalah disiplin boleh timbul

(Charles, 2008). Kounin mencadangkan bahawa salah satu cara untuk menarik

minat murid ialah jika aktiviti yang dijalankan itu ada kepelbagaian dan momentum

aktiviti dikekalkan sehingga tamat aktiviti tersebut. Oleh itu, saya telah mengubah

pengajaran saya menikut cadangan Kounin terutamanya dalam mengajar tajuk yang

berkaitan dengan fakta. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), minat

merupakan keinginan, kesukaan, atau kecenderungan kepada sesuatu. Ilmu yang

diperoleh daripada merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu

yang lain seterusnya dan membentuk suatu sikap belajar dalam bilik darjah (Mohd

Daud, 1990). Ini bermaksud sekiranya murid gagal memperoleh ilmu yang diajar,

mereka akan kurang berminat untuk mempelajari ilmu selanjutnya dan

mewujudkan satu generalisasi bahawa mata pelajaran yang dipelajari adalah susah

12
dan membosankan. Perkara yang hendak saya kaitkan di sini ialah disebabkan saya

gagal mengajar dengan berkesan, akibatnya murid kurang faham dengan pelajaran

yang diajar, lalu mereka terus hilang minat untuk berusaha memahami pelajaran

seterusnya yang diajar oleh saya.

3.0 TINJAUAN LITERATUR

Melihat secara keseluruhan masalah yang telah berlaku, saya berasa yakin

bahawa masalah yang timbul berpunca daripada diri saya sendiri. Apabila

bermuhasabah, saya dapati bahawa kelemahan saya berpunca daripada kaedah

penerangan saya yang kurang jelas dan menjadikan murid berasa bosan untuk

berusaha belajar di dalam kelas. Guru yang dapat memberikan keterangan yang

jelas dan dapat membuat sesuatu pelajaran kelihatan lebih menarik dan mencabar

akan dapat memotivasikan murid untuk belajar (Noraini, 2005). Di sebaliknya, saya

lebih menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran sehala dan berpandukan

buku teks semata-mata sebagai bahan bantu mengajar. Ini mendatangkan

kelemahan pada pengajaran kerana buku teks atau bahan bercetak tidak berupaya

mempelbagaikan sumber (Nik Aziz dan Noraini, 2008). Disebabkan itu juga,

penerangan saya sering kali kurang jelas, kurang berkesan dan membosankan.

sebegini sepatutnya perlu diubah kerana menyebabkan pengajaran saya menjadi

kurang kreatif dan membosankan.

Seterusnya, punca lain adalah kurangnya minat murid dalam terhadap mata

pelajaran Sejarah khusunya tajuk yang berkaitan dengan kronologi Sejarah. Salah

13
satu sebab murid kurang meminati mata pelajaran Kajian Tempatan kerana mata

pelajaran ini tidak diuji dalam peperiksaan UPSR. Hal ini memberikan kesan yang

sama terhadap mata pelajaran Sejarah. Ini kerana, mata pelajaran Sejarah

merupakan subjek elektif yang tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR . Dengan

ini murid beranggapan bahawa mata pelajaran ini tidak penting kepada mereka.

Menurut Thorndike, Weic dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara

keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Minat

dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan

menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi (Abdul Rahim,

Ahmad, Jamaluddin dan Mus, n.d). Ini menunjukkan minat merupakan suatu

perkara penting dalam pembelajaran murid. Sekiranya murid kurang berminat

untuk belajar, ini akan memberikan kesan negatif kepada mereka seperti gagal

dalam pembelajaran (Tamam, Zamri dan Affendi, n.d).

Seterusnya dalam pengamatan saya lagi, komunikasi dua hala sangat

memainkan peranan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komunikasi dua hala dapat memotivasikan serta meningkatkan keyakinan murid

(Abdullah, 1998). Sebaliknya, komunikasi seahala akan menyebabkan pelajar

menjadi pasif (Noraini, 2005). Disebabkan pengajaran saya kebiasaanya seahala,

adalah tidak menghairankan bahawa murid dalam kelas saya kurang berminat untuk

mempelajari mata pelajaran Sejarah ini.

Seterusnya penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik menjadi

satu sebab mengajar murid kelas saya kurang berminat dengan pelajaran Sejarah.

14
Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, saya hanya menggunakan buku teks selain

kertas sebak dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar utama saya. Ini

menyebabkan persembahan pengajaran saya menjadi hambar. Kesannya, murid

tidak mengambil tahu topik yang diajar dan menunjukkan sikap yang kurang

menyenangkan sebagai tanda. Seorang guru tidak menggunakan pelbagai bahan

menarik tidak dapat menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (Mahzan, 2008 ).

Murid kelihatan tidak mengendahkan aktiviti yang dijalankan oleh saya,


sebaliknya mereka lebih suka berbual dan melaksanakan aktiviti lain
daripada memberikan tumpuan pada pengajaran saya. Selain itu, ada
murid yang cuba menunjukkan rasa bosan mereka dengan mempamerkan
riak muka yang kurang menyenangkan.

(Catatan Jurnal, No 28, 20 Mac 2014)

Tumpuan dan penghayatan adalah perkara yang penting dalam pengajaran

dan pembelajaran. Jika murid tidak memberi tumpuan di dalam pengajaran dan

pembelajaran, murid tidak akan dapat mengingat dan memahami pengajaran yang

diajar guru (Mohd Razali, 2008). Sekiranya ini berlaku, pengajaran guru akan

menjadi sia-sia kerana objektif pelajaran tidak akan tercapai .

Berdasarkan perbincangan saya diatas, saya telah mencadangkan satu

penyelesaian untuk mengatasi masalah saya, iaitu murid kurang minat dengan

pelajaran Sejarah khusunya bagi tajuk sejarah yang melibatkan Fakta atau

kronologi sejarah. Penyelesaian yang dimaksudkan saya melibatkan penggunaan

kaedah multimedia interaktif.

Tujuan utama saya memilih kaedah multimedia interaktif ini, ialah kerana

ia mampu memuatkan pelbagai input pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

15
Seterusnya, dapat meringankan bebanan tugas guru (Zainudin Abu Bakar, 2008).

Selain itu, kaedah pengajaran ini juga dapat memuatkan bahan animasi yang

mampu menarik perhatian murid dalam meningkatkan minat mereka untuk belajar.

Tambahan pula, majoriti murid didapati berminat dengan amalan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer terutamanya pada peringkat sekolah rendah

(Nik Aziz dan Noraini, 2008).

Oleh itu, bagi pada pandangan saya pemilihan kaedah multimedia interaktif

tepat sekali sebagai pengubahsuaian kepada masalah yang dihadapi saya. Kaedah

ini dapat mengelakkan komunikasi dua hala, menarik tumpuan dan perhatian murid

serta memotivasikan murid untuk belajar. Selain itu, kaedah ini sesuai dengan tajuk

sejarah yang melibatkan kronologi Di samping itu, dengan melaksanakan kaedah

pengajaran seperti ini, ia dapat membantu saya menyediakan bahan bantu mengajar

yang menarik dan mudah dibawa tanpa membebankan diri.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan kaedah multimedia

interaktif dalam menarik minat murid tahun 5 untuk belajar tajuk berkaitan dengan

kronologi peristiwa sejarah dalam mata pelajaran Sejarah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian saya merupakan murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan

limbang, Limbang iaitu seramai 20 orang. Kelas ini terdiri daripada 10 orang murid

16
perempuan dan 10 orang murid lelaki. Manakala dari aspek kognitif murid, kelas

ini terdiri daripada murid yang sederhana pandai kerana ia merupakan kelas

pertengahan; dan dari segi tingkah laku pula murid kelas ini tidak banyak masalah

. Semua murid kelas ini merupakan murid berbangsa Melayu yang tinggal di sekitar

kawasan kampung berdekatan Sekolah Kebangsaan Limbang.

Pada pemerhatian awal saya, saya dapati ada dalam kalangan murid di

dalam kelas ini yang kurang memberikan tumpuan kepada pengajaran saya. Selain

itu, saya kerap kali tepaksa menegur murid yang berada di belakang kelas, kerana

mereka asyik berbual-bual sewaktu saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas. Juga, terdapat sebilangan pelajar yang mengambil sikap pasif dan

tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pengajaran saya.

Bilangan murid yang ramai dalam kelas mungkin juga merupakan salah satu

faktor yang mengakibatkan murid kurang memberikan tumpuan kepada saya selain

daripada sebab-sebab yang dibincangkan terlebih dahulu. Saya tidak dapat

memberikan perhatian kepada semua pelajar. Hal ini menyebabkan saya sering kali

terlepas pandang terhadap sebilangan murid. Mungkin ini menyebabkan mereka

merasa diri mereka dipinggirkan di dalam kelas.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Pada peringkat permulaan saya telah melaksanakan pengajaran secara

tradisional dalam minggu pertama. Kaedah pengajaran tradisional ini melibatkan

penggunaan dan penerangan daripada buku teks serta penulisan pada papan hitam.

17
Semasa menjalankan pengajaran ini, saya telah meminta bantuan rakan untuk

menjadi seorang pemerhati dalam kelas untuk melihat tindak balas murid.

Pada permulaan set induksi pada minggu pertama saya telah menggunakan

kertas sebak yang telah ditampal pada papan hitam. Bahan yang terkandung dalam

kertas sebak tersebut adalah gambar yang dipetik dari sumber internet (Wordpress,

n.d). Peruntukkan masa untuk set induksi adalah sebanyak lima minit. Apabila

memasuki langkah berikutnya, saya telah meminta murid membuka buku teks

Sejarah. Saya telah meminta murid untuk membaca secara senyap tajuk yang telah

dipelajari. Kemudian, saya telah meminta mereka semula untuk membaca secara

kuat bersama-sama mengikut iringan saya. Semasa saya menjalankan aktiviti ini

saya mendapati seorang murid, sedang sibuk mengganggu kawannya yang berada

di sebelah kirinya. Saya menegur murid tersebut dengan nada yang kuat dan

keadaan ini telah mengganggu proses pengajaran saya. Namun, keadaan kembali

terkawal selepas ini. Dalam pemerhatian saya, gangguan murid semasa pelajaran

guru bukan sesuatu perkara yang luar biasa tetapi seorang guru perlu tahu tugas

untuk menanganinya sebaiknya ingin mengawal kelas mengikut saranan Canter (

n.d ) dalam Haliza dan Joy (2009) beliau mengatakan bahawa, guru perlu

menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid boleh

mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Selepas itu, saya memberikan penerangan kepada tentang isi pelajaran yang

dibaca mereka. Di akhir langkah ini saya telah menyoal lima orang murid secara

spontan untuk menjawab soalan yang diajukan. Namun, hanya dua orang sahaja

yang boleh menjawab soalan saya dengan jawapan yang tepat. Saya telah

18
mengajukan soalan “Siapakah yang mengasaskan negeri Melaka?”. Tiga daripada

lima murid menjawab “Parameswara”. Manakala dua orang lagi yang berjaya

menjawab dengan tepat iaitu “Menteri Melaka”. Perkara ini amat mengecewakan

saya kerana, kegagalan mereka menjawab soalan saya menunjukkan bahawa

mereka tidak memberikan perhatian kepada penerangan saya.

Seterusnya langkah berikutnya saya telah menjalankan aktiviti koperatif

iaitu dengan cara membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setelah

dibahagikan kepada kumpulan, saya menyediakan kertas sebak sebanyak satu

keping kertas kepada setiap kumpulan. Aktiviti ini memerlukan murid untuk

mengisi tempat kosong dalam kertas sebak supaya dapat menghuraikan kembali

peristiwa yang berlaku secara kronologi tentang peristiwa kedatangan Parameswara

ke Tanah Melayu. Apabila semua kumpulan sudah selesai melaksanakan aktiviti

ini, saya telah meminta setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan dan

membentangkan hasil kerja masing-masing. Masa yang diperuntukkan untuk

tugasan ini adalah sebanyak 20 minit. Saya juga telah membuka peluang bersoal

jawab bersama murid.

Selepas tamat langkah kedua, saya telah meminta murid untuk kembali ke

tempat mereka sambil mengedarkan kepada mereka kertas lembaran yang

mengadungi petak kosong mengikut urutan seperti dalam kertas sebak. Ini

bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran murid menyenaraikan kronologi

peristiwa seperti yang dilakukan dalam langkah sebelum ini. Aktviti ini telah

mengambil masa sebanyak 15 minit. Saya juga telah membuka peluang kepada

murid untuk bersoal jawab dengan saya tentang isi pelajaran. Namun begitu, murid

19
kurang menunjukkan penglibatan aktif. Sebaliknya, mereka lebih mengambil sikap

tidak endah dengan aktiviti yang dijalankan.

Pada pengajaran kali ini saya mendapati murid saya kurang melibatkan diri
dalam pengajaran yang disampaikan. Hanya beberapa orang murid sahaja
yang dilihat melibatkan diri sepenuhnya semasa aktviti kumpulan
dilaksanakan. Ini kerana, ada sebilangan murid yang bersikap pasif apabila
aktiviti berkumpulan dijalankan. Akibat daripada kelakuan tersebut, saya
telah menegur murid untuk memaksa mereka membantu menyumbangkan
idea semasa aktiviti pengajaran dilaksanakan.
(Catatan Jurnal No.13, 10 Julai 2014)

Setelah tamat menjalankan aktiviti ini, saya melaksanakan penutup dengan

merumuskan kembali pengajaran dan menyoal murid semula tentang isi pelajaran

yang telah dipelajari. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan kepada setiap

murid dalam kelas. Saya telah menerangkan item soal selidik satu demi satu agar

murid faham dengan jelas setiap item tersebut.

Seterusnya pada minggu berikutnya saya telah menjalankan pengajaran

saya berdasarkan kaedah yang dirancang dengan cara mengaplikasikan kaedah

multimedia interaktif ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran kali ini pula dijalankan dalam makmal sekolah.

Pada permulaan set induksi, saya telah melaksanakan pengajaran dengan

menggunakan tayangan video. Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit. Sumber

pengajaran saya adalah dipetik daripada internet dan laman-laman yang berkaitan.

Antara bahan yang terkandung dalam pengajaran set induksi tersebut adalah

gambar dan muzik. Semasa menjalankan langkah induksi ini, saya mendapati murid

tekun dalam memberikan perhatian terhadap paparan yang disiarkan pada skrin.

20
Walaubagaimanapun saya terpaksa meringkaskan set induksi kerana kesuntukkan

masa. Ini berpunca daripada murid yang bergerak lambat dari kelas ke makmal.

Seterusnya apabila memasuki langkah pertama saya telah mempamerkan

satu nota yang berkaitan isi pelajaran yang dipersembahkan. Nota yang dipamerkan

dalam paparan slaid ini juga dalam beberapa warna supaya murid dapat melihat isi

penting dan mengingat perkara yang perlu difahami oleh mereka.

Paparan pada slaid ini juga saya turut memuatkan beberapa karekter kartun

yang terdapat bunyi-bunyian dan rakaman suara. Murid terhibur apabila karekter

yang terdapat dalam slaid tersebut boleh bercakap. Pada akhir langkah ini, dengan

berdasarkan arahan yang diberi melalui bahan multimedia, murid dikehendaki

menyalin semula isi penting dengan cara sendiri berdasarkan nota yang telah di

pamerkan. Masa yang peruntukkan untuk keseluruhan langkah ini adalah 20 minit

Selepas tamat aktiviti pengajaran pada langkah pertama, saya bersoal jawab

secara ringkas tentang isi kandungan yang terdapat dalam persembahan multimedia

yang dipamerkan dan saya juga mendapati mereka berjaya menghasilkan satu nota

ringkas dengan baik. Saya berpandangan bahawa, mungkin warna yang terdapat

dalam nota tersebut membantu murid menyalin nota tersebut dengan mudah dan

ringkas. Semasa menjalankan aktiviti pada langkah ini juga, saya mendapati murid

sangat teruja dengan apa yang dipamerkan pada langkah pertama

Pada langkah kedua, saya telah membahagikan murid kepada lima

kumpulan untuk aktiviti pop kuiz. Arahan membahagikan kumpulan sebenarnya

diberi melalui bahan multimedia yang dipamerkan dengan menggunakan rakaman

suara yang dimasukkan ke dalam persembahan multimedia tersebut. Setelah murid

21
berada dalam kumpulan masing-masing, saya memberikan penerangan ringkas

tentang peraturan aktiviti pop kuiz kepada murid. Selain itu, murid telah

dipamerkan beberapa soalan pop kuiz yang terdapat dalam slaid berikutnya.

Setiap kumpulan yang berjaya menjawab soalan ini telah diberikan

ganjaran. Saya juga membuka peluang bersoal jawab bersama murid. Semasa

melaksanakan langkah pengajaran ini saya mendapati murid banyak melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Terlintas dalam fikiran saya,

mungkinkah ganjaran yang diberi menambah kepada keghairahan murid untuk

melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Pada langkah ketiga pula, berdasarkan arahan dari bahan multimedia, murid

dikehendaki menngisi tempat kosong pada satu kad kronologi yang berkaitan

dengan tajuk yang telah diajar. Kad ini telah disediakan oleh saya sendiri dan

diedarkan kepada murid. Pelaksanaan aktiviti ini telah dibimbing oleh saya . Ini

kerana semasa arahan diberikan oleh bahan multimedia interaktif terdapat beberapa

orang murid yang terkeliru dengan arahan diberikan. Setelah siap menjalankan

aktiviti ini saya telah memilih beberapa orang murid yang menyiapkan tugasan kad

kronologi untuk dipamerkan kepada murid yang lain dan peneguhan positif juga

turut diberikan kepada murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi.

Tujuan pelaksanaan langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi keberkesanan

aktiviti yang terdapat pada langkah kedua di samping saya membuka peluang

kepada murid untuk bersoal jawab mengenai isi pelajaran yang dilaksanakan .

Pada bahagian penutup saya meminta murid untuk melihat sekali lagi

tayangan video yang dimainkan pada bahagian set induksi dan saya merumuskan

22
semula tentang pelajaran yang diajar kepada murid. Semasa menjalankan aktiviti

akhir ini, saya telah menyoal lima orang murid bagi memastikan keberkesanan

kaedah pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Kelima-lima murid yang disoal

telah menjawab soalan yang diajukan dengan tepat. Sepanjang pengajaran yang

dilaksanakan saya mendapati murid yang paling nakal iaitu Saidudin telah

memberikan perhatian yang baik dan bersungguh-sungguh melibatkan dirinya

dengan aktif pada setiap pengajaran yang diajar.

Saya berpuas hati dengan pengajaran yang telah dilaksanakan pada hari ini.
Murid telah memberikan perhatian dengan baik walaupun masih terdapat lagi
kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada pengajaran kali ini juga murid yang
sering menjadi tumpuan dalam kelas akibat kenakalannya, telah menunjukkan
respon yang positif dengan melibatkan dirinya dengan aktif tanpa menganggu
murid lain seperti
pengajaran yang telah dijalankan sebelum ini.

(Catatan Jurnal No.20, 17 Julai 2014)

Pada pelaksanaan kedua ini, saya juga meminta bantuan rakan untuk menjadi

pemerhati semasa pengajaran dijalankan. Seterusnya saya juga mengedarkan

borang soal selidik kepada setiap murid. Seperti pelajaran pertama, saya telah

menerangkan setiap item dalam soal selidik agar murid faham setiap item dengan

jelas. Selepas itu, seperti dalam pelajaran pertama, saya telah menemu bual

beberapa orang murid.

Pengumpulan data merupakan perkara wajib dilaksanakan dalam kajian

kerana data yang diperoleh menjadi bukti bagi menjawab soalan kajian. Dalam

kajian ini, data yang diperoleh dapat menilai sejauh mana keberkesanan kaedah

multimedia interaktif dalam menarik minat murid untuk belajar tajuk yang

berkaitan dengan kronologi peristiwa sejarah.

23
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu

skedul temu bual, borang pemerhatian dan soal selidik. Saya juga telah

menggunakan catatan jurnal saya sebagai data tambahan.

6.2 Pemerhatian

Pemerhatian bertujuan untuk menerangkan tingkah laku subjek yang

diperhatikan oleh pemerhati (Malek, 2007). Oleh itu, sebarang tindak balas oleh

murid akan dicatatkan dalam borang pemerhatian sebagai bahan bukti dan rujukan

saya (Lampiran 1). Pemerhatian ini lebih berfokuskan pada minat murid dalam

kelas semasa saya menjalankan pengajaran.

Borang pemerhatian yang telah digunakan dalam kajian ini dihasilkan

daripada perbincangan dengan rakan dan pensyarah dan merupakan diadaptasi

daripada kajian lepas (Akmal, 2011). Dalam borang tersebut telah disenaraikan

beberapa tingkah laku yang berkaitan minat murid. Pemerhatian telah dijalankan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah meminta

kerjasama seorang rakan untuk menjadi pemerhati bagi kajian ini.

Satu kelebihan menggunakan kaedah ini ialah kaedah ini dapat

menghasilkan data yang lebih tepat berbanding laporan yang disediakan sendiri.

Hal ini kerana data diperolehi secara langsung daripada sampel yang dikaji (Malek,

2007).

24
6.3 Borang Soal Selidik

Seterusnya kaedah kedua yang telah saya gunakan ialah dengan soal selidik

(Lampiran 2). Saya telah membina borang soal selidik dengan membuat rujukan

daripada buku contohnya (Azizi, 2006) dan juga daripada kajian lepas (Akmal,

2011). Sehubungan dengan itu, saya juga telah berbincang bersama rakan dan

pensyarah bagi menjana idea dalam menyediakan item bagi soal selidik tersebut.

Tujuan saya memilih kaedah soal selidik ialah kerana soal selidik

merupakan kaedah yang mampu meningkatkan ketepatan maklumat berdasarkan

set soalan yang telah disediakan (Mohd Majid, 1993). Selain itu, penandaan respon

soal selidik menggunakan kaedah skala likert seperti dalam soal selidik kajian ini

dapat memudahkan responden memahami maklum balas (Azizi, 2006). Seterusnya,

kaedah soal selidik sesuai kerana maklumat yang diperoleh tidak dipengaruhi oleh

emosi.

6.4 Temu bual

Data temu bual dikumpul, menggunakan skedul temu bual. Transkripsi

temu bual dihasilkan kemudian iaitu penulisan semula hasil temu bual melalui

rakaman audio (Rosinah, 2013). Saya telah memilih tiga orang murid, dan menyoal

mereka dengan soalan yang disediakan dalam skedul temu bual. Soalan yang

dirangka dalam skedul temu bual adalah berdasarkan perbincangan dengan

beberapa orang rakan dan pensyarah. Ini bertujuan bagi memastikan soalan yang

dibina tersebut bersesuaian dengan objektif kajian. Saya juga telah merujuk kepada

25
beberapa kajian yang lepas Muhammad Uzair, 2011; lagi untuk merangka soalan-

soalan tersebut.

Tujuan saya memilih kaedah temu bual ialah ialah kerana kaedah temu bual

ia mampu memperoleh maklum balas yang terperinci daripada murid. Kaedah ini

juga mampu memberikan penerangan lanjut kepada respon murid daripada soal

selidik.

Murid yang terpilih untuk temu bual terdiri daripada tiga kategori iaitu,

pandai, lemah dan sederhana. Ini bertujuan memperoleh maklumat daripada murid

yang berbeza tahap kognitif dalam kelas. Penglibatan murid juga telah berdasarkan

persampelan bertujuan (purposive sampling). Ini bermaksud, saya telah memilih

murid yang dapat maklumat yang paling banyak. Saya juga telah memilih bilangan

murid sehingga mencapai titik tepuan (saturation point)

6.5 Refleksi

Sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran

kedua, saya mendapati murid teruja dengan setiap aktiviti yang telah dijalankan

oleh saya. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekuatan yang terdapat dalam kaedah

yang telah dilaksanakan oleh saya. Contohnya kaedah multimedia interaktif ini

memudahkan murid menghasilkan nota ringkas dan memahami isi pelajaran yang

diajar. Ini kerana penggunaan multimedia interaktif memudahkan guru meletakkan

warna pada tulisan nota bagi menekankan isi penting yang membolehkan murid

26
menghasilkan nota secara ringkas dan padat. Di samping itu, penggunaan warna

pada tulisan dapat membantu murid mengingat (Yahya, 2006). Kaedah ini juga

dapat mengurangkan kebosanan yang biasa dialami murid untuk apabila

dikehendaki menyalin nota daripada apa dibacakan guru berdasarkan buku rujukan.

Seterusnya, semasa melaksanakan pengajaran berasaskan kaedah

multimedia interaktif, saya mendapati murid begitu teruja dengan gambar yang

dipamerkan. Perkara ini memberi kelebihan kepada kaedah ini dalam menarik

minat murid untuk belajar. Seterusnya, sifat bahan multimedia interaktif yang

fleksibel memudahkan saya memuatkan pelbagai bahan seperti gambar dalam satu

paparan slaid dan ini dapat menjadikan bahan pengajaran yang dipamerkan menarik

kepada murid. Ini kerana gambar dapat menarik minat murid jika diselitkan

bersama bahan bacaan berbanding bahan bacaan tanpa gambar (Fatah,1990). Lebih-

lebih lagi gambar yang dipamerkan berunsur kelakar seperti kartun ataupun adiwira

kegemaran kanak-kanak. Hal ini juga, telah menjimatkan masa guru kerana saya

tidak menggunakan masa untuk menampal gambar-gambar pada kertas sebak

ataupun pada bahan bantu mengajar yang lain.

Selain itu, dalam kajian ini, saya mempelajari bahawa satu kelebihan lagi

bagi kaedah multimedia interaktif ialah kaedah tersebut dapat menjadi platform

permainan pengajaran yang lain daripada biasa. Ini kerana kaedah multimedia

interaktif mampu menggabungkan pelbagai jenis unsur seperti gambar, muzik, dan

kuiz uji minda dalam satu persembahan slaid. Perkara ini boleh dilihat semasa

pelaksanaan aktiviti permainan pop kuiz yang dilaksanakan dalam langkah kedua

pengajaran. Dengan gabungan pelbagai unsur media audio visual ini ia akan dapat

27
menambahkan lagi motivasi murid untuk belajar (Siow, 2005) . Aktiviti ini menjadi

semakin menarik apabila saya menambahkan lagi dengan pemberian ganjaran

kepada murid semasa aktiviti ini dijalankan.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan

semasa melaksanakan pengajaran berasaskan bahan multimedia interaktif salah

satu perkara, bagi yang boleh menjejaskan keberkesanannya ialah jika kemudahan

seperti LCD susah diperolehi atau atau hanya terdapat dalam tempat-tempat tertentu

seperti makmal sahaja. Jika ini terjadi, murid terpaksa berjalan dari kelas ke tempat

di mana LCD diletakkan. Perkara ini memerlukan masa yang lebih dan boleh

menyebabkan guru kesuntukan masa untuk pengajaran. Dalam kajian saya, situasi

ini terjadi menyebabkan saya terpaksa mengurangkan masa untuk perlaksanaan set

induksi. Saya terpaksa mempercepatkan masa tayangan video set induksi agar tidak

menganggu langkah pengajaran yang seterusnya. Oleh itu, saya ingin menggunakan

kaedah multimedia interaktif, maka guru perlu membuat persiapan awal seperti

memasang semua peralatan lebih awal dan bergerak menjemput murid dari kelas

ke makmal supaya murid tidak melengah-lengahkan pergerakkan. Guru perlu ambil

kira masa pergerakkan dalam rangcangan pengajaran harian.

Satu kelebihan multimedia interaktif disedari oleh saya semasa saya

melaksanakan kajian saya ialah kaedah multimedia interaktif itu boleh menjadi

pengganti guru untuk memberikan arahan. Namun, saya juga sedar bahawa guru

tidak boleh bergantung kepada kaedah multimedia 100% untuk tujuan ini. Input

daripada guru juga perlu ada kerana kalau tidak, akan berlaku kekeliruan dalam

kalangan murid seperti terjadi dalam kajian saya. Jika ini terjadi, guru akan

28
membuang lebih masa untuk membimbing murid semula agar faham dengan

perkara yang sepatutnya dilakukan mereka.

7.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA

Antara penambahbaikkan yang telah dilaksanakan ialah saya berusaha tidak

mengharapkan 100% kepada penggunaan bahan multimedia interaktif dalam

memberikan arahan dalam sesuatu aktiviti. Perkara ini dilihatkan akan lebih

mengelirukan lagi murid. Oleh itu,saya cuba membuat penerangan semula pada

setiap aktiviti yang dijalankan semasa setiap langkah yang dijalankan.

Selain itu, pada pengajaran akan datang saya akan cuba membuat

pengurusan bilik darjah dengan baik agar murid akan dapat belajar dengan keadaan

yang lebih kondusif. Seterusnya, bilik darjah yang baik akan dapat memastikan

pelajaran menarik minat murid (Angella,2012). Ini kerana setiap kali melakukan

pengajaran berasaskan multimedia komputer saya terpaksa menggunakan makmal

komputer untuk melaksanakan pengajaran yang berasaskan kaedah multimedia

interaktif. Keadaan dilihat sedikit menyukarkan murid untuk bergerak ke makmal

yang berada jauh dari kelas. Selain daripada kelas yang juga berada jauh dari

makmal.

Selain itu, saya akan cuba memperbanyakkan pemberian ganjaran kepada

murid semasa melaksanakan aktiviti di dalam kelas terutamanya semasa

melaksanakan pengajaran berasaskan kaedah multimedia. Ini kerana saya

mendapati murid sangat teruja apabila menerima ganjaran semasa aktiviti pop kuiz

29
dijalankan semasa langkah dua kaedah multimedia interaktif. Woolfolk (2007)

menyatakan bahawa pemberian ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang

diharapkan seperti minat terhadap pelajaran dapat memastikan bahawa tingkah laku

tersebut akan berulang atau dikekalkan. Hal ini kerana, peneguhan positif berbentuk

ganjaran yang diberikan akan mampu mendorong murid untuk lebih bersemangat

dalam melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang

8.0 PENUTUP

Setelah melihat kepada kesemua instrumen kajian yang telah dijalankan,

saya merasakan objektif kajian saya tercapai. Matlamat saya untuk menarik minat

murid belajar dengan pelaksanaan kaedah pengajaran kaedah multimedia interaktif

yang telah dilaksanakan akhirnya menunjukkan hasil yang positif. Oleh yang

demikian, dapat saya nyatakan di sini bahawa kaedah pengajaran kaedah

multimedia interkatif telah memberikan tindak balas yang memuaskan dan murid

lebih aktif semasa belajar. Selain bermanfaat kepada murid, ianya juga

mendatangkan manfaat kepada guru sendiri. Manfaat yang dimaksudkan adalah

peningkatan daya kreativiti guru dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya berpendapat kaedah ini sangat sesuai dijalankan bagi menarik

penglibatan aktif dan motivasi murid untuk belajar. Ini disokong oleh Baharom dan

Ilyas (2010), yang menyatakan bahawa motivasi dalam diri

30
9.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

9.1 Jadual Pelaksanaan

TINDAKAN MINGGU MINGGU MINGGU


1 2 3
Soal Selidik
P&P 1
Analisis dokumen

P&P 2
Soal jawab
Mengumpul,
menganalisis data dan
menyiapkan Tesis

9.2 Kos Bahan & Anggaran

Bil. Perkara / Item Kuantiti Kos Seunit Jumlah


1 Kertas A4 / Warna 2 rim RM RM 5.90

2 Dakwat Pencetak 2 botol RM 15.00 RM 30.00


3 Buku Rujukan 5 unit RM 25.00 RM 75.00
4 Fotostat Bahan 5 set RM 2.00 RM 10.00
5 Crayon neon 2 unit RM 3.50 RM7.00
6 Buku Catatan 1 unit RM 3.00 RM 3.00
7 Mounting board 2 unit RM 3.00 RM 6.00
8 Kertas flourescent 3 unit RM 1.00 RM 3.00
9 Kertas Sebak 2 unit RM 6.00 RM 12.00
10 Kad Manila (BBM) 4 unit RM 0.60 RM 2.40

Jumlah Kos Keseluruhan RM154.30

31
10.0 Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru sebagai pendorong dalam bilik
darjah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2002). Pengajaran & pembelajaran sains sosial.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Akmal Hazimin Bin Nazeri. (2011). Keberkesanan penggunaan bahan maujud


sebagai bantu mengajar dalam menarik minat murid tahun 5 terhadap mata
pelajaran Kajian Tempatan. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan. Kuala
Lumpur: Institiut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa.

Cooze, A. (2006). 100 panduan bagi guru pelatih. Kuala Lumpur: Percetakan Info
Meditasi Sdn. Bhd

Haynes, A. (2010). 100 ideas for lesson planning. New York : The Profesional and
Higher Partnership 2007.

Azizi Hj. Yahya. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala


Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2010). Pengajaran & pembelajaran.


Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Charles. C. M. (2008). Today’s best classroom management strategies.the


University of Virginia : Pearson/Allyn and Bacon

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hashim Andimori. (2000). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan


kejuteraan awam di kalangan pelajar UTM. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan. UTM

Kauchak, D.P & Enggan, P.D. (1989), Learning And Teaching. Massachussest : Allyn
and Bacon.

Kamus Dewan (Edisi ketiga). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Magisos, J.H. (1989).Vocational teacher education principles, practise, problem


and promissingdirection.London : The Palmer Press.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distrutors Sdn Bhd.

32
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kauseling
sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Daud Hamzah. (1990). Dorongan dan pembelajaran. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Jonit Mohd Johari. (1993). Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razali Kamarudin. (2008). Syoknya belajar! Alaf 21. Selangor Darul
Ehsan: Karya Bestari Sdn Bhd.

Muhammad Uzair Bin Mohamad. (2011). Keberkesanan tayangan video dalam


membantu murid membuat hubungkait bagi tajuk implikasi kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar. Kuala Lumpur: Institiut Perguruan Kampus
Bahasa Antarabangsa.

Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendi-
dikan di Malaysia. Pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur :
Utusan Publications &Distributor Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nurul Shamimi Ismail. (2010). Keberkesanan teknik nyanyian dalam mem-


bantu pelajar untuk mengingati kedudukan ketua pentadbiran meng-
ikut jawatan di peringkat negari Sabah. Tesis sarjana muda tidak di-
terbikan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah


rendah, Sukatan Kajian Tempatan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan
pengajaran berkesan. Shah Alam: Karisma Publicatons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin, (2013). Penyelidikan tindakan, kaedah dan penulisan. Kuala


Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas

33
guru program pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian. (n.d).Diperoleh: 14
Julai 2014 daripada http://eprints.utm.my/2231/
1/5_7.pdf

Woolfolk, A. (2007). Educational psychology. United States: Pearson


Education Malaysia Pte. Ltd.

Yahya Othman. (2006). Mengajar membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.

34
35

You might also like