Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SKRIP JAWAPAN
SEJARAH (1249/3)
KERTAS 3
2013
(MODUL HALUS)

SET 1
Hasil dedikasi: Guru-Guru Sejarah Daerah Kuala Langat

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 1 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 1

Jelaskan maksud pertubuhan serantau

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang anggotanya terdiri daripada


negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan,
terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun
1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

[5 markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 2 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 2

Terangkan penyertaan Malaysia dan perkembangan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN

Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita dan negara-negara serantau diancam


pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah menyebarkan pengaruh fahaman
komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan kerajaan. Menyebabkan ahli-ahlinya
melancarkan gerakan gerila menjatuhkan kerajaan. Di negara-negara jiran, ancaman
komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM
menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila. Ini
menyukarkan usaha kedua-dua negara untuk melemahkan dan menghapuskan gerakan
komunis. Negara Filipina turut diancam pengaruh komunis. Malaysia ingin mengadakan
kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM.
Penubuhan ASA hasil cadangan Tunku Abdul Rahman.

Pada 31 Julai 1961, mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia , Thailand dan
Filipina hasilnya ASA telah ditubuhkan. Pertubuhan ini dapat melindungi negara-negara
anggota daripada ancaman komunis .Penubuhan ASA juga bertujuan menjalinkan
kerjasama ekonomi, sains dan sosial. ASA juga bertujuan memberi dan menyediakan
kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara-
negara anggota. Ia juga bermatlamat mengekalkan serta menjamin keselamatan dan
kestabilan politik negara-negara serantau. Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana
tiada kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai Pertubuhan antipemerintahan Presiden
Soekarno di Indonesia.

Sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika


Syarikat. Pertelingkan antara Malaysia dan Filipina berkaitan penubuhan Malaysia akhirnya
membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

MAPHILINDO merupakan cantuman tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan


Indonesia.Tujuan utama penubuhannya untuk meningkatkan perhubungan persahabatan
dan menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Filipina dan Malaysia- Indonesia.
Pertelingkahan timbul disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak
bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno menganggap pembentukan
Malaysia sebagai satu neokolonisme atau penjajahan bentuk baru. Filipina pula menuntut
Sabah yang didakwa hak milik mereka. Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 3 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

dan Indonesia. Hasilnya MAPHILINDO ditubuhkan.PBB memainkan peranan mendapatkan


pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia. Wakil PBB dihantar
untuk meninjau padangan rakyat Sabah dan Sarawak.Hasilnya, majoriti rakyat di kedua-dua
negeri bersetuju.

Deklarasi Bangkok ditandatangani pada 8 Ogos 1967 dan membawa kepada


penubuhan ASEAN. Matlamat penubuhan ASEAN ialah mengekalkan kestabilan politik di
Asia Tenggara.Saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan,
meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindustrian.Kerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
Mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau.

Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh
apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara Papua New Guinea telah
dilantik sebagai pemerhati.

Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh tangkai padi mempamerkan impian


pengasasan ASEAN iaitu sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat
persahabatan dan perpaduan .Bulatan pula ialah membayangkan semangat bersatu padu .
Moto ASEAN ialah keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan
kemakmuran.

Struktur pentadbiran ASEAN terdiri daripada Mesyuarat Persidangan Menteri-Menteri


Luar ASEAN diadakan setahun sekali. Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN
diadakan sebanyak setahun dua kali. Sidang kemuncak ASEAN diadakan mengikut
keperluan. Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat di Jakarta , Indonesia. ASEAN telah
membentuk dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa
Tetap Ekonomi .

[40 markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 4 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 3

Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.

Deklarasi Kuala Lumpur 1971- mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas
dan berkecuali ( ZOPFAN). ZOPFAN digubal untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
politik di Asia Tenggara .Berpendirian tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat
atau Blok Timur. Pencerobohan Kampuchea menyebabkan ASEAN mengadakan satu
mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam bersetuju dengan cadangan tersebut. Mesyuarat Menteri-
Menteri Luar (1984) telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Rantau ASEAN tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Projek ASEAN membentuk kerja sama dalam projek-projek perindustrian contohnya


baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura (1992) memutuskan untuk mewujudkan zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA). Ini bertujuan untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan. Kerjasama ini dinamakan Perundingan Ekonomi Asia
Timur (EAEC). EAEC ditentang oleh Amerika Syarikat. Kerjasama ini tetap diteruskan
melalui konsep ASEAN+3.

Kerjasama dalam bidang pendidikan diwujudkan dengan Pertubuhan Menteri-Menteri


Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RESCAM) di Pulau Pinang.

Kerjasama lain seperti dalam bidang kebudayaan dan sosial. Tabung kebudayaan
ASEAN ditubuhkan. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio. Sukan SEA
diadakan dalam bidang pelancongan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN 1992.

[15 markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 5 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 4

Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia/Negara serantau sebagai


tarikan ekonomi/pelabur asing/pusat perdagangan dunia.

Langkah pertama ialah mengukuhkan perpaduan kaum. Selain itu, rakyat perlu kreatif
dan inovatif. Kita juga perlu menjaga keamanan negara. Pemerintah perlu mengurangkan
karenah birokrasi. Negara perlu menambahkan bilangan tenaga mahir. Kita perlu
menaiktaraf infrastruktur negara. Kita perlu memperkukuhkan pusat kewangan dan
meluaskan pasaran baru. Zon Perdagangan Bebas perlu diwujudkan. Bantuan modal perlu
disediakan. Institusi kewangan perlu diperkasakan. Dagangan dua hala perlu diperluaskan.
Malaysia juga perlu menjadi negara Hab Halal dan mengadakan pertukaran teknologi. Kita
perlu mempelopori penggunaan Dinar Emas dalam kalangan negara islam. Menjamin
kedaulatan negara juga penting. Kita juga perlu memajukan industri pelancongan.

[10 Markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 6 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 5

Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah memberi banyak


MANFAAT/KEJAYAAN/FAEDAH kepada negara kita. Jelaskan?

Manfaat Malaysia dalam pertubuhan ASA ialah membantu membendung pengaruh


dan gerakan PKM melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Penubuhan ASA dapat
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Malaysia juga memperoleh
kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia juga dapat
mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara serantau.

Manfaat Malaysia dengan menyertai MAPHILINDO pula ialah mencapai kata


sepakat dengan memohon bantuan PBB bagi mendapatkan pandangan masyarakat Sabah
dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia. PBB menghantar perwakilannya iaitu Lawrence
V. Michael More. Hasilnya, penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dan menyokong
Pembentukan Malaysia.

Selain itu, keamanan Malaysia terjamin. Kedaulatan negara juga terpelihara. Berlaku
perkembangan ekonomi dan wujudnya pakatan ekonomi/EAEC/ASEAN+3. Malaysia menjadi
rantau bebas daripada senjata nuklear. Malaysia menjadi negara contoh dalam
membanteras ancaman komunis. Malaysia juga berjaya menjadi Negara Hab Halal dunia.
Selain itu, Malaysia berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik dan tuan rumah
Persidangan OIC. Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar dari negara anggota OIC.
SITTDEC juga ditubuhkan di Kuala Lumpur.

[10 Markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 7 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 6

a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau ialah campur
tangan daripada negara maju. Selain itu persaingan dalam ekonomi dunia. Cabaran
seterusnya ialah kekurangan tenaga mahir untuk memenuhi pasaran kerja. Malaysia juga
berhadapan dengan cabaran kerjasama ekonomi yang agak perlahan. Tambahan pula,
Malaysia juga menghadapi masalah nilai mata wang yang rendah.Seterusnya Malaysia
menghadapi masalah memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan negara anggota.
Masalah kemasukan pendatang tanpa izin yang berleluasa. Selain itu, masalah gejala sosial
yang dicetuskan oleh pendatang juga merupakan cabaran besar kepada negara. Seterusnya
ancaman lanun di perairan Asia Tenggara.Masalah pencerobohan di beberapa negara
serantau. Begitu juga Malaysia berhadapan dengan masalah politik dan tuntutan bertindih.

[5 markah]

b) Nyatakan langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut.

Antara langkah yang diambil oleh Malaysia dalam mengatasi cabaran di atas ialah
mewujudkan pasaran luas dalam kalangan negara anggota. Langkah seterusnya
memantapkan Zon Perdagangan bebas ASEAN (AFTA). Selain itu, Menggalakkan
pelaburan sesama negara anggota. Meningkatkan kepakaran tenaga kerja mahir.
Meningkatkan nilai mata wang negara anggota serantau.Meningkatkan kepakaran tenaga
kerja mahir. Seterusnya bekerjasama menangani masalah Pendatang Tanpa Izin.
Memperkukuhkan perpaduan antara negara anggota serantau.selain itu, mengadakan
perundingan tentang perkara yang menjejaskan kepentingan bersama.Menghormati
kebebasan asasi negara–negara serantau. Mematuhi peraturan Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang
dipegang oleh negara anggota ASEAN. Seterusnya tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalam negara serantau. Memberi komitmen bersama dalam meningkatkan
keamanan,keselamatan dan kemakmuran serantau. Menghormati hak tiap-tiap negara
serantau untuk memerintah negaranya sendiri.

[5 markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 8 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 7

Menghayati nilai/iktibar/unsur/patriotisme

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama dengan negara luar


boleh mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan
dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta
melahirkan masyarakat yang harmoni dalam kalangan warganegara.

Akhirnya, rakyat negara kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya
ilmu, mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.
Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara
kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.

[5 Markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 9 Kuala Langat 2013


CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 HALUS SET 1

SOALAN 8

Rumusan

Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah pertubuhan serantau. Kita
perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada
untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang
lain.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah keperluan mengekalkan hubungan baik
dengan negara lain. Iktibar kedua ialah kepakaran dalam semua bidang. Iktibar ketiga ialah
memastikan keamanan dunia bertambah baik.

Harapan saya agar Malaysia akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu
dan bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara. Negara memerlukan pemimpin yang
cekap, berintegriti dan berwibawa serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai
kejayaan yang lebih bermakna.

[5 Markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah 10 Kuala Langat 2013

You might also like