Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SK PT HJ ADNAN , SKK FASA 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN SEKOLAH (JPBS)


KALI PERTAMA
TAHUN 2018

Tarikh : 10 JANUARI 2018 ( Rabu )

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Al Muzakarah

Pengerusi : Pn Norrashidah Musuroh

Kehadiran(Bilangan) : En Abd Latiff Ahmad (GB)


Pn Norlee Ismail (GPK 1)
Pn Norrashidah Musuroh (GPK HEM)
Pn Ruziah Tumian
Pn Siti Norehan Jasmi
En Anizam Mohd Zain

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat
1.2 mesyuarat akan membincangkan terperinci tentang murid yang layak untuk
dibantu mendapatkan RMT , PS1M , BKAP dan KWAPM tahun 1 dan cicir.
1.3 borang maklumat telah diedarkan untuk mengesan perubahan data pendapatan
ibu bapa bagi tujuan pemilihan.
1.4 Pengerusi mengingatkan smeula tentang syarat-syarat kelayakan bantuan iaitu
:a) RMT – perkapita RM140 atau Ketua Isi Rumah RM580
b) PS1M dan KWAPM – perkapita RM230 atau pendapatan RM930 ke bawah
c) BKAP – pendapatan RM3000 ke bawah

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Anizam Mohd Zain
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Ruziah Tumian

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1.RMT

4.1.1 Pemilihan Murid RMT Cicir dibuat selepas borang RMT diedarkan. Setelah
dibuat penyiasatan didapati terdapat 2 orang murid cicir ekoran perubahan
pendapatan ibu / bapa iaitu Syahmi bin Sam dan Ainur Qaseh Norizal
Tindakan: Guru RMT

4.1.2 Murid penerima RMT Tahun 1 disenaraiakan seramai 5 orang iaitu :


a) Aleesya Nur Qaseh Mohd Faizal
b) Muhammad Arif Ashraf Mazlan
c) Ainur Madieha Batrsyia Norizal
d) Muhammad Rezky Rayyan Rosdin
e) Nur Syazana Osman
Tindakan: Guru RMT
4.2 PS1M
4.2.1 Puan Siti Norehan menyenaraikan murid penerima RMT yang dikeluarkan oleh
Pegawai HEM PPD ( rujuk lampiran 1)
4.2.2 Mesyuarat bersetuju bahawa penerima PS1M tambahan bagi tahun 2018 ialah
penerima RMT cicir dan Tahun 1 dan tambahan beberapa orang pelajar tahun 1 yang
akan disenarai pendek

4.3 BKAP
4.3.1 Garis panduan BKAP telah dimuat turun. Proses pemilihan masih dibuat dan
mengambil masa seminggu untuk disenarai pendek. Masalah timbul kerana murid
tidak mengembalikan borang maklumat .Setakat ini kelas data pendapatan ibu bapa
murid Tahun 6 dan Tahun 3 telah disaring.
4.3.2 Tarikh akhir untuk penyerahan nama yang disenarai pendek ialah pada 25 Jan
2018.

4.4. KWAPM
4.4.1 Pemilihan penerima KWAPM telah dibuat ( lihat senarai lampiran 2)
4.4.2 Pemilihan untuk cicir dan Tahun 1 akan dibuat bersekali dengan pemlihinan
PS1M dan BKAP.

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pn GPK Hem mengucapkan terima kasih kepada Pn Ruziah yang telah
melengkapkan fail RMT dan melabel meja murid RMT untuk memudahkan
pemantauan.
5.2 Data RMT mesti diisi secara online dalam OSDC dan dicetak seminggu kemudian
oleh guru bertugas
5.3 Guru bertugas diminta merasa dahulu makanan RMT untuk memastikan ianya
menepati spesifikasi.
Tindakan: Guru Bertugas
6 PENUTUP
6.1 Kerjasama semua guru sangat diharapkan dalam memantau prestasi akademik dan
disiplin penerima bantuan sekolah.
6.2 Mesyuarat berikutnya ialah pada 1 Feb 2018 untuk membentangkan senarai pendek
penerima BKAP ,PS1M dan KWAPM cicir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang

Disediakan oleh,

.....................................................
RUZIAH TUMIAN
URUS SETIA

Tarikh : 15/01/18

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

You might also like