Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

KALI PERTAMA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN INTAN

Tarikh : 19 Januari 2011

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : 1. Encik Mohd Shaffie Bin Yusuf (Pengerusi)

2. Puan Noorakmal Binti Abdullah (N.Pengerusi 2)

3. Encik Mohd Radzi Bin Kassim (N.Pengerusi 1)

4. Encik Elias Bin Ismail (Setiausaha)

5. Encik Azli Bin Dollah (Guru Kaunseling)

6. Encik Mohd Sidi Abdul Latif bin Abdullah (AJK)

7. Puan Rosmayati Binti Iberahim (AJK)

8. Puan Norhasibah Binti Mohamed Ramli (AJK)

9. Puan Rozilah Binti Hashim (AJK)

10. Puan Che Inshah Binti H Hamzah (AJK)

11. Fauziah Binti Nik Din (AJK)

Tidah hadir : 1. Encik Roslan Bin Che Man (Bersebab)

2. Puan Nur Suhaida Binti Khazali (Bersebab)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Disiplin
dan Sahsiah Sekolah Kebangsaan Klian Intan kerana menghadirkan diri ke mesyuarat
yang kali pertama diadakan bagi tahun 2011.
1.2 Perlu memasukkan setiap kesalahan disiplin yang dilakukan oleh murid ke dalam Sistem
Salahlaku Murid (SSDM) sebagai rekod rujukan sekiranya perkara yang tidak diingini
berlaku.
Tindakan : Guru Disiplin
2.0 Pengawas Sekolah
2.1 Cikgu Radzi menyatakan jumlah pengawas lelaki sekolah tidak mencukupi . Justeru itu
beliau mencadangkan supaya semua guru kelas supaya memberikan nama calon murid
yang sesuai untuk jawatan pengawas sekolah kepada guru disiplin dengan seberapa
segera.
2.2 Beliau mengumumkan nama ketua pengawas bagi sesi persekolahan 2011 iaitu Nur
Majidah Binti Mohd Noor dari tahun Enam Hamrmoni. Keputusan mesyuarat pula telah
sebulat suara untuk melantik Wan Muhammad Hazimi Bin Wan Hamzah sebagai
Penolong Ketua Pengawas.
2.3 Cikgu Radzi juga mencadangkan waktu bergilir-gilir untuk pengawas yag bertugas untuk
membantu guru menjaga disiplin murid-murid.
2.4 Mesyuarat bersama-sama pengawas akan diadakan pada minggu hadapan.
Tindakan : Guru Kelas dan Disiplin

3.0 Program Jom ke Sekolah


3.1 Cikgu Radzi menyatakan objektif dan matlamat program adalah sama seperti tahun lepas
cuma nama program sahaja ditukar supaya lebih menarik minat murid-murid untuk ke
sekolah. Kempen ini juga melibatkan pemimpin-pemimpin setempat terutamanya Ketua
Kampung, Ketua Polis Balai Klian Intan, Yang Dipertua PIBG dan AJK yang sedia ada.
3.2 Kain Rentang kempen “Jom ke Sekolah” perlu disediakan sebanyak 2 unit.
3.3 Beliau juga menegaskan sebab keperluan guru-guru kelas pergi ke rumah murid-murid
yang bermasalah kerana banyak masalah dapat diselesaikan dengan melihat sendiri corak
kehidupan mereka di rumah.
3.4 Sesi kaunseling juga perlu diadakan sebelum menyerahkan murid-murid yang bermasalah
kepada guru disiplin. Selepas itu barulah proses perjumpaan dengan waris. Semua
maklumat yang diperolehi perlu dicatat dalam buku catatan.
Tindakan : Guru Kaunseling dan Guru Disiplin

4.0 Takwim Disiplin 2011


4.1

Bil. Aktiviti/Perkara Minggu/Bulan

1. Penyediaan Carta Gant Disember 2010

2. Perlantikan Pengawas Sekolah November 2010

3. Pelancaran Bulan Disiplin Januari 2011

4. Pelancaran Kempen Jom ke Sekolah Januari 2011

5. Data SSDM 3 Kali Setahun

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas 3 Kali Setahun


7. Lawatan ke Rumah Murid Mengikut Kes

8. Mesyuarat Bulanan Guru Kelas Minggu Pertama Setiap Bulan

Tindakan : Guru Kelas ,Guru Kaunseling dan Guru Disiplin

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Guru Besar mencadangkan agar taklimat bersama dengan penjaga diselitkan dengan isu
disiplin.
5.2 Guru Besar mencadangkan perlu untuk guru disiplin berucap pada setiap kali
perhimpunan yang diadakan pada hari Isnin supaya murid-murid akan lebih prihatin
kepada peraturan sekolah.
5.3 Cikgu Radzi menyatakan kepada semua guru bertugas mingguan supaya meletakkan
buku di kantin dan Anjung Bestari. Guru bertugas juga perlu mencatat di dalam buku
laporan. Bahagian catatan guru kelas perlu dicatat oleh guru kelas itu sendiri. Guru kelas
juga perlu memastikan murid-muridnya berdisiplin. Sekiranya berlaku perkara-perkara
yang boleh diselesaikan di peringkat kelas, perlulah diselesaikan dengan bijaksana
sebelum memanjangkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin.
5.4 Cikgu Radzi mencadangkan supaya menggabungkan peratus kehadiran dengan keceriaan
kelas. Hadiah untuk guru kelas juga perlu diwujudkan untuk peneguhan.

Tindakan : Guru Kelas dan Guru Disiplin

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 Petang.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

…………………………. …………………………
(ELIAS BIN ISMAIL) (MOHD RADZI BIN KASSIM)
Setiausaha Displin, Pengerusi Displin
Sekolah Kebangsaan Klian Intan. Sekolah Kebangsaan Klian Intan.

You might also like