Tadbir Urus Korporat Dan Etika Perniagaan - 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

TADBIR URUS KORPORAT

PERANAN DAN KEPENTINGAN TERHADAP SEKTOR


KORPORAT

Oleh :

Dr Md Ishak Ismail 1
Nur Fa’izah Bt Abu Bakar 2

Kata Kunci : Amalan Tadbir Urus Korporat, Pelan Integriti Malaysia

1
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Tadbir Urus Malaysia
2
Pelatih, Skim Latihan Graduan Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti

1
TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN

Pengenalan

Sektor korporat Malaysia patut membangunkan satu budaya prestasi berpandukan


nilai dan pemikiran yang betul untuk berada pada kedudukan lebih baik bagi
menghadapi apa jua cabaran luar yang mungkin datang dan meraih kekayaan
daripadanya.

Arus globalisasi menghapuskan dengan pantas sekatan terhadap perdagangan


antarabangsa dan pergerakan modal, membawa bersamanya cabaran baru yang sukar
terutama dalam persaingan.

Amalan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik berpandukan kepada kod
tadbir urus dan kod etika akan membantu sektor korporat bersaing dengan lebih cekap
dan berkeupayaan meraih pencapaian terbaik dalam sektor kewangan dan pasaran
saham.

Tadbir Urus Dalam Sektor Korporat

Tadbir urus korporat penting sebagai peraturan yang berkesan bagi menyumbang
kepada daya tarikan negara untuk pelaburan dalaman dan perkembangan perniagaan.
Ia juga menyumbang kepada kecekapan pasaran modal dan keberkesanan dalam
ekonomi sebenar. Mengekalkan piawaian tadbir urus korporat yang baik amat penting
kerana ia membantu mengukuhkan jenama bagi pertubuhan atau syarikat, di samping
meningkatkan budaya yang sihat kepada tanggungjawab korporat.

Amalan tadbir urus korporat di kalangan syarikat-syarikat di Malaysia semakin


menunjukkan kemajuan terutamanya dari aspek kesedaran dan amalan. Kesedaran
yang kian meningkat dan menghargai amalan tadbir urus korporat yang baik
melibatkan penggunaan amalan mandatori hinggalah kepada kewajipan. Pendekatan
dalam meningkatkan kesedaran bagi mewujudkan tadbir urus korporat yang baik
perlu berpandukan kepada pelbagai disiplin yang merangkumi disiplin pasaran, diri
dan pengawalseliaan. 3

Berdasarkan pemerhatian serta pertemuan dengan penganalisis pasaran di seluruh


dunia, didapati komen atau analisis negatif terhadap amalan tadbir urus korporat di
pasaran Malaysia semakin berkurangan.Tetapi, masih banyak ruang kosong yang
perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi memastikan tadbir urus korporat menjadi
sebahagian daripada budaya kerja syarikat-syarikat di Malaysia. 4

3
Utusan Malaysia, 3 Feb 2005
4
Utusan Malaysia, 25 Mei 2005

2
Syarikat-syarikat yang mempunyai tadbir urus korporat yang baik dan telus
berkeupayaan meraih pencapaian terbaik dalam sektor kewangan dan pasaran saham
manakala syarikat yang mempunyai tadbir urus korporat yang goyah selalunya gagal.
Syarikat yang gagal juga akan mengalami kesulitan untuk menjana modal baru kerana
pembentukan modal bergantung kepada keyakinan pelabur ke atas integriti, keadilan
pasaran modal dan cara sesebuah pasaran berfungsi.

Ini jelas membuktikan bahawa tahap tadbir urus korporat yang tinggi amat penting
sekiranya Bursa Malaysia ingin menarik perhatian pelaburan jangka panjang dari luar
negara berbanding dengan pelaburan jangka pendek yang boleh hilang sekelip mata
sebagaimana yang terjadi dalam tahun 1997.

Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan Kod Malaysia untuk Tadbir Urus


Korporat ( Kod ) dalam tahun 2000. Kod ini telah memberi pelbagai usul terhadap
banyak perkara, termasuklah soal struktur dan komposisi lembaga pengarah serta
penetapan dan pendedahan ganjaran yang diterima oleh lembaga pengarah. Kod ini
bertujuan membantu syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia mencapai tahap
dunia dari segi tadbir urus korporat. 5

Terbaru, amalan tadbir urus yang baik akan dimasukkan sebagai salah satu elemen
utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermula tahun depan.
Ini akan menjadikan pelan induk bagi usaha berterusan untuk membangunkan modal
manusia yang boleh memacu dasar-dasar ekonomi secara beretika dan dengan tahap
integriti yang tertinggi. Ini kerana, negara bukan sahaja memerlukan rakyat yang
berpendidikan malah bijak, jujur, adil dan telus. Negara memerlukan rakyat yang
menghargai limpahan rahmat yang mereka terima, negara juga perlukan rakyat yang
mempunyai lebih integriti. 6

Isu tadbir urus dan etika dalam pengurusan korporat adalah sangat penting. Kegiatan
pihak pengurusan atasan dan lembaga pengarah untuk mengemudi syarikat agar
mempraktikkan etika dan tadbir urus yang sihat adalah penting, malahan lebih penting
dari aspek keuntungan.

Soal tadbir urus menitikberatkan isu pengelakan rasuah, ketelusan, percanggahan


kepentingan antara diri dan kepentingan pemegang saham serta kepentingan
masyarakat amnya. Kesalahan yang nyata dan jelas boleh dibanteras, tetapi isu-isu ini
adalah sangat halus dan tidak mudah dipastikan.

Peningkatan kualiti dalam laporan kewangan dan amalan tadbir urus korporat akan
memperteguhkan keyakinan terhadap pasaran modal. Ini terbukti dengan kesediaan

5
Kod Malaysia Untuk Tadbir Urus Korporat, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, 2002
6
Utusan Malaysia, 8 Ogos 2005

3
pelabur untuk membayar premium tadbir urus korporat bagi sekuriti syarikat yang
ditadbir dengan baik. 7

Bagi institusi kewangan Islam, tadbir urus korporat yang baik memerlukan semua
pemegang saham bertanggungjawab melengkapi antara satu sama lain kerana ia
berfungsi sebagai pemantau dan pengimbang dalam amalan itu. Tadbir urus yang baik
perlu mempunyai ketelusan, sikap bertanggung jawab dan penglibatan, yang mana
semuanya adalah elemen-elemen yang dituntut dalam Islam. Reka bentuk dan
pelaksanaan strategi tadbir urus korporat institusi kewangan Islam tidak sepatutnya
menghalang matlamat perniagaan dan potensi pertumbuhan.

Islam menentukan supaya setiap orang yang hendak melakukan sesuatu harus
mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka
menceburkan diri dalam hal itu. Misalnya, mengikut Imam Al-Ghazali, mereka yang
hendak berniaga harus mengetahui etika perniagaan terlebih dahulu sebelum
menceburkan diri dalam perniagaan. 8

Etika Perniagaan Dalam Sektor Korporat

Etika perniagaan memainkan peranan penting dalam persekitaran perniagaan moden,


dan amalan tadbir urus korporat yang baik menanamkan keyakinan pelabur terhadap
syarikat. Langkah hendaklah diambil untuk memperkuatkan pengurusan awam dan
korporat dan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Langkah berikut diperakukan
untuk dilaksanakan bagi membina keyakinan para pelabur :

• Memperbaiki ketelusan dan persekitaran kawal selia


• Mewujudkan peraturan untuk membantu industri dan syarikat
• Meningkatkan konsistensi dasar kerajaan
• Mengamalkan dasar berasaskan pasaran yang liberal
• Memperbaiki perhubungan awan
• Memperbaiki penyebaran maklumat ekonomi

Pentadbiran yang baik dalam sesebuah badan korporat bukan setakat hanya mematuhi
undang-undang, sebaliknya ia melangkauinya, ia mengenai apa yang benar, ia
mengenai etika, mengenai standard individu dan berkumpulan yang tinggi serta
tanggungjawab peribadi. 9

Justeru itu, syarikat Malaysia perlu membuat pelaporan pembangunan mampan


sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi tadbir urus syarikat. Melalui

7
Utusan Malaysia, 29 Jul 2003
8
Website http://www.ikim.gov.my/bm/paparmedia
9
Utusan Malaysia, 2 Ogos 2003

4
tindakan itu, mereka bukan sahaja mendemonstrasikan ketelusan dan akauntabiliti,
tetapi juga menjadi kelebihan bagi syarikat bersaing di peringkat antarabangsa.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang mengamalkan


pelaporan pembangunan mampan mempunyai imej yang lebih baik dan menarik lebih
ramai pelabur yang berkualiti. Pelaporan pembangunan mampan akan membantu
syarikat Malaysia untuk menjadi pengukur di peringkat antarabangsa dalam operasi
mereka. 10

Etika perniagaan diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku para profesional
atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini
tidaklah dinafikan bahawa etika kerja profesional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. 11

Sememangnya, isu integriti melibatkan semua golongan; oleh itu, semua golongan
patut dilibatkan. Tetapi setakat ini, belum ada perancangan menyeluruh yang
melibatkan semua sektor sosial secara bersepadu untuk menggerakkan agenda
integriti. Pelan Integriti Nasional (PIN), menghuraikan objektif, strategi dan tindakan
yang perlu diambil oleh rakyat Malaysia keseluruhannya bagi meningkatkan integriti
di semua peringkat.

Oleh kerana PIN mempunyai skop atau agenda yang luas, sasaran utama telah dikenal
pasti. Bagi tempoh lima tahun pertama iaitu antara tahun 2004 hingga 2008, PIN
menetapkan lima sasaran yang hendak dicapai yang dikenali sebagai Tekad 2008.
Penumpuan diberikan kepada sasaran yang ketiga yang menekankan usaha untuk
menigkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Kerajaan ingin
membangunkan masyarakat yang beretika dan mempunyai kesedaran mengenai apa
yang baik dan salah, dan dilengkapi dengan kompas moral yang membimbing sektor
korporat ke hadapan. 12

Kebanyakan daripada golongan korporat beranggapan bahawa etika adalah semata-


mata untuk menyekat serta mengongkong kehidupan mereka. Mungkin pada masa
sekarang ini ramai yang beranggapan bahawa tidak perlu lagi etika dalam kerja
mereka kerana ianya akan menghadkan 'pergerakan' mereka dalam organisasi
tersebut.

Sehubungan itu, masalah politik wang yang makin bertambah rumit juga menjadi satu
perkara yang mendapat perhatian masyarakat. Etika akan memainkan peranan yang
amat penting dalam membendung masalah-masalah yang berkaitan.
10
Utusan Malaysia, 20 Jun 2005
11
Website http://members.tripod.com/takingoff/etika.html
12
Pelan Integriti Nasional, Institut Integriti Malaysia

5
Antara masalah etika yang timbul dari amalan perniagaan ialah:
a. Rasuah
b. Memberi hadiah
c. Kualiti produk yang rendah
d. Tidak menepati janji
e. Berbelanja besar

Dalam pembentukan sektor korporat, masalah yang dihadapi hari ini bukannya
masalah dasar, peluang, modal, dan sebagainya, tetapi yang paling penting ialah
masalah sikap mereka yang tergolong dalam sektor itu sendiri. Oleh yang demikian,
etika Islam itu amat penting diamalkan bagi menjayakan lagi pembangunan sektor ini.
Antara perkara yang boleh disumbang oleh etika Islam dalam pembentukan sektor
korporat ialah:

a. Peningkatan Prestasi
b. Melihat Perniagaan Sebagai Ibadah
c. Mengekalkan Kejayaan
d. Meningkatkan Kemampuan Menangani Cabaran
e. Meningkatkan Daya Tahan dan Daya Saing
f. Memantapkan Organisasi Perniagaan 13

Nilai moral atau etika yang luhur serta tersohor mencerminkan integriti (keutuhan)
organisasi itu sendiri sebagai organisasi yang berlandaskan konsep dan prinsip
tersendiri. Nilai-nilai murni seperti kejujuran, keterbukaan, ketelusan, pertanggung-
jawapan serta keprihatinan yang diterjemahkan dapat memastikan organisasi terus
dapat memberi sumbangan dan peranan dengan erti kata sebenarnya. Semua pihak
pastinya dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan mematuhi segala
peraturan dan perundangan sedia ada; tidak menjalankan kegiatan pecah amanah serta
tidak mungkir janji dalam melaksanakan tanggungjawab hariannya, seperti yang
dikehendaki dalam menjayakan Tadbir Urus Baik Korporat.

Adalah diharapkan bahawa satu cara meningkatkan etika perniagaan Islam di


kalangan sektor korporat dapat dikemukakan bersama. Ini adalah amat penting sekali
untuk menentukan supaya kejayaan yang telah mereka capai akan dapat dikekalkan
dengan amalan etika dan nilai yang sangat tinggi. Etika ini juga amat perlu untuk
memastikan kejayaan mereka dalam bidang perindustrian dan perniagaan yang pada
masa depan akan terus menghadapi saingan yang amat hebat. Kita yakin bahawa etika
perniagaan akan juga berperanan untuk meningkatkan prestasi serta kualiti produk
yang dihasilkan.
13
Website http://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/ETIKMPPB.pdf

6
Syarikat-syarikat di Malaysia, Singapura dan rantau ASEAN perlu memperlihatkan
standard tadbir urus korporat yang tinggi dalam mempromosikan kecemerlangan
korporat sebagai mercu syarikat Asia dan kecemerlangan jenama Asia. Dalam
mengekalkan standard tadbir urus korporat dan pasaran yang lebih terurus,
pengiktirafan dan ganjaran ke atas kecemerlangan korporat memainkan peranan
penting dalam meningkatkan bukan sahaja syarikat tetapi juga pasaran. Tidak dapat
dinafikan lagi tadbir urus korporat dan amalan korporat terbaik adalah agenda utama
bagi setiap pasaran dan kriteria untuk setiap keputusan pelaburan yang berhemah. 14

Oleh itu, adalah penting untuk pasaran kecil seperti Malaysia untuk meningkatkan
prestasi ekonomi dan tahap ketelusan serta melaksanakan sesuatu dasar secara
konsisten, sebagai daya tarikan kepada pelabur asing. Tindakan kerajaan
menggalakkan kemasukan peserta industri dari luar negara akan membantu membawa
profesionalisme kepada industri pasaran modal Malaysia. Profesionalisme itu
merangkumi aspek tadbir urus korporat yang baik, selain secara langsung
menggalakkan pengurus dana asing membawa lebih banyak dana ke Malaysia.

Penutup

Malaysia akan terus menjadi tumpuan pelabur asing pada masa depan berikutan
kestabilan politik dan penerapan persekitaran mesra perniagaan yang diamalkannya.
Negara boleh menarik pelabur menanam modal kerana pertikaian perniagaan jarang
berlaku.Umpamanya di Beijing, China, pertikaian perniagaan berlaku hampir setiap
hari. Kekurangan kes pertikaian perniagaan di sini disebabkan etika perniagaan dan
sistem yang digunakan. Kestabilan politik khususnya penyatuan kaum dan kedudukan
strategik Malaysia di tengah ASEAN turut memainkan peranan dalam memakmurkan
ekonominya.

Walaubagaimanapun Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi


sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang:
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial, dalam
erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.

Kesimpulannya, kerjasama semua pihak termasuk SSM, Suruhanjaya Sekuriti, Bank


Negara, pengarah-pengarah syarikat dan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan
syarikat amatlah diharapkan bagi memastikan Malaysia berjaya menjadi sebuah
negara Islam contoh yang mencapai tahap amalan tadbir urus korporat yang
cemerlang. Ini seterusnya akan memastikan Malaysia menjadi destinasi utama
pelaburan yang menarik lagi kompetitif di peringkat global.

14
Utusan Malaysia, 27 Sept 2004

You might also like