Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS)


SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS

1. NAMA DAN ALAMAT

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF,


SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS,
73100 JOHOL,
NEGERI SEMBILAN

atau ringkasnya selepas ini disebut

BKGS SKK

2. TUJUAN PENUBUHAN
2.1. Untuk menyatukan semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kepis untuk
menjadi satu institusi kekeluargaan.
2.2. Untuk memberikan perkhidmatan kebajikan dan social kepada semua ahli.
2.3. Membantu pihak pentadbiran dalam melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah.

3. KEAHLIAN
3.1. Semua Guru dan kakitangan yang melapor diri secara tetap di Sekolah Kebangsaan
kepis adalah secara otomatik menjadi ahli BKGS SKK.
3.2. Seseorang guru atau kakitangan akan terhenti keahliannya jika :
3.2.1. Bertukar ke sekolah lain
3.2.2. Berhenti kerja atau bersara
3.2.3. Meninggal dunia

4. TANGGUNGAN AHLI
Yang dimaksudkan dengan tanggungan ahli adalah seperti berikut:
4.1. Isteri atau suami
4.2. Anak kandung yang berumur 18 tahun ke bawah dan belum berumahtangga.

1
5. SUMBER KEWANGAN
5.1. Yuran adalah wajib daripada ahli-ahli.
5.1.1. Kadar kutipan yuran BKGS SKK adalah:
5.1.1.1. Bulanan :RM 10
5.1.1.2. Tahunan :RM 100
5.1.1.3. Pembayaran boleh dibuat secara bulanan atau bayaran sekaligus.
5.2. Derma-derma
5.3. Sumber-sumber lain yang dibolehkan oleh undang-undang

6. JAWATANKUASA TERTINGGI
6.1. Pentadbiran BKGS SKK ini diserahkan kepada Ahli jawatankuasa yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahuna.
6.2. Ahli Jawatankuasa Tertinggi terdiri daripada:
6.2.1. Seorang Pengerusi
6.2.2. Seorang Setiausaha
6.2.3. Seorang Bendahari
6.2.4. Enam (6) orang AJK (4 orang Guru dan 2 Staf)
6.2.5. Satu (1) orang Pemeriksa Kira-kira
6.3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa dibuat dua (2) tahun sekali didalam Mesyuarat Agung.
6.4. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari wajib ditukar setiap kali pelantikan dibuat
secara bergilir-gilir dikalangan Guru dan Staf. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
sesi sebelumnya tidak boleh dilantik semula, namun boleh menjadi AJK sahaja.
6.5. Seandainya AJK berpindah sekolah sebelum tempoh dua (2) tahun, pemilihan akan
dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Badan.
6.6. Ahli Badan dibenarkan memangku tugas dan hendaklah dimaklumkan dan
dihebahkan kepada ahli lain.
6.7. Sistem penggiliran mesti dilaksanakan dalam memilih Jawatankuasa Badan.
Pemilihan dilakukan melalui undian.

7. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1. Pengerusi
7.1.1. Mempengerusikan semua Mesyuarat Badan Kebajikan.
7.1.2. Mengarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di hujung tempoh
setiap tahun.
2
7.1.3. Mengawasi semua perjalanan Badan Kebajikan.
7.1.4. Bertanggungjawab ke atas semua program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh
BKGS SKK.
7.2. Setiausaha
7.2.1. Menjalankan tugas dan urusan Badan mengikut Perlembagaan dan
melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat
Jawatankuasa.
7.2.2. Mencatat segala butir-butir mesyuarat Badan dan diminitkan.
7.2.3. Menguruskan hal-hal mesyuarat, surat-menyurat, buku-buku dan rekod-rekod
lain.
7.2.4. Menyediakan Laporan kerja-kerja Badan dan membentangkannya dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
7.3. Bendahari
7.3.1. Bertanggungjawab dalam semua hal kewangan yang berkaitan BKGS SKK.
7.3.2. Membuat dan menyimpan penyata kira-kira berkenaan perkara kewangan dan
bertanggungjawab diatas kesahihannya.
7.3.3. Menyediakan Penyata Kewangan tiap-tiap tahun untuk dibentangkan pada
Mesyuarat Agung dan disediakan dua(2) minggu sebelum Mesyuarat Agung
diadakan untuk pengauditan oleh Pemeriksa Kira-Kira.
7.3.4. Menyediakan Penyata Kewangan dan membentangkannya dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
7.4. Enam(6) orang AJK
7.4.1. Membantu dan menguruskan segala kebajikan ahli-ahli dan perkara-perkara
yang berhubung dengan Badan Kebajikan ini.
7.4.2. Menjalankan tugas-tugas yang diputuskan oleh mesyuarat AJK.
7.4.3. Melaksanakan Program/Aktivit yang dirancang dalam mesyuarat.
7.5. Pemeriksa Kira-Kira
7.5.1. Memeriksa Penyata Kewangan BKGS SKK dan berpuas hati bahawa Penyata
Kira-kira itu adalah betul.

3
8. MESYUARAT
8.1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dalam bulan Januari dengan
memberikan notis sekurang-kurangnya 14 hari.
8.2. Ahli Jawatankuasa Baharu hendaklah mengadakan mesyuarat pertamanya dalam
tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung diadakan.
8.3. Mesyuarat Jawatankuasa boleh diadakan oleh panggilan Pengerusi atau empat(4)
Ahli Jawatankuasa dengan memberikan notis sekurang-kurangnya tiga(3) hari.
8.4. Korum Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah tidak kurang
daripada dua pertiga bilangan ahli.

9. KUASA BAGI MEMBELANJAKAN WANG


9.1. Kuasa unutk membelanjakan wang BKGS ialah oleh Jawatankuasa BKGS SKK
dengan syarat wang digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tidak
melanggar undang-undang.
9.2. Pengerusi BKGS SKK boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan yang tidak
melebihi RM 100.00 bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah tanpa memanggil
mesyuarat.

10. PENYIMPANAN DAN PERBELANJAAN WANG BKGS SKK


10.1. Segala kewangan BKGS hendaklah sepenuhnya dipertanggungjawabkan kepada
bendari BKGS SKK.
10.2. Penyata Kira-Kira yang telah diaudit oleh satu(1) orang Pemeriksa-Pemeriksa Kira-
Kira, perlu dikemukakan dan dibentang untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.
10.3. Perbelanjaan Wang BKGS SKK hendaklah kepada perkara-perkara yang tidak
melanggar undang-undang dan perbelanjaan tetap boleh dibuat dengan kadar
tertentu.
10.3.1. Bertukar atau bersara : Persetujuan ahli
10.3.2. Kematian Ahli/Tangungan(rujuk Per.4) : RM50 + Derma
10.3.3. Sakit kronik(diwadkan)/Kemalangan Teruk : RM30
10.3.4. Mendapat Cahaya Mata Pertama di SKK : RM30
10.3.5. Perkahwinan ahli kali pertama : RM50
10.3.6. Ahli yang menunaikan Haji : Kutipan Derma
10.3.7. Jamuan Perpisahan atau tahunan : Persetujuan ahli

4
11. PINDAAN DAN PENAMBAHAN PERLEMBAGAAN BKGS SKK
11.1. Perlembagaan BKGS SKK adalah muktamad.
11.2. Sebarang Pindaan atau Penambahan kepada Perlembagaan BKGS dibuat
dalam Mesyuarat Agung BKGS atau Mesyuarat Jawatankuasa mendapat
sekurang-kurangnya sokongan dua pertiga ahli yang hadir.

12. LARANGAN
12.1. BKGS SKK tidak boleh meluaskan bidang kuasanya kepada perkara berkaitan
dengan perjawatan dan pentadbiran sekolah.
12.2. BKGS SKK tidak boleh menjadi badan pendesak menentang pentadbiran sekolah.
12.3. BKGS SKK tidak boleh bergabung dengan pertubuhan lain.

13. PEMBUBARAN
13.1. Pembubaran BKGS SKK boleh dilakukan dalam mesyuarat khas dengan
dipersetujui oleh dua pertiga daripada ahli.

You might also like