Contoh Kerja Kerja Perniagaan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Contoh kerja kerja perniagaan

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN


OLEH DZULFAQAR HASHIM
18:50
Pengenalan

Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat

perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu

memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang

yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada

pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah.

Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran

dan ke arah manakah yang ingin dituju.

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-

- Alasan perniagaan diwujudkan

- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

- Klien atau pelanggan perniagaan

- Kawasan geografi pemasaran

- Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-

Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem

penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia

menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga

elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan

bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalam Unit 6.

Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainan dalam format

satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai

format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya tetap

sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-


1. Isi kandungan
2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
3. Pengenalan
4. Tujuan
5. Latar belakang perniagaan
6. Latar belakang pemilik
7. Latar belakang projek
8. Rancangan Organisasi
9. Rancangan Pemasaran
10. Rancangan Pengeluaran atau Operasi
11. Rancangan Kewangan
12. Jadual Perlaksanaan Projek
13. Rumusan
14. Lampiran / Dokumen Sokongan

Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

Isi Kandungan

- Menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.

Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

- Menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan perniagaan.

- Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancangan

perniagaan yang telah disediakan.

Pengenalan

1. Menyatakan jenis perniagaan.

2. lokasi perniagaan

3. tarikh perniagaan dijalankan

4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong

dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon

sejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan

sebagainya

Latar Belakang Perniagaan

- Memberikan maklumat-maklumat berikut:-


1. nama perniagaan

2. alamat perniagaan

3. alamat surat menyurat (jika berlainan)

4. nombor telefon

5. bentuk perniagaan

6. kegiatan utama

7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan


8. nombor pendaftaran perniagaan

9. modal permulaan
10. nama bank
11. nombor akaun bank

Latar Belakang Pemilik

Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:-

1. Nama penuh

2. Nombor kad pengenalan

3. Umur

4. Jantina

5. Alamat tetap

6. Nombor telefon

7. Taraf perkahwinan

8. Kursus yang pernah dihadiri

9. Kemahiran

10.Pengalaman

11. Pekerjaan sekarang

12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-

- Kedudukan fizikal projek

- Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

- Menyatakan misi dan objektif organisasi

- Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.

- Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.


Contoh:

Bil. Jawatan Bil.Pekerja

1. Pengurus Besar 1

2. Kerani 3

3 Jurujual 10

- Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

Jawatan Tanggungjawab utama

Pengurus Kewangan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.


2. Menyediakan Laporan Kewangan perniagaan
3. Mengawal dan mengurus penggunaan sumber
perniagaan.
4. Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.

- Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.


Contoh:

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah

Pengurus 1 RM5000 RM650 RM100 RM5750


Besar

Pengurus 1 RM2500 RM325 RM50 RM2875


Kewangan

Jumlah RM8625

- Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat


Contoh:

Jenis Bil. Harga (RM)

Komputer 2 8000

Pencetak 2 1000

Mesin fotostat 1 5000

Jumlah 14000

- Senarai Perbelanjaan Pentadbiran


Contoh:

Perkara Perbelanjaan Perbelanjaan Lain-lain


Harta Bulanan perbelanjaan

Gaji dan Imbuhan Balas RM8625


Jasa

Perabot dan Keperluan RM14000


Pejabat

Sewa RM2000

Rancangan Pemasaran

- Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan


kehendak dan keperluan pengguna.

- Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.


- Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.
- Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan
mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.

- Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunan untuk
tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya

sekali.

- Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contoh
strategi barangan, strategi harga, strategi promosi dan stratgei edaran.

- Butiran perbelanjaan pemasaran .

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Perbelanjaan Lain-lain


Harta (RM) Bulanan (RM) Belanja (RM)

Kenderaan RMxxxx

Promosi RM xxxx

Insurans RM xxx

Rancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan atau pengeluaran.

- Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

- Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam

Rancangan Pemasaran.

- Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.


Contoh :

Jenis Bahan Kuantiti Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian


digunakan (RM) (RM)

Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunan

bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

- Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan mereka.
Contoh:-

Jawatan Bil Gaji bulanan KWSP PERKESO Jumlah

Operator 20 RM xxx RM xx RM xx RM xx
pengeluaran

- Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:

Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah harga


Mesin jahit Kedai Heong RM xx 3 RM xxx

- Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam

merancang susun atur tersebut.

- Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi .

- Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain

yang menjadi penggerak operasi.

- Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.

Contoh:

Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Perbelanjaan lain


Bulanan

Mesin RM xxx

Gaji RM xxx

Rancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang

terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

- Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan

terlibat dalam memulakan projek.

- Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan

projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

- Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan Proforma

Aliran Wang Tunai.


- Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan
menyediakan Proforma Untung Rugi.

- Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan

dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.

- Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) dan Jadual

Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).


Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang akan berlaku

terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan

kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan

dengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti

yang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara

aktiviti-aktiviti.

Rumusan
Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu

diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang

dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan

Tatacara Persatuan.

You might also like