Professional Documents
Culture Documents
DSKP Sejarah Tingkatan1 PDF
DSKP Sejarah Tingkatan1 PDF
Sejarah
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tingkatan 1
Terbitan Terhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mei 2015
Terbitan 2015
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, KompleksPentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
ISBN: 978-967-420-133-3
KANDUNGAN
Rukun Negara.................................................................................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan..................................................................................................................... vi
Kata Pengantar.................................................................................................................................................. vii
Pendahuluan...................................................................................................................................................... 1
Matlamat............................................................................................................................................................ 3
Objektif............................................................................................................................................................... 3
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah........................................................................................... 4
Fokus................................................................................................................................................................. 5
Kemahiran Abad Ke -21...................................................................................................................................... 12
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi........................................................................................................................... 13
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran............................................................................................................. 14
Elemen Merentas Kurikulum.............................................................................................................................. 19
Pentaksiran........................................................................................................................................................ 21
Organisasi Kandungan...................................................................................................................................... 25
Panduan Pelaksanaan Kajian Kes.................................................................................................................... 39
Glosari.............................................................................................................................................................. 56
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
vi
KATA PENGANTAR DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang
Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21
secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi
dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah
keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Kebangsaan.
Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan
antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya
(DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran. 21.
Usaha memasukkan Standard Pentaksiran di dalam dokumen Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan KSSM
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
untuk mengenalpasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata Kebangsaan.
pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi
mempertingkatkan pencapaian murid. Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
vii
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard pelajaran Sejarah adalah disiplin ilmu yang dinamik menekankan
Sekolah Menengah (KSSM) yang wajib dipelajari oleh semua kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran antaranya
murid secara berterusan dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan kemahiran berfikir, kajian kes, kemahiran teknologi maklumat dan
Lima. Kurikulum Sejarah sekolah menengah dilaksanakan secara komunikasi, pengajaran berasaskan kajian masa depan,
bersepadu. Kesepaduan disiplin Sejarah merangkumi aspek pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara
kandungan pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah, elemen kontekstual, dan pengaplikasian Theory of Constraints (TOC).
kewarganegaraan dan nilai sivik. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sejarah
menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi bagi
Kandungan mata pelajaran Sejarah KSSM adalah berbentuk memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata pelajaran sejarah
kronologi yang membincangkan perihal kehidupan masyarakat dan mengaplikasikan kurikulum holistik dan futuristik yang
negara daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Peristiwa menekankan kepada kurikulum bertaraf dunia serta berkait rapat
sejarah disusun secara kronologi supaya murid dapat memahami dengan perkembangan teknologi maklumat.
bangsa Malaysia bermula dari zaman prasejarah hingga kini. Ilmu kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam
tersebut membolehkan murid membuat perbandingan peradaban memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan
yang dicapai oleh negara luar dengan negara kita. Oleh itu, murid mengamalkan nilai di samping menilai aktiviti yang dijalankan
perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang dunia luar supaya semasa pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga
mereka mampu bersaing di peringkat global. menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas
berguna kepada stake holder seperti pentadbir, guru, murid dan
ibu bapa/penjaga tentang perkembangan dan pencapaian murid.
1
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
2
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
3
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Standard Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) dibina dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.
4
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
5
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
6
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
tempoh masa (periodisasi) merujuk kepada kemajuan 5. Membuat Rasionalisasi – melibatkan penggunaan akal
sesebuah tamadun. fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Usaha ini memerlukan
2. Meneroka Bukti – melibatkan kemahiran mengenal pasti kemahiran murid untuk membuat hipotesis, mengumpul
dan membuat kaji banding antara sumber primer dengan maklumat, menentukan bukti yang signifikan dan
sumber sekunder untuk mendapatkan maklumat sejarah. membuat inferens daripada maklumat yang dikumpul.
Kemahiran ini dapat menjana pemikiran sejarah dan
pemahaman sejarah serta sifatnya yang interpretatif. Dengan menguasai kemahiran pemikiran sejarah, murid
Sumber-sumber tersebut diperoleh melalui kaedah lisan, boleh menggunakan kemahiran ini untuk menganalisis
kaedah bertulis dan kaedah arkeologi. Seterusnya murid sumber dan merekod hasil analisis. Seterusnya murid boleh
dapat merekod bukti yang diperoleh daripada sumber- membuat penjelasan sejarah dengan tepat sama ada bentuk
sumber tersebut. lisan atau tulisan. Sejarah juga dapat memahami peristiwa
sejarah secara empati. Dengan ini pemahaman sejarah
3. Membuat Interpretasi – membuat tafsiran terhadap boleh mendidik murid menganalisis kesinambungan dan
sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan berdasarkan perubahan yang dialami manusia.
samping itu, murid dapat membezakan fakta sejarah boleh memahami sesuatu peristiwa masa lalu daripada
4. Membuat Imaginasi– usaha melibatkan murid dengan seseorang tokoh atau peristiwa. Akhirnya, murid dapat
sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah. Kemahiran melihat sejarah secara empati untuk membina corak
imaginasi diperoleh secara visual dan empati. pemikiran yang lebih terbuka, toleransi dan matang ke arah
melahirkan warganegara yang menghargai negara bangsa.
7
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik 2. Mempunyai Keterikatan Emosi kepada Negara
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik melalui (i) bertindak wajar
pembelajaran sejarah adalah untuk membentuk (ii) bersifat amanah dan jujur
warganegara yang mempunyai jati diri dan berkeperibadian (iii) berlaku adil dan bertimbang rasa
Malaysia yang patriotik berlandaskan prinsip-prinsip Rukun (iv) berbangga dengan sejarah negara
Negara dan berteraskan Perlembagaan Negara. Penerapan (v) berbangga dengan tradisi dan budaya bangsa
ini memberi penekanan kepada aspek amalan dan (vi) bersyukur sebagai warganegara Malaysia
penghayatan dalam kalangan murid bagi membentuk dan (vii) menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh
melahirkan bangsa Malaysia yang mengetahui hak, negara
tanggungjawab serta peranannya sebagai warganegara.
Fokus utama penerapan Elemen Kewarganegaraan dan 3. Mempunyai Perasaan Kekitaan
Nilai Sivik dalam mata pelajaran Sejarah adalah untuk (i) hormat menghormati
membentuk warganegara seperti berikut: (ii) bertoleransi
(iii) bersatu padu dan berharmoni
1. Mendukung Prinsip dan Nilai Demokrasi (iv) bersefahaman dan bermuafakat
(i) mentaati raja dan pemimpin negara (v) bekerjasama dan tolong menolong
(ii) mematuhi undang-undang dan peraturan (vi) muhibah dan semangat bermasyarakat
(iii) menyanjungi corak pemerintahan dan prinsip (vii) berganding bahu membangunkan negara
demokrasi (viii) kesedaran memelihara alam sekitar
(iv) mempertahankan dan menjunjung perlembagaan
negara 4. Mengukuhkan Semangat Patriotik
(i) hormat lambang-lambang negara
(ii) bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
8
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
(iii) berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Panduan Pelaksanaan Elemen Kewarganegaraan dan
negara Nilai Sivik
(iv) berkorban untuk negara
Eleman Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam penulisan
5. Mempunyai Jati Diri Standard Pembelajaran menggunakan simbol K seperti yang
(i) kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ditunjukkan dalam Jadual 2.
(ii) berilmu dan berketrampilan
(iii) berakhlak dan berbudi pekerti mulia
(iv) rajin dan gigih
(v) keterlibatan diri dalam pembangunan negara
(vi) tabah menghadapi cabaran
(vii) berdikari
(viii) menghargai masa
(ix) kreatif dan inovatif
9
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Jadual 2: Penulisan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dinyatakan
dalam Standard Pembelajaran.
dengan jelas sebagai Standard Pembelajaran. Elemen ini
tidak boleh diajar bersendirian dan merupakan satu indikator
yang harus dijelmakan dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran oleh guru.
• Elemen
Kewarganegaraan
ditandakan dengan
K.
• Mesti ditulis dalam
RPH.
• Tidak boleh diajar
secara berasingan
dengan S.P
10
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Elemen Kewarganegaraan ditanda dengan K (seperti contoh K1.1.9). Elemen ini tidak boleh diajar secara berasingan (mesti
ditulis dalam RPH).
Objektif untuk elemen ini perlu ditulis dalam RPH dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
pelbagai kaedah untuk melahirkan Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik dalam kalangan murid antaranya melalui
KEMAHIRAN ABAD KE-21
aktiviti soal jawab, kajian kes, pemerhatian dan kaedah-kaedah lain mengikut kreativiti guru dan tahap kebolehan murid
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid
yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi
Contoh: fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
1.1 Pengenalan Ilmu Sejarah kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran
Abad ke- 21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang
1.1.3 Menghuraikan konsep masa silam dan ruang dalam sejarah.
mempunyai
K1.1.9 Merumuskan kepentingan menghargai peristiwa sejarah negara kita. ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid
supaya berupaya bersaing di peringkat global.
Bentuk soalan:
Justeru, penggubalan Kurikulum Sejarah mengambilkira
1. Apakah peristiwa penting dalam sejarah negara kita?
penyepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
2. Mengapakah anda perlu menghargai peristiwa sejarah negara?
melahirkan murid yang dapat memperkukuhkan identiti diri
dan semangat setia negara seiring dengan ciri-ciri murid abad
ke-21 seperti dalam Jadual 3.
11
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
13
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta
penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.
KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan
menaakul dan strategi berfikir.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan kepada kreativiti guru merancang, mengolah serta
bukti yang munasabah. melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara bersepadu
dan sistematik. Pengajaran dan pembelajaran yang
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik.
bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli
serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Di samping itu, memberi fokus kepada pengetahuan dan
mengaitkan penerapan dan pengamalan elemen
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat kewarganegaraan dan nilai sivik. Terdapat beberapa kaedah
pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. PdP Sejarah seperti berikut:
kepada murid untuk mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan
Sejarah. Kajian ini melibatkan kemahiran mengaplikasi, kuiz.
menganalisis, menilai dan mencipta idea berdasarkan fakta-
fakta sejarah. Kajian kes ialah pembelajaran melalui Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes kerana
penerokaan yang melibatkan pengetahuan, penglibatan diri, membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran kreativiti dan pengaplikasian metodologi Sejarah. menguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan
Pengalaman menjalankan kajian kes dapat menggalakkan mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti
kemahiran penyelesaian masalah dan sikap ingin tahu. tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Kemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiran berfikir Menerusi kemahiran ini, guru juga boleh berperanan sebagai
dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid. Semasa pembimbing untuk merangsang minat murid menjadi lebih
melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.
masyarakat dan persekitarannya.
Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan Kajian Masa Depan (KMD) ialah suatu pendekatan
pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap
merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau,
melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat
maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan
mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan, ujikaji perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang
dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan maksimum. Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi
atau digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan
murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
15
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
membuat keputusan. Dalam mata pelajaran Sejarah, murid Pendekatan ini bertujuan untuk menyediakan murid yang
diajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk berupaya belajar sendiri, menggunakan pengetahuan sedia
meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu sehingga ada, rakan-rakan dan bahan lain sebagai sumber
ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. pembelajaran. Pendekatan ini membolehkan murid membuat
refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri serta mampu
Pembelajaran Luar Bilik Darjah mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ialah aktiviti luar bilik berlainan.
darjah yang terancang dan berstruktur yang berpusatkan
murid. Aktiviti ini, bertujuan menyokong dan mengukuhkan Pembelajaran Masteri
pelaksanaan kurikulum sekolah yang merangkumi Pembelajaran masteri merujuk kepada pendekatan
persekitaran pembelajaran yang progresif. PLBD memberikan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid
pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu
bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, PLBD boleh unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan seterusnya. Pendekatan ini digunakan kerana murid
murid. Sebagai contoh, membawa murid melawat tempat- mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza dalam
tempat seperti muzium atau tempat bersejarah. Tujuannya pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa
ialah untuk membuat lawatan sambil belajar. Di sini, setiap yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran
murid akan cuba mengaitkan di antara pengalaman sebenar yang berkualiti. Sebagai contoh, kaedah ini dilaksanakan
dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dalam bilik dengan membahagikan tajuk- tajuk yang besar kepada bab-
darjah. bab atau unit-unit yang kecil yang mempunyai objektifnya
yang tersendiri bagi memudahkan murid menguasai isi
Belajar Cara Belajar pelajaran sebelum beralih kepada tajuk yang seterusnya.
Belajar cara belajar ialah suatu proses untuk memperoleh
teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.
16
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
berlainan bagi meningkatkan kecerdasan dan potensi yang murid. Ini menyediakan mereka dengan kemahiran bagi
tidak terbatas bagi membantu murid menyelesaikan masalah mencapai matlamat, menyelesaikan masalah dengan
yang dihadapi dalam kehidupan sebenar . berkesan, membuat keputusan, berkomunikasi dan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pembelajaran Sejarah, kaedah ini dapat membantu murid
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam membuat andaian dan pertimbangan mengenai peristiwa
pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan sejarah berdasarkan fakta yang tepat iaitu melalui
TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan pentarikhan serta bukti sebenar sesuatu peristiwa sejarah.
keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran. Penggunaan TMK Teknik Belajar Sambil Bermain
juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada Belajar sambil bermain ialah satu pendekatan yang terancang
semua murid yang pelbagai keupayaan bagi meningkatkan dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar
motivasi diri, di samping membolehkan murid mengamalkan dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan
pembelajaran kendiri. dan bermakna. Teknik ini memerlukan perancangan rapi
supaya pembelajaran mempunyai unsur seperti:
Aplikasi Teknik Theory of Constraints. i. bermain secara terancang;
Teknik Theory of Constraints (TOC) ialah cara pengajaran ii. bermain secara berstruktur;
dan pembelajaran berasaskan pemikiran yang logik dan iii. bermain secara fleksibel;
sistematik. Proses ini menggunakan teknik pemikiran kritis iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.
dan kreatif yang mudah dan konkrit. Teknik ini membolehkan
murid menggunakan alat dan teknik berfikir dalam
pembelajaran mereka. Aplikasi teknik ini mampu untuk
melibatkan murid secara pembelajaran kolaboratif iaitu
bersesuaian dengan konsep pembelajaran berpusatkan
18
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam p&p
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan merangkumi empat perkara iaitu:
19
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
konsep yang berkaitan dengan sains dan suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
teknologi); Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan untuk memastikan pembangunan modal insan yang
kemahiran manipulatif tertentu); mampu menghadapi cabaran Abad 21.
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
keselamatan); dan pengajaran dan pembelajaran
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. 7. Keusahawanan
Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
5. Patriotisme ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata satu budaya dalam kalangan murid.
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam pengajaran
Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang dan pembelajaran melalui aktiviti yang mampu memupuk
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia. serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
6. Kreativiti Dan Inovasi
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau Penerapan elemen TMK dalam pengajaran dan
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham pembelajaran memastikan murid dapat mengaplikasi dan
atau gabungan idea yang ada. mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK
yang dipelajari.
20
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid Pentaksiran sumatif pula dilaksana di akhir unit pembelajaran,
menjadi kreatif malah menjadikan pengajaran dan semester atau tahun. Pentaksiran dilakukan secara
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan serta berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
meningkatkan kualiti pembelajaran. melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja
kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio, membuat
demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan Pentaksiran sekolah (PS) adalah komponen utama dalam
dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan
Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran
kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa
terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses
susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru pengajaran dan pembelajaran.
memperkembangkan potensi murid.
PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya
Pentaksiran dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan
dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa instrumen pentaksiran, pentadbiran, peperiksaan atau
dan organisasi luar. Pentaksiran yang dijalankan di peringkat penskoran, perekodan dan pelaporannya.
sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif, ia
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pembelajaran. pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang
harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang
berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala
21
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan dianalisis.
maksimum.
Sejarah melibatkan penyelidikan dan inkuiri. Penyelidikan
Tujuan Pentaksiran memberi ruang yang luas kepada murid untuk menganalisis,
Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, merumus dan menilai fakta-fakta Sejarah secara rasional. Hal
aspek pentaksiran telah dikaji semula. Dalam pentaksiran, ini dapat direalisasikan melalui satu sistem pentaksiran yang
aspek yang diberi penekanan penting ialah dari segi baik dan terancang. Dalam membuat pentaksiran, guru harus
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid. mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.
Oleh itu, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara
pentaksiran prestasi murid. Jenis-Jenis Pentaksiran
Organisasi kandungan mata pelajaran Sejarah sekolah Jadual 7: Pemetaan Kandungan Sejarah Tingkatan 1
25
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Standard kandungan dan standard pembelajaran Panduan Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum Dan
mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah.
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mata
Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk
pelajaran Sejarah Tingkatan 1 ini disediakan untuk membantu
mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap
guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran
pencapaian seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard
yang sesuai dengan tahap kematangan murid di samping
Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan kurikulum dan
menyediakan penerangan untuk membantu guru
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen. Maksud penulisan
melaksanakan kurikulum Sejarah semasa dalam bilik darjah
standard dalam dokumen ini berdasarkan pecahan seperti
dengan berkesan.
dalam Jadual 8.
26
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mata pelajaran Sejarah menggunakan format empat lajur utama seperti dalam
Rajah 3.
LAJUR 4
Tafsiran mata
LAJUR 1
pelajaran
Standard
kandungan
LAJUR 2
Standard
pembelajaran LAJUR 3
Tahap
penguasaan
(TP)
Rajah 3: Penerangan format empat lajur dalam DSKP KSSM Sejarah tingkatan 1
27
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
28
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
29
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Tajuk ini menjelaskan tentang Zaman Air Batu iaitu miosen (Miocene), Pliosen, Plestosen dan Holosen yang membawa kepada
pembentukan muka bumi dunia (Asia Tenggara dan Malaysia). Seterusnya murid dapat menerangkan hubungan antara ilmu
geografi dengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, cinta negara dan menghargai alam sekitar.
30
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
31
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Tajuk ini membincangkan tentang zaman Prasejarah mengikut garis masa yang merangkumi Dunia, Asia Tenggara dan Malaysia.
Tumpuan pengetahuan adalah kepada lokasi, ciri kehidupan dan kreativiti masyarakat dalam zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik
dan Logam. Pemahaman ini dapat melahirkan murid yang berani, kreatif, inovatif dan memupuk semangat jati diri serta menghargai
warisan Prasejarah.
32
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
33
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Tajuk ini membincangkan perkembangan tamadun mengikut garis masa bermula dengan kemunculan tamadun awal dunia,
peningkatan tamadun dan tamadun Islam serta sumbangannya dalam kehidupan manusia. Tema ini juga menekankan
penguasaan pengetahuan tentang konsep dan ciri-ciri tamadun. Pemahaman ini melahirkan murid yang bercita-cita tinggi, kreatif,
inovatif, dan mampu berdaya saing dalam memartabatkan identiti bangsa di peringkat global.
34
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
35
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
36
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
STANDARD PRESTASI
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP
KANDUNGAN TAHAP PENGUASAAN
PENGUASAAN
37
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
MATLAMAT
Kajian kes merupakan proses pengajaran dan pembelajaran 5. Memberi kesedaran tentang kepentingan
yang mengkaji sesuatu isu atau persoalan berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah
tokoh, institusi, tempat dan peristiwa. Kajian ini merupakan negara kita;
aplikasi pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah, kreativiti, 6. Membina kemahiran insaniah agar menjadi
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Kajian kes juga warganegara yang berilmu;
dapat memperkembangkan potensi murid ke arah 7. Membina semangat patriotisme dalam diri murid; dan
warganegara minda kelas pertama yang mampu bersaing di 8. Menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan
peringkat global. dapatan daripada interpretasi kajian kes.
OBJEKTIF
KAJIAN KES
Kajian Kes membolehkan murid:
Kajian Kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalam
1. Mendapat pengalaman bermanfaat semasa bentuk deskriptif atau penerangan tentang sesuatu isu atau
menjalankan kajian; persoalan sama ada berkaitan tokoh, institusi, tempat,
2. Mengaplikasikan disiplin ilmu sejarah dalam peristiwa dan dokumen. Kajian kes bertujuan memberi
kehidupan seharian; pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang
3. Membentuk sikap dan tingkah laku murid dalam ruang pengetahuan sejarah diri, negara dan bangsa. Kajian kes
lingkup peristiwa dan pengalaman lepas; turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila
4. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap murid didedahkan dengan pelbagai kaedah dan kemahiran
agama, bangsa dan negara; seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat.
Murid menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam
41
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan, Kajian Kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran
pembentangan dan sebagainya. Melalui kajian kes, murid secara berterusan semasa proses pengajaran dan
dapat mengaplikasikan disiplin ilmu Sejarah, elemen pembelajaran. Pentaksiran ini juga memerlukan guru
kewarganegaraan dan nilai sivik serta membangunkan daya membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan
kreativiti. merekod serta melaporkan. Pentadbir sekolah boleh
mengambil kira peratusan markah daripada kajian kes
sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan markah
KAEDAH KAJIAN KES
murid dalam sesuatu peperiksaan. Usaha ini dapat menanam
Kajian Kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan
minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam
penerokaan yang melibatkan aktiviti pembelajaran seperti
masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam
membuat pemerhatian, penyelidikan dan eksplorasi sama
peperiksaan.
ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan
dokumen. Guru perlu membimbing murid dalam
menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang
berkesan dapat dilaksanakan.
Pelaksanaan Kajian Kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan isu atau
peristiwa sejarah yang timbul seperti Rajah 1 di bawah :
43
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Kajian Literatur Sumber sekunder ialah terdiri daripada bahan yang dikaji
Kajian literatur/kajian lepas bertujuan untuk memberi melalui sumber pertama. Sumber sekunder merupakan hasil
pendedahan kepada murid cara mengenal sumber, di penulisan seperti buku, majalah, artikel atau rencana surat
samping mendidik murid mengumpul maklumat mengenai khabar dan latihan ilmiah.
tajuk kajian.
Kaedah Kajian
Objektif Kajian Kaedah kajian merupakan kaedah yang digunakan bagi
Objektif kajian merujuk kepada tujuan sesuatu kajian membuat penyelidikan sejarah atau peristiwa sejarah untuk
dijalankan. Objektif kajian juga hendaklah jelas dan konsisten memperoleh maklumat. Antara kaedah yang boleh digunakan
serta boleh dikenal pasti. seperti berikut:
1) Kaedah temubual
2) Kaedah pemerhatian
44
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
45
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
PERSEDIAAN GURU
46
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
JENIS
PENGERTIAN TUJUAN FOKUS CIRI
PENYELIDIKAN
Kajian Kes Satu kajian secara Mengilustrasi gambaran, Individu dan situasi Data yang mendalam
mendalam tentang menganalisis dan tempatan/peristiwa dan perincian dari
sesuatu situasi, isu, menginterpretasi kehebatan Kejadian/peristiwa yang pelbagai sumber
subjek, bahagian tokoh, keunikan monumen unik/utama Pemerhatian
dokumen, atau dan situasi/peristiwa melalui Kes tunggal Empati
peristiwa keterangan yang diperoleh. Fenomena berkaitan: Makna yang boleh
berdasarkan sumber Mengenalpasti tingkah laku Tokoh dipelajari daripada
secara terperinci yang kompleks dalam Komuniti kes khusus
yang dikumpulkan situasi tertentu. Pertubuhan
dalam jangka masa Mempersembahkan Institusi
tertentu. dapatan sebenar. Peristiwa
Pengesahan dapatan. Tempat
Fakta/mitos/lagenda
Monumen
47
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Reka bentuk seni bina Colosseum Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaan stadium pada masa kini.
Bincangkan.
48
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
49
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Menggunakan kaedah
perbincangan atau
percambahan minda. • Apakah peranan Colosseum Peta Minda
dalam Tamadun Rom.
• Mengenalpasti peranan
stadium pada hari ini.
• Bagaimana peranan generasi
muda berbangga dengan seni
bina di negara ini.
50
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Menerima
tugasan dan
membuat
rujukan/
lawatan/ temu
bual
Menyusun
maklumat
Analisis
maklumat dan
menulis laporan
Pembentangan
51
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
52
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Laporan Kajian Menyediakan laporan kajian dalam Menganalisis Peta Pelbagai Aliran
bentuk:
7 - 10 halaman
Esei
Power point
53
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada
bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan digunakan
sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno.
Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan
Colosseum itu sendiri.
Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan reka bentuk seni bina Colosseum
pada zaman Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaan stadium pada masa kini.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 150 patah perkataan.
54
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan:
(d) Membuat perbandingan peranan Colosseum dan stadium pada hari ini.
55
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
GLOSARI
57
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
59
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
60
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
61
YBhg. Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah binti Adam
Pakar Sejarah
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Ahli- ahli:
1. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman
Pakar Pra Sejarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia