Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI TERHADAP PENSYARAH

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala
input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang
bermakna.

Selama ini saya dan rakan seunit saya telah mengikuti program b.i.g sebanyak 5
kali. Setiap tahap kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan
juga mencabar. Kali yang ke-6 ini adalah satu aktiviti yang agak memberi manfaat
kepada kami semua. Pada semester ini kami dikehendaki membuat temu bual dengan
pensyarah atau guru cemerlang di kawasan Negeri Sembilan.

Saya telah memilih salah seorang pensyarah cemerlang yang telah


melengkapkan P.H.D beliau di India. Pensyarah yang bernama Puan Munimah
Sudramanian dari Jabatan Bahasa Tamil. Beliau telah diiktiraf sebagai pensyarah
cemerlang pada tahun 2014 dalam bidang pedagogi Basaha Tamil.

Saya dan tiga orang rakan saya telah menemu ramah beliau. Daripada temu
bual ini kami dapati bahawa beliau adalah seorang yang Menampilkan watak terpuji,
berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Beliau adalah berasal daripada sebuah keluarga yang agak miskin. Beliau juga
mengahadapi pelbagai cabaran selepas kehilangan ayah tersayang.

Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah


cukup? Phillip Van Hoosermenyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan
oleh sijil diploma tahap kesarjaaan, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan
angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di
tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam
kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-
pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya
sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran
sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau
idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan


kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu
bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang
mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah
potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang
pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan
yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan
jayanya.

Akhir kalam, saya dapati bahawa belaiau memang wajar digelar sebagai
pensyarah cemerlang. Hal ini demikian kerana beliau dapat menonjolkan segala cirri
seorang pensyarah cemerlang. Saya akan mengambil ikhtibar daripada pengalaman
yang dikongsi oleh beliau. Pada masa akan datang saya akan menjadi guru yang
cemerlang seperti beliau.

You might also like