Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENGGAL 1 : SEJARAH DUNIA

TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


BAB 20 : PERHUBUNGAN LUAR

1. Huraikan sumbangan PBB dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. (Oxford Fajar,
ms 434 : 466) / (Oxford Fajar Coklat, M7 : 76)

2. Bincangkan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB. (Oxford Fajar, ms 434 : 467)

3. Nilaikan tujuan penubuhan NATO. (Ilmu Bakti Hijau, M1 : 5)

4. Jelaskan pengaruh United Kingdom dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel. (Ilmu Bakti Hijau, M7 : 47)

5. Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mewujudkan keamanan
dunia. (Ilmu Bakti Putih, M1 : 22)

6. Jelaskan kepentingan penubuhan NATO dari sudut keselamatan dan ketenteraan. (Ilmu Bakti Putih, M2
: 28)

7. Jelaskan tujuan penubuhan NATO. (Ilmu Bakti Putih, M5 : 49)

8. Huraikan peranan dan fungsi empat badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
(Ilmu Bakti Oren, M3 : 25)

9. Jelaskan kejayaan penting yang dicapai oleh Komanwel. (Ilmu Bakti Oren, M5 : 44)

10. Bincangkan sumbangan Komanwel dalam mencapai matlamat dan prinsip-prinsipnya. (Ilmu Bakti Ungu,
ms 73 : 101)

SOALAN STPM SEBENAR : BAB 20

Tahun Soalan
2018

2017 Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya
terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.
2016

2015

2014

2013

1
PENGGAL 1 : SEJARAH DUNIA
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 20 : PERHUBUNGAN LUAR

1. Huraikan sumbangan PBB dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. (Oxford Fajar,
ms 434 : 466) / (Oxford Fajar Coklat, M7 : 76)

Pendahuluan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Matlamat utama penubuhan PBB
adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PBB juga memainkan peranan menyelesaikan konflik
antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan. Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PBB telah memberikan
sumbangan amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi Penting

(a) Kemerdekaan wilayah jajahan


• PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
• Pada tahun 1960, PBB meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.

(b) Masalah pelarian


• PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
• Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-
negara tertentu.

(c) Dasar aparleid


• PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah aparteid.
• Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisytiharan pembasmian segala bentuk diskriminasi ras.

(d) Hak asasi sejagat


• Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
• Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

(e) Menangani konflik antarabangsa


• PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
• Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
• PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara
tersebut.

(f) Membantu negara mangsa perang


• PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang menerusi 'Program Bantuan dan
Pembangunan Semula PBB'.
• Dalam konteks ini, PBB memberi perkhidmatan kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara
tersebut terpelihara.

(b) Membangunkan negara-negara mundur


• PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
• Internationa! Development Association ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada
kemajuan wilayah.

2
(b) Menyelesaikan perebutan put an
• PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
• Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-Undang Laut pada tahun 1994.

(ci) Mengatasi perlumbaan bersenjata


• PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan
buruk terhadap mangsa perang.
• Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu dalam
krisis di Cuba.

Kesimpulan

PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PBB mengambil
langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.

2. Bincangkan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti Majlis
Ekonomi dan Sosial PBB. (Oxford Fajar, ms 434 : 467)

Pendahuluan

Majlis ini berperanan menyelaraskan kegiatan PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan, dan kebudayaan. Majlis
ini dianggotai oleh 54 orang ahli yang dilantik bagi tempoh tiga tahun. Majlis ini mengadakan persidangan dua kali
setahun. Pusat kegiatan majlis ini terletak di Eropah, Asia, Asia Timur, Amerika Latin, dan Afrika.

Isi-isi Penting

a) Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)


• Matlamat utama agensi ini adalah meningkatkan pengeluaran makanan, membaiki sistem agihan makanan, dan
mengatasi kebuluran.
• Kegiatan agensi ini meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pertanian, pemakanan, perikanan,
perhutanan, dan perekonomian.

b) Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD)


• Agensi ini mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan pembangunan.
• Antara matlamat utama agensi ini adalah menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
• Selain itu, agensi ini juga menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, teknologi, dan pelaburan.

c) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)


• IMF merupakan organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 184 negara.
• la ditubuhkan untuk menstabilkan pertukaran wang asing dalam kalangan negara anggotanya.
• Agensi ini juga memberi bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengalami krisis kewangan.

d) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO)


• UNESCO ditubuhkan untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran.
• Agensi ini memainkan peranan dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran maklumat.
• la juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal bagi pelbagai bidang kepakaran.

e) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (1LO)


• Kemunculan 1LO dapat dikesan sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
• Pada peringkat awal penubuhanny a, ILO memainkan peranan dalam peningkatan undang-undang buruh.
• Selepas tahun 1945, 1LO memberi tumpuan terhadap masalah yang dihadapi oleh negara-negara membangun.

3
• Antara masalah-masalah yang ditangani oleh ILO termasuklah masalah berkaitan dengan hak kemanusiaan,
bantuan teknikal dan kepentingan sosial dan ekonomi.

f) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan ini memainkan peranan dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk dunia.
• Antara kempen-kempen yang dilancarkan termasuklah kempen membasmi demam kepialu, kempen imunisasi
penyakit Rubella, dan kempen membasmi AIDS.

g) Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR)
• Antara peranan agensi ini adalah memberi perlindungan kepada orang pelarian.
• Selain itu, agensi ini juga menyelesaikan masalah orang pelarian dan melindungi hak serta kebajikan orang
pelarian.
• Agensi ini juga membantu orang pelarian kembali ke negara asal atau menetap di negara lain.

h) Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF)


• Agensi ini ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup kanak-kanak.
• la juga memainkan peranan menangani masalah kemiskinan, keganasan, penyakit dan diskriminasi kanak-kanak.

Kesimpulan

Agensi-agensi ini memainkan peranan dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan, dan kebudayaan.

3. Nilaikan tujuan penubuhan NATO. (Ilmu Bakti Hijau, M1 : 5)

Pendahuluan

* Latar belakang NATO

Isi: Tujuan Penubuhan NATO

1. Hasrat Britain dan Perancis ingin menghalang kebangkitan semula Jerman


*Alasan yang digunakan untuk membentuk pakatan tentera bagi mempertahankan kedaulatan negara masing-masing

2. Menarik penyertaan Amerika Syarikat


* Sokongan kuasa besar dan berpengaruh diperlukan demi keberkesanan pertubuhan
* Hubungan dijalinkan antara Britain dengan Amerika bagi mengukuhkan pakatan

3. Menghalang menularnya fahaman komunis


* Membantu Amerika Syarikat yang menghadapi Perang Dingin dengan Rusia
* Eropah Barat kini terdedah dengan fahaman komunis
* Perlukan suatu pakatan tentera dalam menanganinya

4. Membantu PBB menjaga keselamatan antarabangsa


* Eropah Barat tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada PBB
* Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini menjadikan Eropah Barat bimbang dengan keupayaan PBB menangani isu-
isu keselamatan dunia

Kesimpulan

* NATO merupakan pertubuhan yang diwujudkan khas untuk menahan kemaraan komunis di rantau Eropah semasa
Perang Dingin
4
* Peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap Amerika Syarikat adalah
NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat

Esei Lengkap

NATO merujuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan ditubuhkan pada 4 April 1949. Ia merupakan sebuah
pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan si stem pertahanan bersama antara negara anggota. Awal
penubuhannya, ia disertai oleh 12 buah negara dan mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabat yang tetap di
Brussels.

Antara tujuan penubuhan NATO ialah berusaha menghalang kebangkitan semula Jerman di Eropah. Negara- negara
Eropah seperti Britain dan Perancis bimbang terhadap kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Britain dan
Perancis menegaskan bahawa perang dunia yang berlaku dan bermula di Eropah berpunca daripada cita- cita Jerman
mahu menguasai benua Eropah. Oleh itu, bagi menghadapi kemaraan Jerman, beberapa pertubuhan telah dibentuk,
antaranya Perjanjian Dunkirk yang membabitkan Perancis dan Britain pada 1947 dan Brussels pada 1948 yang
membabitkan Perancis, Belgium, Netherland dan Luxemburg bagi menyekat kemaraan Jerman. Penubuhan dua
pertubuhan awal ini merupakan bibit-bibit awal ke arah penubuhan sebuah pakatan tentera yang lebih luas
membabitkan Amerika Syarikat. Oleh hal demikian, ia menjadi tarikan utama negara- negara ini menyertai NATO
sebagai sebuah institusi pakatan ketenteraan dalam usaha mempertahankan kedaulatan ahli- ahli lain jika ada ancaman
musuh.

Penubuhan NATO ini secara tidak langsung telah membawa kepada penglibatan Amerika Syarikat dalam aspek
ketenteraan dan politik di Eropah. Bagi memastikan sesuatu pakatan bersifat ketenteraan berkesan, Britain
berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat perlu dilibatkan dalam sesuatu pertubuhan. Negara-negara Eropah
Barat juga sedar mereka perlu mengelakkan perang tercetus di kawasan Eropah. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini,
negara-negara Eropah perlu memperoleh sokongan dari kuasa besar, Amerika Syarikat. Britain juga percaya bahawa
penglibatan Amerika Syarikat penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat. Kesungguhan
Britain menjadikan hubungan antara Britain dan AS semakin rapat sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti
perundingan diplomatik, kerjasama dalam bidang ketenteraan dan kerjasama dalam bidang perisikan (FBI, CIA dan SIS).

Penubuhan NATO juga dikaitkan dengan hasrat mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di
Eropah. Hal ini penting selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Eropah terdedah dengan pola pertentangan ideologi iaitu
komunis yang didokong oleh Rusia dan Amerika Syarikat sebagai agen demokrasi. Ancaman kepada rantau Eropah Barat
menjadi lebih ketara dengan perluasan pengaruh Komunis yang mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua blok
iaitu Eropah Barat yang berpihak kepada Amerika Syarikat dan blok Eropah Timur berpaksikan ideologi komunis. Situasi
ini membimbangkan negara Eropah Barat ditambah pula negara-negara Eropah Timur yang prokomunis telah
menambah kekuatan ketenteraan bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Oleh itu, negara Eropah Barat
mula menyedari bahawa sebuah pakatan perlu diwujudkan untuk mengatasi ancaman yang mungkin timbul dan
menyekat perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

Penubuhan NATO membolehkan pakatan ini membantu PBB menjaga keselamatan antarabangsa. Dalam menjaga
keselamatan di rantau Eropah, negara-negara di Eropah Barat tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada PBB.
Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini telah menjadikan Eropah Barat begitu bimbang dengan keupayaan PBB
menangani isu- isu keselamatan dunia amnya dan Eropah khususnya. Semasa awal penubuhan PBB, negara Eropah
berharap agar PBB akan berfungsi sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan keamanan antarabangsa. Walau
bagaimanapun, harapan tersebut tidak tercapai kerana kuasa-kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB hanya akan
dapat mengekalkan keamanan apabila pihak Rusia dan Amerika Syarikat bersetuju untuk berkerjasama. Oleh itu,
penubuhan NATO dianggap antitesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai satu
pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki
sebuah pasukan tentera tersendiri.

5
Kesimpulannya, jelaslah bahawa sememangnya NATO merupakan pertubuhan yang ditubuhkan khas untuk
menahan kemaraan komunis di rantau Eropah semasa Perang Dingin. Walau bagaimanapun, fokus NATO berubah-ubah
mengikut keadaan semasa. Dalam hal ini, peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia
menganggap Amerika Syarikat adalah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat. Kemampuan NATO untuk hidup amat
bergantung pada komitmen yang ditunjukkan oleh negara-negara yang menganggotainya.

4. Jelaskan pengaruh United Kingdom dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel. (Ilmu Bakti Hijau, M7 : 47)

Pendahuluan

* Latar belakang Pertubuhan Negara-negara Komanwel

Isi: Pengaruh United Kingdom dalam Pertubuhan Negara- negara Komanwel

1. United Kingdom boleh dianggap sebagai 'pengasas' dan 'ketua' Komanwel


* Dikaitkan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri
seterusnya memberi kemerdekaan
2. Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya
* Menjadi ketua negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka
* Lebih kurang 16 buah negara yang mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai Ketua Negara
3. Berjaya memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950
* Rancangan yang berslogankan "Merancang untuk Kemakmuran Bersama" dilancarkan
* Membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan Pasifik.
4. Mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950
* Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel
* Menyediakan sistem pelajaran yang sempurna
5. Isu Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan
* Tindakan yang dilakukan oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri
* Satu perjanjian (1955) antara Britain dengan Afrika Selatan, Britain setuju menjual senjata kepada Pretoria.

Kesimpulan

* Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan pertubuhan berbentuk sukarela namun cengkaman United
Kingdom amat kukuh pada awal penubuhannya
* Penubuhan Pertubuhan Komanwel ini mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial,
ekonomi dan politik berdasarkan model barat

Esei Lengkap

Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang melibatkan negara-negara
berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique dan Rwanda. Amnya, penubuhan
persatuan ini berlaku apabila sesebuah negara jajahan British mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini bermatlamat
menyatukan negara-negara bekas jajahan British, ia dibentuk pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Syarat-syarat
keahlian Komanwel mestilah sebuah negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Hal ini
menggambarkan betapa kuatnya pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini.

Hal ini terbukti dengan fakta United Kingdom boleh dianggap sebagai 'pengasas' dan 'ketua' Komanwel. Kewujudan
Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah
berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan
legasi monarkinya malah menjadi ketua Negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka. Lebih kurang
16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen ( Raja Inggeris) sebagai Ketua Negara.
6
Seterusnya pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini jelas begitu ketara apabila berjaya memujuk Amerika
Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan yang berslogankan
"Merancang untuk Kemakmuran Bersama" dilancarkan untuk membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di
negara- negara Asia dan Pasifik. Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka dan Tanah Melayu
menikmati faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrstruktur seperti jalan raya, kereta
api dan sistem pengairan.

United Kingdom juga mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu Jawatankuasa
Perhubungan Pelajaran Komanwel. Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara-negara anggota (sedang
membangun) menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah badan
penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang pelajaran.
Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti Komanwel (The
Association of Commonwealth Universities) yang dianggotai oleh lebih 200 buah universiti. Tujuan penubuhan persatuan
ini adalah untuk membantu universiti yang baru ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dan
lain-lain keperluan yang berkaitan dengan pendidikan.

Satu lagi pengaruh United Kingdom dalam pertubuhan ini ialah dalam soal atau isu Apartheid yang diamalkan di
Afrika Selatan. Majoriti negara-negara anggota komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak
sehaluan dengan negara anggota yang lain. Tindakan yang dilakukan oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri.
Umpamanya, dalam satu peijanjian (1955) antara Britain dengan Afrika Selatan, Britain setuju menjual senjata kepada
Pretoria. Keadaan ini mengundang kekejaman yang berterusan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan sehingga
ada negara yang mengancam akan keluar Komanwel jika Britain bertindak berterusan menyokong rejim Pretoria seperti
Nigeria dan Tanzania. Walau bagaimanapun, isu ini hanya tinggal sejarah setelah dasar ini dihapuskan pada tahun 1991
dan kerajaan di bawah pimpinan Nelson Mandela dibentuk untuk memerintah Afrika Selatan pada tahun 1994.

Kesimpulannya, apa yang pasti walaupun pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang berbentuk sukarela, namun
cengkaman United Kingdom amat kukuh pada awal penubuhannya, malah tidak keterlaluan dikatakan penubuhan
Pertubuhan Komanwel ini mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan
politik berdasarkan model barat.

5. Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mewujudkan keamanan dunia.
(Ilmu Bakti Putih, M1 : 22)

Pendahuluan

* Latar belakang penubuhan dan matlamat umum PBB

Isi: Peranan PBB mewujudkan keamanan dunia

1. Peranan Majlis Keselamatan


(c) Bertanggungjawab hal ehwal keamanan dan keselamatan
(d) Dianggotai oleh lima buah kuasa besar yang memiliki kuasa veto
(e) Bertindak terhadap negara yang enggan menghormati Piagam PBB
2. Menghentikan pencerobohan
(f) Menghantar pasukan pengaman atas nama PBB
(g) Bertindak untuk menghentikan dan menangani pergolakan yang berlaku
(h) Sasaran ialah misi keamanan bukan bertindak balas
3. Menentang Dasar Apartheid
(i) Mengutuk tindakan dan dasar Regim Pretoria
(j) Menyarankan agar hubungan diplomatik diputus dengan Afrika Selatan

7
(k) Penggubalan Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat
4. Merangka program pembangunan
(l) Melaksanakan dasar pembangunan sosioekonomi
(m) Peranan agensi PBB seperti IMF, FAO, ILO, UNICEF dan lain-lain
5. Mengawal perkembangan senjata moden
(n) Menyekat penggunaan dan ujian senjata berbahaya
(o) Mempengaruhi Amerika Syarikat dan Soviet Union mengehadkan ujian senjata nuclear
6. Peranan Mahkamah Antarabangsa
(p) Menjadi badan timbang tara bagi menyelesaikan isu- isu yang boleh menyebabkan konflik yang lebih serius

Kesimpulan

Badan yang bertanggungjawab mewujudkan keamanan, namun begitu sering dipertikaikan kerana dasar kerap
dibayangi oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat

Jawapan Lengkapf

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan secara rasminya pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Liga
Bangsa yang gagal berperanan menghalang kebangkitan kuasa-kuasa besar mencetuskan Perang Dunia Kedua. Matlamat
utama penubuhan badan ini adalah untuk menjamin dan mengekalkan keamanan dunia serta menghentikan sebarang
bentuk pencerobohan di samping merangka program untuk membangun sosioekonomis sesebuah negara yang boleh
mewujudkan kesejahteraan masyarakat.
Tidak dinafikan antara tujuan dan peranan penting penubuhan PBB sebagaimana yang digariskan dalam piagamnya,
matlamat utama organisasi ini ialah keamanan. Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan telah dibentuk dan
bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal yang berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Mengikut piagam
PBB, dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan, Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh lima buah kuasa besar
sebagai anggota tetap boleh bertindak meminta semua negara anggota memutuskan hubungan diplomatik, komunikasi
dan ekonoim deaigan negara yang enggan mematuhi Piagam PBB dan meminta semua negara anggota PBB mengambil
tindakan ketenteraan terhadap negara berkenaan sama ada melalui sekatan darat, laut dan udara.
PBB juga bertanggungjawab menghentikan pencerobohan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap
negara lain yang telah membawa kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Sehubungan dengan itu, melalui
Majlis Keselamatan juga, pasukan pengaman PBB yang dianggotai oleh negara-negara dihantar ke negara yang terlibat
dengan pergolakan politik, umpamanya ke Mogadishu, Bosnia, Congo, Afghanistan dan sebagainya. Harus diingat
bahawa penghantaran tentera ini bermisikan keamanan bukannya bertujuan untuk menyerang balas sehingga
mencetuskan konflik yang akan bertambah merebak. Antara kejayaan yang dicapai dalam misi ini ialah kejayaan
mengundurkan tentera Soviet Union dari utara Iran dan menyelesaikan krisis Terusan Suez.
Peranan lain PBB bagi mewujudkan keamanan dunia dapat dilihat dengan usaha-usaha menghapuskan dasar yang
boleh menghuru-harakan dan menganiaya pihak lain. Dalam konteks ini, tindakan kerajaan atau Regim Pretoria yang
melaksanakan Dasar Apartheid telah dikutuk. PBB telah menyarankan semua negara anggota PBB agar memutuskan
hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan selagi dasar ini dijalankan. Pada tahun 1948, PBB telah menggubal
Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat bagi memastikan kebebasan dan hak manusia dihormati dan dipelihara. Pada tahun
1966, Majlis Perhimpunan PBB telah meluluskan dua perjanjian berkaitan hak asasi sejagat, iaitu 'Perjanjian
Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik' serta 'Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan
Kebudayaan'.
Dalam usaha mewujudkan keamanan dunia, PPB juga merangka program pembangunan sosioekonomi yang
diharapkan dapat membantu ke arah pembentukan kesejahteraan masyarakat sejagat. Program-program pembangunan
ini dijalankan melalui agensi-agensinya seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) berperanan
menyusun semula pembangunan negara-negara anggota serta memberikan bantuan modal dan teknikal. Selain itu, PBB
juga menghulurkan bantuan kepada mangsa- mangsa peperangan seperti FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian),
UNICEF (Tabung Kanak-kanak PBB) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
Bagi memastikan keamanan dunia juga, PBB bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal perkembangan
8
persenjataan moden yang boleh mengancam

6. Jelaskan kepentingan penubuhan NATO dari sudut keselamatan dan ketenteraan. (Ilmu Bakti Putih, M2 : 28)
Pengenalan
* latar belakang NATO
* Matlamat penubuhan sememangnya berkait rapat dengan keselamatan dan ketenteraan Blok Barat yang dikctuai oleh
British

Isi: Peranan NATO dari segi keselamatan dan ketenteraan

1. Menghalang kebangkitan Jerman


(q) Merupakan rancangan strategik British yang berhasrat membendung kebangkitan Jerman sebagaimana Perang
Dunia Kedua
(r) Mendapat sokongan padu daripada imperialis lain seperti Perancis, Belanda dan Belgium serta bertambah mantap
dengan sokongan Amerika Syarikat
2. Menarik penyertaan Amerika Syarikat
(s) Penyertaan Amerika Syarikat akan menambahkan kekuatan dan pengaruh NATO
(t) Penyertaan Amerika Syarikat perlu bagi mengelak kegagalan Liga Bangsa disebabkan ketiadaan Amerika Syarikat
3. Mengekang ideologi komunis
(u) Idelogi ini bertentangan dengan ideologi negara Blok Barat yang mendokong fahaman demokrasi
(v) Penularan ideologi ini bermakna Rusia akan berpengaruh, maka suatu pertubuhan diperlukan bagi mengekang
kemaraan Rusia melalui ideologi yang disebarkannya
4. Membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
(w) PBB bukanlah sebuah pertubuhan berbentuk ketenteraan, maka bagi memastikan keselamatan dan keamanan
Blok Barat berpendapat perlukan sebuah pakatan tentera bagi menangani ancaman ketenteraan dan
persenjataan
(x) Penubuhan NATO diharapkan dapat memberikan perlindungan khususnya kepada negara Blok Barat yang
memiliki tanah jajahan yang kaya dengan sumber ekonomi dan strategik dari segi politik

Kesimpulan

* Sememangnya penubuhan NATO lebih bermatlamatkan politik khususnya bagi Blok Barat yang diketuai oleh British
tatkala berhadapan dengan Blok Timur yang didominasi oleh Rusia
* Penyertaan Amerika Syarikat memberikan kekuatan kepada dari segi fizikal dan psikologi kepada NATO

Jawapan Lengkap

NATO merujuk kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan ditubuhkan pada 4 April 1949. la merupakan sebuah
pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara negara anggota. Awal
penubuhannya, ia disertai oleh 12 buah negara dan mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabat yang tetap di
Brussels. Sememangnya tidak dinafikan penubuhan pakatan ini bermotifkan politik, terutamanya dari sudut ketenteraan
khususnya bagi memperkuatkan negara-negara Blok Barat bagi menghadapi ancaman negara-negara Eropah Timur yang
didominasi oleh Rusia.

Antara tujuan penubuhan NATO ialah berusaha menghalang kebangkitan semula Jerman di Eropah yang boleh
menjejaskan keamanan dunia. Negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis bimbang terhadap kebangkitan
Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Britain dan Perancis menegaskan bahawa perang dunia yang berlaku dan bermula
di Eropah berpunca daripada cita-cita Jerman mahu menguasai benua Eropah. Oleh itu, bagi menghadapi kemaraan
Jerman, beberapa pertubuhan telah dibentuk, antaranya Perjanjian Dunkirk yang membabitkan Perancis dan Britain
pada tahun 1947 dan Peijanjian Brussels pada tahun 1948 yang membabitkan Perancis, Belgium, Belanda dan
Luxemburg yang dimeterai bagi menyekat kemaraan Jerman. Penubuhan dua buah pertubuhan awal ini merupakan
9
bibit-bibit awal ke arah penubuhan sebuah pakatan tentera yang lebih luas yang membabitkan Amerika Syarikat. Oleh
hal yang demikian, ia menjadi tarikan utama kepada negara-negara Eropah menyertai NATO dengan harapan ianya akan
menjadi sebagai sebuah institusi atau pakatan ketenteraan yang mampu mempertahankan kedaulatan ahli-ahli lain jika
ada ancaman musuh.

Bagi memastikan sesuatu pakatan bersifat ketenteraan lebih berkesan, Britain berpendapat kuasa besar seperti
Amerika Syarikat perlu dilibatkan dalam sesuatu pertubuhan. Oleh sebab itu, Britain begitu bersungguh-sungguh
menyusun strategi agar pakatan antarabangsa ini turut sama disertai oleh Amerika Syarikat. Britain juga percaya
bahawa penglibatan Amerika Syarikat penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat. Andaian
Britain ketiadaan Amerika Syarikat akan menyebabkan nasib sebagaimana Liga Bangsa akan berulang. Kesungguhan
Britain jelas apabila kedua-duanya mewujudkan kerjasama yang semakin erat sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama
seperti perundingan diplomatik, keijasama dalam bidang ketenteraan dan kerjasama dalam bidang perisikan (FBI, CIA
dan SIS) terutamanya sewaktu Perang Dingin apatah lagi Amerika Syarikat juga kini melihat Soviet Union sebagai
ancaman politiknya di arena politik antarabangsa.

Penubuhan NATO juga dikaitkan dengan hasrat mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di
Eropah. Hal ini penting disebabkan oleh tamatnya Perang Dunia Kedua, keadaan Eropah terlibat dengan pola
pertentangan ideologi, iaitu komunis yang didokong oleh Rusia dan Amerika Syarikat sebagai agen demokrasi. Ancaman
kepada rantau Eropah Barat menjadi lebih ketara dengan perluasan pengaruh Komunis yang mengakibatkan
pembahagian Eropah kepada dua blok, iaitu Blok Eropah Barat berpihak kepada Amerika Syarikat dan Blok Eropah
Timur berpaksikan ideologi komunis. Situasi ini membimbangkan negara Eropah Barat ditambah pula negara-negara
Eropah Timur yang prokomunis telah menambah kekuatan ketenteraan bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah
Barat. Oleh itu, negara Eropah Barat mula menyedari bahawa sebuah pakatan perlu diwujudkan untuk mengatasi
ancaman yang mungkin timbul dan menyekat perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

Penubuhan NATO membolehkan pakatan ini membantu PBB menjaga keselamatan antarabangsa. Dalam menjaga
keselamatan di rantau Eropah, negara-negara di Eropah Barat tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada PBB.
Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini telah menjadikan Eropah Barat begitu bimbang dengan keupayaan PBB
menangani isu- isu keselamatan dunia amnya dan Eropah khususnya. Semasa awal penubuhan PBB, negara Eropah
bcrharap agar PBB akan berfungsi sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan keamanan antarabangsa. Walau
bagaimanapun, harapan tersebut tidak tercapai kerana kuasa-kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB hanya akan
dapat mengekalkan keamanan apabila pihak Rusia dan Amerika Syarikat bersetuju untuk bekerjasama. Oleh itu,
penubuhan NATO dianggap alternative

7. Jelaskan tujuan penubuhan NATO. (Ilmu Bakti Putih, M5 : 49)

Pengenalan

* Latar belakang NATO

Isi: Tujuan Penubuhan NATO

1. Hasrat Britain dan Perancis ingin menghalang kebangkitan semula Jerman


• Alasan yang digunakan untuk membentuk pakatan tentera bagi mempertahankan kedaulatan negara masing-
masing
2. Menarik penyertaan Amerika Syarikat
• Sokongan kuasa besar dan berpengaruh diperlukan demi keberkesanan pertubuhan
• Hubungan dijalinkan antara Britain dengan Amerika bagi mengukuhkan pakatan
3. Menghalang menularnya fahaman komunis
• Membantu Amerika Syarikat yang menghadapi Perang Dingin dengan Rusia
• Eropah Barat kini terdedah dengan fahaman komunis

10
• Perlukan suatu pakatan tentera dalam menanganinya
4. Membantu PBB menjaga keselamatan antarabang sa
• Eropah Barat tidak mahu bergantung sepcnuhnya kepada PBB
• Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini menjadikan Eropah Barat bimbang dengan keupayaan PBB
menangani isu-isu keselamatan dunia

Kesimpulan

* NATO merupakan pertubuhan yang diwujudkan khas untuk menahan kemaraan komunis di rantau Eropah semasa
Perang Dingin
* Peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap Amerika Syarikat adalah
NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat

Jawapan Lengkap

NATO merujuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan ditubuhkan pada 4 April 1949. Ia merupakan sebuah
pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara negara anggota. Awal
penubuhannya, ia disertai oleh 12 buah negara dan mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabat yang tetap di
Brussels.

Antara tujuan penubuhan NATO ialah berusaha menghalang kebangkitan semula Jerman di Eropah. Negara- negara
Eropah seperti Britain dan Perancis bimbang terhadap kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Britain dan
Perancis menegaskan bahawa perang dunia yang berlaku dan bermula di Eropah berpunca daripada cita- cita Jerman
mahu menguasai benua Eropah. Oleh itu, bagi menghadapi kemaraan Jerman, beberapa pertubuhan telah dibentuk,
antaranya Peijanjian Dunkirk yang membabitkan Perancis dan Britain pada 1947 dan Brussels pada 1948 yang
membabitkan Perancis, Belgium, Netherland dan Luxemburg bagi menyekat kemaraan Jerman. Penubuhan dua
pertubuhan awal ini merupakan bibit-bibit awal ke arah penubuhan sebuah pakatan tentera yang lebih luas
membabitkan Amerika Syarikat. Oleh hal demikian, ia menjadi tarikan utama negara- negara ini menyertai NATO
sebagai sebuah institusi pakatan ketenteraan dalam usaha mempertahankan kedaulatan ahli- ahli lain jika ada ancaman
musuh.

Penubuhan NATO ini secara tidak langsung telah membawa kepada penglibatan Amerika Syarikat dalam aspek
ketenteraan dan politik di Eropah. Bagi memastikan sesuatu pakatan bersifat ketenteraan berkesan, Britain
berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat perlu dilibatkan dalam sesuatu pertubuhan. Negara-negara Eropah
Barat juga sedar mereka perlu mengelakkan perang tercetus di kawasan Eropah. Oleh itu, untuk mcncapai tujuan ini,
negara-negara Eropah perlu memperoleh sokongan daripada kuasa besar, Amerika Syarikat. Britain juga percaya
bahawa penglibatan Amerika Syarikat penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat.
Kesungguhan Britain menjadikan hubungan antara Britain dan AS semakin rapat sehingga terjalinnya pelbagai keijasama
seperti perundingan diplomatik, keijasama dalam bidang ketenteraan dan keijasama dalam bidang perisikan (FBI, CIA
dan SIS).

Penubuhan NATO juga dikaitkan dengan hasrat mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di
Eropah. Hal ini penting selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Eropah terdedah dengan pola pertentangan ideologi iaitu
komunis yang didokong oleh Rusia dan Amerika Syarikat sebagai agen demokrasi. Ancaman kepada rantau Eropah Barat
menjadi lebih ketara dengan perluasan pengaruh Komunis yang mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua blok,
iaitu Eropah Barat yang berpihak kepada Amerika Syarikat dan blok Eropah Timur berpaksikan ideologi komunis. Situasi
ini membimbangkan negara Eropah Barat ditambah pula negara-negara Eropah Timur yang prokomunis telah
menambah kekuatan ketenteraan bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Oleh itu, negara Eropah Barat
mula menyedari bahawa sebuah pakatan perlu diwujudkan untuk mengatasi ancaman yang mungkin timbul dan
menyekat perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

11
Penubuhan NATO membolehkan pakatan ini membantu PBB menjaga keselamatan antarabangsa. Dalam menjaga
keselamatan di rantau Eropah, negara-negara di Eropah Barat tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada PBB.
Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum ini telah menjadikan Eropah Barat begitu bimbang dengan keupayaan PBB
menangani isu- isu keselamatan dunia amnya dan Eropah khususnya. Semasa awal penubuhan PBB, negara Eropah
berharap agar PBB akan berfungsi sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan keamanan antarabangsa. Walau
bagaimanapun, harapan tersebut tidak tercapai kerana kuasa-kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB hanya akan
dapat mengekalkan keamanan apabila pihak Rusia dan Amerika Syarikat bersetuju untuk berkerjasama. Oleh itu,
penubuhan NATO dianggap antitesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai satu
pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki
sebuah pasukan tentera tersendiri.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sememangnya NATO merupakan pertubuhan yang ditubuhkan khas untuk
menahan kemaraan komunis di rantau Eropah semasa Perang Dingin. Walau bagaimanapun, fokus NATO berubah-ubah
mengikut keadaan semasa. Dalam hal ini, peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia
menganggap Amerika Syarikat ialah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat. Kemampuan NATO untuk hidup amat
bergantung pada komitmen yang ditunjukkan oleh negara- negara yang menganggotainya.

8. Huraikan peranan dan fungsi empat badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). (Ilmu Bakti
Oren, M3 : 25)

Pendahuluan

* Asal usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


* Matlamat dan prinsip PBB

Isi: Peranan dan t'ungsi empat badan utama dalam PBB

1. Sekretariat
- Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Pehimpunan Agung atas cadangan Majlii Keselamatan
- Tugas utama ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran
- Setiausaha Agung berkhidmat selama lima tahun dan tempoh ini boleh diperbaharui
- Setiausaha Agung akan membawa isu antarabangsa yang mengancam keamanan dan keseluruhan dunia
- Badan ini juga memantau masalah ekonomi dan sosial dunia
- Mengendalikan persidangan antarabangsa berhubung dengan isu-isu dunia
- Menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa
2. Mahkamah keadilan antarabangsa
- Dikenali juga sebagai Mahkamah Dunia
- Terletak di Hague dan menyelesaikan pertikaian antara negara
- Mempunyai 15 orang hakim
- Fungsi utama Mahkamah Agung ialah mengadili kesalahan melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi
manusia
- Selain itu badan ini juga menyelesaikan pertindihan sempadan
- Mahkamah ini mengadili kes-kes jenayah seperti pembunuhan kaum beramai-ramai, penyeksaan, dan layanan tidak
berperimanusiaan
- Mahkamah ini juga menyelesaikan tuntutan sebuah negara ke atas sesuatu wilayah
- Mahkamah ini tidak mempunyai ejen untuk menguatkuasakan keputusan
- Pelaksanaan keputusan bergantung kepada persetujuan negara-negara yang terlibat

3. Majlis Perhimpunan Agung


- Badan terbesar dan diwakili oleh semua negara anggota
- Mendebatkan hal ehwal dunia dalam persidangan setahun sekali
12
- Keputusan yang dibuat oleh Majlis mengenai isi prosedur adalah berdasarkan undi majoriti
- Setiap anggota negara mempunyai satu undi
- Isi-isu mengenai dasar akan ditentukan dengan undi dua per tiga
- Isu dasar yang biasa dibincang ialah mengenai tindakan menyiasat sebarang konflik antarabangsa yang mengancam
keselamatan dunia atau tindaMO mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik
- Majlis ini berfungsi sebagai badan perunding, penyelaras, dan pengawas kewangan PBB
- Badan ini juga mengemukakan penyelesaian bagi sebarang persoalan dalam skopnya
- Badan ini juga mempunyai kuasa untuk melantik ahli-ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, ahli
Majlis Amanah, dan Hakim Mahkamah Antarabangsa

4. Majlis Keselamatan
- Merupakan badan terpenting dalam PBB bagi menjaga keamanan dan keselamatan dunia
- Sebelum tahun 1965, mempunyai lima ahli tetap dan enam ahli biasa
- Ahli tetap Majlis ini ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Perancis, dan China
- Ahli-ahli biasa merupakan wakil dari wilayah-wilayah seperti Asia dan Afrika, Eropah Timur, Eropah Barat, dan Amerika
Latin
- Ahli-ahli tetap mempunyai kuasa veto iaitu kuasa pembatal
- Mereka boleh menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan keputusan yang sudah pun dibuat oleh Majlis
Keselamatan
- Keputusan yang dibuat daripada Majlis Keselamatan mesti dipersetujui oleh kelima-lima ahli tetap
- Ahli-ahli majlis ini boleh mengundi untuk berkecuali tetapi ia tidak akan menjejaskan keputusan PBB
- Majlis ekonomi dan Sosial
- Mengurus hal ehwal sosio-ekonomi negara anggota
- Antara agensi yang ditubuhkan untuk menggerakkan Majlis ini ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Tabung Kanak-Kanak (UNICEF), dan lain-lain lagi
- Setiap agensi ini mempunyai fungsi yang berlainan mengikut matlamat PBB

Kesimpulan

* Pencapaian PBB
* Agensi-agensi PBB

Jawapan Lengkap

Kegagalan Liga Bangsa dalam menjaga keamanan dunia dapat dilihat dengan jelas apabila tercetus Perang Dunia
Kedua. Pihak Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia, dan Amerika Syarikat mencadangkan penubuhan
sebuah pertubuhan antarabangsa untuk memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Susulan daripadanya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada Oktober 1945. PBB mempunyai sebuah organisasi yang
lebih mantap berbanding Liga Bangsa. Pada 26 Jun 1945, 51 buah negera menandatangani Piagam PBB dan PBB
beroperasi secara formal pada 24 Oktober 1945. Menjelang tahun I960 terdapat sebanyak 166 negara yang
menganggotai PBB. Antara matlamat dan prinsip PBB adalah untuk mencegah peperangan serta mengekalkan
keamanan dan keselamatan negara. Satu lagi objektif PBB adalah untuk mewujudkan hubungan persahabatan dalam
kalangan negara-negara anggota dan juga untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi. dan kemanusiaan
antarabangsa. Antara prinsip asas yang didukung oleh PBB ialah prinsip persamaan hak. prinsip kedaulatan sama rata,
dan kerjasama antarabangsa. Terdapat enam badan utama di PBB yang menjayakan matlamat dan prinsip pertubuhan
antarabangsa ini.

Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Agung PBB. Beliau dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis
Keselamatan. Tugas utama badan ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Seorang Setiausaha Agung
berkhidmat selama lima tahun dan tempoh ini boleh diperbaharui. Antara tugas utama seorang Setiausaha Agung ialah
mengemukakan isu antarabangsa yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Badan ini juga memantau
13
masalah ekonomi dan sosial dunia. Selain itu, ia juga mengendalikan persidangan antarabangsa berhubung dengan isu-
isu dunia. Badan ini juga mentadbir misi pengaman dan menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia. Badan ini juga merupakan badan
penting PBB yang terletak di Hague. Badan ini yang mempunyai 15 orang hakim yang menyelesaikan pertikaian antara
negara. Antara fungsi utama Mahkamah Agung ialah mengadili kesalahan melanggar undang-undang antarabangsa dan
hak asasi manusia. Selain itu badan ini juga menyelesaikan pertindihan sempadan. Mahkamah ini juga mengadili kes-
kes jenayah seperti pembunuhan kaum beramai-ramai. penyeksaan. dan layanan tidak berperimanusiaan. Selain itu.
mahkamah ini menyelesaikan tuntutan sebuah negara ke atas sesuatu wilayah. Mahkamah ini tidak mempunyai ejen
untuk menguatkuasakan keputusan. Maka, pelaksanaan keputusan bergantung kepada persetujuan negara-negara yang
terlibat.

Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan yang terbesar PBB dan diwakili oleh semua negara anggota PBB.
Badan ini mendebatkan hal ehwal dunia. Majlis ini bersidang setahun sekali. Keputusan yang dibuat oleh Majlis
mengenai isi prosedur adalah berdasarkan undi majoriti. Setiap anggota negara mempunyai satu undi. Isi-isu mengenai
dasar akan ditentukan dengan undi dua per tiga. Isu dasar yang biasa dibincang ialah mengenai tindakan menyiasat
sebarang konflik antarabangsa yang mengancam keselamatan dunia atau tindakan mengenakan sekatan ekonomi dan
diplomatik. Majlis ini berfungsi sebagai badan perunding, penyelaras, dan pengawas kewangan PBB. Badan ini juga
mengemukakan penyelesaian bagi sebarang persoalan dalam skopnya. Badan ini juga mempunyai kuasa untuk melantik
ahli-ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, ahli Majlis Amanah, dan Hakim Mahkamah
Antarabangsa.

Badan seterusnya ialah badan yang terpenting dalam PBB, iaitu Majlis Keselamatan. Badan ini merupakan badan
yang menjaga keamanan dan keselamatan dunia. Sebelum tahun 1965. badan ini mempunyai II ahli iaitu lima yang tetap
dan enam ahli biasa. Selepas tahun 1965, ahli biasa meningkat kepada sepuluh. Ahli tetap Majlis Keselamatan ialah
Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Perancis, dan China. Ahli-ahli biasa merupakan wakil dari wilayah- wilayah
seperti Asia dan Afrika, Eropah Timur, Eropah Barat, dan Amerika Latin. Ahli-ahli tetap mempunyai kuasa veto iaitu
kuasa pembatal. Mereka boleh menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan keputusan yang sudah pun dibuat
oleh Majlis Keselamatan. Keputusan yang dibuat daripada Majlis Keselamatan mesti dipersetujui oleh kelima-lima ahli
tetap. Ahli-ahli majlis ini boleh mengundi untuk berkecuali tetapi ia tidak akan menjejaskan keputusan PBB.

Satu lagi badan yang penting dalam PBB ialah Majlis Ekonomi dan Sosial. Majlis ini mengurus hal ehwal sosio
ekonomi negara anggota. Beberapa agensi ditubuhkan untuk menggerakkan kegiatan majlis ini. Antara agensi yang
ditubuhkan ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO), Tabung Kanak-kanak (UNICEF), dan lain-lain lagi. Setiap agensi ini mempunyai fungsi yang berlainan
mengikut matlamat PBB.

Kesimpulannya, PBB berjaya menyelesaikan beberapa isu antarabangsa. Pencapaian PBB termasuklah
menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. PBB juga berjaya menyelesaikan masalah pelarian, menangani
masalah Aparteid, memberikan bantuan kewangan dan ekonomi, serta merancang pembangunan negara-negara
mundur. PBB juga berjaya mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia.

9. Jelaskan kejayaan penting yang dicapai oleh Komanwel. (Ilmu Bakti Oren, M5 : 44)

Pendahuluan

- Konsep Komanwel
- Matlamat dan prinsip Komanwel

Isi: Kejayaan penting yang dicapai oleh Komanwel


14
1. Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
- Diadakan dua tahun sekali
- Diwakili oleh Perdana Menteri dan Presiden dari setiap negara anggota
- Menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan
- Platform untuk merancang program yang membawa faedah kepada negara anggota dan membincang hal- hal
kepentingan bersama
- Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi, hal ehwal dalam sesebuah
negara, dan persengketaan dalam kalangan negara anggota dengan mendapatkan keizinan terlebih dahulu
- Sejak tahun 1983, mesyuarat ini telah diadakan di ibu negeri atau bandar-bandar utama negara anggota

2. Rancangan Colombo
- Diperkenalkan pada tahun 1950
- United Kingdom dapat memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan program ini
- Rancangan berslogan 'Merancang Untuk Kemakmuran Bersama'
- Dilancarkan bagi membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara Asia Pasifik
- Rancangan bertujuan memberikan bantuan kewangan. teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara yang kurang maju
- India, Fiji, Sri Lanka, dan Malaysia menikmati faedah daripada program ini terutamanya dalam bidang pendidikan dan
pembinaan infrastruktur
- Di Malaysia, antara projek yang dibiayai oleh rancangan ini ialah pembinaan Lebuhraya Timur Barat, pembinaan jalan
raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak, pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak serta bantuan dalam
bidang pertanian untuk menbangunkan tanah dan pengenalan kaedah pertanian moden

3. Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel


- Dibentuk bagi membantu menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna
- Merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran
- Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui persatuan universiti
- Komanwel dianggotai oleh lebih daripada 200 buah universiti
- Persatuan ini membantu universiti yang baru ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan, dan
lain-lain keperluan

4. Bantuan ketenteraan
- Tentera-tentera daripada negara Komanwel iaitu Britain dan Australia telah mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
- Tentera Komanwel juga membantu Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis pada zaman Darurat (1948-1960)
- Tentera-tentera dari Britain, New Zealand, Nepal, dan Kanada turut membantu Tanah Melayu
- Tahun 1957 - Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu telah ditandatangani
- Melalui perjanjian ini, askar-askar dari negara Komanwel dihantar ke Tanah Melayu untuk menghadapi ancaman ini
- Malaysia juga mendapat bantuan ketenteraan semasa konfrontasi dengan Indonesia

5. Bantuan ekonomi
- Negara anggota mendapat faedah dan keistimewaan dalam menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara
Komanwel yang lain
- Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya ke Britain akan dikenakan cukai yang rendah
- Dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel pada tahun 1970-an dan 1980-an memihak kepada negara-
negara maju
- Keadaan ini menyebabkan negara-negara mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di
peringkat antarabangsa

6. Menentang Dasar Aparteid


- Komanwel menjadi satu platform untuk menentang dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan
15
- Sejak awal tahun 1960-an, Malaysia telah menentang dasar tersebut
- Dasar ini membezakan taraf penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit
- Orang putih diberi banyak keistimewaan manakala orang kulit hitam ditindas
- Perjuangan ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan negara-negara Komanwel kecuali Britian
- Komitmen Malaysia terserlah dalam pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dalam menentang Dasar Aparteid Afrika
Selatan dalam CHOGM pada tahun 1989
- Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan ke atas Afrika Selatan

Kesimpulan

- Syarat yang ditetapkan untuk menjadi anggota Komanwel


- Negara-negara yang mengisytiharkan keluar

Jawapan Lengkap

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 melalui 'Statue of Westminster'. Badan ini dianggotai oleh bekas tanah
jajahan British yang telah merdeka. Negara-negara anggota Komanwel berada di setiap benua dan penduduknya terdiri
daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa, dan budaya. Penduduknya dianggarkan melebihi 2.1 bilion orang. Komanwel
moden hari ini menerima 'Perisytiharan Prinsip- prinsip Komanwel' sebagai asas hubungan dalam kalangan negara-
negara Komanwel. Badan ini merupakan sebuah pertubuhan sukarela bagi negara-negara yang merdeka dan berdaulat.
Terdapat empat matlamat utama Komanwel iaitu untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, dan
sosial dalam kalangan anggotanya. Ia juga ingin memberikan kemudahan dan faedah agar negara- negara anggota dapat
mencapai kemajuan. Komanwel juga mempunyai objektif untuk menyelesaikan masalah bersama sekiranya ada.
Komanwel juga memegang kepada enam prinsip iaitu kepercayaan kepada kebebasan individu, menentang semua jenis
penaklukan dan penindasan berbentuk perkauman, mengatasi jurang perbezaan dari segi kekayaan berdasarkan bangsa
di negara-negara anggota, mengakui prasangka perkauman sebagai penyakit berbahaya. dan kepercayaan terhadap
keamanan dan kestabilan antarabangsa demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan manusia.

Antara pencapaian Komanwel ialah mesyuarat Ketua- ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Mesyuarat ini diadakan
dua tahun sekali. Persidangan ini diwakili oleh Perdana Menteri dan Presiden dari setiap negara anggota. Selain
daripada menyediakan ruang bagi pertemuan ketua- ketua kerajaan, ia juga digunakan untuk merancang program-
program yang membawa faedah kepada negara anggota dan membincang hal-hal kepentingan bersama. Tujuan
persidangan ini adalah untuk membincangkan masalah- masalah yang dihadapi, hal ehwal dalam sesebuah negara dan
persengketaan dalam kalangan negara anggota dengan mendapatkan keizinan terlebih dahulu. Sejak tahun 1983,
mesyuarat ini telah diadakan di ibu negeri atau bandar-bandar utama negara anggota.

Satu lagi pencapaian Komanwel ialah Rancangan Colombo yang diperkenalkan pada tahun 1950. United Kingdom
dapat memujuk Amerika Syarikat, Kanada. dan Jepun untuk mewujudkan program ini. Rancangan yang berslogan
'Merancang Untuk Kemakmuran Bersama' dilancarkan bagi membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara
Asia Pasifik. Rancangan ini bertujuan memberikan bantuan kewangan. teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara
yang kurang maju. Beberapa negara anggota seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Malaysia menikmati faedah daripada
program ini terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrastruktur. Di Malaysia, antara projek yang
dibiayai oleh rancangan ini ialah pembinaan Lebuhraya Timur Barat, pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan
Sarawak, pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak serta bantuan dalam bidang pertanian untuk
membangunkan tanah dan pengenalan kaedah pertanian moden.

Di samping itu, Britain juga mengambil inisiatif mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel.
Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna dan menjadi badan
penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran. Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama
melalui persatuan universiti. Komanwel dianggotai oleh lebih daripada 200 buah universiti. Persatuan ini membantu
universiti yang baru ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan, dan lain-lain keperluan.
16
Komanwel juga memberikan bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota. Tentera-tentera
daripada negara Komanwel iaitu Britain dan Australia telah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun
semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Komanwel juga membantu Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis pada
zaman Darurat (1948-1960). Tentera-tentera dari Britain, New Zealand, Nepal dan Kanada turut membantu Tanah
Melayu. Pada tahun 1957, Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu telah ditandatangani. Melalui perjanjian ini,
askar- askar dari negara Komanwel dihantar ke Tanah Melayu untuk menghadapi ancaman ini. Malaysia juga mendapat
bantuan ketenteraan semasa konfrontasi dengan Indonesia.

Negara-negara anggota Komanwel turut mendapat faedah dan keistimewaan dalam menjalankan urusan
perdagangan dengan negara-negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya ke
Britain akan dikenakan cukai yang rendah. Namun, dasar- dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel pada
tahun 1970-an dan 1980-an memihak kepada negara-negara maju. Keadaan ini menyebabkan negara-negara mundur
tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di peringkat antarabangsa.

Satu lagi pencapaian Komanwel ialah perjuangan menentang Aparteid. Badan ini menjadi satu platform oleh negara-
negara anggota untuk menentang Dasar Aparteid yang diamakan oleh Afrika Selatan. Sejak awal tahun 1960-an,
Malaysia telah menentang dasar tersebut. Dasar ini yang diamalkan di Afrika Selatan membezakan taraf penduduk
Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang putih diberi banyak keistimewaan manakala orang kulit hitam ditindas.
Perjuangan ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan negara-negara Komanwel kecuali Britian.
Komitmen Malaysia terserlah dalam pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur menentang Dasar Aparteid Afrika Selatan
dalam CHOGM pada tahun 1989. Dalam mesyuarat tersebut. Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan ke
atas Afrika Selatan.

Kesimpulannya, Komanwel telah memberikan sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan
dalam kalangan negara anggota. Peranannya dalam menyelesaikan isu-isu politik dan keselamatan dalam kalangan
anggotanya adalah terbatas. Namun, Komanwel terus berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan negara-negara
anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran, dan
teknikal yang mendorong kemajuan negara-negara anggota.

10. Bincangkan sumbangan Komanwel dalam mencapai matlamat dan prinsip-prinsipnya. (Ilmu Bakti Ungu, ms 73
: 101)

Pertubuhan Kowanwel ditubuhkan pada tahun 1931 melalui Statue of Westminster. Ia dianggotai oleh bekas
tanah jajahan British yang telah merdeka. Negara-negara anggota Kowanwel tersebar di setiap beriua dan penduduknya
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa and budaya serta jumlah penduduknya dianggarkan melebihi 2.1 bilion
orang. Komanwel moden pada hari ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan dalam
kalangan negara-negara Komanwel. Ia merupakan sebuah pertubuhan sukarela bagi negara-negara yang merdeka dan
berdaulat. Terdapat empat matlamat utama Komanwel, iaitu menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial, membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota, mewujudkan kerjasama dalam setiap
bidang serta memberi kemudahan dan faedah kepada negara-negara anggota. Komanwel juga mempunyai objektif
untuk menyelesaikan masalah bersama sekiranya ada. Komanwel turut memegang kepada enam prinsip, iaitu
kepercayaan kepada kebebasan individu, menentang semua jenis penaklukan dan penindasan berbentuk perkauman,
mengatasi jurang perbezaan dari segi kekayaan berdasarkan bangsa di negara- negara anggota, mengakui prasangka
perkaumansebagai penyakit berbahaya dan kepercayaan terhadap keamanan dan kestabilan antara bangsa demi
kepentingan keselamatan dan kesejahteraan manusia.

Antara sumbangan Komanwel ialah penubuhan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Mesyuarat
CHOGM diadakan dua tahun sekali di ibu negeri atau bandar utama negara-negara anggota. Persidangan CHOGM
diwakili oleh Perdana Menteri dan Presiden dari setiap negara anggota. Selain daripada menyediakan ruang bagi
17
pertemuan ketua-ketua kerajaan, ia juga digunakan untuk merancang program-program yang membawa faedah kepada
negara anggota dan membincangkan hal- hal kepentingan bersama. Tujuan persidangan CHOGM adalah untuk
membincangkan masalah- masalah yang dihadapi, hal ehwal dalam sesebuah negara dan persengketaan dalam
kalangan negara anggota dengan mendapatkan keizinan terlebih dahulu.

Sumbangan Komanwel yang seterusnya ialah Rancangan Colombo yang diperkenalkan pada tahun 1950. United
Kingdom dapat memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun untuk mewujudkan penyatuan ini. Rancangan yang
berslogan 'Merancang untuk Kemakmuran Bersama' dilancarkan bagi membantu meningkatkan perkembangan
ekonomi di negara Asia Pasifik. Rancangan ini bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada
negara-negara yang kurang maju. Beberapa negara anggota seperti India, Fiji, Sri Lanka dan Malaysia menikmati faedah
daripada program ini terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrastruktur. Di Malaysia, antara projek
yang dibiayai oleh Rancangan Colombo ialah pembinaan Lebuhraya Timur Barat, pembinaan jalan raya dan jambatan di
Sabah dan Sarawak, pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak serta bantuan dalam bidang pertanian untuk
menbangunkan tanah dan pengenalan kaedah pertanian moden.

Di samping itu, Britain juga mengambil inisiatif mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel. Ia
dibentuk bagi membantu menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna. Ia merupakan sebuah badan penasihat
dan perunding dalam bidang pelajaran. Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui
Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai oleh lebih daripada 200 buah universiti. Persatuan ini membantu
universiti yang baru ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dan lain-lain keperluan.

Komanwel juga memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota. Tentera-tentera dari
negara Komanwel, iaitu Britain dan Australia telah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua. Tentera Komanwel juga membantu Tanah Melayu dalam menghadapi ancaman komunis pada
Zaman Darurat (1948- 1960). Tentera-tentera dari Britain, New Zealand, Nepal dan Kanada turut membantu Tanah
Melayu. Pada tahun 1957, Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu telah ditandatangani. Melalui perjanjian ini,
askar-askar dari negara Komanwel dihantar ke sini untuk menghadapi ancaman ini. Malaysia juga mendapat bantuan
ketenteraan semasa konfrontasi dengan Indonesia.

Negara-negara anggota Komanwel turut mendapat faedah dan keistimewaan dalam menjalankan urusan
perdagangan dengan negara- negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya ke
Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel pada tahun
1970-an dan 1980-an memihak kepada negara-negara maju. Keadaan ini menyebabkan negara-negara mundur tidak
berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di peringkat antarabangsa.

Satu lagi pencapaian Komanwel ialah perjuangan menentang dasar aparteid. Badan ini menjadi satu platform oleh
negara-negara anggota untuk menentang dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Sejak awal tahun 1960- an,
Malaysia telah menentang dasar tersebut. Dasar aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan membezakan taraf
penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang putih diberi banyak keistimewaan, manakala orang kulit hitam
ditindas. Perjuangan ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan negara-negara Komanwel kecuali
Britain. Komitmen Malaysia terserlah semasa pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dalam menentang dasar aparteid
Afrika Selatan dalam CHOGM pada tahun 1989, Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi
dikenakan ke atas Afrika Selatan.

Kesimpulannya, Komanwel telah memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan dalam
kalangan negara anggota. Peranannya dalam menyelesaikan isu-isu politik dan keselamatan dalam kalangan anggotanya
adalah terbatas. Namun, Komanwel terus berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan negara anggota terhadap
pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam
bidang ekonomi, pelajaran dan teknikal yang mendorong kemajuan negara-negara anggota.

18

You might also like