Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN PROGRAM “TEROKAI WARNA DALAMI PERSONALITI” DI INSTITUT

LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

1.0 PENGENALAN
Setiap individu mempunyai personaliti yang berlainan antara satu sama lain tidak
kira tua dan muda. Personaliti yang pelbagai menjadikan diri seseorang individu
tersebut unik dan berbeza daripada individu lain. Menurut Allport, personaliti
adalah organisasi dinamis sistem-sistem psikofizikal dalam diri individu yang
menentukan ciri-ciri tingkah laku dan pemikirannya (dalam Sidek Mohd Noah,
2015). Manakala warna juga dapat dikaitkan dengan personaliti seseorang
individu tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, warna diertikan
sebagai kesan yang didapati oleh mata hasil daripada cahaya yang dipantulkan
oleh benda-benda yang dilihat.

Personaliti dan warna mempunyai perkaitan antara satu sama lain dimana
Don Lowry antara orang terawal yang membangunkan teori personaliti warna
melalui kad-kad aktiviti True colors. Ia merupakan sejenis kad permainan yang
melambangkan personaliti yang berasaskan empat jenis warna iaitu emas, biru,
hijau dan jingga. Sidek Mohd Noah (1997) telah membangunkan alat ukuran
Inventori Personaliti Warna (IPW) berasaskan teori personaliti warna. Item-item
tersebut telah diperincikan mengikut kepada ciri-ciri dominan setiap kategori
personaliti.

Kumpulan kami telah menggunakan soal selidik IPW ini untuk ditadbir
kepada pelajar-pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu.
Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam program “Terokai Warna Dalami
Personaliti” ini adalah seramai 36 orang secara keseluruhannya. Kesemua
pelajar tersebut adalah dari kursus Sivil dan Struktur dan rata-rata mereka
berumur 18 hingga 20 tahun. Menurut mereka, soal selidik IPW ini masih baharu
bagi mereka dan belum pernah mengambil ujian tersebut lagi.

Ujian IPW ini mengandungi 100 item dan mempunyai skala jawapan ‘Ya’
atau ‘Tidak’. Kesemua pelajar dikehendaki menjawab item-item yang terdapat
dalam inventori tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu selama 20-30

1
minit. Inventori Personaliti Warna ini memberi impak yang baik terhadap para
pelajar kerana mereka dapat mengetahui berkaitan dengan personaliti mereka
melalui warna yang diperolehi selepas menjawab ujian IPW tersebut.

2.0 DAPATAN KAJIAN

2.1 Emas

Ciri-ciri personaliti emas ialah individu yang bersikap keibupaan,


bertanggungjawab, setia, berperaturan, boleh dipercayai, fikiran positif, menaruh
perhatian, mengikut adat resam, hidup bersistem dan konservatif. Kata kunci
utama individu emas adalah individu yang mengikut peraturan. Ciri-ciri di tempat
kerja adalah mengikut aturan, bekerja dahulu baru menjalankan tugas lain.
Kemudian, menjaga kestabilan dan susun atur dan sanggup bekerja keras untuk
organisasi. Bukan itu sahaja, individu yang memiliki personaliti warna emas ini
dianggap sebagai tulang belakang organisasi.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada 30 orang pelajar kursus


sivil dan struktur, 17 orang yang memperoleh mata tertinggi bagi untuk
personaliti emas. Masing-masing mendapat mata 24, 21, 16, 20, 22, 24, 22, 20,
24, 24, 25, 23, 23, 23, 25, 22 dan 24. Manakala yang mata paling rendah adalah
masing-masing 16 (jingga), 12 (biru), 10 (hijau), 17 (biru), 13 (biru), 14 (jingga),
12 (hijau), 13 (hijau), 20 (biru, jingga), 20 (jingga), 18 (hijau), 20 (hijau, biru,
jingga), 18 (hijau,jingga), 16 (jingga), 13 (jingga), 19 (jingga) dan 17 (hijau).
Berdasarkan dapatan tersebut, boleh di katakan majoriti pelajar kursus sivil dan
struktur rata-rata mendapat warna emas sebagai warna yang dominan.

Oleh hal yang demikian, bidang kerjaya yang sesuai untuk individu emas
adalah konvensional iaitu individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.
Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang
perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan
nombor. Seterusnya, melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan
mengikut arahan. Sebagai contoh, pekerjaan yang sesuai bagi orang emas
adalah penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, kerani bank, pakai
cukai, operator komputer, penilai harta, jurujual insurans dan lain-lain.

2
2.2 Hijau

Individu yang memiliki personaliti warna hijau dalam dirinya adalah individu yang
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Antara ciri-ciri umum individu
personaliti hijau ini adalah cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan,
cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna,
bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasrkan
teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah,
berprinsip, dan berasaskan logik. Individu yang memiliki personaliti hijau ini
mempunyai ciri-ciri anallitikal, investigatif dan hipotetikal.

Selain itu, ciri-ciri di tempat kerja bagi individu yang memiliki personaliti
hijau antaranya ialah mempunyai konsep pemikiran yang bebas, baginya kerja
adalah suatu permainan, ia sering menghadapi tugas dengan tenang. Mereka
suka mereka cipta model, meneroka idea atau membina sistem bagi memenuhi
keinginan untuk menonjolkan pembaharuan. apabila mereka telah
menyempurnkan sesuatu idea mereka suka beralih ke projek lain dan
membiarkan orang lain menjaga dan mengendalikan projek yang lama.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian lapangan yang
telah dibuat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) mendapati hanya dua orang
pelajar sahaja yang memperolehi skor tertinggi dalam personaliti warna hijau.
Iaitu responden ke 6 dan responden ke 28. Markah yang diperolehi bagi
responden ke 6 dan 28 adalah masing-masing berjumlah 24 markah. Bagi
responden ke 6 skor yang terendah ialah berjumlah 16 markah iaitu untuk
personaliti warana biru. Manakala responden ke 28 skor terendah yang
diperolehinya ialah berjumlah 21 markah iaitu bagi personaliti warna emas dan
juga biru.

Individu yang mempunyai personaliti warna hijau ini mempunyai ciri-ciri


anallitikal, investigatif dan hipotetikal. Ciri-ciri ini dapat dikaitkan dengan ciri-ciri
yang terdapat di dalam ujian minat kerjaya iaitu investigatif. Antara contoh
pekerjaan investigatif ialah ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli fizik, ahli kimia, ahli
kaji bintang, ahli kaji bumi, penyelidik sains, antropologi, dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal .

3
Berdasarkan jenis pekerjaan individu yang memiliki personaliti hijau ini
dapat dikaitkan dengan kursus sivil dan struktur yang dipelajari oleh dua orang
penuntut ILP yang berbentuk teknikal. Contohnya dalam pembinaan bangunan
pelajar ini perlu mengkaji bentuk bangunan yang sesuai di sesuatu kawasan.

2.3 Biru

Berikutan Inventori Personaliti Warna (IPW), kategori personaliti yang berwarna


biru memiliki ciri-ciri tersendiri menurut beberapa aspek. Umumnya, personaliti
warna biru ini melambangkan perkara-perkara yang banyak melibatkan perasaan
individu yang mempunyai personaliti biru ini. Antara ciri-ciri individu ini adalah
seperti seorang yang unik dan tulen dalam sesuatu perkara. Di samping itu, sifat
yang mudah bersimpati, berperibadi dan selalu mencari makna dalam kehidupan
ini turut didominasi oleh individu yang berpersonaliti biru ini.

Seorang yang selalu inginkan perhubungan mesra dan mudah


mengasihani terhadap manusia, haiwan atau apa yang disekelilingnya.
Tambahan lagi, yang paling utama adalah individu berpersonaliti biru ini amat
berkemahiran dalam memahami perasaan dan pemikiran orang lain dan ibarat
mampu meletakkan dirinya dalam “kasut” orang yang mengalaminya itu. Segala
yang melibatkan perasaan lagi seperti seorang yang romantis, gembira,
imaginatif, puitis, lemah lembut, mudah terasa, suka membantu dan sebagainya
ini majoritinya wujud dalam diri individu yang berpersonaliti warna biru ini.

Selain itu, antara ciri-ciri berdasarkan aspek di tempat kerja pula adalah
seperti menjadi punca semangat atau dorongan yang tinggi kepada orang lain di
tempat kerja itu agar menikmati hidup yang lebih bermakna. Sehubungan
dengan itu, lazimnya, individu yang memiliki personaliti warna biru ini cenderung
untuk bekerja dalam bidang yang merangkumi kesenian, komunikasi, pendidikan
serta profesion dalam menolong orang lain. Individu personaliti biru juga mampu
memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling dengan baik dan
memberansangkan. Oleh itu, antara pekerjaan yang sesuai untuk orang yang
berpersonaliti biru ini adalah dalam bidang sosial. Bidang sosial ini menjurus
kepada pekerjaan sebagai ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai

4
perhubungan awam, pengarah kem belia atau agensi kebajikan, kaunselor
kerjaya atau peribadi dan sebagainya.

Setelah menjalankan pentadbiran Inventori Personaliti Warna ini kepada


pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP), dapatan kajian bagi inventori yang
dijawab itu diperoleh mengikut kecenderungan markah terhadap warna-warna
dalam inventori tersebut. Oleh itu, dapatan kajian bagi kecenderungan pelajar
terhadap warna biru adalah seramai 8 orang pelajar daripada 30 orang pelajar
keseluruhannya. Skor yang paling tinggi pada warna biru diperoleh oleh pelajar
adalah seperti 19, 23, 22, 20, 20, 22, 19, 18. Skor tersebut kelihatan tidak terlalu
tinggi dan hanya pada tahap sederhana. Oleh itu, ia dapat dikatakan bahawa
kecenderungan dalam kalangan pelajar ILP ini ke arah personaliti warna biru
tidak terlalu dominan dan hanya pada tahap sederhana.

Justeru itu juga, tahap ketepatan yang dapat dikaji berdasarkan


pentadbiran inventori ini kepada pelajar ILP atau sebagai responden adalah juga
pada tahap yang memuaskan. Setelah inventori tersebut ditadbir kepada
mereka, ia diterangkan lebih lanjut berkaitan pentafsiran kepada skor yang
diperoleh itu. Berikutan daripada itu, berdasarkan apa yang diterangkan
mengenai personaliti warna biru ini, maklum balas yang dapat diterima oleh
pelajar ILP, majoritinya adalah selari dengan ketepatan skor yang diperoleh
tersebut. Hasil skor yang diperoleh oleh pelajar ini dalam personaliti warna biru
menunjukkan mereka yang kurang cenderung kepada perkara-perkara yang
melibatkan perasaan semata-mata. Kebarangkalian juga, dapat diselarikan
dengan kursus pengajian mereka di ILP itu iaitu Kursus Sivil dan Struktur. Hal ini
kerana, kemungkinan pengaruh daripada kursus ini juga yang mendorong
mereka bersifat lebih realistik iaitu tergolong dalam personaliti warna jingga.

2.4 Jingga

Dalam Inventori Personaliti Warna, ciri-ciri umum bagi jingga adalah seperti
seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan suka
kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak
dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa

5
yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan
fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tabah, tidak takut dan berkemahiran.
Kata kunci utama ialah suka mengembara atau adventurous. Manakala, ciri-ciri
di tempat kerja pula seperti sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang
berstruktur, rigid, dan mengikut rutin, berpuas hati dalam kerja yang memberi
kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan serta seorang
performer yang baik.

Responden kajian adalah seramai 30 orang pelajar ILP yang terdiri


daripada kursus sivil dan struktur. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya tiga
orang sahaja yang mendapat skor tertinggi bagi warna jingga. Skor tertinggi yang
diperolehi adalah 18, 19, 22. Bagi ketiga-tiga responden, skor terendah mereka
adalah biru, emas dan hijau dengan skor 14, 17 dan 17. Berdasarkan kepada
dapatan yang diperolehi, ianya dapat membantu responden yang terdiri daripada
kursus sivil dan struktur untuk lebih tahu ciri-ciri pekerjaan yang selaras dengan
personaliti mereka. Terdapat hubungan antara faktor-faktor dalam IPW dan SDS.
Bagi personaliti warna jingga, ianya mempunyai perkaitan dengan ciri realistik
dan dalam Search-Directed Scale.

Bagi realistik ciri-cirinya adalah individu yang mempunyai kemahiran


atletik atau mekanikal, suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan
dan binatang serta lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.
Contoh pekerjaan ialah jurutera awam, jurutera kereta api, operator mesin,
mekanik kereta, juruteknik elektronik, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu dan
sebagainya. Justeru, pelajar-pelajar yang memperolehi skor tertinggi bagi
personaliti jingga ini boleh dikatakan sebagai bersesuaian dengan kursus yang
mereka di ILP ambil iaitu kursus sivil dan struktur. Hasil daripada maklum balas
menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti warna jingga ini sebahagiannya terdapat
dalam diri responden yang memperolehi skor tertinggi.

6
3.0 RUMUSAN
Terdapat pelbagai inventori atau instrumen yang boleh digunakan sebagai
alat untuk mengukur personaliti seseorang individu tersebut. Menurut Carl
Rogers (1951), personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri. Inventori
Personaliti Warna ini adalah salah satu alat yang telah digunakan bagi
mengenalpasti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai personaliti
sesorang berdasarkan empat warna iaitu Emas, Jingga, Biru dan Hijau.

Berdasarkan hasil yang diperolehi melalui pentadbiran ujian yang telah


dijalankan oleh kumpulan kami di Institut Latihan Perindustrian Kuala
Terengganu, rata-rata mendapati bahawa kesemua pelajar mempunyai
personaliti Biru. Personaliti Biru ini memperlihatkan bahawa seseorang individu
tersebut sangat menyukai keharmonian, mesra dengan orang lain serta
mempunyai dorongan yang kuat untuk membantu orang lain.

Seterusnya, personaliti Emas berada di tempat kedua dimana pelajar-


pelajar tersebut mempunyai personaliti yang bersikap keibubapaan,
bertanggungjawab dan sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan, hanya sedikit sahaja bilangan
pelajar yang mempunyai personaliti warna Jingga dan Hijau. Menurut Sidek
Mohd Noah (1998), individu yang berpersonaliti Jingga menunjukkan sikap yang
cergas manakala individu personaliti Hijau pula bersifat ingin tahu dan berfikiran
luas.

Secara rumusannya, Inventori Personaliti Warna yang telah dibangunkan


oleh Sidek Mohd Noah ini banyak membantu pelajar-pelajar di Institut Latihan
Perindustrian (ILP) ini bagi mengenalpasti personaliti diri mereka. Hasil ujian
yang diperolehi dan maklumbalas yang diterima daripada wakil pelajar di ILP
tersebut berkaitan dengan pentadbiran ujian IPW yang telah dijalankan sangat
memberangsangkan.

You might also like