Buku Peraturan Sekolah SK Sungai Kawi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BUKU PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAWI


D/A PPD MERADONG
96500 BINTANGOR
SARAWAK
TUJUAN:

A. Untuk menentukan bahawa semua murid memahami, menghormati dan


mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
B. Untuk mewujudkan suasana yang aman tenteram dan harmoni supaya
perjalanan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar bilik darjah
dapat dikendalikan dengan lancar dan teratur.
C. Memupuk perasaan cinta, saying dan taat setia terhadap Raja dan
Negara bersesuaian dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

1.0 KEHADIRAN
1.1 Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada:
1.1.1 Masa hari persekolahan
1.1.2 Masa aktiviti sekolah dilaksanakan
1.2 Semua murid dikehendaki berada dalam kawasan sekolah
sepanjang masa persekolahan dan juga pada masa aktiviti
dijalankan.
1.3 Murid-murid harus berada di dalam bilik darjah sebelum jam 0715
1.3.1 Masa belajar : Tahap 1 – 0730 hingga 1300
Tahap 2 – 0730 hingga 1330
1.3.2 Kelas Bimbingan UPSR : 1400 - 1500
1.3.3 Aktiviti KK : 1500 – 1630
1.4 Murid-murid dikehendaki berhimpunan di tapak perhimpunan
pada jam 0715 pada setiap hari Rabu. Ketua Kelas dan Pengawas
akan mengawasi displin ketika itu.
1.5 Murid hendaklah berada dalam bilik darjah masing-masing
sepanjang waktu PdPc. Jika guru berkenaan tidak hadir, Ketua
Kelas hendaklah merujuk kepada Penolong Kanan Pentadbiran
setelah lima minit kelas bermula.

2|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


1.6 Murid tidak dibenarkan berkeliaran atau berlegar-legar di luar bilik
darjah tanpa sebarang sebab.
1.7 Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
1.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi masalah
kesihatan atau kecemasan keluarga dikehendaki mengemukan sijil
sakit atau surat pemberitahuan pengesahan dari ibu bapa
sekembalinya ke sekolah.
1.9 Kebenaran untuk keluar dari kawasan sekolah kerana hal-hal
penting semasa PdPc mestilah diperoleh daripada Guru Besar.

2.0 PERHIMPUNAN
2.1 Murid-murid hendaklah berbaris dalam keadaan yang teratur dan
senyap di tempat perhimpunan sebaik sahaja loceng dibunyikan.
2.2 Semua murid diwajibkan hadir ke tempat perhimpunan.
2.3 Murid yang gagal menghadiri perhimpunan tanpa sebarang
alasan yang munasabah akan diambil tindakan dispilin.
2.4 Semua murid hendaklah patuh kepada arahan Ketua Kelas dan
Pengawas sewaktu berada di perhimpunan.
2.5 Semasa lagu-lagu Kebangsaan, Kebesaran Negeri dan patriotik
dinyanyikan, semua murid hendaklah berdiri tegak dan
menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan penuh
semangat.
2.6 Pemeriksaan terhadap pakaian seragam, rambut, kuku dan lain-
lain dijalankan oleh Guru Kelas dan Pengawas yang bertugas
setelah selesai perhimpunan.
2.7 Murid hendaklah beredar ke bilik darjah masing-masing dalam
keadaan beratur dan tertib.

3|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


3.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.1 Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah pada
3.1.1 Hari persekolahan
3.1.2 Lawatan sambil belajar
3.1.3 Kelas tambahan
3.1.4 Pada masa lain atas arahan pihak sekolah
3.2 Murid lelaki
3.2.1 Setiap murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
3.2.2 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
3.2.3 Murid tidak dibenarkan untuk menyimpan misai, janggut atau
jambang.
3.2.4 Pakaian hendaklah sentiasa di ‘Tuck-in’ dan bertali pinggang
berwarna hitam atau biru gelap sahaja.
3.3 Rambut murid perempuan
3.3.1 Pendek dan kemas
3.3.2 Jika pendek dan mencecah bahu, rambut hendaklah
didandan, diikat dengan riben sama ada berwarna hitam
atau biru tua sahaja.
3.3.3 Rambut tidak menutup bahagian muka.
3.3.4 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
3.4 Murid tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal ke sekolah

4.0 BAHAGIAN KOKURIKULUM


4.1 Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum
4.2 Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu jenis permainan, satu kelab dan satu unit
beruniform.

4|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


5.0 BANGUNAN DAN KAWASAN SEKOLAH
5.1 Murid hendaklah menjaga harta benda sekolah dan kepunyaan
sendiri dengan baik dan sempurna.
5.2 Harta benda yang harus dijaga meliputi segala kemudahan yang
disediakan sama ada di dalam bilik darjah, bilik guru, gelanggang
permainan, tandas, bilik-bilik khas lain dan persekitarannya.
5.3 Kemudahan-kemudahan termasuk perabot, dinding, lantai,
tingkap, pintu tandas, lampu suis, tong sampah, pokok-pokok,
kebun bunga, alatan sukan dan permainan, pakaian seragam dan
kemudahan-kemudahan yang lain.
5.4 Jika berlaku kehilangan dan kerosokkanm ganti rugi hendaklah
diusahakan.
5.5 Murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan oleh Guru
Kelas di dalam bilik darjah atau mana-mana tempat seperti yang
diarahkan.
5.6 Setiap bilik darjah hendaklah dilengkapkan dengan kemudahan
seperti tong sampah, pemadam papan tulis dan keperluan lain.
5.7 Pemindahan perabot dari satu bilik ke bilik yang lain adalah tidak
dibenarkan kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
5.8 Bilik darjah tidak boleh digunakan sebagai tempat mengadakan
perjumpaan atau jamuan tanpa kebenaran Guru Besar.
5.9 Pada waktu perhimpunan, semua murid tidak dibenarkan berada
di dalam bilik darjah.
5.10 Murid adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan
kawasan sekolah, bilik darjah dan bilik-bilik kegunaan yang lain.
5.11 Semua murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan.
5.12 Kadar kebisingan hendaklah pada paras yang paling minima pada
setiap waktu.

5|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


5.13 Semua murid dilarang untuk meludah dimana-mana tempat.
5.14 Langkah-langkah berikut hendaklah diambil sewaktu pengajaran
mata pelajaran PJK, Pendidikan Seni, Reka Bentuk dan Teknologi,
Sains dan jika hendak ke Pusat Sumber atau Tapak Perhimpunan.
5.14.1 Pastikan sius lampu dan kipas angin ditutup semasa
meninggalkan tempat tersebut.
5.14.2 Pastikan pintu bilik darjah ditutup semasa meninggalkan
tempat tersebut.

6.0 TANDAS
6.1 Murid hendaklah sentiasa berjimat cermat semasa menggunakan
air.
6.2 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua murid. Amalan
penggunaan tandas dengan betul dan sihat hendaklah
dikekalkan.
6.3 Sila pamkan air selepas tandas digunakan. Elakkan daripada
membuang kertas, tuala wanita, plastik, kayu dan sebarang objek
ke dalam mangkuk tandas.

7.0 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


7.1 Semua murid dibekalkan kemudahan SPBT jika Jawatankuasa SPBT
meluluskan.
7.2 Buku-buku pinjaman hendaklah dibalut dan sentiasa dijaga
dengan rapi dan cermat.
7.3 Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada buku yang
dipinjam, murid hendaklah menggantikannya dengan buku yang
sama atau membayar harga buku teks secara tunai. Kegagalan
untuk berbuat demikian akan membolehkan kemudahan SPBT
tidak dilanjutkan.

6|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


8.0 KEBERSIHAN
8.1 Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri setiap masa dari
segi pakaian seragam, kulit, kuku, rambut dan kasut.
8.2 Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah, lantai,
dinding, siling, tingkap, meja, papan tulis dan tong sampah. Kerusi
dan meja hendaklah sentiasa disusun dengan kemas.
8.3 Murid juga dikehendaki menjaga kebersihan di kawasan
persekitaran bilik darjah, sekolah, tandas, kawasan laluan, kawasan
sekitar sekolah dan bangunan sekolah yang lain.

9.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA KELAS DAN PENGAWAS SEKOLAH


9.1 Ketua kelas dengan kerjasama murid yang lain hendaklah
memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan kemas. Pastikan tiadak ada perabot dan cermin tingkap rosak
atau hilang
9.2 Ketua Kelas membuat laporan sekiranya ada pelajar melanggar
tatacara displin sekolah
9.3 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas angin
ditutup pada setiap masa bila kemudahan itu tidak diperlukan.
9.4 Pengawas akan membantu pihak sekolah mengawas murid
semasa perhimpunan, kerja kumpulan, masa rehat atau semasa
aktiviti yang dianjutkan oleh pihak sekolah.
9.5 Pengawas hendaklah membuat laporan Lembaga Displin Sekolah
sekiranya didapati ada murid yang melanggar peraturan sekolah.

7|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


10.0 TINGKAHLAKU JENAYAH
10.1 Berjudi
10.2 Mencuri
10.3 Melawan / Mengancam / Memukul / Mencederakan guru
10.4 Melawan / Mengancam / Memukul / Mencederakan pengawas
dan murid lain
10.5 Memeras ugut
10.6 Membuli
10.7 Menganggotai kumpulan / kongsi gelap
10.8 Menyalahgunakan dadah
10.9 Mencabul kehormatan
10.10 Menceroboh bilik khas / Kedai Koperasi / Pejabat Sekolah / Asrama
10.11 Mengedar dadah
10.12 Menunjuk perasaan atau mengganggu ketenteraman sekolah
10.13 Bertaruh secara besar-besaran

11.0 TINGKAH LAKU LUCAH


11.1 Bercumbu-cumbuan
11.2 Berkhalwat
11.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
11.4 Mengintai murid perempuan
11.5 Menggunakan kata dan perbuatan lucah
11.6 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah

8|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


12.0 KEKEMASAN DIRI
12.1 Berambut panjang / fesyen keterlaluan dan bertentangan dengan
peraturan sekolah
12.2 Berkuku panjang
12.3 Bermisai dan berjanggut
12.4 Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah
12.5 Memakai barang perhiasan yang dilarang ke sekolah

13.0 TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA


13.1 Berkeliaran di kawasan sekolah
13.2 Datang lewat ke sekolah
13.3 Lewat ke perhimpunan

14.0 TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAB


14.1 Berkelakuan kasar terhadap guru
14.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
14.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
14.4 Berbahasa kesat atau lucah
14.5 Menyimpan rokok
14.6 Menghisap rokok/candu/ganja/dadah
14.7 Menganggu proses PdPc
14.8 Tidak menghormati guru dan kakitangan sekolah
14.9 Tidak menghormati pengawas

9|BUKU PERATURAN SEKOLAH SK SUNGAI KAWI


15.0 TINGKAH LAKU MUSNAH
15.1 Merosakkan harta benda sekolah
15.2 Merosakkan harta benda Guru dan sekolah
15.3 Merosakkan harta benda Bilik RMT
15.4 Merosakkan harta benda murid

16.0 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/MENIPU


16.1 Menipu melibatkan wang
16.2 Menipu melibatkan kepercayaan

17.0 PONTENG
17.1 Ponteng kelas
17.2 Ponteng sekolah
17.3 Ponteng perhimpunan
17.4 Ponteng aktiviti luar bilik darjah / kokurikulum
17.5 Ponteng ujian
17.6 Ponteng peperiksaan
17.7 Ponteng aktiviti rasmi sekolah

DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
SK SG KAWI

DISAHKAN OLEH:

GURU BESAR SK SG KAWI

10 | B U K U P E R A T U R A N S E K O L A H S K S U N G A I K A W I

You might also like