Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KENYATAAN MEDIA

PENGANJURAN SUKAN MALAYSIA PERAK 2018 DAN KAJIAN


SEMULA 19 SUKAN TERAS

Sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh YB. Menteri Belia dan


Sukan semasa Sidang Media di Stadium Nasional tengah hari tadi,
Majlis Sukan Negara ingin memaklumkan lebih terperinci beberapa
perkara seperti berikut:-

1. KEDUDUKAN 19 SUKAN TERAS NEGARA

Kajian Semula Bilangan Sukan - Sukan Teras

Sukan Teras merupakan satu - satunya program yang memastikan


negara mempunyai sumber atlet yang berterusan, mencukupi dan
berkualiti. Sukan - sukan yang telah tersenarai dalam program ini telah
diberi keutamaan untuk tempoh 10 tahun (2007-2017) serta telah
melebihi 3 pusingan temasya Sukan Olimpik/ Asian/ Komanwel.

Justeru itu, sukan-sukan yang disenaraikan dalam program sukan teras


ini perlu dikaji semula untuk memastikan atlet-atlet yang berkualiti dapat
dilahirkan secara berterusan serta bantuan kewangan disalurkan
kepada sukan-sukan yang menunjukkan pencapaian yang positif serta
komitmen yang tinggi dalam pembangunan sukan negara.
Pemilihan sukan teras kali ini telah meliputi aspek pembangunan
sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Kriteria-kriteria yang telah
dipertimbangkan semula bagi pemilihan sukan teras yang baru adalah
seperti berikut :

a). Pencapaian di temasya sukan antarabangsa


(Olimpik, Komanwel, Asia & SEA)
b). Kejohanan antarabangsa yang khusus
c). Ranking utama (mengambil kira negara-negara yang tersenarai)
d). Tadbir urus Persatuan Sukan Kebangsaan
e). Pembangunan sukan
f). Kemudahan sukan
g). Sejarah pencapaian sukan
h). Populariti

Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang telah diadakan pada hari ini
telah bersetuju untuk mengekalkan hanya 16 sukan daripada 19 sukan
teras yang ada sebagai Sukan Teras, manakala tiga (3) sukan iaitu
Angkat Berat, Sepak Takraw dan Taekwando digugurkan dari senarai
Sukan Teras yang baharu atas beberapa sebab seperti berikut:-

Angkat Berat
Prestasi sukan angkat berat negara semakin merosot. Atlet-atlet juga
menghadapi masalah disiplin di mana sebanyak tujuh (7) kes doping
telah dilaporkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) sejak empat
tahun yang lepas. Prestasi pasukan angkat berat kebangsaan di
Temasya Sukan SEA juga tidak memberangsangkan. Kali terakhir atlet
negara memenangi pingat emas di Sukan SEA adalah di Temasya
Sukan SEA Manila 2005. Manakala pencapaian di Sukan Komanwel
masih berada di takuk lama apabila hanya memenangi 1 pingat emas
melalui Hafifi dalam acara 69kg. Prestasi atlet negara di peringkat
Sukan Asia masih jauh di belakang walaupun mendapat bantuan penuh
kerajaan melalui program sukan teras sejak tahun 2007 lagi. Pihak
Persatuan juga gagal untuk membangunkan sukan ini di peringkat
negeri secara menyeluruh dan bergantung kepada MSN serta MS
Negeri di dalam program pembangunan di peringkat negeri.

Sepak Takraw
Sukan ini tidak menunjukkan peningkatan prestasi yang
memberangsangkan sejak berada di dalam Sukan Teras pada tahun
2007. Prestasi pasukan kebangsaan di Temasya Sukan SEA juga
merosot dan tidak pernah memenangi pingat emas sekiranya pasukan
Thailand mengambil bahagian dalam acara yang sama. Manakala di
peringkat Sukan Asia pasukan kebangsaan telah berada di belakang
Korea Selatan yang satu masa dahulu mendapat suntikan jurulatih
Malaysia di dalam membangunkan sukan sepak takraw di Negara
mereka. Malah aspek pembangunan juga tidak diberikan tumpuan
secara menyeluruh dan keupayaan negara untuk mempertahankan
kedudukan ranking dunia turut digugat oleh negara-negara lain.

Taekwando
Pencapaian tertinggi adalah di peringkat Sukan SEA sahaja. Daripada
16 acara yang dipertandingan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hanya
3 pingat emas berjaya dimenangi dengan 2 emas dari acara Poomsae
yang sebelum ini bukan merupakan penyumbang utama dalam
pungutan pingat sukan taekwondo. Sukan ini tidak mempamerkan
pencapaian yang memberangsangkan di temasya mahupun kejohanan-
kejohanan antarabangsa. Kualiti atlet Negara jika dibandingkan dengan
Negara-negara rantau SEA juga masih jauh dan untuk kembali bersaing
di peringkat antarabangsa perlu usaha dari semua pihak terutama dari
pihak persatuan untuk mengubah pendekatan mencari bakat yang lebih
besar, struktur kejurulatihan dan program latihan. Di samping itu,
kemelut sukan taekwondo yang masih gagal menyatukan persatuan-
persatuan sukan Taekwondo dalam negara ini turut membawa kepada
kemerosotan prestasi atlet negara di peringkat antarabangsa

Kesan dan Implikasi

Pengguguran 3 sukan ini sebagai Sukan Teras Negara membawa


kesan dan implikasi dalam pembangunan sukan tersebut di antaranya:-

Sukan-sukan yang terpilih sebagai Sukan Teras akan menjadi


sukan wajib dipertandingkan dalam Temasya Sukan Malaysia.
Ketiadaan dalam senarai Sukan Teras meletakkan sukan-sukan
tersebut dikategorikan sebagai Sukan Pilihan dan terpulang
kepada negeri tuan rumah untuk memilih sukan-sukan pilihan
untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia masing-
masing.

Sudah semestinya tumpuan akan diberikan bagi membangunkan


sukan-sukan yang diletakkan di bawah Sukan Teras dan program
pembangunan yang menyeluruh dilaksanakan di pelbagai
peringkat termasuk di peringkat negeri dan daerah. Bagi sukan-
sukan yang tidak termasuk dalam senarai Sukan Teras perlu
melaksanakan program pembangunan sendiri dengan kerjasama
pihak-pihak yang berkaitan. Persatuan-persatuan ini perlu
mempunyai pelan rancangan jangka panjang bagi bangkit semula
dan melakar prestasi yang memberangsangkan di peringkat
antarabangsa sebelum dinilai semula untuk dimasukkan semula
ke dalam Sukan Teras.

Pemilihan atlet untuk dimasukkan ke dalam Program Elit


(PODIUM) tidak terjejas dengan kedudukan sesuatu sukan sama
ada dalam Sukan Teras atau tidak. Penilaian memasuki Program
Podium dinilai berdasarkan pencapaian individu atau pasukan
yang boleh membuktikan mereka mampu memberi pulangan
pingat atau kejayaan di peringkat antarabangsa.

Manakala bagi persedian atlet senior ke arah Temasya Sukan


Komanwel/Asia/SEA tidak akan terjejas sekiranya sukan-sukan
tersebut dipilih oleh oleh pihak tuan rumah untuk dipertandingkan.
Walaubagaimanapun pemilihan atlet adalah berdasarkan kepada
kriteria yang telah ditetapkan dan prestasi semasa atlet senior di
peringkat antarabangsa.

Pihak MSN juga akan mengkaji semula penglibatan sukan-sukan


ini di dalam program Pelapis memandangkan tumpuan program
Pelapis adalah untuk membangunkan 19 jenis sukan teras di
pelbagai peringkat. Pusat-pusat latihan negeri bagi 3 jenis sukan
ini akan dikaji semula selaras dengan keputusan yang telah dibuat
oleh pihak Lembaga Pengurus MSN.

Persatuan-persatuan sukan yang tidak termasuk dalam senarai


Sukan Teras perlu membuktikan bukan sahaja dari segi prestasi
malahan turut dinilai dari segi urus tadbir, pembangunan atlet dan
penganjuran kejohanan yang berkesan yang akan meningkatkan
prestasi atlet secara keseluruhan untuk dipertimbangkan kembali
sebagai Sukan Teras.

Kajian senarai Sukan Teras juga akan dibuat setiap 2 tahun


berdasarkan kepada keseluruhan aspek seperti yang dinyatakan.

2. PENGANJURAN SUKAN MALAYSIA PERAK 2018

Tarikh :- 12 hingga 22 September 2018


Bilangan Sukan :- 26 jenis sukan ( 16 Sukan wajib dan 10 sukan
pilihan) - seperti lampiran
Bilangan Acara :- 369 acara ( 194 lelaki, 168 wanita dan 7 campuran)
– seperti lampiran

Ekoran daripada pengguguran 3 Sukan Teras di bawah Program


Pembangunan Sukan iaitu Sukan Angkat Berat, Sepak takraw dan
Taekwondo, 3 sukan ini akan turut digugurkan dari senarai sukan yang
akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia XIX Perak 2018 nanti.

Pengguguran tiga sukan ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat


Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia semalam dan pihak negeri-
negeri telah pun mengambil maklum tentang penilaian Sukan Teras
tersebut dan secara dasarnya bersetuju untuk menyerahkan keputusan
perlaksanaan pengguguran tiga sukan tersebut kepada Lembaga
Pengurus MSN.
Bagi memberi peluang kepada sukan yang tidak dipertandingkan pada
sukan dwitahunan itu, Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Kerajaan
Negeri Perak dan Persatuan Sukan Kebangsaan akan menganjurkan
Kejohanan Remaja Kebangsaan bagi 2 lagi jenis sukan iaitu Tenis dan
Lawan Pedang pada tarikh SUKMA Perak berlangsung. Pemilihan 2
jenis sukan ini adalah berdasarkan kepada kecenderungan negeri-
negeri terhadap sukan tersebut yang bukannya sukan pilihan SUKMA
2018 dan memastikan pembangunan yang sedia ada tidak terjejas
walaupun tidak dipilih sebagai acara dalam SUKMA 2018.

Sementara itu, Majlis juga akan menganjurkan kejohanan kebangsaan


semasa SUKMA untuk 3 jenis sukan lain iaitu Mendaki, Skateboard
dan E-Sports. Penganjuran kejohanan bagi ketiga-tiga sukan ini
mengambil kira bahawa ianya akan dipertandingkan di Sukan Olimpik
(Mendaki dan Skateboard) dan Sukan Asia (E-Sports) serta dikira di
dalam pungutan pingat. Ketiga-tiga sukan ini juga semakin popular di
kalangan rakyat, khususnya golongan muda.

Langkah untuk menceburi 3 sukan baharu ini adalah untuk mengenal


pasti potensi yang ada di dalam Negara yang mungkin mampu mewakili
Negara bagi sukan – sukan tersebut di temasya – temasya berkenaan.
Tahun 2018 menyaksikan Negara Malaysia buat pertama kalinya
mempunyai wakil dalam Temasya Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang
yang dijadualkan pada Februari 2018.
3. PENUBUHAN UNIT KHAS E – SPORTS MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara akan menubuhkan satu Unit Khas E-Sports


bermula tahun 2018 bagi menyediakan program pembangunan kepada
Sukan Elektronik. Penubuhan unit ini adalah bertujuan menyediakan
atlet ke arah Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024. Program
pembangunan sukan ini akan melibatkan persatuan sukan kebangsaan
yang telah sedia ada. Pegawai – pegawai yang mahir dalam sukan ini
akan dilantik dalam masa terdekat bagi merancang keseluruhan
program pembangunan sukan ini.

Unit Khas ini akan diletakkan dibawah Bahagian Atlet Majlis Sukan
Negara.

Dato’ Ahmad Shapawi Ismail


Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara

12 Disember 2017
LAMPIRAN 1
JENIS SUKAN YANG AKAN DI PERTANDINGKAN
DI SUKMA PERAK 2018

TARIKH
BIL SUKAN
PERTANDINGAN

1 AKUATIK 16 hingga 21 September


2 BADMINTON 9 hingga 18 September
3 BERBASIKAL 13 hingga 22 September

BOLASEPAK 8 hingga 19 September


4
FUTSAL 8 hingga 19 September

GIMRAMA 10 hingga 13 September


5
GIMNASTIK ARTISTIK 15 hingga 21 September

6 HOKI 12 hingga 21 September


7 KARATE 14 hingga 16 September
8 LAWN BOWLS 13 hingga 21 September
9 MEMANAH 14 hingga 20 September
10 MENEMBAK 15 hingga 21 September
11 OLAHRAGA 17 hingga 20 September
12 PELAYARAN 13 hingga 20 September
13 PENCAK SILAT 14 hingga 21 September
14 SKUASY 17 hingga 22 September
15 TENPIN BOLING 15 hingga 21 September
16 WUSHU 12 hingga 14 September
17 BOLA BALING 15 hingga 20 September
18 BOLA JARING 16 hingga 22 September
19 BOLA KERANJANG 15 hingga 21 September
20 GOLF 15 hingga 17 September
21 JUDO 13 hingga 15 September
22 KRIKET 8 hingga 22 September
 Bil 1-16 adalah Sukan Wajib atau Sukan Teras
 Bil 17-26 adalah sukan pilihan yang dipilih oleh tuan
rumah.

23 PETANQUE 13 hingga 19 September


24 RAGBI 15 hingga 16 September
25 MUAY 16 hingga 22 September
26 TINJU 15 hingga 21 September
SENARAI ACARA SUKAN
SUKAN MALAYSIA XIX PERAK 2018

BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA JUMLAH


1 Akuatik (Renang) 50 M Gaya Bebas 1 1 2
100 M Gaya Bebas 1 1 2
200 M Gaya Bebas 1 1 2
400 M Gaya Bebas 1 1 2
1500 M Gaya Bebas 1 - 1
800 M Gaya Bebas - 1 1
50 M Kuak Lentang 1 1 2
100 M Kuak Lentang 1 1 2
200 M Kuak Lentang 1 1 2
50 M Kuak Dada 1 1 2
100 M Kuak Dada 1 1 2
200 M Kuak Dada 1 1 2
50 M Kuak Kupu-kupu 1 1 2
100 M Kuak Kupu-kupu 1 1 2
200 M Kuak Kupu-kupu 1 1 2
200 M Rampaian Perseorangan 1 1 2
400 M Rampaian Perseorangan 1 1 2
4 x 100 M Gaya Bebas 1 1 2
4 x 200 M Gaya Bebas 1 1 2
4 x 100 M Rampaian 1 1 2
Akuatik (Terjun) 1 M Papan Anjal 1 1 2
3 M Papan Anjal 1 1 2
Platform 1 1 2
3 Meter Synchronized Diving 1 1 2
10 Meter Synchronized Diving 1 1 2
JUMLAH 24 24 48
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
2 Badminton Berpasukan
3 Perseorangan 1 1 2
2 Individu
Individu
Perseorangan 1 1 2
Beregu 1 1 2
Campuran
Beregu 1 1
JUMLAH 3 3 1 7
3 Berbasikal Ujian Masa 1 1
Perseorangan (40km)
Ujian masa - 1 1
Perseorangan (30km)
Kriterium 84km 1 - 1
Kriterium 54km - 1 1
LepasBeramai-ramai 1 - 1
(Perseorangan) 160KM
LepasBeramai-ramai - 1 1
(Perseorangan) 110KM
200 Meter Sprint 1 1 2
1 KM 1 - 1
500 M - 1 1
Downhill (MTB) 1 1 2
Cross Country (MTB) 1 1 2
BMX 350 M 1 1 2
Keirin 1 1 2
Scratch 1 1 2
Individual Persuit 1 1 2
Team Persuit 1 1 2
JUMLAH 12 12 24
4 Bolasepak 11 Berpasukan 1 - 1
Futsal 1 1 2
JUMLAH 2 1 3
5 Gimnastilk Artistik (L)
SenamLantai 1 1
(Floor Exercise)
KekudaBerpelana 1 1
(Pommel Horse)
Gelang (Rings) 1 1
Melombol (Vault) 1 1
Palang Sejajar 1 1
(Parellel Bars)
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
Palang Tungal 1 1
(Horinzontal Bars)
Berpasukan 1 1
Individu 1 1
Artistik (W)
Melombol (Vault) 1 1
Palang Bertingkat 1 1
(Uneven Bars)
Batang Titian 1 1
(Balance Beam)
Senam Lantai 1 1
(Floor Exercise)
Berpasukan 1 1
Individu 1 1
JUMLAH 8 6 14
Gimrama Gimrama
Pertandingan I
Berpasukan 1 1
Pertandingan III (IEF)
(Kejohanan Alatan)
i. Tali 1 1
ii. Gelung 1 1
iii. Bola 1 1
iv.Belatan 1 1
JUMLAH 5 5
6 Hoki Lelaki 1 - 1
Wanita - 1 1
JUMLAH 1 1 2
7 Karate Kata Individu 1 1 2
Kata Berpasukan 1 1 2
-55 1 1
-60 1 1
-67 1 1
-75 1 1
-84 1 1
+84 1 1
-45 1 1
-50 1 1
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
-55 1 1
-61 1 1
-68 1 1
+68 1 1
Kumite Berpasukan 1 1 2
JUMLAH 9 9 18
8 Lawn Bowls Singles 1 1 1
Pairs 1 1 1
Triples 1 1 1
Fours 1 1 1
Mix Pairs 1 1
JUMLAH 4 4 1 5
9 Memanah Recurve
Jarak 90m 1 1
Jarak 70m 1 1
Jarak 50m 1 1
Jarak 30m 1 1
Perseorangan 1 1 2
(Olympic Round 70m)
Berpasukan 1 1 2
(Olympic Round 70m)
Jarak 70m 1 1
Jarak 60m 1 1
Jarak 50m 1 1
Jarak 30m 1 1
Compound
Jarak 90m 1 1
Jarak 70m 1 1
Jarak 50m 1 1
Jarak 30m 1 1
Perseorangan 1 1 2
(Olympic Round 50m)
Berpasukan 1 1 2
(Olympic Round 50m)
Jarak 70m 1 1
Jarak 60m 1 1
Jarak 50m 1 1
Jarak 30m 1 1
JUMLAH 12 12 24
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
10 Menembak 10 m Air Rifle 1 1 2
(Individu)
10 m Air Rifle 1 1 2
(Berpasukan)
10 m Air Pistol 1 1 2
(Individu)
10 m Air Pistol 1 1 2
(Berpasukan)
50 m Pistol 1 - 1
(Individu)
50 m Pistol 1 - 1
(Berpasukan)
25 m Rapid Fire Pistol 1 - 1
(Individu)
25 m Rapid Fire Pistol 1 - 1
(Berpasukan)
25 m Sports Pistol 1 1 2
(Individu)
25 m Sports Pistol 1 1 2
(Berpasukan)
25 m Standard Pistol 1 - 1
(individu)
25 m Standard Pistol 1 - 1
(Berpasukan)
50 m Rifle Prone 1 1 2
(Individu)
50 m Rifle Prone 1 1 2
(Berpasukan)
50 m Rifle 3 Position 1 1 2
(Individu)
50 m Rifle 3 Position 1 1 2
(Berpasukan)
JUMLAH 16 10 26
11 Olahraga 100 M 1 1 2
200 M 1 1 2
400 M 1 1 2
800 M 1 1 2
1500 M 1 1 2
5000 M 1 1 2
10000 M 1 - 1
Dekatlon 1 - 1
Heptatlon - 1 1
110 M Lari Berpagar 1 - 1
100 M Lari Berpagar - 1 1
400 M Lari Berpagar 1 1 2
3000 M Lari 1 1 2
Berhalangan
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
10000 M Jalan Kaki 1 - 1
20000 M Jalan Kaki 1 - 1
5000 M Jalan Kaki - 1 1
10000 M Jalan Kaki - 1 1
4 x 100 M Lari Berganti 1 1 2
4 x 400 M Lari Berganti 1 1 2
Lompat Tinggi 1 1 2
Lompat Jauh 1 1 2
Lompat Kijang 1 1 2
Lompat Bergalah 1 1 2
Lontar Peluru 1 1 2
Lempar Cakera 1 1 2
Rejam Lembing 1 1 2
Baling Tukul Besi 1 1 2
JUMLAH 23 22 45
12 Pencak Silat Silat Tanding
Kelas A (45 – 50kg) 1 1 2
Kelas B (50 – 55kg) 1 1 2
Kelas C (55 – 60kg) 1 1 2
Kelas D (60 – 65kg) 1 1 2
Kelas E (65 – 70kg) 1 1 2
Kelas F (70 – 75kg) 1 1 2
Kelas G (75 – 80kg) 1 - 1
Kelas H (80 – 85kg) 1 - 1
Kelas I (85 – 90kg) 1 - 1

Kelas J (90 – 95kg) 1 - 1


Kelas Bebas 1 - 1
(85 – 110kg)
Kelas bebas - 1 1
(65 – 90kg)
Silat Seni
Solo Kreatif 1 1 2
Solo Baku (Tunggal) 1 1 2
Tempur (Ganda) 1 1 2
Jurus Wajib PERSILAT 1 1 2
(Regu)
JUMLAH 15 11 26
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
13 Pelayaran Optimis Bawah 15 1 1 2
Laser Standard 1 - 1
Laser Radial 1 1 2
Laser 4.7 1 1 2
International 420 1 1 2
Wind Surfing 1 1 2
Bic Techno
Wind Surfing RS One 1 1 2
Berpasukan 1 1
JUMLAH 7 6 1 14
14 Skuasy Individu 1 1 2
Berpasukan 1 1 2
JUMLAH 2 2 4
15 Tenpin Boling Perseorangan 1 1 2
Beregu 1 1 2
Berpasukan Bertiga 1 1 2
Berpasukan Berlima 1 1 2
Masters 1 1 2
Beregu 1 1
JUMLAH 5 5 1 11
16 Wushu Changquan 1 1 2
Nanquan 1 1 2
Daoshu 1 1 2
Qiangshu 1 1 2
Jianshu 1 1 2
Gunshu 1 1 2
Taijiquan 1 1 2
Taijijian 1 1 2
Nangun 1 1 2
Nandao 1 1 2
Sandao (-56kg) 1 - 1
Sandao (-60kg) 1 - 1
Sandao (-70kg) 1 - 1
JUMLAH 13 10 23
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
17 Bola Baling Lelaki 1 - 1
Wanita - 1 1
JUMLAH 1 1 2
18 Bola Jaring Wanita - 1 1
JUMLAH 1 1
19 Bola Keranjang Lelaki 1 - 1
Wanita - 1 1
3 on 3 1 1 2
JUMLAH 2 2 4
20 Golf Individu 1 1 2
Berpasukan 1 1 2
JUMLAH 2 2 4
21 Judo Tidakmelebihi 55 kg 1 1
Tidakmelebihi 60 kg 1 1
Tidakmelebihi 66 kg 1 1
Tidakmelebihi 73 kg 1 1
Tidakmelebihi 81 kg 1 1
Tidakmelebihi 90 kg 1 1
Melebihi 90 kg 1 1
KATA (1 Pasangan) 1 1 2
Tidakmelebihi 45 kg 1 1
Tidakmelebihi 48 kg 1 1
Tidakmelebihi 52 kg 1 1
Tidakmelebihi 57 kg 1 1
Tidakmelebihi 63 kg 1 1
Tidakmelebihi 70 kg 1 1
Melebihi 70 kg 1 1
JUMLAH 8 8 16
22 Kriket Event T20 1 - 1
Event 50 Over 1 - 1
JUMLAH 2 2
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
23 Muay 45 - 48kg 1 1
48 - 51kg 1 1
51 - 54kg 1 1
54 - 57kg 1 1
57 - 60kg 1 1
60 - 63.5kg 1 1
63.5 - 67kg 1 1
67 - 71kg 1 1
71 – 75 kg 1 1
42 - 45kg 1 1
45 - 48kg 1 1
48 - 51kg 1 1
51 - 54kg 1 1
54 - 57kg 1 1
57 - 60kg 1 1
JUMLAH 9 6 15
24 Petanque Berpasukan 1 1 2
Shooting 1 1 2
Single 1 1 2
Double 1 1 2
Triple 1 1 2
Mix Double 1 1
JUMLAH 5 5 1 11
25 Ragbi 7 Sepasukan 1 1 2
JUMLAH 1 1 2
BIL SUKAN ACARA LELAKI WANITA CAMPURAN JUMLAH
26 Tinju Kategori 1 1
46 - 49kg
Kategori 52kg 1 1
Kategori 56kg 1 1
Kategori 60kg 1 1
Kategori 64kg 1 1
Kategori 69kg 1 1
Kategori 75kg 1 1
Kategori 81kg 1 1
Kategori 91kg 1 1
JUMLAH 9 9

JUMLAH SUKAN DAN ACARA

KATEGORI KATEGORI KATEGORI JUMLAH


SUKAN
LELAKI WANITA CAMPURAN ACARA

26 JENIS SUKAN
16 Sukan Wajib 194 ACARA 168 ACARA 7 ACARA 369 ACARA
10 Sukan Pilihan

You might also like