Stor Sukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mohd Syazwan Afifi Bin Suhaidi PISMP PJ JUN 2016

Setiap sekolah mempunyai stor sukan tersendiri. Stor sukan merupakan tempat di
mana peralatan-peralatan sukan disimpan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, stor sukan yang tidak diurus
dengan baik boleh menyebabkan masalah-masalah yang tidak diingini berlaku. Oleh itu,
sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, semestinya tugas itu adalah tugas guru untuk
menjaganya bagi memastikan stor sukan tersebut kelihatan kemas, cantik, tersusun dan
menarik.

Antara ciri-ciri stor sukan yang menarik ialah ruang. Ruang untuk menyimpan
peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak
merosakkan alatan. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan
jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. Seterusnya ialah rak
penyimpanan barang. Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor
pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang
hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di
capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

Selepas itu,lokasi stor sukan. Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah
di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa
terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan
lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor
pendidikan jasmani. Di samping itu, siling. Siling biasa bagi bangunan antara lapan hingga
dua belas kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan.
Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian
yang sesuai. Bagi mengelakkan stor berbau, peredaran udara amat memainkan peranan
supaya udara tidak terperangkap. Peredaran udara juga perlu bagi memastikan barang yang
tahan lama. Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani
bagi membenarkan pengaliran udara.

Untuk keselamatan pengguna, berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi


menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah
bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. Susun alat
berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah
rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang
tajam menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan
lain-lain dalam keadan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, stor sukan boleh
diumpamakan sebagai rumah kedua atau mungkin pejabat.

You might also like