Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN

KERTAS KERJA
PELANCARAN 1M1S
(senamrobik)

TARIKH

MASA
7.20 PAGI – 8.50 PAGI

TEMPAT
DATARAN PERHIMPUNAN
1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi

memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui

senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke

tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan

tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang

yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping

memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik

merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru

dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui

aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal

seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal

yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan

dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh

meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik

merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan

senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik,

kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga

meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0 RASIONAL
Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik:
2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress

serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

jantung dan pembuluh darah.

2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah


melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di
semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam
semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan
dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang
menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1
Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid
sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat
dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat
melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan
dasar 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi
murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk
melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan
gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan
diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
4.0 OBJEKTIF
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah
bagi mencapai objektif berikut:
4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk
bersukan;
4.2 melibatkan penyertaan semua murid;
4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de
corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.0 MASA
7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT
DATARAN PERHIMPUNAN

8.0 KUMPULAN SASARAN


8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah
swasta);
8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan
8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.20 pagi : Semua Peserta/Murid berhimpun dalam barisan


mengikut kelas masing-masing
: Bacaan Doa
: Gimik Pelancaran

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula.

8.50 pagi : Bersurai

10.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN RM

1. T-Shirt Pasukan Senamrobik

15 orang X RM 15 225.00

JUMLAH 225.00
11.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT
GURU BESAR

PENGERUSI
PK KO-KURIKULUM

SETIAUSAHA / PENYELARAS

AHLI JAWATANKUASA
DISIPLIN / KAWALAN MURID
TAHUN 1 :
TAHUN 2 :
TAHUN 3 :
TAHUN 4 :
TAHUN 5 :
TAHUN 6 :

P.A.SISTEM

PERSIAPAN TEMPAT / KEBERSIHAN

JURU GAMBAR

You might also like