Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun
1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’. Pemenang
kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan
olahraga di antara negeri buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini
dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’. Nama
kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’. Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur
Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan
baru telah diadakan di Seremban, rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga
1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia
Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed
Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri
di Malaysia mengambil bahagian.
PENGENALAN OLAHRAGA
1. Acara-acara olahraga

 Jenis-jenis trek
 Trek tertutup diadakan semasa musim sejuk dan hanya
mempertandingkan lompat tinggi, lompat galah, lompat jauh, lompat
kijang, dan lontar peluru akiat ruang yang terhad
 Trek luar diadakan semasa musim bunga

 Peralatan
 Terdapat beberapa peralatan yang diperlukan seperti kasut sukan, blok
permulaan, pakaian sukan dan sebagainya.
 Penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga
masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung
kepada keselesaan atlit secara individu.
 Peralatan sampingan setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg
tangan masing-masing .
 Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut :
tuala, minyak urut, plaster, botol minuman, seluar pendek dan singlet
tambahan, kasut jogging dan kasut berlari, jam randik atau pita pengukur

 Aspek keselamatan (sebelum, semasa, selepas)

SEBELUM
 Melakukan aktiviti memanaskan badan , regangan otot dan kelonggaran
sendi sebelum melakukan larian olahraga
 Perlu mengadakan latihan yang bersistematik
 Mengenalpasti kecergasan diri pada setiap masa

SEMASA
 Mengikut prosedur yang betul semasa berlari
 Memastikan kasut yang dipakai sesuai dengan keadaan
 Bersedia dari segi mental dan emosi

SELEPAS
 Melakukan aktiviti menyejukkan badan, regangan otot dan kelonggaran
sendi selepas
 Minum minuman energetik seperti 100 plus selepas 10 minit
2. Peraturan dan undang-undang olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)

 Peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian sekiranya tidak memakai satu set
nombor di hadapan dan di belakang baju sukan.
 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti
dalam susunan acara.
 Nama pengganti yang mengantikan peserta yang menarik diri hendaklah
didaftarkan dalam borang penyertaan.
 Pengganti tersebut dikehendaki mengambil bahagian dalam semua acara yang
didaftarkan oleh peserta yang menarik diri.

 Acara padang
i. Acara balingan : merejam lembing, melempar cakera, melontar
peluru dan membaling tukul besi
ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan
lompat bergalah

 Acara balapan
i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100m, 200m dan 400m
ii. Acara lari jarak sederhana : 800m, 1500m
iii. Acara lari jarak jauh : 3000m, 5000m dan 10000m
iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m, dan 4 x 400m
v. Acara lari berpagar : 100m (P), 110m (L) dan 400m (L&P)
vi. Acara lari berhalangan : 3000m

You might also like