Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Seperti mana singa menjadi raja di hutan, jerung juga mendapat

takhta yang sama di lautan. Sifat mereka yang sama iaitu gagah,
menakutkan dan punyai pelbagai keunikan menjadikan ia haiwan yang
paling ditakuti dalam kategorinya.

1. Deria bau sang jerung amat hebat, ia boleh mengesan setitis darah sejauh
4 kilometer darinya.
2. Mustahil untuk melepaskan diri apabila digigit jerung kerana kekuatan
rahang haiwan pemangsa itu adalah pada kadar enam tan perinci persegi.
3. Jangka hayat ikan jerung adalah 100 tahun.
4. Jerung paus boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan 40,000
kilogram. Pada ketika itu ia dianggarkan mempunyai 300 barisan gigi
dengan setiap baris mempunyai beberapa ratus batang gigi-gigi kecil
sepanjang 5 mm. Ia akan diganti dengan baru sekiranya setiap kali gigi
halus itu patah.
5. Ikan jerung tidak mempunyai tulang, rangkanya dibentuk oleh rawan
(bahan yang sangat kukuh, bentuk dan kekuatannya adalah seperti mana
bahan yang membentuk telinga kita.

6. Jerung pemangsa yang terbesar adalah jerung great white (6.4 meter
panjang) manakala jerung lanternfish dwarf dan ribbontail catshark (15-
17cm) adalah yang terkecil.
7. Jerung anjing mendapat namanya kerana ikan tersebut akan menyerang
mangsanya secara berkumpulan seperti mana yang dilakukan anjing.
8. Telur terbesar didunia adalah telur dari ikan jerung paus iaitu sepanjang
36cm (dijumpai di teluk mexico pada 1953).
9. Ikan jerung masih mampu hidup walaupun tidak makan selama 6 minggu.
Rekod paling lama dicatatkan oleh seekor ikan jerung bengkak (swell
shark) yang tidak makan selama 15 bulan semasa ditempatkan dalam
sebuah akuarium.
10. Jerung bengkak boleh ‘menyalak’ seperti anjing.

11. Kulit ikan jerung diselaputi oleh dentikel, iaitu duri-duri halus setajam
pisau cukur. Bagaimanapun dentikel boleh dibuang dan kulit jerung itu
digunakan untuk membuat pelbagai barangan kulit.
12. Kasut yang dibuat daripada kulit jerung lebih tahan 5 kali lebih lama
berbanding yang menggunakan kulit lembu.
13. Jerung tidak akan makan ikan buntal kerana ikan buntal akan
mengembungkan badannya seperti belon dan mencucuk mulut jerung itu
dengan duri-durinya yang tajam.
14. Kebanyakan jerung melahirkan anak mereka. Hanya beberapa spesis
sahaja yang bertelur.
15. Lazimnya jerung mempunyai 6 hingga 12 ekor anak pada satu-satu
masa, tapi jerung harimau dan tukul boleh mempunyai 40 ekor anak.
16. Kebanyakan jerung boleh berenang sepantas 32-64 kilometer sejam.
Ia ternyata tidak setanding dengan ikan jerung mako yang boleh berenang
sepantas 95km/j.
17. Ikan jerung yang wujud sejak 400 juta tahun lalu (lebih lama daripada
dinosaur), mempunyai kebolehan semulajadi mengelakkan diri daripada
diserang kanser dan pelbagai penyakit lain. Ini memberi harapan kepada
penyelidik perubatan bahawa haiwan laut paling ditakuti itu akan menjadi
kawan kepada manusia. Para saintis kini mengkaji sistem imuniti jerung
bagi mencari penawar menghentikan penyebaran kanser keatas manusia.
18. Daging jerung boleh dibuat baja, siripnya dijadikan sup, minyak
daripada hati kaya dengan vitamin A, korneanya digunakan bagi transplan
mata manusia manakala rawannya berguna dalam perubatan anti
keradangan bagi penyakit atritis serta menyembuhkan luka.
19. Setiap tahun dianggarkan 100 orang mati akibat digigit lebah
manakala dilaut hanya 6 orang sahaja dibaham jerung. 460 spesis jerung
yang terdapat di seluruh dunia hanya 25 spesis sahaja yang menyerang
manusia.
20. Setiap tahun 12 juta ekor jerung dibunuh manusia.
21. Manusia juga membunuh jerung untuk dijadikan barang
cenderamata dan rekreasi/sukan.
22. Pukat menjadi ancaman utama kepada jerung. Pada 1993
dianggarkan 8.3 juta ekor jerung mati akibat terperangkap dalam pukat
yang digunakan oleh nelayan diseluruh dunia.
23. Tanpa jerung, ketidakseimbangan tidak akan berlaku sama seperti
pemangsa yang lain, berfungsi secara semulajadi untuk mengawal populasi
hidupan laut.

You might also like