Pengawalan Perosak Tikus - R PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PENGAWALAN PEROSAK TIKUS DI LADANG SAWIT

1.0 PENDAHULUAN

Serangan tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit


sama ada di peringkat muda ataupun di peringkat matang. Pada peringkat
muda, serangan boleh berlaku dengan cara memakan tisu umbut yang masih
muda dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut ataupun
mati akhirnya manakala pada peringkat matang, tikus gemar memakan buah
yang telah masak dan kadang kala memakan jambak bunga betina apabila
populasi telah meningkat terlalu tinggi.

Kerugian akibat serangan tikus dianggarkan sehingga 240 kg


minyak/hektar/tahun atau 5% hasil ladang dan boleh mencecah sehingga 10%
bagi kawasan yang paling teruk diserang.

2.0 JENIS TIKUS

Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan tikus
belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii
(Gambar 1). Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat, Rattus
argentiventer kurang memanjat dan menyerang pokok muda manakala Rattus
rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi populasi R. tiomanicus.
Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4 bulan. Sepasang tikus boleh
membiak setiap dua (2) bulan dan boleh melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali.
Sepasang tikus boleh membiak sehingga 2000 ekor setahun.
Gambar 1

R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil minyak sebanyak 5%. Kerosakan


pelepah akan mengurangkan 20% buah tandan segar (BTS) pada tahun
pertama (Gambar 2).

Gambar 2

3.0 KAWALAN TIKUS

Tikus di ladang sawit boleh dikawal menggunakan kawalan kimia, fizikal atau
biologi. Kawalan tikus dijalankan sekiranya kerosakan BTS melebihi 5%. Kos
input adalah antara RM30 - RM70/hektar/thn.
3.1 Kawalan Kimia

Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan. Di
Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 50 jenama yang berdaftar yang
sebahagian daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun.
Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus.
Jenis racun yang sering digunakan dibahagi kepada dua (2) generasi iaitu
Generasi 1 dan 2 seperti berikut: (Gambar 3)

Generasi 1 Generasi 2

i. Warfarin i. Bromadiolone
ii. Chlorophacinone ii. Brodifacoum
iii. Coumatetralyl iii. Coumachlor
iv. Difenacoum
v. Difethialone
vi. Flocoumafen

Gambar 3
Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu.
Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di
ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga
tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada
5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan
racun/hektar).

Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan


berulang kali. Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan
racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub
(penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi
setiap 2 pokok (70-75 kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-racun ini lebih
toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan
yang lebih panjang.

Wood (1976, 1984, 1988) mencadangkan pengumpanan dijalankan di


kawasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar baiting)
manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya dijalankan apabila
perlu sahaja, iaitu sekiranya populasi tikus meningkat dan kerosakan tandan
adalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan kaedah response baiting
dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding calender baiting.

3.2 KAWALAN FIZIKAL

Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai


atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25sm x 50sm) dan
kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 sm di dalam tanah
untuk mengelak tikus dari mengorak masuk ( Gambar 4 ).
Gambar 4

3.3 KAWALAN BIOLOGI

Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica)(Gambar 5) bagi


mengawal tikus telah mula direkodkan di Malaysia pada tahun 1969. Burung
ini berkemungkinan berasal dari Sumatera / Jawa (Duckett, 2008; Medway
and Wells, 1976). Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan sekitar 8-10
tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di
antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember.

Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok
dan bumbung rumah. Pelet/najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus
dan bulu. Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120gm mangsa/malam iaitu
sekitar 1-2 ekor tikus.

Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan


sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar ( Gambar 6 ).
Pungguk boleh menghuni kotak sarang lebih daripada 2.5m. Apabila
mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia
bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin
boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum
tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung
Pungguk Jelapang.

Gambar 5

Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica)

Gambar 6

Pembinaan Kotak Sarang Tempat Bertenggek


4.0 PENUTUP

Terdapat banyak kaedah dalam mengawal tikus di ladang sawit. Ia boleh


dilakukan dengan mengumpan racun, secara calender baiting atau response
baiting. Bagi tempoh jangka panjang dan lebih ekonomik, kawalan boleh
dilakukan secara integrasi dengan burung Pungguk Jelapang. Untuk impak
yang lebih berkesan, pengawalan tikus perlu dilakukan secara bersepadu oleh
semua pemilik dan pengusaha ladang sawit.

Disediakan oleh :

Unit Pemindahan Teknologi


Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
RISDA

SUMBER:
Diadaptasi dari artikel oleh Dr. Norman Hj. Kamaruddin (MPOB) yang dibentangkan di
Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Kebangsaan Bil.
1/2009 pada 30.6.2009

You might also like