Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Penyelaras Teknik

1. Membantu sekolah pengelola untuk menganjurkan kejohanan dengan baik dan


sempurna.
2. Memberi nasihat teknikal dalam kejohanan.

Setiausaha

1. Mencatatkan minit mesyuarat untuk


a) Mesyuarat AJK Pengelolaan.
b) Mesyuarat Pengurus pasukan dan pengadil.

Bendahari

1. Menyediakan bajet pengelola kejohanan mengikut peruntukan yang diberi.


2. Menyimpan resit-resit pembayaran perbelanjaan.
3. Mendapatkan tandatangan daripada pegawai-pegawai ,pegadil-pengadil,
penctat-penctat skor dan pembantu yang menerima elaun pengelolaan kejohanan

Pengurus Jadual Pertandingan

1. Menyediakan Jadual Kejohanan berdasarkan cabutan undi untuk


a) Pasukan Lelaki & Perempuan bagi kategori 14TKB & 16/17 TKB
b) Perseorangan lelaki & Perempuan bagi kategori 14TKB & 16/17 TKB
c) Bergu Lelaki & Perempuan bagi kategori 14TKB & 16/17 TKB

Pengurus pertandingan

1. Memastikan setiap pasukan mendaftar diri 30minit sebelum perlawanan bagi


acara berpasukan .
2. Memastikan setiap pemain mendaftar diri 15minit sebelum perlawanan bagi
acara individu.
3. Membuat cabutan undi untuk acara pasukan bagi tujuan susun perlawanan.
4. Memastikan pemain masuk ke gelanggang 15minit sebelum pertandingan
3. Mendapatkan keputusan setiap perlawanan dan membuat pemeriksaan sebelum
menyerahkannya kepada pencatat skor untuk dicatat keputusan.
5. Memastikan perlawanan –perlawanan dijalankan mengikut jadual.
Pengurus pengadil

1. Mengatur senarai nama pengadil dan penolong pengadil untuk setiap perlawanan.
2. Memastikan pengadil dan penolong pengadil masuk ke gelanggang tepat pada
masa perlawanan
3. Memastikan prestasi pengadil tinggi sepanjang masa perlawanan.
4. Menjadi pegawai rujukan sekiranya terdapat kemusykilan pada pengadil semasa
perlawanan berlangsung.

Persiapan gelanggang

1. 8 meja ping pong berukuran tinggi 76cm dari lantai


2. Jaring bola berukuran tinggi 15.25cm
3. Kain pengadang bola

Untuk setiap meja ping pong

4. Satu kerusi untuk pengadil .


5. Satu meja untuk meletakkan score board di tempat penolong pengadil.
6. Satu kerusi untuk penolong pengadil.
7. Lima kerusi di luar gelanggang untuk pemain dan jurulatih. ( Acara pasukan)
8. Dua kerusi di luar gelanggang untuk jurulatih. (Acara individu)

Peralatan

1. Nama sekolah bersaiz A4 (4 set)

Untuk setiap meja ping pong

1. kad skor nombor 0-3 (2 set) berukuran ½ A4


2. satu fail klip - borang keputusan (individu)
borang keputusan ( pasukan)
borang susun perlawanan (pasukan)
3. tiga biji bola “ Double Happiness” putih 40mm
4. dua bakul plastik berukuran A4 untuk pemain meletakkan kain lap peluh.
5. Satu bakul plastik berukuran A4
6. satu helai kain lap meja
7. satu pen
8. Score board
9. Stopwatch
10.Kad putih, kad kuning dan kad merah (untuk pengadil)
Pencatat Skor

1. Mengisi nama pasukan dan nama pemain dalam borang keputusan sebelum
pertandingan.
2. Mencatatkan keputusan selepas pertandingan.
3. Meletakkan keputusan kejohanan untuk tontonan umum.

Buku program mengandungi perkara-perkara berikut :-

1. Nama AJK
2. Jadual Kejohanan
3. Aturcara Majlis Penutup
4. Penhargaan
5. Catatan

Kad Jemputan mengandungi perkara-perkara berikut :-

1. Aturcara Majlis Penutup


2. Tarikh, Masa dan Tempat Pertandingan

Juruacara

1. Membuat pengumuman semasa pertandingan berlangsung.


2. Menjalankan upacara majlis penutup.

Jamuan/Minuman

1. Menyediakan minuman untuk para pengurus semasa mesyuarat pengurus dan pengadil.
2. Menyediakan minuman untuk pengadil semasa kejohanan berlangsung.
3. Menyediakan jamuan majlis penutup.

Kebersihan/Peleraian

1. Memastikan gelanggang kejohanan berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
kejohanan.

Keselamatan

1. Menyediakan peti pertolongan cemas.


2. Menyediakan ahli PBSM untuk pertolongan cemas.
Dokumentasi

1. Menyediakan laporan kejohanan


Jurugambar

1. Mengambil gambar mesyuarat, pertandingan dan majlis penyampaian hadiah dan


Penutup.

Siaraya

1. Menyediakan PA system untuk kejohanan.

Hadiah dan Sijil

1. Mengambil pingat dan piala dari unit sukan, JPN


2. Mengambil sijil dari PPD dan menaip sijil mengikut kategori yang dipertandingkan.
Tugas Pengadil
1. Melaporkan diri 30 minit sebelum pertandingan.
2. Memanggil pemain-pemain masuk ke gelanggang mengikut borang keputusan
pertandingan.

3. Memastikan baju pemain mengikut peraturan. Sekiranya terdapat dua pihak


pemain yang memakai sama warna. Diminta satu pihak menukar baju secara
sukarela. Sekiranya tidak dapat persetujuan dari kedua-dua pihak maka dibuat
cabutan undi.

4. Memeriksa raket kedua-dua pihak pemain samada terdapat logo ITTF atau tidak.

5. Membuat cabutan undi untuk membuat servis, menerima servis serta tempat
perlawanan.

6. Menyebut mata dengan terang dan jelas dengan isyarat tangan yang betul.

7. Menentukan samada satu “rally” itu “point” atau “let”.

8. Memperkenalkan “Expedite System” pada masa yang diperlukan.

9. Memastikan servis pemain mengikut peraturan.

- bola mesti diletakkan di tapak tangan dengan keadaan terbuka .


- bola mesti dilambung ke atas dengan tegak sekurang-kurangnya 16cm dari
tapak tangan.
- pemain tidak boleh menghalang pandangan pihak lawan semasa membuat
servis.
-pemain mesti membuat servis di atas permukaan meja dan di belakang garisan
penamat.

10. Memberi amaran kepada pemain yang melanggari peraturan permainan ping pong.
Sekiranya pemain melanggari peraturan lagi, maka mata akan diberi kepada pihak
lawan.

11. Memastikan raket pemain ditinggalkan di atas meja selepas satu “game”.

12. Mencatatkan keputusan selepas satu perlawanan dan mendapat tandatangan


kedua-dua pihak pemain.

13. Serahkan borang keputusan pertandingan kepada pengurus pengadil.


14. Mendapatkan borang keputusan pertandingan untuk perlawanan yang seterusnya.
Tugas Penolong Pengadil

1. Memastikan meja ping pong dan jaring bola berada dalam keadaan yang baik
sebelum pertandingan.

2. Menentukan samada bola masuk atau keluar di tempat permaianan di sebelahnya.

3. Memaklumkan kepada pengadil sekiranya pemain melanggari peraturan


ping pong.

4. Mengutip bola dan serahkannya kepada pengadil selepas satu “game” atau satu
perlawanan.

Tugas Samada Pengadil atau Penolong Pengadil

1. Menentukan samada pemain melanggari peraturan ping pong atau tidak.

2.Menentukan samada bola terkena jarring atau tidak semasa melepasi jarring.

3.Menentukan samada pemain menghalang pandangan pihak lawan atau tidak.

4.Menentukan samada perlawanan diganggu oleh keadaan sekeliling atau tidak.

5.Menentukan masa praktis sebelum perlawanan bermula dan masa rehat antara
game.

Pengetahuan umum

1. Masa praktis sebelum perlawanan bermula ialah 2minit.

2. Masa rehat antara game ialah 1 minit.

3. Pemain diberi sekali peluang untuk meminta “Time Out” dalam satu perlawanan
dan masanya ialah 1 minit.

4. Pemain boleh menerima nasihat daripada mana-mana pihak bagi acara pasukan
dan hanya boleh menerima nasihat daripada seorang sahaja dalam acara individu.

5. Semasa perlawanan berlangsung, pemain tidak boleh menerima sebarang nasihat


termasuk isyarat tangan daripada sesiapapun.

6. Memastikan bakul meletak tuala pemain diletakkan di sebelah pengadil.

You might also like