Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PPDa

SK FELDA Lepar Hilir 3

KALI 1/2017

Tarikh : 19 Jan 2017


Masa : 1.30 ptg
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :
EN NUR MAZLAN BIN AB. AZIZ
EN MUHAMMAD NAZIR ABD RASID
EN MOHD HAFIZI MOHAMMAD
EN MD SAHPARI MD NOR
EN BAHADRO SHAH SULAIMAN
PN NORIZA ZAHARI

Tidak Hadir : Tiada

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 En.Nur Mazlan Ab Aziz selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua dalam mesyuarat kali pertama PPDa 2017. Beliau juga menekankan kepentingan Pendidikan
pencegahan dadah di peringkat sekolah rendah walau pun murid-murid sekolah rendah bersih dari gejala
ini. Namun katanya lagi pendidikan di peringkat rendah amat penting berkaitan pencegahan dadah.

makluman: semua guru

Agenda 2: Pelantikan AJK 2016

2.1 Setiausaha : En. NUR MAZLAN BIN AB AZIZ


AJK :
EN MUHAMMAD NAZIR ABD RASID
EN MOHD HAFIZI MOHAMMAD
EN MD SAHPARI MD NOR
EN BAHADRO SHAH SULAIMAN
PN NORIZA ZAHARI

(rujuk minit mesyuarat HEM 2017 & carta organisasi PPDa 2017)
makluman: AJK PPDa
Agenda 3 : Program Tahunan 2017

3.1 Program yang telah diputuskan dan dipersetujui untuk dilaksanakan ialah:
3.1.1 Minggu anti dadah
- Tarikh pelaksanaan: 17-21 APRIL 2017
- Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah pertandingan mewarna, melukis poster,
mendeklamasikan sajak, ceramah dan pameran anti-dadah.
( rujuk takwim HEM )
tindakan: s/u PPDa

3.1.2 Laluan PPDa/Sudut dadah


- S/U memaklumkan bahawa sudut dadah ataupun laluan PPDa telah pun diwujudkan pada
tahun 2017. S/U berharap sudut berkenaan dapat dimanfaatkan dan sentiasa dikemaskini
oleh guru-guru PPDa dan murid.
- Lokasi: Ruang tangga berdekatan Bilik J-Qaf
- Pelaksanaan : Sepanjang tahun
tindakan: AJK PPDa

3.1.3 Informasi dadah


- Sentiasa menyelitkan elemen/informasi bahaya dadah dalam pendidikan dalam Pdp.

tindakan: Semua guru

Agenda 4 : Hal-hal lain

4.1 Sentiasa mengikuti perkembangan semasa AADK Kebangsaan.


4.2 Menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh AADK

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan: Disemak :

--------------------------- --------------------------------
(Encik Nur Mazlan Bin Ab Aziz) ( Encik Azhar Bin Mohd Zin)
Setiausaha PPDa GPK HEM
SK Felda Lepar Hilir 3 SK Felda Lepar Hilir 3

Disahkan:

--------------------------------
(Puan Zuraida Abdullah)
Guru Besar
SK Felda Lepar Hilir 3
2

You might also like