Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

CONTOH MODEL KARANGAN GALUS SPM DAN LATIHAN

KARANGAN
CONTOH MODEL KARANGAN GALUS SPM DAN LATIHAN KARANGAN

CONTOH MODEL KARANGAN GALUS SPM


TEMA: MEMBACA.
TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA

( PERANAN IBU BAPA)


 BUKU SEBAGAI HADIAH
 MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU
 BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN
 WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH
 BERI GALAKAN
 ROLE MODEL

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM


KALANGAN ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan
membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan
anak-anak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang
akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini,
anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan
gemar membaca buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.


Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan,
boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah
mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-
anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan suratkhabar. Ruang
perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar
gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang
baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan
oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’.
Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi
anak-anak.(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku.


Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi
kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat
tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu,
mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang
sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan.
Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai
buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam
kalangan ahli keluarganya. (73)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak
berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa
gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku
lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran,
novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan
sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73)

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk


memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan
ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal
pemimpin pada masa akan datang. (33 )

Latihan

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-
Anak.

Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.

Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat


penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha
untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca
dalam kalangan anak-anak.

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan
sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah.
Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak
akan gemar membaca buku seumur hidup.

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah.


Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah.
Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini
di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik
minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita
dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam
keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat
penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada
di rumah..

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan


yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan,
contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak.
Sebagai contoh, sikap gemar____________(9) suratkhabar, majalah, buku dan
sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang.
Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa
Melayu ‘___________ (11)acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu
bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.

Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku.


Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi
kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-
tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping
itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang
sesuai.Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan.
Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai
buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca
dalam kalangan ahli keluarganya.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-


anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila
anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan
berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka.
Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan
buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan
ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak.
Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk


memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca
___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai
dan bakal pemimpin pada masa akan datang.

Jawapan
1. Membaca
2. mewujudkan
3. perpustakaan
4. ibu bapa
5. mini
6. menyimpan
7. selesa
8. contoh
9. membaca
10. masa
11. bagaimana
12. membawa
13. pergi
14. mempelajari
15. budaya
16. menghadiahkan
17. seronok
18. diterapkan
19. jambatan
Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional
Ramalam Karangan SPM 2 - Karangan
Bergambar (Bahagian A)

Kepentingan Mempertahankan Permainan


Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan
tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan
pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti
congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa
lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang
enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan


tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan
zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita
merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah
mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan
bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.
Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari
permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal,
maka tak cinta.Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan
tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagailambang keagungan


bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan
tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa
melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat
yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun
menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing
ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan
bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan
tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini
sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin
meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenispendidikan tidak


formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan
pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa
memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan
dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan
congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan
rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari
luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan
semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan
lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan
bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung,
permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di
persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan
terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang
berfaedah. Ayuh kita main congkak!
Peribahasa yang Sesuai Dalam Karangan
Peribahasa yang Sesuai Dalam Karangan
Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa
bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu, saya
berharap anda menggunakan sekurang-kurangnya lima peribahasa dalam setiap karangan.

PEPATAH

1. Ada air adalah ikan


– rezeki terdapat di mana-mana sahaja.

2. Ada asap ada api


– persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.

3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
– bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai.

4. Ada rotan ada duri


– dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas


– perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga.

6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga


– tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan
apabila mereka berbaik-baik semula.

7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba


– sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta.

8. Alah sabung, menang sorak


– sudah kalah tetapi masih bercakap besar.

9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar
basah
– sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.

10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


– kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
– menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan.

12. Antan patah lesung hilang


– kemalangan yang datang bertimpa-timpa.

13. Ayam terlepas, tangan bau tahi


– melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu

14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak


– lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih
baik.

15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya


– kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza.

16. Bapa borek, anak rintik


– anak menurut baka bapanya.

17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian
– biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.

18. Berani kerana benar, takut kerana salah


– orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa
takut.

19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


– betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang
mengalami penderitaan itu.

20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


– bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.

21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar


– berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


– sama taraf.

23. Berpatah arang berkerut rotan


– tali persahabatan yang putus sama sekali.

24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri


– betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri
biarpun kecil.

25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
– kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.

26. Biar mati anak, jangan mati adat


– adat resam tidak boleh dilanggar.

27. Biar putih tulang, jangan putih mata


– lebih baik mati daripada menanggung malu.

28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


– berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


– pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.

30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu


– tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis.

31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


– jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mencapainya.
32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
– kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.

33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat


– diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

34. Didengar ada, dipakai tidak


– nasihat yang sia-sia.

35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit


– bergaul dengan orang yang sama taraf.

36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
– jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga.

37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah


– pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan.

38. Genggam bara api biar sampai jadi arang


– membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.

39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari


– tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid.

40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga


– budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati.

41. Harapkan pagar, pagar makan padi


– seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita.

42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


– pembahagian yang sama rata.

43. Hati hendak semua jadi


– jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi.

44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


– jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak mahu
membuat sesuatu pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan.

45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


– semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada
hukum Tuhan.

46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing


– tolong-menolong dalam kehidupan

47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri


– tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik.

48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati


– budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.

49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu
– orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


– sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya.

51. Ini hari orang, esok hari kita


– malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan.

52. Itik diajarkan berenang


– membuat pekerjaan yang sia-sia.

53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi


– sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar.

54. Kain sehelai sepinggang


– habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian.

55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


– pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli
makanan).

56. Kalah jadi abu, menang jadi arang


– tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu
pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.

57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa


– kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang muda atau
kanak-kanak.

58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan


– sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain.

59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
– nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum


– banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain.

61. Lain bengkak lain bernanah


– orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh.

62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati


– setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza.

63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang)


– adat dan kebudayaan berbeza antara negara.

64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
– orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan
– manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.

66. Lembu punya susu, sapi dapat nama


– orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama.

67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya


– terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa.

68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga


– walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam ingatan.

69. Masak di luar mentah di dalam


– kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat.

70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak


– menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri


– tidak mahu menerima nasihat yang diberikan.

72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit)


– menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri.

73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga


– membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih
berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah.

74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
– mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela.

75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya


– tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap.

76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
– tidak berdaya untuk mencapai cita-cita.

77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


– mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima.

78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk


– orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam.

79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
– orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak.

80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri


– orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa.

81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


– sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.

82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


– tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga.

83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu


– orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain.

84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga


– walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga.

85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


– sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal
kemudian.
86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
– jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali
soalan pokoknya.

87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga


– walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga.

88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas


– orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan
menyindirnya.

89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


– adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah.

90. Takut kerana salah, berani kerana benar


– orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan
diri.

91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang


– keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca.

92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


– kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.

Perenggan Penutup Karangan STPM dan SPM


Perenggan Penutup Karangan STPM dan SPM
Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH

Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, iaitu pada
bulan Mei lalu, cikgu mendapati bahawa masih terdapat kelemahan dalam penulisan perenggan
penutup atau kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis perenggan penutup atau kesimpulan
yang pendek iaitu satu atau dua ayat sahaja. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan
tidak dimasukkan peribahasa atau ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan
cara atau teknik untuk menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk
memantapkannya.

i. KHPK – (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian –
Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu
perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi,
sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan
sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah
pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 2

Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah
negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik
pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian –
Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah
negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa
kesannya)Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan
modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang
bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi
menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)

ii. KHH (Kesimpulan, Huraian, Harapan)

Perenggan Penutup Contoh 3

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang
berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat
perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang
berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat
dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)

Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau calon-calon
STPM dan SPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup atau kesimpulan
dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan
teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan
seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang
dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Selain itu, murid-murid juga dinasihatkan
supaya banyak berlatih untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak
menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba teknik ini
dan selamat mengarang.

Formula Menulis Pendahuluan Karangan


Formula Menulis Pendahuluan Karangan
Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta
Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam
proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan
yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan
menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus
memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan
formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik.
Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar
mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian
pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolah

S -> banyak faktor

Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh
pendahuluan di bawah:

Pendahuluan Kualiti PMR


Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan
kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang
menjadi buah mulutmasyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar
sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin
bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak
sihat ini terus meningkat.
Pendahuluan Kualiti SPM
Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang
bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang
hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian
kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang
mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadibuah mulut yang
hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah,
justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan
gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya,
banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
Jika kita mempunyai kesabaran dan kesungguhan yang konsisten, kejayaan pasti
milik kita. Oleh hal yang demikian, saya berharap para pelajar dapat menggunakan
teknik "B-T-S" untuk menulis karangan yang cemerlang.
Bersatu, Teguh, Sukses!

erdapat beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan
pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru yang mengajar pelajar lemah dan Galus. Berikut adalah
beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1

Edar contoh karangan lengkap kepada murid. Guru baca bersama murid. Murid menyalin
perenggan demi perenggan. Semak ejaan/tanda bacaan. Edar karangan yang sama - dalam
bentuk isi tempat kosong sebagai latihan.
Teknik 2

Beri gambar tunggal/bersiri. Bina ayat berdasarkan gambar. Berikan kosa kata yang dominan
dengan gambar. Murid mula mengarang. Semak karangan dan kesan tanda baca dan ejaan.

Teknik 3

Edar karangan lengkap. Cari perkataan sukar, catat di papan hitam. Guru/murid -
sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut. Guru menyebut - murid mengeja.
Perbetulkan ejaan. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja. Tuliskan di papan hitam. Bina
ayat daripada isi karangan. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca.

Teknik 4

Salin contoh karangan. Mengambil imlak. Latihan mengarang/banyak salah buat semula. Baca
contoh-contoh karangan. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah

http://sepanjang-jalan.blogspot.com/2010/01/teknik-mengajar-penulisan-bagi-pelajar.html

You might also like