Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

Usul

Ms 36 - 38
• Yuran PIBG seharusnya dinaikkan untuk tahun
berikutnya sejajar dengan sekolah-sekolah
lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini
adalah RM25 satu keluarga, sewajarnya
dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak,
bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan
sekolah dinikmati oleh semua pelajar.
Majoriti sebulat suara memutuskan mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan
kehadiran pada tahun lepas (2011) baik. Berikut adalah
butir-butir kehadiran ibu bapa ke mesy.agung PIBG :

Tahun Bilangan ibu Hari


bapa yang hadir mesyuarat
diadakan
2009 40 Sabtu
2010 221 Jumaat
2011 156 Jumaat
3.1
Masalah dalam Wilayah ialah masalah kekurangan
guru Bahasa Cina. Guru Bahasa Cina yang mengajar
di SMKCS ialah guru sekolah lain dan pengetua guru
tersebut tidak membenarkan guru keluar pada
waktu pagi. Oleh itu, kelas Bahasa Cina dijalankan
bukan mengikut jadual waktu. Tingkatan 1 pada
hari Isnin dan Tingkatan 2 pada hari Khamis
(10 -12 tgh) di Bilik SAL. Bagi pelajar Tingkatan 3, 4
dan 5 pula, kelas Bahasa Cina diadakan pada hari
Rabu jam 2.00 hingga 4.00 petang di mana-mana
kelas di blok Tingkatan 4.
• Pengambilan wajib tidak sama dengan hanya
mengambil peperiksaan
4
• Kawasan sekolah sempit tidak sesuai untuk
membina tempat berteduh dan sekolah hanya
bantuan modal. Malah, kawasan tersebut
adalah di luar kawasan sekolah iaitu milik
DBKL.
5
• Kelas Bimbingan terancang adalah kelas tambahan
berbayar yang telah bermula pada tahun lalu lagi. Pada
tahun ini diadakan pada 23/2/2012 sehingga bulan Julai
( sebelum puasa). Masa ialah pukul 2.00 - 4.30 petang ( hari
khamis sekali seminggu). Bayaran yang dikenakan ialah
RM60.00 ( sekaligus) dan tiga subjek, iaitu matematik, Sains
dan Sejarah. Namun maksimum untuk bilangan pelajar
adalah 40 orang pelajar sahaja.

• Kelas tambahan NADI juga bakal dijalankan selepas


mendapat kelulusan daripada pihak DBKL. Untuk PMR
subjek yang ditawarkan ialah B. Melayu, B.Inggeris dan
Matematik manakala bagi SPM ialah Fizik, dan Matematik
Tambahan. 2 kelas melibatkan SPM dan PMR dan tarikh
dan masa belum ditetapkan lagi.
6
• Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak
perpustakaan. Usaha untuk membeli bahan-
bahan Bahasa Tamil tersebut sedang diproses
untuk kebaikan murid-murid.
7
• Usaha sedang dijalankan untuk
menambahbaikpulih keadaan koperasi agar bilik
menjadi lebih selesa. Antaranya adalah
memasang alat penghawa dingin. Pihak Koperasi
telah membuat permohonan kepada Angkasa
untuk mendapatkan alat penghawa dingin dan
berharap dapat memasangnya dengan cepat.
Namun, jika pihak Angkasa tidak bersetuju, pihak
sekolah akan mencari dana untuk membeli alat
penghawa dingin tersebut.
8
Mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas ke atas
sumbangan pihak sekolah yang telah membiayai kos
membuat cermin mata kepada murid-murid yang
telah memohon.

• Pihak sekolah sentiasa memberi perhatian dan


peka kepada masalah murid-murid. Tindakan
dan bantuan akan diberikan sedaya upaya
untuk memastikan murid-murid berjaya dari
segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
9 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang
telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang
baru untuk kemudahan dan keselamatan murid
semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap,
keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas,
saya telah usulkan dan hal ini dibentangkan dalam
mesyuarat.
• Terima kasih kerana memberi usul pada
mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk
kebaikan bersama.
10
• Pihak sekolah telah menghantar surat kepada
KTM dan pihak KTM telah datang membuat ujian
bunyi untuk masa 24 jam. Tiada tindakan susulan
namun pihak sekolah telah memasang chick pada
kelas 5A dan 5B bagi mengurangkan kesan bunyi.
Kos untuk memasang chick bagi semua kelas
memerlukan kos yang tinggi dan oleh itu derma
daripada pihak ibu bapa amat dialukan.
• 19.2 Pihak DBKL telah dimaklumkan dan telah
dibersihkan.
11
• 11.1 Pada tahun lepas terdapat beberapa kelas yang telah
menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga
beberapa kelas yang tercicir berikutan masalah-masalah
tertentu. Antaranya ialah baikpulih makmal komputer.
Pemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi
memastikan kelas berjalan dengan lancar. Jadual telah
diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb lalu.
• 11.2 Gelanggang Badminton tidak dapt dibesarkan kerana
kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate
bagi tahun ini telah dirancang bersama dengan jurulatih
dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada latihan semasa
bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum
tidak memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.
12
• Kutipan yuran kelas sebanyak RM4.00 hanya
dikutip satu bulan sahaja dan telah
dipersetujui oleh majoriti murid. Dana
tersebut digunakan untuk keceriaan kelas.
Rekod kutipan dan bil pembelian boleh dirujuk
kepada Bendahari kelas.
13
– Jika seluar sukan tidak boleh digunakan lagi, pelajar
boleh memakai seluar yang sama warna seluar sukan
sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo
sekolah di seluar tersebut.
• Koperasi sekolah telah berusaha mendapat track
bottom yang lebih berkualiti tetapi malangnya
harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal
dikalangan ibubapa yang sanggup menawarkan
track bottom yang berkualiti dengan harga yang
berpatutan, sila menghubungi saya.
14
• Aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu ialah
aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan
beruniform hanya dikehendaki berjumpa 10
kali setahun sahaja. Sekolah menghadapi
masalah ruang yang terhad untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari
persekolahan. Di samping itu Tahap
kebisingan semasa aktiviti koko akan
menganggu proses P & P sesi petang.
15
• Terdapat program/ motivasi yang telah dan akan
dijalankan untuk murid-murid di bawah unit
displin dan kaunseling. Antaranya ialah ceramah
oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat)
selama 2 jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah
ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli kelas
yang cenderung ke arah perkara tersebut.
• Ibu bapa perlu menerapkan role model male
female di rumah agar masalah ini dapat
dibendung bersama.
16
• Pihak sekolah telah membuat beberapa
teguran secara lisan dan bertulis kepada
pengusaha kantin. 2 surat amaran secara
bertulis telah diberikan.
17
• Semua aktiviti sekolah yang dirancang telah
dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua
murid dan keperluan memakai pakaian yang
sesuai juga telah diumumkan. Contohnya,
semasa aktiviti SENAMROBIK pada 11
Februari, semua murid telah diarahkan
memakai pakaian PJ pada hari tersebut.
18
• Keadaan fizikal kelas memang tidak dapat
diubah memandangkan sekolah merupakan
sekolah bantuan modal dan bangunan adalah
hak milik gereja serta murid-murid tingkatan 2
mempunyai bilangan melebihi 40 orang murid
bagi setiap kelas. Namun, kerusi dan meja
masih mencukupi. 2 kelas tingkatan 1 telah
diberi meja banquet.
19
– Selama ini tidak ada aduan tentang saiz stoking.
Namun begitu Koperasi akan berunding dengan
pihak pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan
untuk tempahan yang berikut. Kemungkinan besar
harga stoking akan dinaikkan. Terima kasih.
• Pihak sekolah sentiasa menjalankan
pemeriksaan secara berkala di kantin. Aduan
pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak
berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik
20
• Pengawal keselamatan memang menjalankan
tugas untuk mengawal keselamatan murid
semasa murid lalu lintas balik dan datang ke
sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan
guru bertugas harian memang ditugaskan
untuk memantau murid semasa pergi dan
balik ke sekolah.
21
• Semua guru telah diarahkan memberikan nota
dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat
mengurangkan masa untuk menyalin nota
penting dan pihak sekolah akan memantau
perkara ini samada dilaksanakan atau tidak
oleh guru-guru.
22
• Terima kasih atas cadangan yang telah
diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui
pihak yang akan menanggung kos lawatan
tersebut. Sekolah ini bukan merupakan
sekolah pendidikan khas dan kekurangan
tenaga untuk memberikan perhatian yang
lebih kepada OKU. Sebagai makluman,
sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like