Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KONSEP NIAT

ِ‫ إِنِمِا‬:‫ يقول‬ ‫ سمعت رسول هللا‬:‫ قال‬ ‫عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب‬
ِ‫ِفمنِ ِكانِتِهجِرتهِإلىِهللاِورسولهِِفهجرتِهِإلى‬،‫ ِوِإِنِمِاِلِكِلِِامر ٍئ ِماِنوى‬،ِ‫اِلِعِمِالِ ِبِالنِيِات‬
.ِ‫ِومن ِكانت ِهجرته ِِلدنياِيصيبهاِأِو ِامِرأ ٍِة ِينكحهاِفِهجرته ِإلىِماِهاجرِ ِإليه‬،‫هللا ِورسوله‬
)‫(متفق عليه‬
‫ستياف فكرجاءن هندقله دسرتاءي دغن نية‬ ‫إنَّما األعمال بالنيَّات‬ .1

‫ستياف فكرجاءن اينديؤيدو اكن دبري ضنجرن مغيكوت‬ ‫وإنَّما لكل امرئ ما نوى‬ .2
‫كأخالصن نية‬
‫فمن كانت هجرته إلى هللا‬
،‫سسياف يغ برهجره كران هللا دان رسولث‬ .3
‫ورسوله‬
‫مك سسوغضوهث هجرهث اونتوق هللا دان رسولث‬ ‫فهجرته إلى هللا ورسوله‬ .4

‫ومن كانت هجرته لدنيا‬


‫ مك دي اكن مندافت دنيا ايت‬،‫سسياف يغ برهجره كران دنيا‬ .5
‫يصيبها‬
‫ مك دي اكن‬،‫سسياف يغ برهجره كران فرمفوان\ وانيتا‬ ‫أو امرأة ينكحها‬ .6
‫منيكاحيث‬
.‫مك هجره سسأورغ برضنتوغ فد اف يغ دنيتكن‬ ‫فهجرته إلى ما هاجر إليه‬ .7

SEBAB WURUD HADITH


[sebab wurud; peristiwa atau perkara yg menjadi punca lahirnya sesebuah hadith]
 Para ulamak menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Mekah al-Mukarramah
ke Madinah al-Munawwarah bukan kerana menyahut perintah Allah dan Rasulnya tetapi kerana ingin
berkahwin dengan seorang wanita yang digelar Ummu Qais [‫]أم قيس‬.
 Wanita berkenaan mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin
mengahwininya.
 Ekoran daripada peristiwa tersebut, sahabat itu dikenali sebagai [‫قيس‬ ‫ – ]مهاجر أم‬orang yang berhijrah
kerana Ummi Qais.

Pengertian Niat;
Bahasa; kehendak hati @ tujuan hati.
Istilah; gerak hati ke arah melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah Taala.

Perananan Niat Dalam Ibadah


1. Berperanan membezakan antara Ibadah dan Adat
2. Berperanan membezakan antara Fardhi Kifayah dan Fardhu Ain.
3. Berperanan membezakan antara Ibadah Fardhu dan Ibadah Sunat.
4. Dalam Pekerjaan; jika diniatkan akan menjadi ibadah dan jika tidak diniatkan akan menjadi Adat /
amalan biasa shj.
5. Dalam Ibadah; niat membezakan antara ibadah fardhu dan sunat [contoh puasa, sama shj; beza pd niat
shj]

TETAP BERLAKU WALAU TANPA NIAT.


Akidah; kufur sekiranya menolak kepercayaan secara olok-olok atau tanpa niat pd rukun iman dan rukun
Islam.
Ibadat; sah dilakukan walaupun tanpa niat. Contoh apa yer? Seperti Akad Nikah.

Kesimpulan Peranan Niat


Niat membezakan sesuatu perbuatan.
Perbuatan tanpa niat menjadi adat dan tidak diberikan pahala oleh Allah Taala
Perbuatan yang dilakukan dengan niat dan ikhlas akan dikira ibadah dan diberikan pahala oleh Allah Tala
Perbuatan yang diniatkan tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima oleh Allah Taala.

28
Pengertian Ikhlas
Bahasa; Bersih dan Suci
Istilah; niat yang tulus dan murni kerana Allah Taala dalam melakukan sesuatu amalan dan pekerjaan.

Ciri-ciri sifat Ikhlas


1. Mempunyai prinsip hidup dan matlamat kerja yang jelas iaitu mencari keredhaan Allah Taala
2. Menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah
3. Berusaha memperbaiki mutu kerja dari semasa ke semasa.
4. Gigih mengejar cita-cita dan tabah dlm menghadapi ujian.
5. Merendah diri dengan kekayaan dan kedudukan yang dimiliki
6. Menggunakan kekayaan dan kedudukan demi membantu orang ramai
7. Sentiasa mengingati Allah Taala dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kewajipan Ikhlas Dalam Ibadah Dan Amalan


1. Firman Allah Taala;
٥ ‫ٱلزك ٰوة و ٰذلك دين ۡٱلقيمة‬ َّ ‫ٱّلل م ۡخلصين له ٱلدين حنفاء ويقيموا ٱل‬
َّ ‫صل ٰوة وي ۡؤتوا‬ َّ ‫وما أمروا إ ََّّل ليعۡ بدوا‬
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya
dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan
yang demikian itulah agama yang lurus [al-Bayyinah ; ayat 5]

2. Tiada seseorang pun yang mengetahui keihklasan niat @ sebaliknya kerana ianya di dalam hati. Hanya Allah sahaja
yang Maha Mengetahui;

‫س ٰم ٰوت وما في ۡٱأل ۡر ه‬


َّ ‫ض و‬
٢٩ ‫ٱّلل عل ٰى كل ش ۡي ٖء قدير‬ ‫ق ۡل إن ت ۡخفوا ما في صدورك ۡم أ ۡو ت ۡبدوه يعۡ لمۡ ه َّ ه‬
َّ ‫ٱّلل ويعۡ لم ما في ٱل‬
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah
mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu [ali Imran; 29]

Kelebihan Orang Yang Bersifat Ikhlas

1. Sentiasa bertaqwa kepada Allah Taala


َّ ‫ٱّلل لحومها وَّل دماؤها و ٰلكن يناله ٱلتَّ ۡقو ٰى منك ۡم ك ٰذلك س َّخرها لك ۡم لتكبروا‬
‫ٱّلل عل ٰى ما هد ٰىك ۡ هم وبشر ۡٱلم ۡحسنين‬ َّ ‫لن ينال‬
٣٧
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari
kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan
Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik [al-
Hajj:37]

2. Amalannya diterima Allah Taala.


‫إن هللا ع َّز وج َّل َّل يقبل من العمل إَّلَّ ما كان خالصا‬
َّ :  ‫ قال رسول هللا‬،‫ قال‬ ‫عن أبي أمامة‬
)‫وابتـغي به وجهه (رواه أبو داود والنسائي‬
Maksud; sesungguhhnya Allah Taala tidak menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas
dilakukan semata-mata mencari keredhaanNya.

3. Mendapat balasan yang berlipat kali ganda di akhirat ; orang yang membelanjakan hartanya ke jalan
Allah dengan ikhlas, dijanjikan dengan balasan yang berlipat ganda di akhirat kelak.

4. Mendapat Ketenangan Jiwa; orang yang ikhlas tidak akan kecewa atau keluh kesah apabila gagal
mendapat sesuatu dan tidak terlalu gembira apabila memperolehi sesuatu.

Akibat Tidak Ikhlas

Dalam Ibadah Bil


Dalam Perbuatan
Tidak diterima Allah Taala 1.
Dipandang hina oleh masyarakat tempatan dan luar
Menjadi rosak dan tidak diberi pahala oleh
Tidak ada kesungguhan dan ketekunan dalam
2.
Allah Taala. sesuatu usaha
Boleh membawa kepada syirik Khofi Melahirkan budaya negatif dalam masyarakat
3.
seperti mengampu untuk kepentingan diri.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN DAN PAHALA.

29
Firman Allah Taala dalam al-Quraan;
َّ ‫ٰيأيُّها ٱلَّذين ءامنوا َّل ت ۡبطلوا صد ٰقتكم ب ۡٱلمن و ۡٱألذ ٰى كٱلَّذي ينفق مالهۥ رئاء ٱل َّناس وَّل ي ۡؤمن ب‬
‫ٱّلل و ۡٱلي ۡوم‬
‫ه‬
َّ ‫ۡٱألخر فمثلهۥ كمثل ص ۡفوان عل ۡيه تراب فأصابهۥ وابل فتركهۥ ص ۡل ٗدا ََّّل ي ۡقدرون عل ٰى ش ۡي ٖء م َّما كسبوا و‬
‫ٱّلل َّل‬
٢٦٤ ‫يهۡ دي ۡٱلق ۡوم ۡٱل ٰكفرين‬
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-
nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya
kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu
seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia
bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir [al-Baqarah:264]

Daripada ayat ini, beberapa perbuatan tidak ikhlas yg boleh merosakkan amalan, iaitu;
1. Mengungkit-ungkit dengan kebaikan yang pernah dilakukan dengan tujuan mengharapkan balasan
manusia drpd kebaikan atau pemberiannya. Perbuatan begini merosakkan amalan dan merendahkan
maruah pemberinya.
2. Menyakiti orang lain seperti memperkecilkan atau memandang hina mereka yang menerima bantuan
daripadanya. Ini menimbulkan rasa benci dan permusuhan dalam kalangan masyarakat.
3. Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk sesuatu kebajikan/ kebaikan yang dilakukan dengan tujuan mendapat
pujian daripada orang ramai. Sifat suka dipuji ini boleh menyebabkan seseorang mudah lupa diri dan
matlamat asalnya iaitu mengharapkan balasan daripada Allah Taala.
4. Tidak beriman dengan Allah Taala dan hari Kiamat. Mereka ini tidak akan percaya adanya balasan pahala
dan dosa yang dijanjikan Allah di akhirat sana.

PENGERTIAN HIJRAH
Bahasa; berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat yang lain.
Dalam Konteks Sejarah Islam; perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda dari
Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah.
Dalam konteks sekarang, pengertian hijrah menurut ulamak ialah;
o Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain seperti perpindahan Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah.
o Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju,
lebih mulia dan lebih hampir kepada rahmat Allah Taala.
Penghijrahan sebagaimana zaman nabi dan sahabat sudah tidak dituntut lagi melakukannya.
Namun penghijrahan kepada yang lebih baik sangatlah dituntut seperti sifat malas kepada rajin, dll

TUNTUTAN HIJRAH

Dalam kehidupan pelajar Bil Dalam kehidupan Masyarakat


Menguasai cabang-cabang ilmu semasa spt ICT, Membina jatidiri dan tidak terpengaruh dengan
1.
bahasa Inggeris, Mandarin, dll budaya asing
Menghargai masa remaja dengan menuntut Berusaha meningkatkan kualiti hidup seperti
2.
pelbagai ilmu pengetahuan sebanyaknya. produktif, bersatu padu, ehsan, dll.
Mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam Membantu membangunkan negara dengan
3.
kehidupan seharian. sumbangan harta benda dan idea-idea bernas.

Soalan penilaian;
1. Jelaskan sebab wurud hadith.
2. Huraikan tiga contoh perkara-perkara yang boleh merosakkan amalan seseorang disisi Allah Taala.
3. Bincangkan tiga peranan yang boleh dimainkan oleh pelajar untuk membentuk sifat ikhlas.
4. Jelaskan tuntutan hijrah terhadap masayarakat Islam kini.
5. Terangkan tiga pengajaran daripada hadith ini.

30

You might also like