Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BIODATA TOKOH MURID LELAKI TAHUN 2016

Ketika fajar mula menyingsing pada tanggal 18hb. Februari 2004, melakar satu lagi sejarah buat
pasangan bahagia, Encik Zukifeli Bin Hashim dan Puan Normunirah Binti Md. Nor atas kelahiran anak
kelima, seorang lagi putera.

Kehadiran putera yang kelima ini, disambut dengan senyuman penuh kegembiraan. Putera daripada
9 orang adik beradik ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Benarlah kata
punjangga , “benih yang baik jatuh ke laut menjadi sebuah pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon
nan rendang” .Kejayaan akademiknya sentiasa konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari
Tahun 1. Menyimpan impian yang besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang Jurutera.

Beliau merupakan seorang murid yang sentiasa tersenyum dan ceria. Perwatakannya menyebabkan
guru-guru amat rapat dengannya. Waktu lapangnya diisi dengan bermain Ping Pong. Minat ini
dikongsi bersama dengan rakan-rakannya yang turut sama mengharumkan nama sekolah dalam
permainan Ping Pong. Beliau bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik malahan juga Ko-
kurikulum dimana sentiasa berkecimpung dalam aktiviti Kelab Doktor Muda dan juga Pengakap di
peringkat Antarabangsa.

Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain menjadi pengawas sekolah juga dilantik menjadi
Naib Pengerusi Persatuan Pengakap dan juga Rumah Kuning. Seorang yang bertangungjawab dan
sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Kini terlerai sudah biodata diri,


Serlah kehebatan persada akademik;
Anugerah cemerlang motivasi diri,
Demi masa depan penuh dinamik.

Maka dengan ini dinobatkan putera kepada pasangan Encik Zukifeli Bin Hashim
dan Puan Nurmunirah Binti Md. Nor iaitu Hadi Akram Bin Zukifeli sebagai Tokoh Murid Lelaki untuk
Tahun 2016. Tahniah kami ucapkan.
BIODATA TOKOH MURID PEREMPUAN TAHUN 2016

Tokoh murid perempuan ini dilahirkan pada 1 Disember 2004 di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu.
Merupakan anak sulong daripada 3 orang adik beradik. Beliau mendapat Pendidikan awal di Tadika Yayasan,
Wakaf Tembesu dan memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu. Tokoh yang
meminati mata pelajaran Sains dan Matematik ini bercita-cita untuk menjadi seorang doktor suatu hari
nanti. Di masa lapangnya, beliau gemar membaca. Beliau telah menyertai beberapa aktiviti di sekolah
seperti perkhemahan, motivasi UPSR dan pelbagai pertandingan. Beliau telah mewakili sekolah ke
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat PKG Manir dan telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan
tersebut. Selain itu, beliau juga telah mendapat tempat Ketiga bagi Anugerah Tokoh Nilam peringkat Daerah
Kuala Terengganu dan juga pertandingan melukis poster.

Di sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Bapanya seorang guru mata pelajaran
Matematik Tambahan di SMK Bukit Guntong. Ibunya juga merupakan seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan
Telok Pasu. Untuk pengetahuan semua hadirin, beliau merupakan satu-satunya murid sekolah kita yang telah
berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Puteri bertuah kepada Encik
Zaidi Bin Yusof dan Pn. Siti Fatimah Shakirah Binti Awang ini diberi nama :

LUBNA SOFEA BINTI ZAIDI.

Tahniah diucapkan dan dipersilakan penerima anugerah untuk naik ke pentas.

You might also like