Karangan Jiran Saya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jiran Saya

Encik Zainal ialah jiran baharu saya. Beliau sekeluarga tinggal di sebelah rumah
saya. Mereka baru sahaja berpindah ke sini sejak dua bulan yang lepas. Encik Zainal
sekeluarga berasal dari Alor Setar, Kedah.
Encik Zainal seorang peniaga yang jujur. Beliau membuka kedai runcit di taman
perumahan kami. Isterinya, Puan Rosnani ialah suri rumah tangga sepenuh masa yang
ringan tulang. Beliau menguruskan kerja rumah dan menyediakan hidangan untuk
keluarganya setiap hari.
Encik zainal dan Puan Rosnani mempunyai seorang cahaya mata, Khairul. Khairul
ialah anak emas mereka. Khairul sebaya dengan saya. Kami belajar di sekolah yang sama.
Setiap hari, kami pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.
Khairul ialah seorang murid yang cemerlang. Namun, dia tidak bersikap sombong.
Apabila saya menghadapi masalah dalam peperiksaan, dia akan membantu saya. Sikap
Khairul yang berbudi bahasa menyebabkan kawan-kawan suka mendampinginya.
Pada masa lapang, kami sering berbasikal di halaman rumah. Kadang kala, kami
bermain bola sepak di padang. Walaupun saya dan khairul baru berkenalan, tetapi
hubungan kami akrab seperti isi dengan kuku.
Encik Zainal dan keluarganya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa
dengan jiran tetangga. Oleh itu, semua jiran suka bergaul dengan mereka.
Saya berasa gembira kerana boleh tinggal berjiran dengan Encik Zainal sekeluarga.
Saya berharap agar mereka sentiasa sihat dan dicucuri rahmat.