Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laksa Sarawak

By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):

Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)

Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)

Tauhu goreng

Telur dadar

Tauge(celur seketika)

Cendawan hitam(celur)

300g udang(celur)

Telur rebus

Sambal belacan dan limau kasturi

Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10
tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin
menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan
sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:

200g pes laksa sarawak hj manan

2 liter air

200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang

2 batang serai-ketuk

200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)

Garam n gula/perasa secukupnya

Cara menyediakan kuah laksa:


Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi
jika tidak suka digoreng. Toskan.

Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga


mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula.
Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.

Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan


bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal
belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..

Laksa yang sedia untuk dinikmati..

You might also like