Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PELANCARAN BULAN DAKWAH 2018

BIL TEKS PENGACARA

1. Yang Berusaha
Guru Besar
Yang di hormati,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Seterusnya Guru2 dan Murid2 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis
Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah bagi tahun
2018.
Untuk makluman hadirin sekalian..Bulan Dakwah merupakan
salah satu aktiviti tahunan Panitia Agama Islam
sk……………………………………….bagi memantapkan
sahsiah pelajar,meninggikan martabat ilmu, memupuk
semangat muhibbah dan ukhuwwah antara satu sama lain.
Selain itu Bulan Dakwah ini juga merupakan slah satu
platform untuk menyemarakkan usaha dakwah di peringkat
sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan Syiar Islam
dapat dihayati bersama.

2. Seterusnya tanpa melengahkan masa,marilah sama-sama


kita saksikan Gimik Pelancaran Bulan Dakwah bagi tahun
2018. Majlis dengan ini mempersilakan.
********************************************************************
Untuk makluman semua,Gimik Pelancaran Bulan dakwah ini
telah dibimbing oleh …………………dan
…………………….…Terima kasih dan tahniah diucapkan
pada guru dan murid yang terlibat.

3. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penyelaras Bulan


Dakwah, iaitu……………………...Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan…

************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang
diberikan.

4. Seterusnya, Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa


mendengar amanat dan ungkapan dua kata daripada Tuan
Guru Besar yang dikasihi.
Dengan ini dipersilakan …………………………………….untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

********************************************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar atas ucapan itu tadi.

5. Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan


persembahan nasyid dari………………………….. dengan
lagunya yang bertajuk ……………………………..

******************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid
………………………………..atas persembahan itu tadi.
Untuk makluman semua,kumpulan nasyid ini telah dilatih
sepenuhnya oleh cikgu Hasrull Aiman.

6. Seterusnya sebagai tanda simbolik Bulan Dakwah, pihak


majlis akan mengedarkan tabung kepada semua guru dan
murid,Oleh itu, marilah sama-sama kita memberikan sedikit
sumbangan ikhlas sebagai saham akhirat kita kelak…

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid atas


sumbangan yang diberikan.

7. Dengan berakhirnya kutipan derma itu tadi, maka selesailah


sudah Majlis Pelancaran Bulan Dakwah bagi tahun 2018.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili Panitia Agama Islam SK


…………………………………….mengharapkan guru-guru
dan murid-murid memberikan kerjasama yang sebaiknya
sepanjang Bulan Dakwah ini berlangsung.

Sekian sahaja, Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah


ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang
Berusaha al-Fadhil Ustaz
………………………………………………………………………
untuk menyampaikan bacaan doa.Dengan penuh takzim,
majlis mempersilakan

**************************************************
Amin2 ya rabbal alamin..Terima kasih diucapakan kepada
alfadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.

You might also like