Program Susu Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi
keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa
berada di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah
rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria
pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan
keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang
dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah
yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

1. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
2. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih
di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau
pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif Program:

1. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu
Bayaran
2. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang
rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
3. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan
bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
4. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
5. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
6. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

You might also like