Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Panitia Fizik,

SBP Integrasi Temerloh,


28010 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
_____________________________________________________________________________________
Semua Guru FIZIK Ruj.Kami: CRA 7001 / / ( )
Tarikh : 4 Januari 2018
Tuan,
MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Tuan diminta menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Januari 2018
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Fizik
Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pelantikan Ajk dan agihan tugas ahli panitia
3.0 Analisis Keputusan akhir tahun tingkatan 4
4.0 Headcount 2018
5.0 Pengurusan Panitia
5.1 Penulisan Buku Rekod Mengajar
5.2 Rancangan tahunan dan sukatan P&P
5.3 Pengurusan Fail Panitia
5.4 Penyelarasan dan pengubalan soalan Peperiksaan Dalaman

6.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan


7.0 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran
8.0 Kawalan Piawaian Standard Kualiti dan Pencerapan Hasil Kerja
9.0 Amali dan “Hands-on Activity”
10.0 Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Panitia
11.0 Cadangan buku rujukan / modul latihan
12.0 Semakan Anggaran Belanja Mengurus 2018
13.0 Hal –hal lain

3. Kehadiran dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………….

(NURHAZWANI BT ZANUDDIN)

Ketua Panitia Fizik


SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

MINIT MESYUARAT PANITIA BIL. 1/2018

Tarikh : 5 Januari 2018


Masa : 2.00 Petang – 3.00 Petang
Tempat : Bilik Guru, SBPIT
Kehadiran : Pn. Nurhazwani Bt Zanuddin
Cik Rozilahwati Bt Ramli

Tidak Hadir Bersebab : - tiada -

Tidak Hadir Tanpa Sebab : - tiada -

1 : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi (Ketua Panitia)

Ucapan alu-aluan tuan pengerusi majlis kepada ahli mesyuarat dan majlis dimulakan dengan
bacaan Surah Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli panitia.
Pengerusi turut mengambil peluang mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas untuk
tahun 2018. Diharapkan dengan kedatangan tahun baru 2017 dapat memberi sinar baru dan
menjana kecemerlangan yang membanggakan bagi panitia fizik.
Tindakan : Makluman

2 : Pelantikan AJK dan agihan tugas ahli panitia

2.1. Makluman agihan guru mengikut kelas.

Nama guru Tingkatan 4 Tingkatan 5


S B P I S B P I
Pn Nurhazwani / / / /
Cik Rozilahwati / / / /

Tindakan :Ahli panitia

2.2 Agihan tugas untuk penyediaan Rancangan tahunan 2018.

Rancangan tahunan tingkatan 4 & 5 disediakan oleh Ketua Panitia Pn. Nurhazwani Binti
Zanuddin.
Tindakan :Ketua panitia
3 : Analisis keputusan akhir tahun tingkatan 4

Berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 2018, Peratusan pelajar yang mendapat
A ialah 2.3% dengan 2 orang calon yang mendapat A- dimana berlaku penurunan berbanding
tahun sebelum iaitu 5.77%. Berdasarkan analisis keputusan menunjukkan seramai 19 orang
pelajar gagal. Sehubungan dengan itu, panitia akan mengambil inisiatif untuk menjalankan satu
program klinikal yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

A A A- B B C+ C D E G Lulus Purata
FIZIK
Bil + % Bil % Bil % Bil + % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Gred
P4/4S 0. 0. 0 0. 0 0. 2 11.76 0 0. 4 23.53 3 17.65 5 29.41 3 17.65 14 82.35 7.06
P4/4B 0. 0. 1 5.26 0 0. 3 15.79 3 15.79 1 5.26 9 47.37 1 5.26 1 5.26 18 94.74 6.05
P4/4P 0. 0. 1 3.45 1 3.45 2 6.9 6 20.69 10 34.48 3 10.34 4 13.79 2 6.9 27 93.1 6.
P4/4I 0. 0. 0 0. 0 0. 0 0. 1 4.55 1 4.55 0 0. 4 18.18 16 72.73 6 27.27 8.5
P4/2016 0. 0. 2 2.3 1 1.15 7 8.05 10 11.49 16 18.39 15 17.24 14 16.09 22 25.29 65 74.71 6.85

Senarai Pelajar Gagal


Bil Nama Ting Markah
1 NURRAHIMAH BT NORDIN 4D - I 38
2 MOHAMAD NORAKMAL SHAKIRIN BIN MOHD ALPUSHARI 4D - I 37
3 FARZANA NURINA BINTI MOHMAD NIZAM 4B - B 37
4 ISMAHAIKAL BIN MOHD ISWANDY 4D - I 37
5 FADILLAH BINTI MOHD FAUZI 4C - P 37
6 MUHAMMAD AMIRUL AMIN B ARSAH# 4A - S 36
7 MUHAMMAD ZAID AKMAL BIN SELAMAT 4C - P 36
8 KHAIRUL ANUM BT MOHD ADNAN 4D - I 35
9 MUHAMMAD HAZIM B AHMAD NIZAMUDDIN 4A - S 35
10 MOHAMAD AIDIL ANWAR B SARIMAN 4A - S 34
11 MUHAMMAD SHAHRUL MIZAN B ILIAS 4D - I 34
12 MOHAMAD HAZRIEL MUQRI BIN MOHAMED TAJUDIN 4D - I 33
13 DIYA SHALIHAH BINTI MOHD NOR 4D - I 33
14 MUHAMMAD SYAHMI AZIB BIN MOHD. RAMDZI 4D - I 28
15 NUR FATIHAH BT MOHD NORDIN 4D - I 28
16 FARAH AIN NUR LIYANA BT ZAIMOON 4D - I 28
17 AIN YUHANIES BINTI YAHAYA 4D - I 27
18 SITI NURUL NADIA BINTI SANUSI MOKHTAR 4D - I 27
19 ADLI ZUHAIR BIN BAHARIN 4D - I 27
20 SITI NOR NASEHA BT ZAKARIA 4D - I 26
21 SYAFIQ MUSTAQIM B SHAHARUDDIN 4D - I 25
22 MUHAMAD ALIFF LUQMAN BIN MOHAMAD ARIFFIN 4D - I 14

Tindakan : Ahli panitia


4 : Headcount 2018
Program ini akan berjalan seperti tahun – tahun lepas dan borang headcount akan disediakan
oleh ketua panitia, iaitu Pn. Nurhazwani Binti Zanuddin untuk tingkatan 4 dan 5. Guru
matapelajaran haruslah meletak headcount setiap pelajar dibahagian belakang buku rancangan
mengajar mereka dan hendaklah di kemaskini dari semasa ke semasa. Guru matapelajaran juga
digalakkan untuk membacakan headcount pelajar untuk menaikkan semangat pelajar.
Tindakan : Ketua Panitia
5 : Pengurusan Panitia
5.1 Penulisan Buku Rekod Mengajar

5.1.1 Fail Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat pada JUMAAT – 20
JANUARI 2017. Penulisan Fail rekod mengajar dibuat sama seperti tahun-tahun lepas. Fail
rekod perlu dihantar ke pejabat pengetua setiap hari Jumaat. Rekod penghantaran juga perlu
diperbaiki pada tahun ini jadi guru perlulah menandatangani buku rekod penghantaran setiap
kali menghantar buku tersebut.
Tindakan : Ahli Panitia
5.2 Rancangan tahunan dan sukatan P&P

Rancangan tahunan tingkatan 4 & 5 disediakan oleh Ketua Panitia Pn. Nurhazwani Binti Zanuddin.
Tindakan :Ahli panitia
5.3 Pengurusan Fail Panitia

Semua fail-fail panitia dilengkapkan oleh ketua panitia. Ahli panitia digalakkan membantu ketua
panitia menyiapkan fail panitia untuk memastikan fail panitia sentiasa lengkap.
Tindakan : Ahli Panitia

5.4 Penyelarasan dan pengubalan soalan Peperiksaan Dalaman

5.4.1 Mulai pada tahun ini, tiada lagi ujian selaras bagi pertengahan penggal persekolahan. Maka
Pihak pentadbiran sekolah mengarahkan semua guru untuk melaksanakan ujian topikal bagi
subjek yang di ajar. Markah pelajar perlu direkodkan dan evidens kertas soalan perlu di simpan
di dalam fail yang khusus untuk pelaksanaan ujian topikal ini.

Penyelarasan dan agihan tugas adalah berdasarkan jadual berikut:

Pertengahan tahun Percubaan SPM Akhir Tahun


Guru Guru Guru
Ting 4 JPNP Tiada SBP
Ting 5 JPNP SBP SPM

Tindakan: Ahli Panitia

6 : Kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan


6.1 Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) dan Bimbingan Rakan Sebaya Guru (Peer
Coaching) adalah kaedah pelaksanaan PLC yang akan digunakan dikalangan guru sepanitia.
Antara contoh perkongsian adalah teknik penandaan peperiksaan dan amalan pengajaran terbaik
yang berunsur KBAT akan dijalankan diperingkat dalaman. Perkongsian ini akan dapat
meningkatkan profesionalisme guru dan seterusnya menjadikan P & P lebih berkesan.
6.2 Team Teaching juga digalakkan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan menambah idea
berkenaan pedagogi pengajaran.
6.3 Pembelajaran abad ke-21 mesti di aplikasikan di dakam bilik darjah semasa p&p dan mesti
berpusatkan pelajar.
Tindakan :Ahli Panitia

7 : Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran

7.1 Penyeliaan P & P dan buku latihan / nota pelajar akan dijalankan berdasarkan jadual penyeliaan
yang dijadualkan di dalam Buku Panduan Tugas dan Takwim Tahun 2017.

7.2 Keputusan penyeliaan mestilah diserahkan 1 salinan kepada ketua panitia untuk dimasukkan
dalam fail dan 1 salinan dimasukkan dalam fail rekod pengajaran.

Tindakan : Ahli Panitia

8 : Kawalan Piawaian Standard Kualiti dan Pencerapan Hasil Kerja

Penyeliaan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Borang
pencerapan seperti yang disediakan oleh pihak sekolah. Setiap guru dikehendaki mematuhi
Standard Piawaian Kurikulum (SPK) yang ditetapkan oleh panitia.
Tindakan : Makluman

9 : Amali dan “Hands-on Activity”

Guru matapelajaran perlu memperbanyakkan aktiviti amali agar pelajar lebih mahir dalam
menggunakan alatan dan alat pengukuran yang ada di makmal. Hal ini juga secara tidak langsung
dapat memupuk kemahiran inkuiri dalam diri pelajar.
Tindakan : Ahli panitia

10 : Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Panitia

Pelaksanaan program panitia adalah berdasarkan perancangan strategik dan pelan tindakan
panitia seperti yang telah dibuat di dalam perancangan 2018. Walaubagaimanapun program rutin
masih dijadualkan sama seperti tahun-tahun lepas, hanya terdapat perubahan pada pengisian
program yang diharapkan dapat memberi impak yang lebih berkesan bukan hanya pada pelajar
tetapi juga pada guru-guru. Target pada tahun ini secara umumnya masih sama seperti tahun
sebelumnya iaitu SPM 100% lulus dan minima gred C.
Tindakan : Ahli Panitia
11 : Cadangan buku rujukan / modul latihan

Pengerusi memaklumkan bahan pengajaran masih lagi menggunakan modul P&P seperti tahun
sebelum. Selain itu penggunaan buku nota yang digalakkan adalah buku yang ditulis oleh
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. Manakala, tugasan murid pula akan
menggunakan Latihan Modul SOLAF topikal bangi tingkatan 4 dan 5.
Tindakan : Ahli Panitia
12 : Semakan Anggaran Belanja Mengurus 2017

Pengerusi memaklumkan bahawa anggaran belanja mengurus telah dibincangkan bersama


pembantu makmal pada akhir 2017 untuk perbelanjaan rutin makmal. Peruntukan anggaran
belanjawan tersebut, boleh dirujuk di buku pengurusan pada mukasurat 143.
Walaubagaimanapun, guru matapelajaran dialu-alukan supaya dapat mencadangkan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) yang baik dan sesuai digunakan oleh pelajar.

Tindakan : Makluman
13 : Hal –hal lain

Pengerusi mengingatkan guru-guru pemantauan P&P akan sentiasa dilakukan dari semasa ke
semasa. Jadi diharap guru-guru sentiasa bersedia dengan P&P yang berkesan.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………................
(Nurhazwani Binti Zanuddin) (Pn.Norhayati Binti Zakaria)
Ketua Panitia Fizik, Ketua Bidang Sains & Matematik
SBP Integrasi Temerloh. SBP Integrasi Temerloh.

You might also like