Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU DENAWAN

W.D.T 8, KG PULAU DENAWAN


91309 SEMPORNA
SABAH

KERTAS KERJA
MEMBAIKPULIH
BANGUNAN
KELAS BERCANTUM
SK PULAU DENAWAN
DISEDIAKAN OLEH :

UNIT HEM
SK PULAU DENAWAN
1.0 PENDAHULUAN

Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah tetapi penting iaitu
mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan sesuai
dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam
memenuhi aspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar


dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tampat di mana iklim pembelajaran
dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap murid. Kunci
bagi sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra,
persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang
jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan
(Young, 1999)

Sejarah penubuhan SK Pulau Denawan, Semporna Sabah bermula pada tahun


1953. Lokasi sekolah ini hanya (122 KM) dari Pejabat Pendidikan Daerah Semporna
dan dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 3. Setelah 53 tahun
penubuhannya pada tahun 2018, bermulalah dasar kelas bercantum bagi memenuhi
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengoptimumkan penggunaan
sumber dan meningkatkan kecekapan tadbir urus. Sehingga kini bilangan pelajar yang
terlibat mengikuti dasar ini ialah seramai 17 orang. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar
ini terpaksa ditempatkan di bangunan usang yang telah berusia lebih 50 tahun kerana
ketiadaan kelas yang sesuai untuk pelaksanaan kelas bercantum ini. Namun begitu
kelas yang sedia ada ini tidak mempunyai kemudahan asas yang kondusif. Selain itu
keadaan struktur dinding kelas yang reput dan keadaan struktur tanah mendap di
bahagian bangunan yang menempatkan kelas bercantum juga membimbangkan dari
aspek keselamatan. Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah berharap agar pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dapat
mempertimbangkan pelaksanaan proses baikpulih bangunan dan pengubahsuaian
bangunan kelas bercantum di sekolah ini.
BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK PULAU DENAWAN


Kod Sekolah : XBA3327
Daerah : Semporna
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru : 7 orang (6 lelaki/ 1 perempuan)
Bil. Staf Sokongan : 1 orang
Bil. Enrolmen Murid Kelam Bercantum : 17 orang (6 Lelaki/ 11 Perempuan)
Bilik Darjah sedia ada : 2
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

2.0 OBJEKTIF PROJEK


Cadangan pelaksanaan projek membaik pulih dan mengubahsuai bangunan kelas
bercantum ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.


2.2 Keadaan bangunan dan kelas bercantum yang sedia ada telah menjangkau
usia lebih 50 tahun dan kelihatan usang
2.3 Tiada kelas yang sesuai dan kondusif untuk menggantikan kelas sedia ada
2.4 Kelas sedia ada tidak mempunyai kemudahan asas yang kondusif dan
ruangan ynag mencukupi untuk melakukan aktiviti
2.5 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan status bangunan lama
serta usang dan sebahagaian daripada struktur tanah mengalami
pemendapan
2.6 Mencapai tahap sekolah yang berada dalam status sekolah yang selamat
untuk murid serta selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah.
2.7 Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
2.8 Mewujudkan persekitaran mental dan emosi yang sihat.
2.9 Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja dalam kalangan
warga sekolah
3.0 RASIONAL

3.1 Kemudahan yang sediada telah terlalu lama dan telah rosak serta tiada
peruntulan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk kos pembaikan dan
baikpulih.
3.2 Bagi menjamin keselamatan pelajar yang datang ke sekolah terutama pelajar
tahap 1 yang masih kecil.
3.3 Kekurangan sumber dana untuk penambahbaikan kerosakan yang serta
merta yang memerlukan pembaikan yang segera.
3.4 Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
3.5 Melaksanakan pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutama
keselamatan.

4.0 SKOP DAN CADANGAN MENAIK TARAF KELAS BERCANTUM


Rujuk lampiran 1

5.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

5.1 Aspek keselamatan dalam kalangan guru dan pelajar tidak terjamin kerana
bangunan yang telah usang dan mengalami proses pemendapan tanah
5.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan tidak kondusif kerana kemudahan
asas kelas tidak berfungsi.
5.3 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibu bapa penjaga untuk menghantar
anak-anak mereka kesekolah kerana bimbang akan keselamatan anak
mereka
6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada beberapa fakta yang telah dihuraikan diatas, jelas menunjukkan
bahawa SK Pulau Denawan amat memerlukan bajet untuk tujuan projek
penambahbaikan ini. Diharapkan agar permohonan ini diluluskan untuk menjadikan
sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada
komuniti setempat.

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

……………………….. ………………………..

(MOHD SHAH MAJAKALA) (ARIFFIN UJAM @ UZAM)


PENOLONG KANAN HEM GURU BESAR
SK PULAU DENAWAN SK PULAU DENAWAN
LAMPIRAN 1

SKOP DAN CADANGAN MENAIKTARAF BANGUNAN KELAS BERCANTUM

BIL PERKARA CADANGAN ANGGARAN


KOS

1 Tingkap yang rosak Menambah dan membaikpulih RM4000


tingkap kelas

2 Keadaan dinding kelas yang reput dan rosak Baikpulih dinding dan tulang RM30 000
Bangunan Rosak

3 Lantai kelas yang rosak akibat mendapan tanah Baikpulih lantai kelas yang RM15 000
rosak

4 Kipas dan lampu yang tidak berfungsi Pendawaian kelas RM10 000

Kipas RM200

Metol lampu RM100

5 Keadaan dinding Bangunan yang kusam Cat bangunan luar dan dalam RM10 000

6 Meja kelas yang rosak Menggantikan meja baharu RM1000

Jumlah RM70 300


LAMPIRAN 2

PANDANGAN KEROSAKAN DARI LUAR KELAS BERCANTUM


PANDANGAN KEROSAKAN DARI DALAM KELAS BERCANTUM
USAHA MEMBAIKI INFRASTRUKTUR SEDIA ADA

You might also like