Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3 PART LESSONS

3 part lessons atau 3 bahagian pembelajaran ialah satu proses pembelajaran


berasaskan penyelidikan (inquiry based learning) yang digunakan untuk mengajar
matematik di sekolah rendah dan prasekolah. 3 part lessons ini diasaskan oleh John
A. Van De Walle, seorang ahli matematik di Universiti Commonwealth Virginia.

3 part lessons terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum Semasa Selepas

• 10 hingga 15 • 30 hingga 40 • 10 hingga 15


minit minit minit
• Fasa • Fasa Bekerja • Fasa
Permulaan Kesimpulan
dan Latihan

SEBELUM

Before: Getting Started (permulaan): 10–15 minutes

Tujuan bahagian permulaan ini ialah untuk memastikan murid-murid bersedia dari segi
kognitif untuk menyelesaikan masalah matematik. Guru boleh membuatkan pelajar
memikirkan tentang idea dan strategi yang telah dipelajari dan digunakan sebelum ini.
Guru hendaklah merangka konsep, prosedur, dan strategi berkaitan dengan objektif
pembelajaran. Guru boleh mengadakan perbincangan kelas, tentang PdP sebelum

1
ini, atau murid melakukan demonstrasi metod atau strategi yang digunakan dalam
menyelesaikan masalah sebelum ini, atau murid menyelesaikan masalah yang lebih
kecil tetapi mampu membangkitkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan strategi
mereka.

SEMASA

During: Working on It : 30–40 minutes

Untuk bahagian pembelajaran semasa, murid-murid berada dalam fasa yang aktif
menyelesaikan masalah atau soalan yang diberi. Mereka bekerja dalam kumpulan
yang kecil, berpasangan atau secara individu untuk menyelesaikan soalan dan
mengimbas semula pemikiran matematik yang mereka telah pelajari untuk mencari
penyelesaian. Dalam bahagian ini, murid akan memperoleh keyakinan dan
kebebasan untuk memilih metod, strategi dan bahan yang kukuh untuk digunakan
dalam mencari penyelesaian. Apabila murid diberi tempoh masa yang bersesuaian
untuk mencari jawapan, mereka berpeluang untuk belajar erti sabar dan faham
bahawa masalah matematik memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

Semasa murid membuat perancangan dan menyelesaikan soalan, guru


hendaklah melakukan tinjauan, membuat pemerhatian tentang cara murid
berinteraksi, dan membuat catitan tentang model matematik yang murid gunakan,
strategi dan bahasa matematik yang digunakan oleh murid-murid. Jika murid
mengalami masalah, guru boleh mengajukan soalan untuk membawa murid ke arah
pemikiran yang lebih mendalam atau memberi peluang kepada murid yang lain untuk
membantu rakan mereka.

2
SELEPAS

After: Consolidation and Practice (kesimpulan dan latihan): 10–15 minutes

Dalam bahagian ini, guru secara berstrategi hendaklah menyusun murid untuk
berkongsi cara mereka menyelesaikan soalan sebentar tadi menggunakan strategi
pengajaran matematik seperti bansho, math congress atau gallery walk. Dengan
menggunakan strategi-strategi ini, guru boleh mengawal keseluruhan perbincangan
kelas manakala murid menerangkan penyelesaian masalah matematik mereka dan
mengetahui sama ada rakan-rakan yang lain menggunakan strategi dan metod yang
sama atau berbeza untuk mencari jawapan.

Melalui perkongsian dan perbincangan yang teratur, murid boleh mendengar


dan menganalisis pemikiran matematik rakan mereka yang lain. Selain itu, murid
belajar untuk memerhatikan persamaan dan perbezaan dalam matematik, metod dan
strategi yang digunakan oleh murid yang lain dalam menyelesaikan soalan.
Pemerhatian ini boleh membawa murid untuk melakukan satu kaitan antara idea
mereka dan idea murid yang lain dan lebih memahami tentang matematik.

Selain itu, melalui wacana kelas matematik ini, murid-murid boleh menguasai
dan menyimpulkan pemahaman mereka ke arah objektif pembelajaran dalam
membuat hubungkait dengan pengetahuan dan pengalaman sebelum dan membuat
generalisasi. Sebarang metod dan strategi baru yang dikuasai semasa bahagian
semasa tadi, bolehlah ditampal di dinding kelas atau digunakan di carta matematik di
kelas. Apa yang guru dapati dalam PdP kali ini akan digunakan dalam membina
soalan-soalan kepada murid dan akan memandu guru dalam PdP dan aktiviti yang
akan datang.

3
KEBERKESANAN 3 PART LESSONS

Pelopor-peopor 3 part lessons menyatakan bahawa murid dapat menguasai


kebebasan dan keyakinan dengan memilih metod, strategi dan bahan konkrit yang
akan mereka gunakan dan begitu juga dengan cara mereka menyelesaikan soalan.
Pelopor-pelopor ini juga menyatakan murid dapat memerhatikan persamaan dan
perbezaan dalam langkah-langkah yang digunakan untuk mencari jawapan. Pelopor
juga mendapati murid-murid akan lebih bersemangat dan seronok dalam subjek
apabila pembelajaran berasaskan penyelidikan ini digunakan.

Penentang-penentang kaedah 3 part lessons ini menyatakan bahawa murid-


murid tidak mempelajari asas seperti sifir matematik. Di Ontario, Canada, Menteri
Pendidikan di sana telah memperkenalkan kaedah 3 part lessons, dan kurikulum di
sana telah diubah pada penghujung era 1990. Kurikulum diubah kepada penyelesaian
masalah berdasarkan penyelidikan yang terbuka dan lebih luas berbanding kurikulum
sebelum ini yang berasaskan hafalan. Dalam era perubahan itu, keputusan ujian
tahun 3 dan tahun 6 subjek matematik merosot antara tahun 2009 dan 2013 dan
kerana keputusan yang rendah itu, berlaku pertudingan jari tehadap kurikulum
matematik kerana berlaku penekanan ke atas konsep dunia sebenar berbanding
pembelajaran hafalan.

You might also like