Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAIAN

1.0 KAWASAN SEMAIAN

1.1 Pengenalan kawasan semaian

Kawasan semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok ditempatkan


sebelum ia ditanam ditempat yang kekal. Anak-anak pokok yang
digunakan untuk membiak-baik tanaman, membesarkan anak benih dan
seterusnya persediaan anak benih dibiak atau dibeli dan dijaga sehingga
ia cukup besar untuk dijual atau ditanam di tempat yang kekal. Di tapak
semaian, anak-anak pokok dapat dijaga dengan rapi dan pemilihan dibuat
untuk mendapatkan pokok-pokok yang sihat.

Terdapat beberapa jenis kawasan semaian. Di antaranya adalah seperti berikut :

 Semaian buah-buahan
 Semaian tanaman hiasan
 Semaian tanaman khusus – seperti tanaman ubat-ubatan, orkid dan sayur-sayuran

Semaian tanaman sayur-sayuran dibina di kawasan yang berhampiran ladang sayur atau kebun untuk
memudahkan kerja-kerja penyemaian dan pemindahan.

1.2 Bahagian-bahagian
kawasan semaian

Kawasan semaian terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut:

i.Pejabat dan kaunter jual


ii.Setor
iii.Garaj
iv.Tempat naungan media
v.Rumah pembiakan
vi.Rumah tumbuhan
vii.Kawasan pengerasan/penjagaan lanjutan
viii.Sumber air
ix.Kawasan pameran tanaman
1.3 Fungsi-fungsi bahagian kawasan semaian
i.Pejabat dan kaunter jualan.Ianya perlu dilengkapi dengan kemudahan perabut
asas dan peralatan perhubungan untuk memudahkan urusan
pentadbiran. Pejabat ini perlu ditempatkan di satu lokasi
yang strategik samada berhampiran jalan utama atau kawasan yang
tinggi supaya dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam dan di luar
kawasan semaian. Kawasan pejabat juga disediakan surau dan
tandas.Kaunter jualan disediakan untuk mengurus aktiviti jualan dan
pemasaran anak pokok, benih, pasu, baja dan hasil semaian lain.

ii.Setor
a. Setor kimia.Setor kimia perlu dibina jauh sedikit daripada tempat orang
ramai kerana ianya menempatkan bahan kimia seperti racun kulat, racun
serangga, racun rumpai, dan bahan lain jenis meruap yang berbahaya
kepada kesihatan manusia. Setor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan
yang baik.

b. Setor baja.Setor baja ialah tempat untuk menyimpan stok baja yang
hendak digunakan di
kawasan semaian.

c. Setor peralatan, kelengkapan dan bahan Setor ini adalah untuk menyimpan peralatan,
kelengkapan dan bahan yang perlu untuk pembiakan dan penyelenggaraan
tanaman. Ia perlu dibina berasingan dengan stor kimia kerana bahaya
kebocoran bahan kimia boleh merosakkan peralatan dan kelengkapan lain.

iii.Garaj.Ianya dibina khusus untuk menempatkan jentera dan mesin


pertanian seperti traktor dua roda, mesin ‘shredder’ dan lain-lain.
iv.Tempat naungan media Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah struktur
berbumbung adalah perlu untuk menyimpan media campuran. Di
bawah struktur berbumbung tersebut sekurang-kurangnya 3 petak
dibina untuk mengisi tanah, bahan organik dan pasir. Ia juga
mempunyai satu ruang kerja di mana kerja-kerja percampuran media
dan pengisian media ke dalam polibeg / pasu dilaksanakan.
Rumah pembiakan
Rumah pembiakan ialah satu bahagian yang dibina untuk membiak
tanaman. Bumbung struktur ini terdiri dari bahan yang boleh lutcahaya.
Peratus teduhan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak
dibiakkan. Sistem pengairan perlu disediakan untuk penyiraman. Rumah
pembiakan bergantung kepada jenis tanaman yang dibiak dan boleh
mempunyai unit-unit seperti berikut:

a. Kotak percambahan
b. Tempat penyusunan polibeg
c. Batas semaian
d. Tempat rawatan / baik pulih pembiakan

vi.Rumah tumbuhanRumah tumbuhan disediakan untuk tujuan pembesaran


anak semaian. Ianya mempunyai teduhan yang sesuai mengikut jenis
pokok. Susunan pokok mengikut jenis, kelon dan kod warna. Terdapat
juga rak-rak yang dibina untuk menempatkan anak pokok supaya lebih
tersusun dan mempunyai pengudaraan yang baik.
vii.Kawasan pengerasan / Penjagaan lanjutan Kawasan pengerasan disediakan untuk
mematangkan anak pokok sebelum dikeluarkan atau dijual. Pengerasan
anak pokok ialah aktiviti pendedahan pokok kepada cahaya matahari
secara beransur-ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan dibuat
mengikut peratus teduhan iaitu 100% naungan selama sebulan, 65%
sebulan, 35% sebulan dan 0% naungan. Bagi tanaman hiasan peratus
teduhan yang dibuat mengikut jenis tanaman.

viii.Sumber air. Sumber air amat perlu bagi sesebuah tapak semaian. Sumber
air boleh diperolehi daripada kolam, sungai atau air yang dibekalkan
oleh pihak yang berkuasa.

ix.Kawasan pameran tanaman Kawasan pameran tanaman disediakan untuk


mempamerkan produk-produk semaian dan bahan semaian seperti
pasu, baja, racun dan media tanaman.

You might also like