Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN JERONG KALI PERTAMA 2018

TARIKH :
HARI :
MASA :
TEMPAT :
KEHADIRAN :
1. PN HJH SALMAH BINTI ABDUL RAHMAN
2. PN FAUZIAH BINTI PANI
3. PN ROHAIZAN BINTI HASHIM
4. PN NOR AIZAM BINTI JAFFAR
5. PN MAIMUNAH BINTI MAMAT

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1. Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang dapat menghadiri mesyuarat
panitia pendidikan kesenian kali pertama 2018.
2. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi merancang aktiviti yang akan dijalankan oleh
panitia pendidikan kesenian sepanjang tahun 2018.
3. Alatan dan barangan yang diperlu ditambah hendaklah disenaraikan dan diserahkan
kepada ketua panitia untuk dipanjangkan kepada pentadbir.

Agenda 2 : Agihan Masa Guru Musik

KELAS GURU YANG MENGAJAR


Tahun 1 Ibnu Sina Pn Nabila
Ibnu Khaldun Pn Nor Aizam Binti Jaffar
Tahun 2 Ibnu Sina Pn Fauziah Binti Pani
Ibnu Khaldun
Tahun 3 Ibnu Sina Pn Nor Aida
Ibnu Khaldun Pn Rohaizan Binti Hashim
Tahun 4 Ibnu Sina En Mohd Ikhwan
Ibnu Khaldun
Tahun 5 Ibnu Sina Pn Maimunah Binti Mamat
Ibnu Khaldun
Tahun 6 Ibnu Sina Pn Hjh Salmah Binti Abdul Rahman
Ibnu Khaldun Pn Maimunah Binti Mamat

Agenda 3 : Persediaan Rancangan Pelajaran Harian

1. Edaran contoh format penulisan persediaan mengajar harian.


a. Tunjang
b. Tajuk / Unit
c. Objektif
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor
d. Aktiviti / Langkah
e. BBM / ABM
f. Refleksi

2. Penulisan pengajaran harian sains hendaklah mengikut kesesuaian mengikut format


KSSR.

Agenda 4 : Huraian Sukatan Pelajaran Dan Rancangan Pengajaran Tahunan

1. Semua guru yang mengajar muzik yang memiliki salinan rancangan pengajaran
tahunan agar menyerahkan salinannya kepada ketua panitia untuk simpanan dalam fail
panitia.
2. Aktiviti panitia yang dirancang pada tahun lepas masih boleh dilaksanakan pada tahun
ini mengikut kesesuaian.

Agenda 5 : I-THINK

1. Pengunaan konsep I-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik patut
diamalkan.
2. Perjumpaan bulanan perlu dibuat bagi membincangkan topik-topik yang sesuai untuk
diterapkan dengan konsep I-THINK.

Agenda 6 : Lain-Lain Hal

1. Kunci bilik muzik perlu dibuka dan dikunci semula oleh guru yang menggunakanya
untuk mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Guru yang menggunakan bilik muzik perlu membuat catatan penggunaan dalam buku
yang telah disediakan.
3. Setiap penggunaan peralatan perlu dibuat catatan dalam buku catatan penggunaan
peralatan muzik.
4. Semua guru muzik perlu memastikan peralatan muzik yang digunakan adalah berada
dalam keadaan baik dan selamat.
5. Semua guru muzik bertanggungjawab terhadap keselamatan semua peralatan muzik
yang ada.

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Asri.

Disedikan Oleh : Disemak Oleh :

................................................ ................................................
Pn Fauziah Binti Pani Pn Hjh Slmah Binti Abd
Rahman
Setiausaha Pengerusi
Paniti Pendidikan Kesenian Paniti Pendidikan Kesenian
SK Jerong SK Jerong

You might also like