BM Pei Hwa Tahun 5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SJK(C) PEI HWA

BAHASA MELAYU ( PENULISAN ) TAHUN 5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011


Nama : ____________________( ) Markah :________________

Kelas : 5( ) Tarikh :___/___/2011

T/tangan ibu bapa: ______

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B,
kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A (10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Ong Chin Hock/ Bahasa Melayu K 2/ Tahun 5/ muka surat 1


Bahagian B (30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Kamu berpeluang menghabiskan cuti penggal persekolahan di kampung datuk


kamu sewaktu musim buah-buahan. Ceritakan peristiwa yang berlaku di dusun.

ATAU

2. Persatuan Sejarah sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara


pada cuti sekolah yang lalu. Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki
menulis laporan tentang lawatan tersebut.

ATAU

3. Tulis sebuah karangan tentang punca-punca yang menyebabkan pencemaran


alam sekitar.

Bahagian C (20 markah)


Tulis empat nilai murni yang boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Ai Ling berjalan perlahan-lahan ke sekolah. Hari masih awal lagi.


Apabila ingin melintas jalan, dia ternampak seorang tua terkial-kial ingin
melintas jalan. Ai Ling terus menghampiri orang tua tersebut lalu
membantunya melintas jalan.

Orang tua tersebut mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana


sudi membantunya. Dia memberikan wang kepada Ai Ling sebagai tanda
terima kasihnya namun Ai Ling menolak. Ai Ling kemudiannya meminta diri
untuk ke sekolah.

Apabila memulakan persekolahan pada pagi itu, Ai Ling diminta ke


pejabat guru besar. Hati Ai Ling berdebar-debar. Dia tidak tahu mengapa
dia dipanggil ke bilik guru besar. Sesampai di sana, dia ternampak
seseorang yang seiras dengan orang tua yang dibantunya pagi tadi. Rupa-
rupanya orang tua tersebut ialah guru besarnya yang baharu. Guru besar
memuji sikap baik Ai Ling. Ai Ling hanya tersenyum bangga.

Disediakan oleh: En Ong Chin Hock

Disemak oleh : En Ikhwari bin Ismail

Ong Chin Hock/ Bahasa Melayu K 2/ Tahun 5/ muka surat 2

You might also like