Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti satu kem
motivasi. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan diadakan bertempat
di sekolah saya. Seramai 200 orang peserta telah menyerai kem motivasi UPSR ini uang
julung-julung kali diadakan.

Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari suntuk iaitu dari jam 8.00 pagi
hingga jam 5.00 petang. Kem motivasi telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta
dan pemberian fail yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kem motivasi tersebut.
Para peserta terdiri daripada Tahun Empat, Lima dan Enam.

Tujuan kem motivasi ini diadakan adalah untuk melengkapkan diri murid-murid
sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan
supaya murid-murid memperoleh kejayaan yang cemerlang. Perkara ini penting supaya
sebarang kesilapan tidak berlaku semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.

Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan
terdapat alumni-alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada para penggubah dan
pemeriksa kertas. Selain memberikan ceramah motivasi, pelbagai jenis nota dan strategi
menjawab soalan turut diedarkan kepada para murid.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, pertandingan kuiz dan
aktiviti berkumpulan. Justeru, pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh.
Perkara yang menyoronokkan ialah kami dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran
dengan murid-murid lain. Aktiviti berkumpulan ni juga telah mengeratkan lagi
silaturrahim sesama para peserta.

Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak kemaslahafannya kepada saya.


Selepas mengikuti kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga motivasi ini dapat diikuti
oleh para murid yang akan menempuh alam peperiksaan.

You might also like