Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEJOHANAN SUKAN KAKITANGAN IPGM 2016

(KESUKAN IPGM 2016)


PETANQUE

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

i) Peraturan pertandingan bagi acara petanque adalah tertakluk kepada


Peraturan Am Pertandingan Petaque Piala Pengarah 2015.
ii) Peraturan pertandingan petanque bagi Kejohanan ini adalah merujuk kepada
Undang – Undang Rasmi Permainan Petaque (Official Rules of The Games
of Petaque) yang sedia terpakai bersama pindaan yang ditetapkan oleh
Federation International de Petaque Et Jeu Provincal (FIP JP) pada tahun
2010 di Izmer, Turkey.
iii) Sekiranya terdapat perselisihan dalam pentafsiran pertandingan, maka
pentafsiran peraturan dalam bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.
iv) Ketua Arbiter dirujuk sebagai Ketua Pengadil adalah individu yang diberikan
tauliah untuk memberi keputusan bagi sebarang pertikaian berkaitan teknikal
pertandingan dengan merujuk kepada peraturan dan undang - undang yang
terpakai.
v) Sebarang bantahan rasmi berkaitaan teknikal pertandingan akan diberikan
pertimbangan sewajarnya oleh Ketua Arbiter bersama Jawatankuasa
Teknikal, seterusnya Ketua Arbiter mencadangkan usul dan berbincang
bersama Pengerusi Kejohanan sebelum memberikan keputusan yang
muktamad.

2.0 PENYERTAAN

i) Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pemain sahaja.


ii) Setiap IPG kampus boleh mendaftar 3 pasukan lelaki dan 3 pasukan
perempuan.
iii) Yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh
Sahaja) bagi setiap pasukan.
iv) Pendaftaran penyertaan adalah tertakluk kepada tatacara pendaftaran yang
ditetapkan oleh penganjur kejohanan.
v) Borang penyertaan yang telah siap diisi boleh diemail ke
syakirin@ipgmksm.edu.my atau difaks ke IPGKSM (faks: 09-6957429)
sebelum atau sehingga tarikh tutup penyertaan
vi) Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan permainan ini, sila berhubung
dengan Penyelaras Pertandingan En. Zulkifli Bin Daud (013 9337265)

3.0 PERALATAN

i) Setiap pasukan dikehendaki membawa sendiri boule untuk pertandingan.


Hanya boule yang diiktiraf oleh FIP JP atau Persekutuan Petaque Malaysia
(PPM) sahaja yang boleh digunakan untuk pertandingan.
ii) Jack yang digunakan juga perlu mematuhi peraturan permainan.
iii) Setiap peserta atau pasukan perlu menyediakan alat ukur masing – masing,
dan perlu melakukan ukuran kendiri terlebih dahulu sebelum meminta
keputusan dari arbiter pertandingan.
4.0 PAKAIAN

i) Peserta perlu mematuhi etika pemakaian iaitu baju ‘t-shirt’ berkolar,


berseluar slack atau track bottom panjang, dan berkasut sukan.
ii) Seluar jeans , selipar dan Hawaii pants tidak dibenarkan.
iii) Peserta perlu memakai pakaian seragam pasukan masing- masing.
iv) Pihak penganjur dan jawatankuasa teknikal pertandingan berhak untuk tidak
membenarkan mana- mana peserta bertanding sekiranya tidak mematuhi
peraturan pamakaian yang telah dinyatakan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

i) Pertandingan akan dilansungkan secara liga dalam kumpulan, pusingan


seterusnya secara kalah mati.
ii) Penentuan pasukan dalam kumpulan dan pertemuan perlawanan adalah,
(a) Berdasarkan undian. Undian boleh berlansung ketika mesyuarat dan
taklimat pengurus pasukan ataupun boleh berlansung lebih awal
dengan mendapat pengesahan penganjur kejohanan.
iii) Penentuan keputusan bagi sesuatu perlawanan ditentukan sama ada
menggunakan
1. Kaedah penentuan mata penamat iaitu 9 mata (liga dalam
kumpulan) 13 mata, pusingan kalah mati.
2. Perlawanan bermasa iaitu 60 minit bagi satu perlawanan.
iv) Sekiranya kaedah penentuan perlawanan bermasa digunakan, pasukan yang
mendahului mata selepas tempoh masa tamat adalah dianggap sebagai
pemenang. Sekiranya mata masih terikat selepas tempoh masa tamat,
tambahan perlawanan penentuan sebanyak 1 end akan diberikan.
v) Format pertandingan akan diputuskan dalam taklimat pengurus pasukan dan
keputusan Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.

6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

i) Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan selewat-lewat diadakan satu (1) hari


sebelum pertandingan dimulakan.
ii) Pengurus setiap pasukan bertanding dikehendaki mengesahkan senarai
nama peserta semasa mesyuarat pegurus pasukan.
iii) Senarai peserta yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan
adalah muktamad. Sebarang permohonan bagi penambahan, pertukaran
atau gantian peserta tidak dibenarkan selepas mesyuarat tersebut.
iv) Keputusan pengesahan peserta tertakluk pada peraturan am kejohanan.

7.0 PENGESAHAN KEPUTUSAN

i) Adalah menjadi tanggungjawab peserta atau pasukan untuk mengesahkan


keputusan perlawanan dengan menurunkan tandatangan di atas borang
markah yang disediakan.
ii) Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan persetujuan
Ketua Arbiter.
8.0 MENARIK DIRI

i) Pasukan yang gagal hadir ke tempat perlawanan pada tarikh dan waktu yang
ditetapkan akan dikenakan denda 1 mata kepada pihak lawan bagi 10 minit
pertama, dan pemanbahan 1 mata bagi setiap 5 minit berikutnya.
ii) Pasukan yang enggan bermain pada tarikh dan waktu yang ditetapkan
dianggap sebagai menarik diri.
iii) Pasukan yang menarik diri akan hilang kelayakan untuk bermain permainan
seterusnya. Semua permainan yang telah dilakukannya dengan sendirinya
terbatal.
iv) Pasukan dibenarkan menarik diri atas sebab-sebab kecederaan atau
kesihatan yang sah. Apa jua kedudukan mata pada ketika itu akan diterima
sebagai keputusan pertandingan yang muktamad.
v) Sekiranya pasukan yang menarik diri secara tidak sah layak memperolehi
hadiah, kelayakan ini akan ditarik balik.
vi) Pasukan yang menarik diri dari satu acara tanpa sebab yang wajar akan
dirujuk kepada Juri Rayuan untuk tindakan disiplin.

9.0 GANGGUAN PERMAINAN

i) Sekiranya di atas sesuatu sebab tertentu (seperti cuaca, bencana,


malapetaka, kemalangan atau lain-lain) pihak Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan berhak menggunakan kebijaksanaan memutuskan
pertandingan samada diteruskan atau dihentikan. Sekiranya pertandingan
terpaksa dihentikan kemenangan akan diberi kepada mana-mana pasukan
yang mendahului lawan masing-masing. Sekiranya pertandingan diteruskan,
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan akan membuat keputusan bagi
menetapkan waktu yang sesuai untuk menyambung semula permainan yang
tertangguh. Keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada pengurus
pasukan yang berkenaan secara bertulis skurang-kurangnya satu (1) jam
sebelum permainan dimulakan.

10.0 BANTAHAN

i) Hendaklah dibuat secara bertulis kepada Penyelaras Pertandingan


Kejohanan 10 minit selepas tamat perlawanan pasukan berkenaan
dengan disertakan WANG CAGARAN sebanyak RM300.00 tunai. Jika
bantahan gagal wang tersebut akan menjadi hak milik Penganjur Kejohanan.

11.0 JURI RAYUAN

Ahli juri rayuan adalah seperti berikut;


 Pengarah Penganjuran Kejohanan atau
 Pengerusi Teknikal Kejohanan
 Ketua Arbiter - En. Che Ishak Bin Ismail
 Ahli Jawatankuasa Teknikal Kejohanan
 Wakil pengurus pasukan berkecuali
Di antara bidang tugas ahli juri rayuan adalah;

 Membincangkan perkara berkaitan rayuan atau bantahan yang


dikemukan, dan membuat keputusan yang muktamad.
 Membuat keputusan atas tindakan tatatertib terhadap tingkahlaku
peserta atau pagawai pasukan.
 Membuat keputusan atas perkara-perkara berbangkit yang tidak
diperuntukkan oleh Peraturan Pertandingan.
 Juri Rayuan mempunyai kuasa untuk membatalkan (nullify)
sesuatu perlawaanan atau membuat lain-lain keputusan
berdasarkan peruntukan peraturan permainan dan keputusan
adalah muktamad.
 Juri Rayuan tidak mepunyai sebarang kuasa untuk mengubah
peraturan pertandingan yang telah diperakukan.

12.0 PENGADILAN

i) Pemain bertindak sebagai pengadil. Sekiranya keputusan tidak dapat diambil


Jawatankuasa Pertandingan akan membuat keputusan.
ii) Penganjur akan melantik Ketua Arbiter atau pengadil-pengadil yang
bertauliah.
iii) Penganjur Kejohanan bersama Jawankuasa Teknikal Kejohanan berhak
mengubah format pertandingan dan keputusan perlawanan selaras dengan
undang-undang terpakai dan keperluan semasa sepanjang kojohanan.

13.0 HADIAH

Hadiah adalah berupa medal, sijil dan hadiah-hadiah lain yang diperuntukkan
oleh penganjur kejohanan dan diberi kepada Johan, Naib Johan, Pemenang
tempat Ke-3 dan ke - 4 untuk setiap kategori.

Hamper : Johan RM 150.00


: Naib Johan RM 100.00
: Ketiga RM 80.00
: Keempat RM 50.00

*Hadiah wang tunai kekal bagi setiap kategori sekiranya terdapat 10


penyertaan dan ke atas dan berubah mengikut keputusan penganjur jika
terdapat kurang 10 penyertaan bagi setiap kategori.
BORANG PENDAFTARAN

KEJOHANAN SUKAN KAKITANGAN IPGM 2016


(KESUKAN IPGM 2016)
PETANQUE-PASUKAN LELAKI

 Nama IPGK/ Alamat :..........................................................................................


 Nama Pengurus : ..................................................
 No. H/P Pengurus :....................................................
 Nama Pengadil :…………………………………….
 No. H/P Pengadil : ……………………………………

BIL NAMA PEMAIN NO I/C

Saya akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam kejohanan ini dan
bersetuju sebarang kecederaan atau kehilangan harta benda adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak penganjur tidak boleh dipersalahkan. Bersama-sama ini disertakan wang penyertaan
kejohanan sebanyak RM ………………………………..

Tandatangan Pengurus Pasukan : Disahkan oleh Pengarah/ Timb. Pengarah:

……………………………………… ……………………………………………

Tarikh: …………………………..

BORANG PENDAFTARAN
KEJOHANAN SUKAN KAKITANGAN IPGM 2016
(KESUKAN IPGM 2016)
PETANQUE-PASUKAN WANITA

 Nama IPGK/ Alamat :..........................................................................................


 Nama Pengurus : ..................................................
 No. H/P Pengurus :....................................................
 Nama Pengadil :…………………………………….
 No. H/P Pengadil : ……………………………………

BIL NAMA PEMAIN NO I/C

Saya akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam kejohanan ini dan
bersetuju sebarang kecederaan atau kehilangan harta benda adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak penganjur tidak boleh dipersalahkan. Bersama-sama ini disertakan wang penyertaan
kejohanan sebanyak RM ………………………………..

Tandatangan Pengurus Pasukan : Disahkan oleh Pengarah/ Timb. Pengarah:

……………………………………… ……………………………………………

Tarikh: …………………………..

You might also like