Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

1/28/2018 Putera Charles, Camillia teruja kunjungi Kampung Budaya Sarawak - Nasional - Utusan Online

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

BERITA › NASIONAL TERKINI UTAMA POLITIK PARLIMEN WILAYAH LUAR NEGARA JENAYAH MAHKAMAH KOMUNITI NAHAS & BENCANA

Putera Charles, Camillia teruja kunjungi


Kampung Budaya Sarawak

PUTERA CHARLES mencuba alatan sumpit semasa lawatan ke Kampung Budaya Sarawak, Kuching
semalam. Turut kelihatan isteri baginda, Camillia Parker Bowles . – AFP

07 November 2017 3:00 AM

KUCHING 6 Nov. – Pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri, Camillia Parker
Bowles teruja melihat keunikan dan usaha Kampung Budaya Sarawak memelihara
kepelbagaian budaya masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Husain
berkata, pihaknya berasa bangga kerana perkampungan budaya yang dikenali sebagai
muzium hidup itu dipilih sebagai salah satu daripada tiga lokasi dilawati oleh Putera
Charles dan isteri dalam siri lawatan ke negeri ini.

Menurutnya, baginda berdua dilihat cukup teruja melihat keunikan di perkampungan itu
dan usaha yang telah dilakukan oleh pihaknya untuk mengekalkan budaya masyarakat
berbilang kaum terutama dalam mendidik generasi muda agar menyayangi budaya
sendiri.
“Dalam lawatan ini, kita mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepelbagaian
budaya masyarakat Sarawak, keunikan perkampungan ini dan penganjuran Festival

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/putera-charles-camillia-teruja-kunjungi-kampung-budaya-sarawak-1.548123#1_548123 1/3
1/28/2018 Putera Charles, Camillia teruja kunjungi Kampung Budaya Sarawak - Nasional - Utusan Online
Muzik Hujan Sedunia yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya selepas
mengiringi pasangan diraja itu melawat perkampungan berkenaan di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, kehadiran Putera Charles dan isteri bukan sahaja mencatatkan
sejarah, malah memberi peluang mempopularkan Kampung Budaya Sarawak kepada
negara luar.
Terdahulu, Prince of Wales dan Duchess of Cornwall itu mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching pada pukul 1.25 petang diiringi menteri pengiring yang juga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany.
Mereka yang disambut oleh disambut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan
Belia negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terus dibawa melawat ke Kampung
Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong.
Ketibaan baginda berdua tepat pada pukul 2.30 petang disambut meriah oleh
persembahan muzik dan tarian tradisional yang dipersembahkan oleh kumpulan penari
kebudayaan yang mewakili pelbagai suku kaum di Sarawak.
Selesai menyaksikan persembahan, pasangan diraja terbabit dibawa melawat kawasan
sekitar dan mengunjungi rumah tradisional yang terdapat di perkampungan budaya
berkenaan.
Baginda berdua meninggalkan Kampung Budaya Sarawak menaiki kenderaan
berasingan pada pukul 4 petang untuk menghadiri acara masing-masing dengan Putera
Charles meneruskan lawatan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat
Kepelbagaian Biologi Sarawak di Jalan Puncak Borneo manakala Duchess Carmilla
menghadiri program bersama Kumpulan Purple Lily.

Tag Berkaitan

Sarawak Hal-hal DiRaja Semasa

ARTIKEL BERKAITAN

VIDEO TERKINI
Kapsul Berita 26 Jan 2018

Kapsul Berita 25 Jan. 2018

Wajah baharu Uni diperkenal

Kapsul Berita 24 Jan. 2018

Program Motivasi dan Kepimpinan tingkatkan kualiti hidup murid orang asli

Kapsul Berita 23 Jan. 2018

VIDEO PILIHAN

ARTIKEL LAIN
Bertemu duta negara EU hanya propaganda pembangkang

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/putera-charles-camillia-teruja-kunjungi-kampung-budaya-sarawak-1.548123#1_548123 2/3
1/28/2018 Putera Charles, Camillia teruja kunjungi Kampung Budaya Sarawak - Nasional - Utusan Online

Pena Sejagat /
2018 – Tahun mencabar bagi umat Islam
Zin Mahmud

Pedas-pedas Kari /
Suka sangat sebar cerita palsu
Azman Anuar

Ego Dr. M rosak perpaduan Melayu

Wawancara / KESEDERHANAAN SEBAGAI PENYELESAIAN

Rencana Muka 6 /
PTE : PERKUKUH KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA
Hasan Mad

Analisis Mingguan /
ANALISIS MINGGUAN - 28 JANUARI 2018

Kanak-kanak perempuan tiga tahun cedera dirotan guru taska

Iklan

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Video


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum Terkini
Berita Utama Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah Isu
Utusan Live Cuit Kelantan Muzik Lumba Kereta Usahawan Kampus
Nasional Selak KL & Putrajaya Filem & Drama Lumba Motorsikal Automotif Sastra
Politik Kolumnis Melaka Rancangan TV Basikal Hartanah Agama
Parlimen Forum Negeri Sembilan Seni & Budaya Golf Teknologi  
Jenayah Agama Pahang   Hoki Saham & Wang Sains &
Mahkamah Blog Perak Gaya Hidup lain-Lain Teknologi
  Sukan Perlis Rekreasi Rencana Sukan Sains
Luar Negara Pulau Pinang Permotoran Teknologi
Asean Sabah Pelancongan Inovasi
  Sarawak Keluarga Gedjet
Selangor Kesihatan Pertanian
Terengganu Fesyen Alam Sekitar

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/putera-charles-camillia-teruja-kunjungi-kampung-budaya-sarawak-1.548123#1_548123 3/3

You might also like