Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN AKTIVITI BENGKEL GAMELAN

KELAB WARISAN
PISMP SEMESTER 1 TAHUN 4 AMBILAN JUN 2014
19 JUN 2017

BILIK GAMELAN JABATAN PENDIDIKAN MUZIK,


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS.
PENGENALAN

Kokurikulum Persatuan merupakan salah satu komponen pelengkap kepada


kegiatan kokurikulum di sekolah. Bagi melengkapkan diri sebagai seorang guru,
individu itu perlu melengkapkan diri dan menguasai kemahiran berpersatuan yang
tinggi. Oleh itu, guru pelatih telah dibahagikan kepada jenis-jenis kelab yang berbeza
dan antaranya adalah Kelab Warisan. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk
memelihara, memulihara dan melindungi warisan kebudayaan dan warisan
semulajadi melalui pelbagai aktiviti. Contohnya, melalui penyelidikkan,
pendokumentasian, peguatkuasaan dan menggalakkan kesedaran terhadap
warisan. Sesuai dengan tujuan kelab ditubuhkan, Kelab Warisan telah menjalankan
satu Bengkel Gamelan bagi menggalakkan kesedaran terhadap warisan
kebudayaan negara. Dengan itu, bakal guru boleh disediakan dengan ilmu
mengenai Gamelan dan seterusnya membawa pengetahuan tersebut ke sekolah
agar warisan kebudayaan ini dapat terus dipelihara oleh generasi akan datang.

MAKLUMAT UMUM

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut butiran berikut :

Tarikh :19 Jun 2017

Peserta :17 Orang yang terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan 11 orang
peserta perempuan
Tempat :Bilik Gamelan Jabatan Pendidikan Muzik, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas.

PENGISIAN KURSUS

Bengkel Gamelan Kelab Warisan telah dijalankan pada 19 Jun 2017 (Isnin)
dengan jumlah peserta seramai 17 orang dan dipantau oleh Puan Hasnah binti Abu
Samah dan Puan Mazana binti Che Wil selaku pensyarah penasihat Kelab Warisan.
Bengkel ini dijalankan di Bilik Gamelan Jabatan Pendidikan Muzik, IPG Kampus Ilmu
Khas. Bengkel gamelan ini dianjurkan oleh semua guru pelatih Kelab Warisan
PISMP Ambilan Jun 2014. Antara opsyen yang terlibat adalah Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Muzik. Bengkel ini merupakan sebuah program bertujuan untuk
mendedahkan guru pelatih kepada pengetahuan mengenai gamelan iaitu salah satu
warisan kebudayaan (muzik) negara kita. Melalui bengkel ini juga, guru pelatih
berpeluang untuk memahami dan menghayati budaya, asal usul dan cara
memainkan gamelan, serta boleh mengaplikasikannya dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah kelak. Guru pelatih juga akan berpeluang untuk membantu memlihara
warisan ini dengan menyampaikannya kepada anak murid pada masa akan datang.

KEKUATAN

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti sepanjang pelaksanaan program ini
ialah, dari aspek ketepatan waktu. Pada hari berlangsungnya program bengkel
Gamelan ini, semua AJK dan peserta dapat menghadirkan diri tepat pada waktu
seperti yang telah ditetapkan. Bahkan ada beberapa orang peserta yang datang
lebih awal daripada AJK. Hal ini menyebabkan segala pengisian dan aktiviti yang
telah dirancang dapat dijalankan mengikut masa dan tentatif program dengan baik
dan lancar.

Selain itu, Semua AJK memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat
baik sepanjang proses pelaksanaan program ini samada pada fasa sebelum,
semasa dan selepas program. Semua AJK memainkan peranan masing-masing
dengan sangat baik dan saling bantu-membantu antara AJK-AJK lain yang
memerlukan bantuan sokongan. Elemen dan nilai kerjasama serta komitmen semua
AJK sangat penting bagi memastikan sebuah pengajuran program itu dapat berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Natijahnya, program
bengkel Gamelan ini dapat dianjurkan dengan jayanya dan dapat memuaskan hati
para peserta. Kayu ukur kejayaan sebuah program itu adalah melalui maklum balas
dariapda peserta yang mengikuti program berkenaan. Rata-rata peserta program ini
memberikan maklumbalas yang sangat baik dan berharap program-program seperti
ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Kekuatan lain ialah, mudah untuk mencari tempat penganjuran program dan
peralatan muzik yang lengkap serta mudah diperoleh. Hal ini demikian kerana,
Jabatan Pendidikan Muzik IPGKIK memiliki bilik khas untuk muzik Gamelan. Hal ini
merupakan timbang tara utama kenapa bengkel kemahiran Gamelan telah dipilih
oleh penganjur untuk dijadkan satu program kepada warga kampus. FASILITI

KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat saya kenalpasti sepanjang penganjuran program ini


ialah, ruangan bilik gamelan yang sempit. Jabatan Pendidikan Muzik mempunyai
bilik khas untuk Gamelan, akan tetapi bilik tersebut mempunyai ruang yang terhad
dan sempit untuk memuatkan jumlah orang yang ramai. Hal ini menyebabkan
ketidakselesaan kepada para pesert program. Pihak penganjur juga terpaksan
menghadkan jumlah peserta disebabkan oleh keluasan ruang bengkel yang tidak
mampu menampung terlalu ramai perserta. Ruang bilik gamelan yang sempit
menyebabkan peserta perlu duduk secara rapat untuk memuatkan peserta-peserta
lain.

Seterusnya, kelemahan yang dikenalpasti ialah dari aspek masa LDK dan
sesi latihan. Dalam aspek ini, masa yang diperuntukkan untuk sesi LDK dan Latihan
adalah terhad dan pendek. Hal ini menyebabkan para peserta tidak dapat memahiri
dan menguasi sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasi dalam bermain
alat muzik Gamelan. Faktor lan yang menyumbang kepada kekurangan masa ialah,
jumalah alatan muzik gamelan yang terhad iaitu hanya satu set alat muzik gamelan
sahaja yang digunakan. Hal ini menyebabkan, para perserta perlu menunggu giliran
untuk bermain dan berlatih alat muzik tersebut maka jangka masa 2 jam tidak
mencukupi untuk peserta mahir dan menguasi kemahiran dan teknik bermain
gamelan dengan cara yang betul.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang dicadangakn ialah, penganjur perlu memilih dan


mencari tempat yang lebih luas dan selesa. Pihak penganjur perlu menyediakan
tempat bengkel yang lebih luas dan selesa untuk memastikan keselesaan peserta.
Tambahan pula, dengan tempat yang luas maka jumlah penyertaan peserta juga
boleh ditambah bilangannya. Hal ini seterusnya dapat memberi peluang kepada
lebih ramai peserta untuk mengikuti bengkel yang dianjurkan.

Selanjutnya, pihak penganjur perlu merancang masa sesi LDK dan latihan
dengan baik sesuai dengan jumlah peserta dan kemudahan alatan muzik gamelan
yang diperoleh. Sekiranya jumlah peserta yang ramai dan kemudahan alat muzik
Gamelan hanya terdapat satu set sahaja, maka jangka masa sesi LDK dan latihan
perlu diberi masa yang lama sedikit agar semua peserta dalam merasi dan
menguasi kemahiran dalam bermain alat muzik Gamelan.

REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan


izin dan limpah krunianya saya, Mohd Syabri Bin Adnan ahli Kelab Warisan telah
selesai menganjurkan dan melaksanakan program ‘Bengkel Gamelan’ untuk tahun
ini. Bengkel Gamelan yang dilaksanakan pada 19 Jun 2017 telah dijalankan di Bilik
Gamelan, Jabatan Pendidikan Muzik, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Bengkel ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan, guru-
guru pelatih dapat didedahkan kepada warisan kebudayaan negara kita khasnya
dalam bidang muzik. Program ini juga mendedahkan kepada para guru pelatih untuk
menjadi insan yang menghargai dan memelihara warisan kebudayaan negara. Oleh
itu, melalui pendedahan ini, guru pelatih boleh mendidikan murid untuk menghargai
dan menyayangi warisan negara pada masa akan datang. Dengan itu, warisan
negara kita dapat dipelihara dan dirasi oleh generasi akan datang dan bukannya
hilang ditelan zaman.
LAMPIRAN

Gambar-gambar sepanjang program Bengkel Gamelan berlangsung

You might also like