Surat 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Surat Penerimaan Lantikan Daripada Guru Penasihat/Pemimpin

Chia Li Li Rujukan Tuan: KKP/02/2018(3)


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming, Rujukan Kami:
Jalan Chung,
89807 Beaufort, Sabah Tarikh: 9 March 2018

______________________________________________________________________
______

Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming,
Jalan Chung,
89807 Beaufort, Sabah

Puan,

PENERIMAAN PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT/PEMIMPIN


PERSATUAN TARIAN CINA

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat
tuan SJKCKM bertarikh 26 Februaru 2018 yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/Penasihat
Persatuan Tarian Cina SJK(c) Kung Ming.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut


sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan
berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan
melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan
tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, makan saya boleh dikenakan
tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan
4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………....................
(Chia Li Li )

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Surat Penurunan Kuasa Guru Besar Kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Melalui
Guru Penasihat/Pemimpin

Chia Li Li Rujukan Tuan: KKP/02/2018(3)


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming, Rujukan Kami:
Jalan Chung,
89807 Beaufort, Sabah Tarikh: 9 March 2018

Edeline Lo Hui Rou


Guru Bahasa Cina,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming.
Saudara,
Surat Penuruan Kuasa Kepada Jawankuasa Persatuan
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan
kepada saya seperti mana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Persatuan-Persatuan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.41l Perundangan (A), P.U. (A) 196
bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Tarian
Cina Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming (No.Pendaftaran 18/2018/SJKCKM),
berkuatkuasa mulai 9 March 2018.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan
yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi Persatuan Tarian Cina sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………....................
(CHONG NYUK LAN)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Persatuan Tarian Cina
4. Fail Guru Penasihat/Pemimpin
Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan
1. Memastikan Mesyaurat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancangkan aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastika aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difaikan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kleab
Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertaggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengn baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangi Buku/Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besat dari
semasa ke semasa.
Contoh pertandingan yang boleh disertai oleh ahli Persatuan Taria Cina SJK(c)
Kung Ming.

1) Pertandingan taria pupuk integrasi kaum di sekolah rendah yang mengada


pada 18 Septemer 2015 yang berada di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Nor Adzmi
Baba, melalui Pertandingan Tarian Integrasi itu, pelbagai elemen integrasi diterapkan
dalam kalangan pelajar terbabit. Inisiatif di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) itu, antara rancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan
dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Pertandingan melibat semua jenis tarian kaum seperti Melayu, Cina, India, Sabah dan
Sarawak. Semua jenis sekolah rendah boleh menyertai juga.

Contoh gambar yang diambil dari pertandingan tersebut.

Lama web:

http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pertandingan-tarian-pupuk-integrasi-kaum-
di-sekolah-rendah-1.137706
2) Pertandingan Tarian Singa yang juga sangat disokongi oleh kerajaan.
Pertandingan ini bukan sahaja boleh disertai oleh kaum cina tetapi kaum lain.

3) Pertandingan tarian sekolah-sekolah rendah peringkat kebangsaan

You might also like