Teori Sastera Pascamoden

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEORI STRUKTURALISME

PENDAHULUAN

Perkataan struktur mempunyai tempat yang istimewa dalam kajian satera dan ia banyak digunakan
dalam konteks sastera Malaysia.Kita menemui perkataan struktur,struktural dan
strukturalisme,antara satunya mempunyai kaitan,tidak kurang pula yang mempunyai perbezaan,ia
serupa tapi tidak sama.Dalam hubungan ini,eloklh kita terlebih dahulu membezakan dan
membebaskan penggunaannya supaya tidak terjadi salah gunaan dan ertian.Struktur lebih bererti
sebagai susunan,sistem dan pengatur kepada sesuatu organisasi,yang juga dikenal sebagai nama
bentuk.Sedangkan perkataan structural sering dipakai untuk pendekatan formalistik dan
strukturalisme yang menjadi kajian kita sekarang ialah sebuah teori dalam hubungannya dengan
pengertian bahasa yang tersusun.

DEFINISI TEORI

Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinand de Saussure (1857-1913) yang ,merupakan


suatu cara berfikir tentang dunia yang secara khursus memerhatikan persepsi dan deskripsi tentang
struktur mengkaji fenomena mitos dan ritual untuk melihat sistem tanda.Dalam sistem bahasa
Saussure mengandungi sign,signifier dan signified iaitu tanda,penanda dan petanda.Tanda ialah
simbol atau lambang daripada sesuatu benda atau perkara.Penanda ialah sesuatu yang membawa
makna.Petanda ialah makna atau konsep yang dihasilkan daripada interpretasi penanda.Dengan
ini,bahasa adalah suatu proses identifikasi tanda yang memiliki makna untuk sampai kepada makna.

Tegasnya Saussure mengkaji dalam bahasa asanya susunan atau struktur dengan konsep
utamanya sign dan meaning atau bentuk dan isi,atau paradigmatic dan syntagmatic,yang
kemudiannya di dalam sastera melahirkan signifier-signfied atau petanda dan penanda.Kajian utama
de Saussure ialah linguistik structural dan teori tanda,yang diresapi oleh pemikiran Meilllet,
Humboldt dan Whitney dan pemikirannya selari dengan Jacobson,Levi Strauss ,Peirce dan
Barthes.Dua orang pelajarnya setelah kematiannya mengumpulkan siri kuliahnya lalu menerbitkan
Course in General Linguistics (1983) yang penerbitnya asalnya pada tahun 1900,yang menjadi dasar
pemikiran dan teks pegangan.

Dalam pemikiran prastrukturalisme bahasa mendapatkan makna melalui penyusuran sejarah dan
asal usul bahasa; tetapi di kalangan strukturalisme hanya bahasa memainkan peranan penting dalam
pencarian makna itu.Sesuatu makna adalah sesuatu fungsi dari sebuah sistem bahasa,dan sistem itu
membentuk struktur sastera; dan mempunyai hubungannya dengan sistem kehidupan.Tegasnya,ia
memantau segala peraturan umum yang bertugas membentuk dan mengawal sistem kehidupan
masyarakat seperti yang dinarasikan oleh pengarang dalam teksnya.Justeru itu,teori ini mengambil
penekanan kepada fungsi individu yang mengawal sistem hidupnya.Dengan demikian,strukturalisme
dalam kritikannya cuba menganalisis pengawal hidup dalam sebuah teks yang dikatakan pengawal
hidup sesebuah teksitu ialah segala unsur yang menjalin teks seperti kaitan,keseluruhan,hubungan,
transformasi,regulasi diri dan sebagainya.
Strukturalisme juga menyatakan bahawa bahasa bukanlah satu cara menamakan sesuatu perkara
atau konsep tetapi satu sistem pembeza akan perkara atau konsep dan ia belaku secara arbitraryi.
Ertinya,hubungan di ntara penanda dan petanda itu tidaklah rigid dan mutlak sebaliknya bersifat
sementara dan merupakan hanyalah mengandungi perbezaan.Justeru itu,bahasa tidak lain adalah
tanda-tanda iaitu simbol-simbol dan terlihat semacam mainan belaka.Dengan hal demikian,de
Saussure lebih mengutamakan langue,bahasa sebagai satu sistem,dari parole,iaitu
ucapan.Kenyataan ini menunjukkan pada tanggapannya bahawa ucapan lebih utama daripada
tulisan.Sesebuah ucapan didahului oleh pengucap atau penuturnya; dengan ucapan juga manusia
berkomunikasi dan mengenal sosial dan budayanya.Dan dengan ucapan manusia menguasai
dunianya.Dapatlah dirumuskan bahawa bahasa bagi Saussure ialah sebagai perlambangan dan
maknanya tersembunyi di sebalik perlambangan itu.Makna terlapis-lapis dalam struktur bahasa atau
karya,malah struktur itu sendiri dapat menandakan adanya makna.Bahkan ,makna-makna itu sendiri
tidak pernah jelas dan menjelaskan dirinya.Pendekatan strukturalisme ini tentu berbeza dengan
pendekatan-pendekatan sebelumnya yang bertugas mencari makna dan makna dapat dijelaskan.
Tegasnya,makna bukanlah mudah untuk dicari,dan mencari makna bukanlah sesuatu yang utama.

Kita jangan lupa akan konsep sifat mainan bahasanya yang mengandungi konsep hubungan
pembeza,yang dengan itu sebagai wasilah untuk manusia mengenal dunia luarnya.Sifat bahasa
seperti ini belum pernah terbayang sebelumnya dan ia kelihatannya agak aneh,justeru dalam bahasa
adanya unsur permainan dan unsur perbeza sekali gus,yang dengan demikian makna bahasa dan
makna karya menjadi tidak begitu nyata.

Dari satu segi,Saussure menegaskan akan kepentingan ucapan daripada tulisan.Bahasa yang
diucapkan bererti wujudnya penuturnya yang mengawai dan menentukan kesesuaian dan segala
peraturan bahasanya untuk melahirkan makna yang satu dan stabil.Saussure juga menkhazanahkan
suatu warisan berharga melalui konsep binary opposition atau oposisi binari,yang dapat
diterjemahkan sebagai pertentangan sepasang iaitu putih/hitam ,tinggi/rendah,kaya/miskin dan
seterusnya; di mana kata-kata yang awal itu lebih berharga dan bernilai dan menimbulkan hierarki
pula. Bagi Saussure bahasa ialah satu sistem tanda yang berfungsi melalui sistem koda oposisi
binari.Dalam konteks ini,yang lebih penting ialah oposisi binari sintagma/paradigm,yang jika dibawa
dalam penghasilan karya sastera,ia akan menghasilkan teks-teks yang tinggi nilainya.Sebagai
contoh,dalam unsur paradigmatik,ia melibat persepsi keserupaan yang dapat menimbulkan
metafora,sementara sintagmatik mencakup suatu persepsi kedekatan yang dapat menimbulkan
metonimi.Apa yang lebih penting dari pengembangan oposisi binari ini bila digunakan dengan
meluasnya di dalam teks-teks sastera ialah ia akan menghasilkan pertandaan,lalu penafsirannya
memerlukan suatu lagi teori iaitu semiotik.Dapatlah dikatakan bahawa semiotik juga merupakan
medan pertempuran Saussure,yang kita bincangkan dalam bab yang lain (Appignanesi,Richard &
Garrratt,Chris,1999:57-60).

Tetapi dalam konteks strukturalisme di sini, kita lebih melihat bagaimana konsep bahasa Saussure
dan bagaimana strukturalisme bekerja ke arah pembentukan kesatuan teks, Iaitu pengindikasian
semua elemen dan aspek diatur sesuai dengan kaedah kombinasi integral.Teori ini melihat teks
sastera sebagai jalinan sebuah struktur yang kompleks.Segala unsur yang membentuk karya itu perlu
debedah dan dianalisis, dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan.
Teori ini juga mengingatkan bahawa sebuah teks adalah merupakan jalinan keseluruhan segala
aspek yang membentuknya ,pembentuknya ialah kaitan,keseluruhan,transformasi, regulasi diri,
sinkronisme dan desentralisasi subjek.Kaitan dimaksudkan gagasan teks dan pembentuk susunan
strukturnya saling berkaitan antara satu lain dalam cernaan teks.Keseluruhan ialah prinsip bahawa
karya sebagai sebuah sistem, maka semua sistem yang membentuk karya itu mesti dikaji tanpa
menghilang atau meninggalkan mana-mana bahagian pun.Transformasi bererti bahawa teks sastera
mempunyai hukumanya sendiri untuk berkembang,seperti kekuatan strukturalitinya akan
membentuk karya yang avant-garde dan inovatif.Regulasi diri ialah pegangan bahawa setiap teks
mempunyai dirinya sendiri,maka analisis hanya bersekitar dalam linkungan strukturalitinya tanpa
menyandar padan sebarang unsur luaran.Sinkronisme melihat jalinan yang membentuk sistem teks
dan mengaitkannya dengan hubungan yang ada pada sutau masa tertentu,sistem tidak dibentuk
oleh proses historis, justeru itu penelitian menumpukan kepada bahasa dan peraturan-
peraturannya yang membentuk teks sastera tersebut Desentralisasi subjek pula bererti dalam
pandangan strukturalisme bahawa unsur sejarah dan pengarang harus diabaikan dalam membentuk
makna teks.

SEJARAH TEORI

Teori strukturalisme mempunyai sejarahnya yang berkaitan dengan pemikiran Aristotle dalam
bukunya The Poetics.Aristotlelah yang telah meletakkan dasar kajian sastera dengan melihat konsep
pembinaan sesebuah karya sastera seperti melihat pemikiran iaiti tema,persoalan,motif dan
mesejnya,membicarakan persoalan plot iaitu jalinan peristiwanya,menghuraikan tentang watak dan
perwatakannya,penggunaan bahasa,sudut pandangan pengarang dan latar; yang kesemuanya itu
kemudiannya dirumuskan menjadi teori formalistik.Yang penting,pandangan Aristotle itu
berdasarkan analisis aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina sesebuah karya sastera.Kajian
seperti ini bersifat tekstual dan meninggalkan apa juga yang di luar teks,dinamakan sebagai kritikan
objektif.Menurut Abrams,M.H.(1981:36-37)selain daripada kritikan objektif terdapat tiga lagi
pendekatan iaitu mimetik iaitu teks dilihat sebagai peniruan dari alam,pragmatik karya sebagai alat
untuk mencapai tujuan tertentu dan ekspresif karya sebagai curahan perasaan penyampai pemikiran
dan segala pengalaman pengarang.Teori struktur yang objektif itu yang mengkritik teks apa yang
disebut sebagai intrinsik itu,membentuk beberapa pendekatan seperti formalistik,Kritikan Baru
atau The New Critics dan Nouvelle Crituque.

ALIRAN DALAM STRUKTURALISME

Daripada pemikiran Saurre tentang sistem Bahasa telah banyak mengundang pengkaji membuat
penilaian dan melahirkan pula beberapa konsep aliran. Kematian pengarang seperti yang
dikemukakan oleh Barthes dan diusung mayatnya oleh pengikut-pengikutnya adalah pegangan
strukturalisme yang kuat. Dalam analisisnya, Jacobson pula lebih mementingkan analisis puitika
Bahasa, Todorov kepada transformasi teks, Greimas dan Genette kepada kajian tentang naratif
konsep kematian pengarang atau the death of the author membisukan pengarang setelah karyanya
dicipta. Pengarang tidak berhak untuk menyuarakan makna karya yang menuturkannya hanya
Bahasa dan sistem-sistem yang digunakan pengarang. Kematian pengarang ini sesungguhnya
memberikan hak kepada pembaca untuk menerima, memahami dan memberikan erti menurut
faham yang dipegangnya.
Strukturalisme sememangnya mempunyai intensiti untuk memberi makna satu dan stabil, dan
dalam kerja-kerja seperti ini berlaku di tangan pembaca melalui Bahasa yang dibaca , pengarang
tiada ada kesempatan lagi untuk menyatakan tentang apa-apa pun mengenai makna yang hendak
disampaikannya. Dan dalam pembacaannya, khalayak tidak lagi diganggu-gugat oleh apa pun, malah
dalam pembacaan yang dinamik berlaku keseronokan yang disitilahkan oleh Barthes sendiri sebagai
joissance, iaitu rasa nikmat bagaikan berasmaradana. Pun kedinamikan membaca, khalayak akan
membina dan menstrukturkan peristiwa-peristiwanya sendiri, ini bereti pembaca akan mengalami
proses neurosis, proses mengarang atau mencipta teks sendiri. Situasi beginilah yang dikatakan re-
birth of text. Seandainya seorang pembaca itu seorang pengarang, ia akan melahirkan karya yang
baru. Suatu lagi sumbangan Barthes ialah sebagai pengakaji yang sohor lagi kontroversialis,
menentang dua pemikiran besar Eropah iaitu menyanggah rasionalisme yang dikemukakan
Descartes dan empirisisme Locke. Justeru itu, dalam kritikan teksnya, Barthes memperkecilkan teks-
teks rialis rasionalisme karya Balzac. Bukan senang untuk menjatuhkan falsafah yang besar dan
mempengaruhi jalan fikiran dunia itu, tetapi dengan menggunakan teoris strukturalisme, ia Berjaya
melakukannya.

Greimas dan Genette pula dalam analisis strukturalisme yang dikatakan menekan aspek neratif
itu, telah menjadi salah satu ciri dan sumbangan teori strukturalisme apabila ia Berjaya membentuk
kajian yang dinamakan naratorlogi . pada dasarnya, naratorlogi adalah analisis tentang sistem
penceritaan untuk membuktikan hakikat naratif yang dipakai pengarang. Naratorlogi biasanya
membahaskan aspek komponen, aspek dan komposisi penceritaan yang segala aspeknya dicernakan
dalam sebuah struktur untuk meneliti rentetan peristiwa yang bergerak secara logik atau abstrak
sambal membahaskan aspek wacana strukturnya. Naratorlogi tidak terlepas membuat kajian yang
bercorak struktur untuk menganalisis cerita, penceritaan dan pelbagai unsur yang membangun
cerita tersebut seperti hubungannya dengan plot, peristiwa, perwatakan, latar dan sudut
pandangan. Dapatlah dirumuskan bahawa ilmu naratif atau naratorlogi sebuah sains yang meneliti
bagaimana cerita, struktur dan teknik naratif digunakan pengarang (Onega, Susan & Land, Jose
Garcia, 1996).

Greimas dan Genette walaupun mempunyai orientasi yang sedikit berbeza tetapi memberikan
penekanan kepada peristiwa yang dikemukakanpengarang memiliki nilai cerita dan penceritaan
atau narrating harus disusun dengan baiknya, teknik-teknik harus dijabarkan dengan berkesan,
supayateks yang lahir itu mempunyai daya penceritaan yang menarik.Kedua-duanya telah
menghuraikan bagaimana menghasilkan karya yang baik dan bagaimana pula seorang penilai itu
berhadapan dengan teks-teks tersebut.Sumbangan kedua-duanya dalam naratologi merupakan
pembesaran dan peluasan teori strukturalisme itu sendiri.

Levi-Strauss dalam bidang antropologi dan budaya-rakyat,umpamanya,yang mengkajimitos dan


sistem kekeluargaan,telah menupukan perhatian hanya kepada struktur dan sistem.Bagi Levi-
Strauss, apa yang penting dalam mitos bukanlahhubungan diakronik, tetapi hubungan sinkroniknya.
Yakni yang utama dan yang lebih menarik dalam mitos bukanlah rangkaian penceritaan atau
mythemesnya,tetapi kerumitan susur-galor perkaitan yang terbenam di bawah rangkaian
tersebut.Ini sememang nya bersesuaian dengan sikap gurunya de-Saussure yang dalam kajian
bahasanya lebih mengutamakan sistem bawah sedar (langue)dari ucapan yang sedar (parole).
Sesungguhnya,dapat ditegaskan bahawa dalam amalan kritikan struktural yang dilandaskan oleh
Levis-Strauss, dan dikembangkan kemudiannya oleh tokoh-tokoh seperti Perry-Meisel dan teman-
temannya, mythemes atau unit-unit cerita yang dianalisis itu hanya rangkaian yang bersifat
bezaan,dan dianggap tidak mengandung apa-apa isi atau makna yang jelas.Kerana itu, tidak
hairanlah jika dalam rangka mereka menghadapi teks hanya unsur-unsur bezaan dan disruptif dalam
struktur itu yang teliti.Seperti yang diisytiharkan oleh Levi-Strauss, dalam kerjanya ia tidak
menunjukkan bagaimana manusia berfikir melalui mitos,sebaliknya bagaimana mitos
beroperasidalam minda manusia tanpa manusia menyedarinya (Md.Salleh Jaapar,2000).

KAEDAH ANALISIS

Kaedah analisis strukturalisme ialah menganalisis aspek kaitan (relationship),keseluruhan


(wholeness),transformasi (tranformation),regulasi diri(self regulation ),analisis sinkronik
desentralisasi perkara(desentrating the subject).Kaitan ialah bahawa setiap unsur dalam teks
mempunyai hubungan diantara setiap unsur dalam karya sastera,berpandangan karya sastera
sebagai satu gagasan yang saling berkaitan diantara satu sama lain,termasuk juga dalam gagasan ini
ialah kebudayaan yang membentuk genre sastera.

Dengan ini, gagasan kaitan mengikut Robert Scholes,terletak pada dua perkara.Pertama,sistem
yang terdapat dalam karya dan perhubungan karya dengan sosiobudaya.Dengan kata lain,huraian
Robert Scholes menunjukkan bahawa bahagian-bahagian dalam sastera boleh dijelaskan sebaik-
baiknya hanya apabila dipandang dari segi hubungan yang ada antara bahagian-bahagian itu.Dengan
itu, aspek yang menjadi dasar huraian strukturalisme bukanlah bahagian yang terpisah-pisah tetapi
jaringan yang ada diantara bahagian-bahagian itu. Sebagai contoh, semasa menganalisis,kita
menghubungkan segala unsur yang membentuk strukturnya. Hanya selepas membuat hubungan
antara unsur-unsur ini, kita dapat memahami akikat subjekyang hendak kita analisis atau sekurang-
kurangnya mempunyai suatu gambaran tentangnya. Hakikat ini boleh terdiri dari unsur-unsur yang
dapat diamati atau dilihat dan juga unsur-unsur yang tidak dapat dilihat. Unsur-unsur yang tidak
dapat dilihat ini juga boleh memberi pengertian kepada unsur-unsur yang dapat dilihat.

Konsep keseluruhan ialah melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Dalam hal
ini, tidak timbul penelitian bahagian-bahagiansastera secara terpisah dari bahagian atau unsur yang
lain. Strukturalisme menekankan kepada seluruh unsur kerana iamenganggap sastera sebagai sistem
atau struktur, iaitu satu keseluruhan yang memiliki konvensi dan tradisi yang sendiri(Hashim Awang,
1985:195). Unsur-unsur keseluruhan dalam sastera adalah gabungan unsur-unsur sastera seperti
watak, plot, sudut pandangan latar dan lain-lain. Di samping itu,strukturalisme juga menekankan
unsur-unsur luar biasa seperti ‘binary opposition’, metafora,perlambangan,simbolisme dan
sebagainya. Kesemua unsur inim berpadu mewunjudkan suatuhasil karya sastera. Menurut
strukturalisme , aspek bentuk da nisi merupakan satu kesatuan kerana melaluai keduanya segala
unsur dan hubungan suatu makna dapat dinyatakan.

Konsep transformasi merujuk kepada sepanjang sejarah, konvensi sastera tidak bersifat statik. Ia
tertakluk kepada perubahan dan penyesuaian dari masa ke semasa. Selagi sastera dapat
menentukan dirinya sendiri, maka selama itulah pula,ia dapat mengubah atau menentukan dirinya .
Dalam hal ini, tidak timbul hukum sebab dan akibat dalam menentukan penghuraian sastera. Ahli-
ahli strukturalisme tidak percaya akan hukum sebab akibat,mereka hanya percaya kepada hukum
perubahan bentuk. Sastera mempunyai kaedah tersendiri untuk berkembang. Perkembangannya
ditentukan oleh struktur dalaman sesebuah karya sastera. Perkembangan ini secara langsung akan
menyebabkan karya sastera itu mengalami proses trans formasi. Hal yang akan mendorong kepada
kemunculan aliran-aliran ini amat bergantung kepada unsur-unsur dalaman karya itu sendiri.
Seterusnya gagasan transformasi tidak hanya terhad kepada penulisan teks sahaja tetapi juga ia
melibatkan unsur-unsur di luar teks seperti hubungan teks dengan pembaca. Strukturalisme
mengatakan bahawa pembaca juga mempunyai fungsi datamenentukan struktur teks itu. Ini berlaku
apabila pembaca menentukan nilai-nilai teks iti sehingga penilaiannya akan membawa perubahan
kepada teks. Dalam pendekatan strukturalisme , unsur dalaman teks sentiasa menentukan struktur
sesebuah karya sastera.

Konsep regulasi diri data strukturalisme melibatkan dirinyadengan unsur kesusasteraan tanpa
berhubung dengan hal-hal atau unsur-unsur luar dari teks. Hal ini dijelaskan Terence Hawkes
sebagai: The idea of self regulation: the structure makes no appeals beyond itself off from reference
to other system. Jelas di sini, gagasan regulasi diri tidak memerlukan hal-hal di luar dirinya untuk
mempertahankan proses transformasi. Disamping itu juga, strukturalisme melalui gagasan regulasi
diri mementingkan aturan-aturan kesusasteraan, corak dan peralatan yang menyebabkan sesuatu
teks terbentuk dan keseluruhan sistem terlaksana (Hasyim Awang : 1985: 119). Dalam pendekatan
strukturalisme, teks adalah hasil sesuatu struktur yang menjadi pelengkap kepada struktur itu
sendiri .

Sinkronik ialah merujuk kepada analisis yang dilakukan oleh para strukturalis yang perhatiannya
dipusatkan pada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Konsep analisis yang
sinkronik dengan sendiri menolak konsep dikronik. Strukturalisme sinkronik tidak dibentuk atau
ditentukan oleh proses historis tetapi ia ditentukan oleh jaringan hubungan sruktural yang ada.
Analisis sinkronik leih menumpukan perhatian kepada permasalahan bagaimana perkataan-
perkataan di dalam teks berhubungan diantara satu sama lain dan bagaimana teks dapat difahami
melalui aturan- aturan kesusasteraan. Hal ini amat berkait rapat dengan lanque dan parole. Dalam
analisis linguistik lanque ialah sistem Bahasa atau linguistik yang abstrak. Manakala parole ialah
pertuturan sebenar yang dilaksanakan oleh seseorang penutur. Kedua- dua aspek ini kemudiannya
membentuk la lanque yang membentuk keseluruhan sebagai harus wujud dalam masa tertentu.
Konsep ini boleh diaplikasikan dalam karya sastera diamana ia telah memungkinkan teks ditulis dan
dibaca dalam analisis sinkronik.

Konsep desentralisasi perkara menjelaskan bahawa strukturalisme pada praktiknya telah


mengenepikan unsur-unsur sejarah, pengarang dan pembaca. Ini kerana strukturalisme terlalu
menekankan unsur-unsur dalaman teks dan bersifat objektif. Dengan penekanan sedemikian rupa,
pengarang dan pembaca tidak mungkin berfungsi dalam pendekatan strukturalisme. Tanda menjadi
lebih dominan daripada manusia, latar dan tujuan pengarang dianggap tidak menarik dan sesuai.
Begitu juga pengarang terpaksa tunduk kepada konvensi sastera yang telah banyak mengongkong
kebebasan kretiviti pengarang hanya berlaku apabila beliau mematuhi kesuluruhan sistem sastera
itu.

KESIMPULAN

Strukturalisme sesungguhnya telah membuka lembaran baru terhadap dunia sastera . Konsep
Bahasanya dianggap sesuatu yang bersifat baru. Begitu juga konsep struktur terhadap karya sastera.
Konsep Bahasa dan sruktur karya itu iantelah menyediakan suatu pendekatan terhadap sastera yang
meninggalkan cara konvensional. Beberapa konsep seperti oposisi binari dan naratologi adalah
istilah-istilah yang berkembang menjadi konsep dan pendekatan hasil daripada sumbangan
strukturalisme. Dan sumbangan yang terbesarnya ialah memunculkan kritikan semiotik yang
bertolak pada tanda, penanda dan petanda, bagaimanapun teori ini hanya akan dibincangkan di bab
yang akan datang. Teori strukturalisme dalam tulisan ini hanya lebih berfokus kepada konsep dan
pendekatannya yang melihat sastera sebagai suatu sistem kesatuan.

You might also like