Laporan Ajk Teknikal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI

KE-18 IPG KAMPUS PERLIS 2017

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
&
PISMP SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2015
LAPORAN AJK TEKNIKAL DAN KEPEGAWAIAN

LAPORAN SEBELUM

Mesyuarat pertama dijalankan bersama ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Pada
mesyuarat pertama, perincian tugasan telah dihuraikan oleh barisan ahli majlis tertinggi
kejohanan. Dalam mesyuarat tersebut, tugasan Ajk Teknikal & Kepegawaian telah
dinyatakan. Antara tugasan sebelum kejohanan ialah menetapkan acara yang akan
dipertandingkan, menyediakan borang-borang kejohanan, merangka tentatif acara, melantik
pegawai-pegawai yang akan bertugas, dan menetapkan syarat kejohanan. Setelah
mesyuarat pertama selesai, Ajk Teknikal mula menetapkan syarat-syarat kejohanan dan
menetapkan acara yang dipertandingkan. Syarat-syarat kejohanan juga dirangka
bedasarkan saranan daripada Pn. Mariani (Pengurus Kejohanan) dan En. Muftar (Penolong
Pengurus Kejohanan). Acara yang dipertandingkan juga ditetapkan sebanyak 7 acara
sahaja mengikut kesesuaian jumlah pelajar yang berada di IPG Kampus Perlis. Acara
balapan ialah larian 100 Meter, 400 Meter, 1500 Meter dan 4x100 Meter. Acara padang pula
ialah Lontar peluru, Lompat jauh dan Lompat tinggi. Acara-acara tambahan seperti acara
tarik-tali, larian maskot dan acara pensyarah juga dirangka sebelum kejohanan. Ajk Teknikal
juga telah bekerjasama dengan Ajk Persiapan padang dan juga Ajk Peralatan untuk
memastikan trek dan juga peralatan yang akan digunakan pada hari kejohanan dalam
keadaan bersedia dan cukup.

Seterusnya, borang pendaftaran peserta mula diagihkan kepada setiap rumah sukan
supaya setiap rumah sukan mempunyai masa yang cukup untuk mendaftarkan peserta bagi
rumah sukan masing-masing. Selain itu, borang-borang kejohanan juga mula disediakan
oleh Ajk Teknikal. Antara borang yang disediakan ialah borang hakim penamat, pencatat
masa, borang bantahan rasmi, borang keputusan rasmi, borang pendaftaran pensyarah,
borang pertukaran peserta dan borang pencatat pusingan. Seterusnya, jadual kejohanan
dan tentatif program juga mula dirangka dan disemak oleh pengurus kejohanan. Jadual
kejohanan disusun bedasarkan kesesuaian masa dan mengambil kira juga faktor cuaca di
mana pada peringkat saringan, acara bermula pada pukul 5.30 petang bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini seperti strok haba dan sebagainya. Akhir sekali, pegawai-
pegawai kejohanan juga telah dilantik sebelum kejohanan bermula. Pegawai-pegawai yang
dilantik merupakan dari kalangan pelajar PISMP Semester 4 Ambilan Jun 2015
memandangkan ini merupakan program yang dianjurkan oleh pelajar semester tersebut.
Pegawai-pegawai kejohanan ini telah disusun mengikut acara dan dipertugaskan mengikut
jadual pegawai bertugas yang telah disusun oleh ketua Ajk. Jadual pegawai bertugas juga
telah disemak beberapa kali untuk memastikan pegawai yang bertugas tidak terlibat dengan
acara pada hari tersebut.

Sebelum berlangsungnya kejohanan balapan dan padang, penganjuran kali ini


dimulakan dengan acara sukantara. Sukantara diadakan 1 minggu sebelum kejohanan
berlangsung. Sukantara telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 27 hingga
28 Febuari 2017 iaitu pada 27 haribulan rumah sukan yang terlibat ialah rumah biru dan
merah manakala untuk 28 haribulan pula rumah yang terlibat ialah rumah kuning dan rumah
hijau. Tujuan sukantara diadakan selama dua hari adalah kerana bagi mengelak terjadinya
kesesakan pada satu-satu acara. Markah untuk sukantara ini akan dikutip dan digabungkan
dengan markah keseluruhan rumah sukan. Setelah selesai acara sukantara, pihak
penganjur mendapat pandangan positif daripada kalangan pelajar dan juga pensyarah di
atas kecekapan menganjur sukantara tanpa ada sebarang gangguan yang majoriti. Selain
itu, beberapa acara saringan bagi trek dan balapan juga diadakan sebelum bermulanya hari
kejohanan. Hal ini kerana agak mustahil untuk menyempurnakan kesemua acara ini pada
hari kejohanan. Kesemua acara berjaya dilangsungkan dengan lancar. Namun begitu, masih
terdapat masalah kecil semasa penganjuran acara ini. Pihak penganjur terpaksa menunda
beberapa acara kerana kekangan cuaca yang tidak menentu pada waktu petang. Setelah
beberapa hari ditunda, akhirnya acara-acara ini berjaya juga diselesaikan mengikut pelan
perancangan sebelum ini. Setelah selesai kesemua acara yang perlu dilaksanakan sebelum
hari kejohanan, pihak penganjur kembali memberi fokus pada persiapan menjelang hari
kejohanan iaitu pada 8 Mac 2017.

LAPORAN SEMASA

Pada hari kejohanan bertarikh 8 Mac 2017, borang-borang kejohanan telah


diagihkan kepada setiap bahagian. Borang bantahan rasmi dan borang pertukaran perserta
telah diagihkan kepada Ajk Urusetia dan Ajk Penyelia Peserta untuk memastikan proses
sebelum acara bermula berjalan dengan lancar. Borang-borang kejohanan seperti borang
hakim penamat, borang pencatata masa dan borang pencatat pusingan diagihkan kepada
pegawai-pegawai yang bertugas 30 minit sebelum acara bermula. Borang keputusan rasmi
pula diagihkan kepada seorang runner untuk bertugas sebagai penghantar maklumat
kepada Ajk Statistik sebaik sahaja acara tamat.

Selain itu, pegawai-pegawai bertugas juga telah datang awal ke bahagian kerja
masing-masing dan ini melancarkan proses kejohanan. Antara pegawai yang bertugas pada
hari kejohanan ialah hakim penamat, hakim balapan, pencatat masa, dan pembantu
pelepas. Ketua-ketua yang dilantik bagi setiap bahagian juga telah menjalankan tugas
dengan cemerlang dengan memastikan pegawai-pegawai yang bertugas bersama mereka
sentiasa bersedia dan mencukupi. Peralatan kejohanan juga mula disediakan seawal jam
7.15 pagi oleh barisan Ajk Peralatan dan mula dipasang pada trek sebaik sahaja acara
perasmian kejohanan tamat.

Acara pertama dimulakan pada pukul 9.15 pagi sebaik sahaja acara perasmian
kejohanan tamat. Acara dimulakan dengan acara 400 Meter kategori wanita (akhir) dan
diikuti dengan acara 400 Meter kategori lelaki (akhir). Acara tersebut dilepaskan oleh En.
Bakhtiar selaku pensyarah unit kokurikulum. Beliau melepaskan acara dengan menggukan
pistol memandangkan beliau mempunyai lesen rasmi. Selain itu, acara padang iaitu acara
Lompat tinggi (akhir) juga dimulakan pada masa yang sama. Acara diteruskan dengan acara
100 Meter kategori wanita dan lelaki (akhir), acara 1500 Meter kategori wanita dan lelaki
(akhir) dan acara 4x100 Meter kategori wanita dan lelaki (akhir). Kecekapan Ajk Urusetia
dan Ajk Penyelia Peserta menguruskan pendaftaran peserta pada hari tersebut memberi
impak yang sangat positif di mana semua acara berjalan dengan lancar dan semua peserta
dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat.

Setelah tamat kesemua acara akhir pada pagi itu, majlis diteruskan lagi dengan
acara tambahan iaitu acara larian maskot, sukaneka pensyarah dan acara tumpuan iaitu
tarik tali (lelaki). Acara-acara tambahan ini mendapat sambutan yang meriah daripada
semua pelajar dan pensyarah yang hadir pada hari kejohanan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara perasmian penutup. Pada upacara


penutupan, kesemua pemenang telah menerima hadiah masing-masing mengikut acara
yang dipertandingkan. Dalam masa yang sama, Ajk Teknikal dan juga Ajk Statistik dengan
kerjasama pengurus kejohanan telah menetapkan olahragawan dan olahragawati serta
juara keseluruhan kejohanan. Pada tahun ini, juara kesuluruhan disambar oleh rumah biru.
Tempat kedua pula berjaya ditawan oleh rumah kuning manakala rumah merah berada di
tempat ketiga diikuti rumah hijau di tempat keempat. Olahragawan pula disandang oleh
Khairul Arif (PISMP Matematik Semester 4) dan olahragawati menjadi milik Poh Zhi Xin
(PISMP PJ Semester 2). Kedua-dua atlet ini adalah dari rumah hijau.
LAPORAN SELEPAS

Setelah tamatnya Kejohanan Balapan dan Padang, segala peralatan, dan barangan
yang telah digunakan dipulangkan ke tempat asalnya dengan bantuan semua Ajk. Para
penganjur telah bergotong-royong bersama-sama mengemas barang yang telah digunakan.
Kesemua barang siap dikemas tepat pukul 1.30 petang. Borang-borang rasmi kejohanan
juga telah diserahkan kepada Ajk Statistik untuk didokumentasikan dan disimpan dalam satu
fail. Satu sesi post-morterm bersama kesemua penganjur (PISMP Semester 4 Ambilan Jun
2015) telah diadakan keesokan harinya bersama Pengurus Kejohanan, Pn. Mariani Binti Ali.
Beliau telah memberikan beberapa nasihat dan teguran kepada setiap Ajk dalam
memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam penganjuran yang akan datang. Sesi
post-morterm tersebut selama lebih kurang 1 jam.

KEKUATAN
1. Susunan jadual kejohanan yang sesuai.
2. Pegawai yang ditugaskan menjalankan tugas dengan dedikasi.
3. Tentatif berjalan seperti yang dirancangkan dan tiada pembaziran masa.
4. Borang-borang kejohanan yang sesuai dan mencapai standard.
5. Pengurusan masa yang efektif (datang awal dan bersedia).

KELEMAHAN
1. Jadual yang selalu berubah-rubah kerana kekangan cuaca (jadual saringan).
2. Kekurangan pegawai kerana ramai yang terlibat dengan acara.
3. Syarat kejohanan yang kurang jelas dan kurang lengkap.
4. Kesilapan hakim balapan dalam acara 4x100 Meter lelaki akhir (terdapat false start)
namun diendahkan kerana tiada bantahan daripada peserta.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Memilih hari dan tarikh yang lebih sesuai untuk menjalankan acara.
2. Memastikan pegawai yang bertugas memaklumkan kepada ketua Ajk dan mencari
ganti terlebih dahulu jika terlibat dengan acara.
3. Memastikan syarat kejohanan dinyatakan dengan jelas sebelum mengedarkan
kepada setiap rumah sukan dan hakim-hakim yang bertugas.
4. Ketua hakim balapan haruslah yakin dalam membuat keputusan dan tidak
terpengaruh dengan provokasi daripada peserta untuk memastikan segala
keputusan yang dibuat itu adil.

DISEDIAKAN OLEH,

.................................................

(KHAIRUL ARIF BIN MAT HUSSAIN)


AJK TEKNIKAL,
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-18 2017,
IPG KAMPUS PERLIS.
LAMPIRAN

You might also like