Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-39

SK KEPONG BARU

DIRASMIKAN OLEH:

TN.HJ GHULAM GHANI B.MOHD AYOUB

Tarikh : 5 Mac 2016

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Kehadiran : 94 orang

Kehadiran Guru :30 orang

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan, lagu sekolah
dan bacaan doa oleh Ustaz Abd Aziz Bin Nawi.

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENASIHAT PIBG SESI 2016/2017

( EN.MOHD RAZIF B. MOHD TAHIR)

1.1 Tuan Penasihat mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Ghulam Ghani B


Mohd Ayoub, semua pentadbir, semua jawatankuasa PIBG, ibu bapa serta
guru-guru yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat hari ini. Kehadiran
semua pihak yang hadir sangat dihargai oleh guru besar.
1.2 Tuan Penasihat memperkenalkan diri mengenai diri beliau yang baru sahaja
berkhidmat di sekolah ini. Ini merupakan kali pertama beliau menjadi
penasihat PIBG kerana baru sahaja menjadi guru besar dan ini merupakan
sekolah pertama yang dipegang jawatan guru besar.
1.3 Tuan Penasihat menerangkan mengenai gelombang kedua yang sedang
berlangsung dalam Pelan Pembanguna Pendidikan Malaysia ( PPPM) untuk
melahirkan anak-anak murid yang berketerampilan , berfikiran kreatif dan
kritis. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru-guru berusaha untuk memberi
didikan kepada anak-anak murid. Malahan pembelajaran kini yang
menitikberatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh murid-murid
di sekolah. Oleh demikian guru besar meminta bantuan ibu bapa melihat
pembelajaran anak-anak di rumah seiring dengan perubahan ilmu mengikut
arus semasa.
1.4 Tuan Penasihat berkongsi pandangan mengenai peranan PIBG membantu
anak-anak di sekolah terutamanya sumbangan wang yang sangat diperlukan
bagi melicinkan proses pembelajaran anak-anak. Tuan Penasihat turut
menjelaskan tujuan asal PIBG diwujudkan antaranya:
 Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan
dan kemajuan murid-murid dalam sekolah.
 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi
kehendak sekolah dan keperluan kebendaan murid-murid dalam
kegiatan mereka.
 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-
tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
 Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah
berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak.
 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk
berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Tuan Penasihat mengucapkan syabas kepada semua ibu bapa dalam
meningkatkan gred sekolah melalui kejayaan anak-anak pada tahun-tahun
sebelum ini iaitu pada tahun 2014. gred sekolah mencapai 2.76 manakala pada
tahun 2015 mencapai 2.42. beliau turut memaklumkan pada tahun 2016, mata
pelajaran UPSR ditambah lagi satu kertas iaitu kertas 2 Bahasa Inggeris
menjadi 6A keseluruhan UPSR.
1.6 Tuan Penasihat menasihati ibu bapa mengenai kehadiran anak-anak ke
sekolah. Ibu bapa perlu menyelami hati anak-anak yang lewat datang ke
sekolah. Beliau turut mengulas sedikit mengenai program Linus yang
melibatkan anak-anak murid tahun 3 yang masih lemah. Oleh itu, pentadbir
mengambil langkah untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.
1.7 Tuan Penasihat juga memaklumkan tentang beberapa program dijalankan di
bawah bidang akademik 2015 iaitu:
 Bengkel Teknik Menjawab UPSR
 Program Motivasi
 Program I-Think
 Program Juara
1.8 Tuan Penasihat turut mengucapkan tahniah kepada Kelab Rakan Doktor Muda
dan Celik Nutrisi yang telah mencapai kejayaanhingga keperingkat
kebangsaan pada tahun lepas. Antara kejayaan lain yang turut dicapai dalam
bidang kokurikulum ialah Naib Juara Pertandingan Ping Pong Zon Sentul dan
Naib Juara Pertandingan Sepak Takraw Zon Sentul. Manakala pada tahun ini
dimaklumkan bahawa acara sukan terpaksa dikurangkan bagi
mengoptimumkan perbelanjaan .
1.9 Tuan Penasihat menerangkan tentang aktiviti bagi tahun 2016.
 Program membaca awal pagi yang dijalankan di kantin sekolah.
 Program perkhemahan unit beruniform untuk memberi
pengalaman belajar di luar pembelajaran kelas.
 Program kelas tambahan dan Kelas Bimbingan Nadi ( malam ).
 Program Mentor Linus yang dibarisi oleh barisan pentadbir
sekolah.
 Program bacaan Yasin bagi murid tahap 2 di kantin, manakala
murid moral dan murid tahap 1 menjalankan program bacaan
nilam di tapak perhimpunan.
1.10 Tuan Penasihat sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
pihak atas sumbangan, kerjasama dan kejayaan sepanjang tahun sudah dan
meminta kerjasama yang makin erat supaya sekolah ini dapat mencapai
kejayaan yang lebih baik pada tahun ini.

2.0 UCAPAN YANG NAIB DIPERTUA PIBG


( ENCIK ABD KARIM B. MUHAMAD)
2.1 Naib Yang Dipertua mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat
bersama-sama bertemu dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan tahniah
kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan mesyuarat pada tahun ini.
2.2 Naib Yang Dipertua memaklumkan bahawa PIBG merupakan saluran ibu bapa
dengan pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pentadbir dan guru-guru kerana terus
mendidik anak-anak di sekolah ini. Beliau turut meminta ibu bapa agar tidak
mudah ‘melenting’ kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus berusaha
untuk mendidik anak-anak selama ini.
2.3 Naib Yang Dipertua memohon ampun dan maaf atas kelemahan atau
kekurangan sepanjang menjalankan tugas sebagai jawatankuasa PIBG selama
ini.

3.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGERUSI MAJLIS PERWAKILAN


PENDUDUK PARLIMEN KEPONG.
( TN.HJ GHULAM GHANI B. MOHD AYOUB )
3.1 Tn. Hj. Ghulam Ghani mengucapkan kata alu-aluan dan bersyukur kepada
Allah S.W.T kerana semua pihak dapat hadir dan menjadi sebahagian yang
berada di mesyuarat kali ini.beliau sempat berpantun dalam ucapan alu-aluan.
3.2 Beliau memaklumkan bahawa PIBG merupakan rakan kongsi dengan sekolah
untuk menyumbangkan dan memajukan sekolah melalui permuafakatan antara
ibu bapa dan guru. Permuafakatan merupakan kunci kejayaan dan berharap
mendapat kerjasama daripada ibu bapa bagi setiap program yang akan
dijalankan.
3.3 Beliau merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Kepong Baru bagi
tahun 2016/2017.

4.0 PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TN.HJ GHULAM GHANI B.


AYOUB
4.1 Penyampaian cenderamata kepada Naib Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj Ghulam
Ghani b. Mohd Ayoub yang disempurnakan oleh guru besar Encik Mohd Razif
b Mohd Tahir dan diiringi oleh Encik Karim B Mohamad.

5.0 PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA SEMUA AJK PIBG 2015/2016


5.1 Majlis penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Tn Hj Ghulam
Ghani B Ayoub dan diiringi oleh Encik Mohd Razif B Mohd Tahir.

6.0 TAKLIMAT PROGRAM SIMPANAN OLEH WAKIL BSN


( PN. NOR AZIAN BT HASHIM )
6.1 Wakil BSN menerangkan tujuan taklimat bagi memupuk semangat
menyimpan dalam kalangan murid-murid.
6.2 Terdapat Program Kelab Penabung Muda yang diperkenalkan bagi murid yang
telah mempunyai akaun BSN yang mempunyai simpanan minimum RM
160.00 untuk menjadi ahli.
6.3 Satu lagi program yang turut digalakkan ialah Skim Galakan Simpanan Pelajar
yang mempunyai banyak kelebihan dan ganjaran. Bagi mendapatkan
maklumat lanjut boleh berurusan dengan beliau di talian 019-3301502.

7.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN


LAPORAN BIRO
7.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Karim
B. Muhammad sesi 2015/2016.
7.2 Pn Nik Raihan Bt Mohd Zin selaku Setiausaha Kehormat PIBG
membentangkan laporan minit mesyuarat. Pengesahan minir mesyuarat oleh
Pn Noraini Bt Hussin.
7.3 Pn Nik Raihan Bt Mohd Zin telah membentangkan Laporan Biro
Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016.

8.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN


8.1 Pn Cheam Jock Feng selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2015.
8.2 En. Nasrul Hakim telah bertanya mengenai jumlah sumbangan sekolah ke
sekolah lain dengan bayaran sebanyak RM 2.00 sahaja dan telah dijawab oleh
Pn Cheam bahawa walaupun jumlahnya kelihatan sedikit namun, bilangan
sekolah yang disumbangkan mempunyai bilangan yang agak banyak.
8.3 Pengesahan penyata kewangan telah dicadangkan oleh En Roslan B Abdul
Rahim dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
9.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2014/2015
9.1 En Karim B Muhammad telah membubarkan jawatankuasa PIBG bagi tahun
2014/2015.

10.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2016/2017


10.1 Setelah dijalankan sesi cadangan, pengundian dan pemilihan, berikut
merupakan jawatankuasa yang baru dan akan berkhidmat bagi tahun
2016/2017:
AJK PIBG SK KEPONG BARU SESI 2016/2017

Penasihat : En Mohd Razif B Mohd Tahir


Yang Dipertua : Tn Hj Abdul Karim B Muhammad
Naib Yang Dipertua : En Nasrul Hakim B Masrun
Setiausaha : Cik Nor Amirah Bt Abdul Hamid
Naib Setiausaha : Cik Nur Aisyah Bt Muhamad Kharii
Bendahari : Pn Siew Mei Sin
Naib Bendahari : Pn Rosmaini Bt Mohamed Nawi
Jawatankuasa Ibu Bapa
1) En Maliki B Nik
2) En Nor Azmi bin Abdul Halim
3) En Supari bin Jali
4) Pn Jumaatiah Bt Ahmad
5) En Abdul Razak B Isa
6) En Roslan B Abd Rahim
7) Pn Noraini Bt Hussin

Jawatankuasa Guru

1) En Abdul Aziz B Nawi


2) En Muhammad Musa B Samsuddin
3) Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak
4) Pn Jeow Pei Yen
5) Pn Vimala Dewi A/P K. Mahadewa
6) Pn Sharifah Mu’minah Bt Syed Zainal A’biden
7) Pn Hanaterah Bt Husin
Juruaudit Guru

1) Pn Amirah Solehah Bt Ahmad Tajuddin

Juruaudit Ibu Bapa

1) Pn Syaznira Bt Abu Samah

11.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN


11.1 Tn Penasihat membentangkan usul dan cadangan jumlah sumbangan PIBG
untuk semua murid bagi tahun 2016.
11.2 Kutipan sumbangan PIBG adalah mengikut keperluan dan tahun murid berada.
Semua bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG dan dikeluarkan
mengikut keperluan setelah mendapat persetujuan di dalam mesyuarat AJK
Induk. Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa bagi tahun
2015 ialah sebagaimana berikut:

Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


RM RM RM RM RM RM
1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
2 Sumbangan Hari 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00
Kanak-Kanak
3 Sumbangan Hari 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Anugerah Cemerlang
4 Sumbangan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Keceriaan Sekolah
5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
6 Program 160.00
Kecemerlangan
UPSR
7 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00
(1 Keluarga)
JUMLAH 85.00 85.00 85.00 85.00 85.00 245.00
11.3 Tn. Penasihat telah membentangkan kutipan bayaran tambahan untuk murid
bukan warganegara tahun 2016 seperti berikut:
Bil Perkara Jumlah
1. Kokurikulum RM 3.00
2. Sukan RM 6.00
3. Ujian RM 6.00
4. Aktiviti agama islam/ moral RM 6.00
5. Insuran RM 1.50
6. Msskl RM 2.00
JUMLAH RM 24.50

11.4 Semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju sebulat suara dengan bayaran
tambahan persekolahan bagi sesi 2016.
11.5 Berikut ialah usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa dan
telah dibincangkan di dalam mesyuarat:

Usul 1 Maklumbalas Guru Besar

(Muhammad Azuan bin Jamaludin)  Skim Galakan Pelajar Cemerlang akan


dibincangkan di dalam mesyuarat induk
 Skim Galakan Pelajar Cemerlang
bagi memberi galakan kepada murid
untuk UPSR dipamerkan di papan
untuk berusaha dalam UPSR.
kenyataan
 Sistem rotan hanya boleh dilaksanakan
Contoh: 5A-RM 300.00
oleh guru besar dan guru disiplin dan
 Mewujudkan kembali sistem rotan
ianya tidak boleh dilakukan di khalayak
untuk mendisiplinkan murid dengan
ramai.
mendapat persetujuan dari pihak ibu
 Guru Besar akan meminta bantuan
bapa.
DBKL untuk membaik pulih trek laluan
 Membaiki padang sekolah dan tempat
murid di padang. Bagi tempat
menunggu bas di dalam kawasan
menunggu bas, Guru Besar dan AJK
sekolah.
akan membuat taman secara
berperingkat
Usul 2 Maklumbalas Guru Besar

(Khairul Anwar Bin Abdul Hamid)  Ibu bapa diminta tidak menurunkan
murid di petak kuning berhadapan pintu
 Mewujudkan zon menurunkan murid
pagar sekolah. Ibu bapa diminta
yang bebas kenderaan kerana berlaku
menurunkan murid di tempat yang lebih
kesesakan disebabkan ibu bapa yang
sesuai. Laluan sehala akan dibuat. Wakil
menunggu dan meletakkan kenderaan
DBKL , En. Firdaus menerangkan
terutama kereta di depan pintu masuk
mengenai prosedur untuk membuat jalan
sekolah.
sehala hadapan sekolah. Prosedur
 Membuat rombakan kedudukan kelas
memerlukan jangka masa yang panjang.
dengan meletakkan murid tahap 2 di
Oleh itu, Guru Besar akan mengecat
tingkat atas dan murid tahap 1 di
kuning terlebih dahulu.
tingkat bawah
Usul 3 Maklumbalas Guru Besar

(Saraswathy A/P Muniandy)  Puan Rabiah menerangkan bahawa


waktu rehat yang diberikan hanyalah 20
 Memulakan kelas tambahan pada
minit sahaja untuk solat dan makan
pukul 2.00 petang bagi memberi
kerana memberi laluan murid Islam
peluang kepada murid untuk makan
untuk ke sekolah agama pada pukul 2.30
sebelum kelas tambahan.
petang. Jadi, masa kelas tambahan akan
 Adakan masa rehat untuk murid
tetap dimulakan pada 1.40 petang.
semasa kokurikulum selama 20 minit
 Kokurikulum bermula pada jam 2.00
untuk rehat dan makan.
petang hingga 4.00 petang. Jika bermula
lewat, murid akan pulang lewat.

Usul 4 Maklumbalas Guru Besar

(Jumaatiah Bt Ahmad)  Program membaca sifir telah diadakan


di dalam pdp dibawah program Panitia
 Mewajibkan semua murid menghafal
Matematik.
sifir dan memanggil murid secara
rawak untuk membaca sifir setiap kali
perhimpunan.
 Mewajibkan setiap murid membawa
kamus pada setiap sesi pembelajaran
Bahasa Inggeris bagi memudahkan
mereka memahami maksud perkataan
dan meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris.

Usul 6 Maklumbalas Guru Besar

(Mohmad Yasoff bin Talib)  Kerja sekolah telah diberikan mengikut


tahap.
 Memberi lebih tumpuan dan kerja
rumah kepada murid yang lemah
dalam pelajaran
Usul 7 Maklumbalas Guru Besar

(Wan Mohd Azzamri bin Wan Ismail)  Guru besar telah membuat cerapan
kepada guru dan murid telah diberikan
 Memberi kerja rumah kepada murid
latihan.
 Sekiranya murid lemah atau tidak
 Guru besar akan berbincang dengan
membuat kerja rumah, guru boleh
guru-guru mengenai Whatssap
berinteraksi dengan ibu bapa dan
kumpulan.
penjaga melalui Whatssap kumpulan.
 Buli merupakan isu besar. Namun pihak
 Menangani isu buli.
sekolah tidak mendapat aduan rasmi
tentang kes buli di sekolah.

Usul 8 Maklumbalas Guru Besar

(Mazni Binti Mahat)  Cadangan telah di maklumkan kepada


Panitia Bahasa Inggeris. Penggunaan
 Aktifkan penggunaan Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris juga ada dijalankan
supaya murid lebih fasih.
didalam aktiviti yang dijalankan oleh
 Galakkan murid membaca dan
Panitia.
meminjam buku sekurang-kurangnya
 Pihak sekolah memohon ibu bapa
sebuah buku seminggu.
memberi sumbangan buku.
Usul 9 Maklumbalas Guru Besar

(Ramli Bin Pa)  Penguatkuasaan disiplin akan diperketat


disamping menambah jawatankuasa
 Disiplin dipertingkatkan supaya
seperti mewujudkan pengawas kantin
murid-murid mematuhi peraturan.
sebagai satu usaha untuk membaiki
disiplin murid.

Usul 10 Maklumbalas Guru Besar

(Anuar Sen Bin Ismail)  Pihak kantin dan sekolah akan membuat
penambahbaikkan. Pihak kementerian
 Makanan di kantin mahal dan
tidak membenarkan pihak kantin
kebersihan makanan tidak terjamin.
menjual makanan yang tidak sihat dan
ibu bapa diminta mengingatkan murid
agar tidak membeli makanan di luar.

Usul 11 Maklumbalas Guru Besar

(Rengarajoo A/L Krishnan Subbiah Naidu)  Pihak sekolah akan berunding dengan
pengusaha kantin.
 Makanan di kantin tidak
dipelbagaikan dan tidak ditutup.

12.0 UCAPAN PENANGGUHAN


12.1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa
kerana telah memberi kerjasama sepanjang mesyuarat pada hari ini.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengahari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………...................... ………………….................

( Nor Amirah Binti Abdul Hamid) ( Abdul Karim Bin Muhammad )

Setiausaha PIBG 2016/2017 YDP PIBG 2016/2017


SK Kepong Baru SK Kepong Baru
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

You might also like