Ucapan Perasmian Penutupan PTM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 1/2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Maufakat


Johor, Salam 1 Transformasi, Salam “1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”

Yang Berusaha

Puan Rubiah Binti Ahmad,


Pengarah IPG Kampus Temenonggong Ibrahim

Dr Mazlan Bin Aris


Timbalan Pengarah Pengurusan

Yang Dihormati

En Afian Akhbar Bin Mustam


Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Para pensyarah serta peserta-peserta Program Transformasi Minda Siri 1/2017

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berada di Majlis Perasmian
Penutup Program Transformasi Minda Siri 1/2017.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA


2. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan
penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.
PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi
menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah
pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas
perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan
ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan
Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas
Pertama.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

3. Dasar Transformasi Negara yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, akan meliputi
tempoh bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2020. Di bawah Dasar Transformasi
Negara ini, Kerajaan telah merangka pelbagai program yang dimulakan dengan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dan diikuti pula dengan Program Transformasi Ekonomi 5
(ETP) bagi mencapai visi negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

4. Dasar Transformasi Negara ini bersandarkan gagasan dan falsafah induk negara yakni
“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang menggariskan
beberapa prinsip penting, antaranya bersifat inklusif agar semua rakyat Malaysia dapat
merasai kesan daripada program-program transformasi negara. Kerajaan juga telah
menetapkan arah tuju dan program yang jelas untuk diikuti untuk mencapai Perkhidmatan
Awam bertaraf dunia.

5. Sekiranya setiap penjawat awam mempunyai minda dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dan mengamalkan budaya mengutamakan pencapaian, hasrat Kerajaan
ini pastinya akan tercapai. Walaupun organisasi memiliki aset dan sumber yang banyak
tetapi jika 6 modal insan tidak diuruskan dengan baik, maka segala sumber akan menjadi
sia-sia, dan cita-cita akan menjadi hampa.

6. Justeru itu, pelaksanaan program-program pembangunan seperti ini khususnya dalam


kalangan guru diharapkan dapat menggilap keupayaan dan potensi citra guru disamping
memberikan maklumat yang jelas kepada pewaris pendidik masa hadapan ini. Saya
berpandangan bahawa kini sudah tiba masanya untuk melihat peranan guru dalam
perspektif yang lebih besar. Guru haruslah mengarusperdanakan peranannya melalui
penglibatan secara langsung dalam gerakan transformasi negara. Mengambil kira
keupayaanya untuk mempengaruhi persekitaran kerja organisasi sektor awam
merangkumi aspek-aspek kritikal seperti persahabatan dan perhubungan kerja,
semangat kekitaan, motivasi kerja, kebajikan dan kepentingan warga setiap jabatan, saya
percaya para guru sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar iaitu
sebagai agen prakarsa transformasi ke arah Negara maju dan rakyat berpengetahuan.

7. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung kerana menganjurkan program ini.

8. Dengan lafaz , Bismillahhirhamanirohim saya dengan sukacitanya menutup Program


Transformasi Minda Siri 1/2017. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.

You might also like