Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN JENIS BIOGRAFI

Tulis sebuah karangan tentang sahabat yang paling kamu sayangi.

Setiap orang mempunyai sahabat. Tanpa sahabat atau kawan, hidup kita ibarat ‘kera sumbang’. Sahabat
biasanya menjadi rakan belajar, bermain, dan bertukar-tukar fikiran.

Saya mempunyai seorang sahabat yang saya anggap cukup istimewa. Sahabat saya bernama
Masdor. Saya memanggilnya Dor sahaja. Dor dilahirkan pada 12 Julai 2004. Dia ialah anak sulung Encik
Masdar Ali, seorang jurutera dan Puan Marhamah Malim, seorang guru.

Saya mengenali Dor sejak kecil lagi kerana kami berjiran. Selain itu, kami dibesarkan oleh
pengasuh yang sama iaitu Mak cik Jamilah, yang juga jiran kami. Persahabatan kami begitu akrab. Saya
sering dibawa oleh keluarga Dor balik ke kampungnya.

Dor bercita-cita menjadi seorang jurutera seperti ayahnya. Dalam pelajaran, kami sentiasa
bersaing untuk merebut tempat teratas di sekolah. Kami sentiasa bersaing sejak kami menjejakkan kaki di
bangku sekolah. Kami sentiasa mendapat ‘A’ dalam semua matapelajaran. Dalam bidang sukan, Dor dan
saya telah mewakili sekolah dalam permainan badminton, catur, dan bola sepak.

Selain itu, kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul topi dan lencana. Persahabatan
kami yang akrab tidak menghalang untuk saya mengenali lebih ramai kawan, bak kata pepatah, ‘berkawan
biar seribu, bermusuh jangan sekali’. Teman setia pula ialah apabila dia sanggup sedih dan ketawa
bersama-sama.

You might also like