Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 KUMPULAN SASARAN
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
5.0 RUMUSAN
LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 KUMPULAN SASARAN
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
5.0 RUMUSAN0

LAMPIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS
02000 KUALA PERLIS, PERLIS.
TEL : 04-9854212 FAKS : 04-9851172

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT


SEKOLAH

TAHUN 2017

“NEGARAKU SEHATI SEJIWA”

1.0 PENGENALAN

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi negara kita Malaysia. 31 Ogos
2017 merupakan ulang tahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-60. Tema
sambutan Hari Kemerdekaan Negara tahun ini ialah “NEGARAKU SEHATI SEJIWA”.
Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun
2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu
padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman
damai. Selain itu, lagu-lagu patriotik yang berkumandang menjelang bulan
kemerdekaan juga serta kibaran Jalur Gemilang membawa erti yang amat besar
kepada warga Malaysia. Semangat cintakan negara amat penting disemai sejak di
bangku sekolah lagi. Oleh itu, pihak sekolah berbangga kerana diberi kepercayaan
untuk menjalankan aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Sambutan ini hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara
pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikan-kebaikan di sebalik
sambutan kemerdekaan. Penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dapat memupuk semangat patriotisme. Kerjasama dan penglibatan seluruh
warga sekolah amat dihargai sepanjang pelaksanaan Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Tahun 2017.

1
2.0 OBJEKTIF

i. Memupuk semangat patriotisme di kalangan warga SMK Kuala Perlis.

ii. Memupuk nilai sayang dan menghargai alam sekitar.

iii. Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah untuk kemajuan diri, bangsa dan
negara.

iv. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan
Seni Visual, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam serta
Pendidikan Moral.

v. Memupuk perasaan taat setia kepada raja dan negara.

vi. Menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

vii. Menghargai hasil seni dan kreativiti kraftangan.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Sekolah Tahun 2017 ialah:

i. Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Kuala Perlis. Setiap
peserta dikehendaki menyanyikan lagu patriotik. Penyertaan pelajar-pelajar
adalah secara individu atau berkumpulan.

ii. Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap


Pertandingan ini juga penyertaan secara terbuka. Peserta boleh memilih salah
satu tajuk yang telah ditetapkan iaitu Tokoh Sejarahwan, Sambutan
Kemerdekaan di Malaysia dan Sejarah Malaysia. Pelajar perlu mematuhi syarat-
syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

2
iii. Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua
kategori iaitu menengah rendah (individu) dan menengah atas (berkumpulan).
Selain itu, pelajar-pelajar Pendidikan Khas juga turut menyertai pertandingan ini
secara berasingan. Poster yang perlu dilukis adalah bertemakan kemerdekaan
kali ke-60 iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa”.

iv. Pertandingan Kuiz


Pertandingan kuiz yang dipertandingkan ialah kuiz Sejarah secara terbuka dan
spontan semasa perhimpunan pagi. Soalan-soalan kuiz adalah berkaitan
dengan sejarah kenegaraan dan kemerdekaan negara.

v. Pertandingan Menghias Kelas


Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan warga SMK Kuala Perlis. Pertandingan ini secara terbuka dan
menyediakan lima tempat pemenang. Kelas yang paling banyak dan kreatif
menghiasi jalur gemilang telah dipilih sebagai pemenang.

vi. Pertandingan Tulisan Khat


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bukan Islam. Pertandingan ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas.
Penilaian berdasarkan tulisan yang kemas dan tepat.

vii. Pertandingan Mendeklamasi Sajak


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua
kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pelajar boleh
mendeklamasi sajak secara individu atau berpasangan. Tema sajak adalah
berkaitan dengan kemerdekaan dan sejarah Malaysia.

viii. Pertandingan Kaligrafi


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar melayu. Pertandingan ini juga
terbahagi kepada dua tahap iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pelajar
akan menulis tulisan kaligrafi dengan menggunakan peralatan yang telah
disediakan.

3
ix. Pertandingan Mengarang
Pertandingan mengarang dibahagikan kepada dua iaitu mengarang Bahasa
Melayu dan mengarang Bahasa Inggeris. Peserta diberi tempoh untuk
menyiapkan satu karangan berkaitan kemerdekaan. Pertandingan ini diadakan
secara serentak.

x. Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang


Semua guru dan pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh
bersemangat disertai dengan kibaran jalur gemilang. Antara tajuk lagu-lagu
patriotik yang dinyanyikan seperti Kerana Mu Malaysia, Tanggal 31 dan Jalur
Gemilang.

Pelaksanaan program adalah seperti berikut:


A) Majlis Pelancaran
Tarikh/Hari : 21 Ogos 2017 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Kuala Perlis
Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan SMK
Kuala Perlis
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
 Bacaan Ikrar
 Ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Tahun 2017 oleh Tuan Pengetua SMK
Kuala Perlis
 Gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Penyerahan Bendera Malaysia kepada Penyelaras
Tingkatan
 Pengumuman aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Tahun 2017
 Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang
 Bacaan Doa

8.40 pagi  Majlis tamat

4
B) Kuiz Sejarah
Tarikh/ Masa : 6 September 2017 (Rabu)
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Kuala Perlis

Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan SMK
Kuala Perlis
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perlis
8.10 pagi  Kuiz Sejarah
 Majlis tamat

C) Pelaksaan Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan


Tarikh/ Masa : 7 September 2017 (Khamis)
Tempat : Rujuk lampiran

Masa Aktiviti
11.30 pagi  Pelajar-pelajar yang tidak terlibat mana-mana
pertandingan sempena sambutan kemerdekaan
berkumpul di dewan
 Semua pertandingan dijalankan serentak di tempat yang
telah dimaklumkan
 Semua peserta yang mengambil bahagian mendaftar
mengikut penyertaan aktiviti
11.40 pagi  Semua pertandingan bermula
 Guru-guru terlibat membuat penilaian dan pemarkahan
 Markah dihantar kepada setiausaha program
2.00 petang
 Majlis tamat

D) Majlis Penutup

5
Tarikh/Masa : 18 September 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan Al-Biruni SMK Kuala Perlis

Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Al-Biruni
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
 Bacaan Ikrar
 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sekolah tahun 2017
8.10 pagi  Nyanyian Lagu Sekolah
 Bacaan doa
 Majlis tamat

5.0 RUMUSAN

6
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2017, yang diadakan bermula
21 Ogos 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua aktiviti yang dirancang telah
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat
penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan. Guru-guru juga memberi
komitmen yang sangat baik sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Kuala
Perlis. Ucapan tahniah dan syabas untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Perlis yang memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini.

Disediakan oleh,

(ANIS SYAZWANI BINTI BAKAR)


NURUL IZHAM BIN M. SHUKERI,
ANA FARINA BINTI ABDUL FATAKH,
Jawatankuasa Dokumentasi Sambutan Bulan Kebangsaan,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

Disemak oleh,

(SHURIZAN BIN MANSOR)


Pengerusi Sambutan Bulan Kebangsaan,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

Disahkan oleh,

(ABDUL HADI BIN MAHAMOOD P.M.P)


Pengetua,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

You might also like