Kertas Kerja Perjumpaan Ibubapa 2018 Edit Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEDENA

45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA / PENJAGA

DAN MENANDATANGANI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

TARIKH DAN HARI

30 JANUARI 2018 (SELASA)

TEMPAT

BILIK MAWAR MERAH

SMK SERI BEDENA

ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEDENA


1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Bedena Sungai Besar, Selangor telah dibuka pada Mac 2010 yang lalu.
Pelajar-pelajar program Pendidikan Khas Integrasi pada tahun 2018 adalah
seramai 47 orang murid, yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti
Sindrom Down, Masalah pembelajaran, autisme, hiperaktif dan lain-lain
masalah.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat


menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaaan serta
kebolehan murid PPKI.

Majlis perjumpaan ibu bapa atau penjaga bersama guru-guru PPKI SMK
Seri Bedena merupakan aktiviti yang akan dilaksanakan pada sesi
persekolahan 2018 yang akan melibatkan ibu bapa / penjaga bersama
pentadbir dan guru-guru PPKI. Selari dengan perkembangan semasa yang
semakin mencabar ini, hubungan diantara ibu bapa atau penjaga dengan
guru-guru perlu dijalinkan bagi mewujudkan hubungan yang erat antara satu
sama lain.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap organisasi pendidikan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, perjumpaan ini
dapat menggabungkan percambahan idea di antara ibu bapa atau
penjaga bersama guru-guru bagi kebaikan PPKI SMK Seri Bedena pada masa
akan datang.

Manakala rancangan Pendidikan Individu merupakan satu dokumen


perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan
pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid bekeperluan khas bagi
mencapai objektif yang telah dikenalpasti. Mengikut Renault (1987)’
penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,
tetapi juga digalakkan bagi murid-murid yang mempunyai prestasi
pencapaian yang amat rendah berbanding denga rakan sekelas atau
sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan langkah-
langkah intervensi jangka panjang.

RPI juga sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid
berkeperluan khas lain seperti mereka yang mempunyai masalah
pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
2.0 RASIONAL

Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibubapa atau penjaga untuk
mengetahui dengan terperinci dan lanjut mengenai program Pendidikan
Khas secara menyeluruh di samping dapat mewujudkan hubungan yang erat
di antara guru-guru PPKI dan penjaga. Diharapkan dengan pelaksanaan
program ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa serta guru-guru PPKI
sekali gus mencapai obektif program ini.

3.0 OBEJKTIF
 Memberi penjelasan terperinci mengenai perkembangan Program
Pendidikan Khas Integrasi
 Memberi penjelasan mengenai elaun Pendidikan Khas (EMK) yang
terkini.
 Mengeratkan perhubungan silaturahim antara ibu bapa / penjaga
dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru PPKI.
 Mengadakan perbincangan berkenaan RPI pelajar diantara guru dan
penjaga.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program yang dicadangkan akan melibatkan semua ibu bapa / penjaga,


murid-murid PPKI SMK Seri Bedena bersama barisan pentadbir serta guru PPKI
dan pembantu pengurusan murid.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh / hari : 30 Januari 2018 ( Selasa )

Masa : 8.00 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Bilik Mawar Merah SMK Seri Bedena


6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Puan Wan Shamsiah Binti Wan Yusoff


( Pengetua SMK Seri Bedena )
Timbalan Pengerusi I : Puan Norhayati Binti Jupri
( Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi )
Timbalan Pengerusi II : Tuan Haji Mohd Ishak Bin Masudi
( Penolong Kanan Pentadbiran )
Timbalan Pengerusi III : Puan Hajah Hatifah Binti Yussof
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Timbalan Pengerusi IV : Puan Hajah Nor Faridah Binti Jajuli
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Setiausaha : En. Shahrol Nizam Bin Mispan
Bendahari : Puan Nor Azma Binti Saidina Abu Bakar

AJK PELAKSANA

Pendaftaran : Puan Suhana bt Mohamed Royani


Puan Nor Azlina binti Shafie

Makanan / Jamuan : Puan Siti Rulizah binti Norhatim


Puan Norasheana Bt Abd Rahim

Siaraya : Encik Mohd Yusof bin Abd Manap

Pamplet : Puan Siti Rohani binti Napiah

Dokumentasi : Encik Ariman Bin Ariffin

Sarana Ibubapa : Tuan Haji Basri bin Arsat


Puan Adlin Juliana binti Jaaffar

Pengerusi Majlis : Ustaz Mohamad Murizal Bin Josti

Bacaan Doa : Ustaz Mat Huda bin Sanusi

Pencatat : Puan Siti Haslida Binti Mohammad


7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Pendaftaran ibu bapa atau penjaga

8.30 pagi : Ucapan Pengacara Majlis

: Bacaan doa

: Ucapan GPK PPKI SMK Seri Bedena

: Ucapan Pegawai PPD serta perasmian

: Ucapan Puan Pengetua SMK Seri Bedena

: Taklimat Pentadbiran Sekolah

- Tuan Haji Mohd Ishak bin Masudi (PK Kurikulum)


- Puan Hajah Hatifaf Binti Yussof (PK Hal Ehwal Murid)
- Puan Hajah Nor Faridah Binti Jajuli (PK Kokurikulum)

: Taklimat Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM )

Sabak Bernam.

: Taklimat Urusetia

: Diskusi RPI diantara Ibu bapa / penjaga bersama guru-guru PPKI

: Sesi menandatangani borang Elaun Murid Khas (EMK)

12.00 : Jamuan ringan

12.30 : bersurai
8.0 PENUTUP

Saya berharap agar program yang dirancang ini akan mendapat kerjasama
dan komitmen yang baik daripada semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya. Program ini
sangat memberi manfaat kepada ibu bapa atau penjaga serta guru-guru
sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… …….………………………………
(SHAHROL NIZAM BIN MISPAN)
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Seri Bedena

Disahkan Oleh:

……………………………

You might also like