Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

T

PEJABAT TIIiBALAN KETUA PENGARAH PELA.'ARAN MALAYSIA


OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR.GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
E D U C AT I O NAL OPERAI'ON SECIOR
KEHENTERI.AN PENDIDIKAN MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E
LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E
PUEAT PENTADBIRAil KERA.'AAN PERSEKUTUAN '+603-8884 9302
Tel
FEDERAL GOI/ERNM ENT ADMIN I STRATIVE CENTRE
Faks : +603-8888 6680
626I}4 PUTRA.'AYA
Webslte http J/www. moe. gov. my/
MALAYSIA

KPM.600-1t1t-24 Jld. 7 (?o )


/6 Januari2ols

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Dato'/Datinff uan/Puan,

PET AKSANAAN ENAii (6) AKTlVlil PROGRAM SUKAN Dl SEKOLAH


Dr BAWAH DASAR SATU MURID SATU SUKAN ({MlS}
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan minit Mesyuarat
Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) B,i1.212017 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa


berusaha memberi penekanan terhadap per€rnan sukan dan aktiviti kokurikulum di
sekolah bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2A1.3 - 2025 untuk melahirkan modal insan secara holistik yang
tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik semata-rnata, maka Dasar lMurid
lSukan yang mewajibkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan,
sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi sukan dalam kalangan murid di
sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan MSSM yang terdiri


daripada semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri menyokong hasrat bahawa
aktiviti sukan sekolah akan lebih berdaya saing sekiranya setiap sekolah dapat
memastikan pelaksanaan sekurang-kurangnya enam (6) aktiviti utama sukan
sepanjang tahun seperti berikut:

3.1 Latihan dan Pertandingan Merentas Desa,


' 3.2 Sukantara,
3.3 Latihan dan Kejohanan Balapan dan Padang,
3.4 Latihan dan Pertandingan Antara Rumah Sukan,
3.5 Latihan dan Pertandingan Antara Kelas, dan
3.6 Latihan dan Persediaan Pasukan Sekolah.
4. Pelaksanaan aktiviti sukan ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan
murid secara aldif dalam aktiviti fizikal khususnya sukan di samping memberi
perhatian terhadap kecergasan dan kesihatan murid di peringkat akar umbi.
Kandungan surat ini adalah sejajar dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bilangan 16
Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (liil1s) bertarikh 1
Disember 2010 dan Surat Siaran KPM Bilangan 16 Tahun 2A14: Penganjuran
Program/Aktiviti Sukan TahunanlKejohanan Olahraga di Sekolah-sekolah di
Bawah Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) bertarikh 18 Disember 2014, yang
mewajibkan pihak sekolah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti sukan.
5. Pihak YBhg. Dato?Datinffuan/Puan dimohon untuk memaklumkan
kandungan surat ini kepada pegawaiyang bertanggungjawab diJabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah karalan
pentadbiran YBhg. Dato'/Datinff uan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"SEHATI SEJIWA''
"BERKHIDIT$AT UNTUK NEGARA''
f1
Y-tr
./
HA.'I *ffIT.TUOIru BN ADAM
Timbalan J(ctu#Bngarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendid ikan Malaysia
s.k
1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

2. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

3. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kacemerlangan

4, Pengarah
Bahagian Pendidikan lslam

5. Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

6. Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

7. Pengarah
Bahagian Swasta

" 8. Pengarah
Bahagian Sukan

9. Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas

You might also like